Friday, February 1, 2013

Ilmu dan Pengaruh Syaitan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (1 Feb. 13) adalah Hari Wilayah Persekutuan - memperingatkan lahirnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disambut dgn berbagai acara menarik. Hari ini juga Hari Jum'at - hari kebesaran bagi umat Islam - hari yg amat ditakuti oleh semua makhluk kecuali manusia. Kesemua makhluk di bumi gentar apakala tibanya Hari Jum'at! Tapi manusia yg Islam maupun yg tak Islam - takpun hiraukan ketibaan Hari Jum'at! Kenapa pentingnya Hari Jum'at? Pada hari Jum'atlah akan berlakunya tiupan seruling sangkakala pertama - menandakan kiamatnya dunia bila mana tsunami yg terhebat di bumi akan berlaku, angin taufan, puting beliong yg terhebat berlaku di bumi. Bumi akan bergegar dan meletup lebih hebat dan dahsyat dari meletupnya gunung berapi yg pernah meletus di bumi ini, lebih hebat dari gegaran gempa bumi di dasar laut yg pernah manusia alamai dalam hidup mereka. Hari ini, jika berlaku, akan berlakulah kiamat dunia - bilamana bumi akan hancur menjadi seumpama debu dan kapas berterbangan, manusia akan lupa dirinya, lupa isteri dan kekasih yg disayanginya, anak dan cucu yg dibelainya setiap pagi petang dan malam, terpinga-pinga orang yg kaya bertanyakan 'mana hartaku, mana hartaku'. Isteri lupakan suami. Suami lupakan isteri. Ibu lupakan anaknya. Yg mengadung akan melahirkan anaknya walau tak cukup bulan sekalipun! Itulah hebatnya gambaran kiamat dunia itu.
Kiamat akan berlaku pada hari Jum'at. Jumat yg mana, tahun apa? Wallahu 'alam. 
Kemudian, 40 tahun kemudian, pada Hari jum'at, manusia akan dibangitkan dari tempat mereka berkubur dan dikuburkan. Kemudian, mereka akan berjalan meunju padang makhsyar untuk berhimpun dalam perhimpunan terbesar dunia. Menunggu Kitab Catatan Amalan masing-masing. Menunggu untuk kitab tersebut adalah selama 50 tahun kiraan tahun akhirat. Sehari di akhirat selama 1,000 tahun kiraan waktu dunia. Ketika berhimpun itu, matahari adalah sejengkal di atas kepala manusia. Bumi bertukar menjadi tembaga. Bayangkanlah siksaannya ketika menunggu itu, sehinggakan ada orang yg peluhnya sampai tembus bumi tembaga tersebut kemudian acup sampai ke paras telinganya pula. Tidak dapat dibayangkan kehausan dan kelaparan yg dialami. [Nota: Ketika itu kita merasai apa yg kesemua pancaindera kita sekarang rasai - lapar, dahaga, panas dan sebagainya.]
Pada Hari Jum'atlah manusia pertama dibentuk oleh Allah (a.w), Nabi Adam (a.s), asal manusia. Pada Hari Jum'atlah Adam (a.s) dan Hawa (a.s), wanita pertama dunia, dikeluarkan dari syurga dan bersama-sama mereka berdua, dikeluarkan syaitan dari syurga. Adam dan Hawa dimarahi Allah (a.w) kerana melanggar perintah Allah (a.w) yg kecil dan simple iaitu jangan hampiri pokok zakum atau khuldi yg tumbuh di dalam syurga. Adam dan Hawa diberi rezki tanpa had dalam syurga. Apa yg dikehendaki didapati dgn mudah tanpa bersusah payah, semua keperluan mereka berdua diadakah dalam syurga, apa saja kehendak hati bila saja. Manusia itu = mereka berdua dan kita semua - telah ditetapkan takdir oleh Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum dunia atau alam ini dicipta Allah (a.w). Kita hanya tak tahu takdir kita. Takdir kita tentang rezki kita - apakah kita kaya atau miskin, saat akhir kita - bila kita mati dan dimana dan bagaimana kita mati, dan apakah kita celaka (masuk neraka) atau beruntung di akhirat (masuk syurga).
Saudara, agama Adam dan Hawa adalah Islam dan perintah atau ketetapan agama Allah (a.w) hanyalah jangan hampiri pokok khuldi. Itu saja. Tapi, atas pujukan syaitan - kita telahpun teliti cerita ini dalam post yg lalu- mengenai pujuk rayu syaitan dan dengki dan irihati kepada Adam dan Hawa, kerana dimuliakan Allah (a.w) mengalahkan malaikat dan jin, dan kerana dimurkai oleh Allah (a.w) kerana sifat sombong dan bangga diri syaitan mengingkari perintah Allah (a.w) - iaitu tunduk hormati Adam kerana Adam Allah (a.w) yg cipta sendiri. Tapi syaitan sombong dan bongkak dan ingkar. Hari ini begitu ramainya umat Islam yg sombong dan bongkak kerana menentang perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kerana meremehkan dan mencemuh serta menghina nasihat apakala diberi nasihat yg benar dan baik oleh seseorang yg tahu dan faham Islam tetapi mereka anggap tidak sehebat mereka sendiri dan menolak kebenaran yg hak apakala diberitahu kepada mereka oleh orang yg tahu dan faham. Maka syaitan telah berjaya membawa mereka bersama-samanya ke neraka kelak.
Saudara, syaitan itu pandai memutar-belitkan fakta dan berhujjah, sebagaimana hari ini ramai umat Islam yg pandai memutar-belitkan fakta dan perkara haq dgn berhujjah batil, kalaulah orang yg mendengarnya tahu dan faham Islam dan tuntutannya. Kalau jahil - tak megaji al-Quran dan as-Sunnah dan tak faham - maka diheretlah oleh mereka yg kononnya kelihatan (=seemingly) pintar dan bijak lagi alim, menyimpang dari 'siratul mustaqim', maka kita mencari syurga tetapi dapat neraka. Syaitan memberitahu Adam dan Hawa bahawa mereka dilarang oleh Allah (a.w) makan buah khuldi itu kerana Allah (a.w) tidak mahu mereka berdua kekal di syurga atau menjadi malaikat pula. Supaya kekal menjadi manusia dan tidak menjadi malaikat dan bebas dalam syurga, maka hendaklah mereka berdua makan buah khuldi tersebut. Maka terpengaruhlah Adam dan Hawa. Maka sebagai hukumannya ke atas mereka, mereka berdua dikeluarkan dari syurga. Adam jatuh di bumi sub-continent India dan Hawa di Mesir. Selama 40 tahun berjalan menjelajah bumi mencari satu sama lain, sehingga akhirnya mereka bertemu di persekitaran Jabal Rahmah di Mekah.
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita supaya mengambil iktibar dari peristiwa Adam dan Hawa dan syaitan ini, dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya Bani Adama la yaftinanakum ... hingga lil-lazin la yukminuna.' (Yg bermaksud: Wahai Anak Cucu Adam! Janganlah (berjaya) syaitan menipu kamu sekelian sebagaimana dia (berjaya menipu dan) mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga; dia (syaitan) melepaskan/mencabutkan kedua-duanya pakaian (yakni, membogelkan) keduanya agar mereka berdua melihat keburukan (i.e. aurat) mereka; sesungguhnya dia (syaitan) melihat dia akan kamu sekelian dan penolong-penolongnya (melihat kamu sekelian) dari mana/arah yg tidak dapat kamu sekelian melihat mereka. Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) jadikan syaitan sebagai pemimpin bagi orang-orang yg tidak beriman.) [Ayat 27, Surah al-A'raf]
Saudara, syaitan itu dibantu oleh ramai kuncu-kuncunya dari kalangan manusia dan jin. Kita tak nampak syaitan dan jin. Kita nampak manusia. Mereka nampak kita, dan boleh masuk ke dalam badan kita melalui saluran nadi kita. Kalau kita jahil syaitan manusiapun kita tak kenal. Maka kita tak tahu apakah mereka mengajak kita ke syurga atau ke neraka? Orang yg mengikuti fahaman dan ajaran yg bertentangan dan berlainan dari al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yg mengikuti 'ajaran sesat' - bukan setakat Ayah Pin dengan Negara Langitnya atau al-Arqam yg menyakini bahawa pemimpin mereka tak mati, suatu ketika dulu pernah bertemu dgn Nabi (s.a.w). Gitu juga orang yg mengajarkan pelbagai amalan dan ibadah yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Atau, berlainan dari yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kita hanya tahu sesuatu itu batil hanya dgn ilmu - kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kita tahu dan faham, hanya melalui ilmu. Kemudian, dgn ilmu yg benar kita amalkan, kerana syurga itu untuk orang yg beramal bukan orang yg banyak ilmu atau pintar dalam Islam.
Saudara, kita tahu kita akan dapat syurga kalau kita patuhi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Contohnya: Allah (a.w) janjikan bahawa kita pasti dapat syurga kalau kita patuhi Ayat 13, Surah an-Nisa'. Kita patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' - beramal hanya dgn ilmu. Kita patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Isra' - bahawa kita kerjakan amalan dan ibadah semata-mata kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w). Kita patuhi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ai-Imran - kita wajib berjema'ah dan kita takkan 'berfirqah' (= bermazhab, bertarikat dll lagi media amalan yg pasti menyesatkan). Kita patuhi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' 'taatkan 'ulil amri' - kepimpinan (yakni Imam atau Amir) dalam jema'ah Islam. Kita taatkan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - ikuti ketetapan as-Sunnah. Kita tahu bahawa kalau kita ikuti Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), Allah (a.w) akui ketaatan kita terhadapNya (i.e. mentaati Allah (a.w)) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah contoh terbaik diikuti kalau nakkan syurga secara pasti  - Ayat 21, Surah al-Ahzab, dll. Dan, ketetapan universal Allah (a.w) dalam perkara agama adalah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa'' bermaksud jika  kita akur dan ikut kesemua ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kita pasti dapat syurga. Sebaliknya, kalau kita tak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dan langgar ketetapan khusus mengenai segala sesuatu mengenai syariat Islam - bukan setakad 'had' atau 'hudud', tapi segala larangan tentang aqidah, bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, maka kita pasti masuk neraka, yakni kita melanggar ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kita pasti masuk neraka. Simple. Itulah janji Allah (a.w). Dan, janji Allah (a.w) itu pasti.
Saudara, Allah (a.w) perintahkan bahawa kita hendaklah akur dgn perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni ketetapan as-Sunnah. Kalau kita akur dgn as-Sunnah, maka kita juga mendapat syurga. Malah seseorang yg faham as-Sunnah dan ikuti ketetapan wajib as-Sunnah, atau jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan dalam beragama, pasti dapat syurga (Rujuk firman Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa' itu). Kalau kita tolak as-Sunnah - walaupun suatu perkara kecil, pasti masuk neraka! Hari ini berapa ramaikah umat Islam yg tolak as-Sunnah? Malah remehkan as-Sunnah sebagai 'sunat' = 'optional'!!
Saudara, jelaslah apabila kita menyebut tentang syurga neraka itu, umat Islam yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah boleh tahu apakah dia akan dapat neraka atau syurga, kerana sudahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah - siapa dia penghuni syurga dan siapa penghuni neraka, ciri-ciri mereka, amalan dan ibadah mereka, panduan dan carahidup mereka, dan banyak lagi. Kalau kita mengaji al-Quran dan as-Sunnah kita tahu apakah pertanyaan Mungkar Nangkir ketika kita di alam kubur (barzah). Kita juga tahu apakah soalan di depan pintu neraka yg ditanyakan oleh Malaikat Malik Zabaniah dan pembantunya kata apa pada penghuni neraka yg minta diringankan siksaan mereka? Kita tahu apakah kesudahan kita ketika berhimpun di Padang Makhsyar. Kita juga tahu apakah kita benar-benar umat Muhammad (s.a.w)? Kerana, hanya umat Muhammad sahaja yg diberi kebenaran minum air Telaga al-Kauthar. Kita tahu apakah Kitab Catatan Amalan kita diberikan kepada kita dari arah depan atau kanan dan tidak dari arah belakang atau kiri. Kerana kalau Kitab diserahkan pd kita dari arah belakang atau kiri, kita adalah penghuni neraka. Dengan ilmu kita tahu kesudahan akhirat kita. Pasti, tak perlu ragu-ragu. Kalau jahil, walaupun kita lulusan Azhar atau lulusan universiti di Jordan atau di Syria atau di Lebanon atau UIAM, atau mana-mana saja, kita pasti masuk neraka kalau kita beramal dan beribadah tidak secucuk dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, syaitan itu akan menampakkan betul amalan dan ibadah kita kalau kita jahil dan tak faham Islam. Syaitan menampakkan baik segala perbuatan yg menyimpang dari 'siratul mustaqim' kerana syirik, kurafat, fahaman tahyul,  kita beramal dan beribadah secara taklid dan taksubkan seseorang ulama', dan kita beramal yg dicemari oleh amalan bid'ah. Kadang-kadang ada orang Islam yg berpandangan bahawa 'Ends justifies the means' spt Robin Hood. Kita tipu manusia dgn tujuan untuk menolong manusia dan agama Allah (a.w) - the ends justifies the means. Tak betul. Ijazah Azhar ke atau apa ke tak menentukan kebenaran ilmu dan kefahaman dan kebenaran amalan, tanpa belajar al-Quran dan as-Sunnah secara betul.
Saudara, syaitan itu mempengaruhi ramai manusia yg akui diri mereka hebat dgn ijazah dalam bidang agama (= theology). Yg hebat adalah mereka yg mempelajari imu al-Quran dari kulit depan sampai kulit belakang - belajar membacanya, faham terjema'ahnya dan faham dan betul tafsirannya. Tafsiran Ayat 103, Surah ali-Imran, contohnya, yg biasa difahami oleh umat Islam adalah silap dan salah tanpa mempelajari as-Sunnah tentang tajuk atau perkara 'berjema'ah'. Itulah contoh kebatilan ilmu yg nampak hebat. Semua ini kerana pujuk rayu syaitan kpd orang yg akui dirinya Islam dan beriman. Kalau kita abaikan as-Sunnah (= al-Hadith), kita pasti silap dalam beramal.
Syaitan tak hairankan orang yg tidak Islam. Mereka memangpun bersama-samanya kelak masuk neraka. Syaitan ingin ramaikan lagi pengikutnya dari kalangan orang Islam yg bertaqwa, beramal, beriman, dan pemurah (= selalu menginfaq) supaya beramal dan mengerjakan ibadah yg batil - batil dari segi bentuk, dari segi kaedah dan cara beramal, dan dari tujuan beramal, dari segi akhlak karimah yg berlainan dari perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Syaitan itu lebih faham tentang Islam dari kita semua. Dia tahu dimana letaknya kelemahan kita dalam beragama.
Maka dgn itu orang yg bangga dengan kedudukan dan kehebatan ilmunya dipesongkan aqidahnya. Yg berbangga dgn kedudukan dan mertabat dunianya, dipesongkan dari segi kemurnian hatinya. Yg kaya menjermuskannya ke dalam neraka kerana kedermawannya yg disaluti dgn rasa riak, ujub diri, sombong dan angkuh pula.Yg berilmu dipengaruhi supaya kedekut ilmu atau ajarkan orang kalau bayaran lumayan. Yg kuat beramal berbangga dgn amalannya sendiri walaupun tak diketahui orang. Yg berkedudukan pula malu dia memakai jubah dan kain yg senteng sampai tidak menutupi buku lalinya. Wanita berkedudukan sosial yg tinggi, tidak menutup auratnya, kerana aurat bukanlah kewajipan mutlak. Fikirkanlah orang ketuturan Syed mengakui mereka keturunan Nabi (s.a.w), kahwin hanya dgn Sharifah dan seumpamanya! Dan lain-lain lagi.
Hasilnya? Hanya seorang yg Islam dan beriman drp 1,000 orang yg Islam sejak zaman Adam (a.w) sampai manusia terakhir kelak dapat syurga. Seramai 999 orang gagal, walaupun Islam. Di kalangan umat Muhammad (s.a.w) pula, akan terdapat sebanyak 73 jenis perkumpulan Islam yg akui diri mereka Islam dan beriman, mereka beramal sebaik mungkin, tapi hanya satu kumpulan yg dapat syurga, 72 kumpulan lagi Islam tapi masuk neraka! Semuanya ini berlaku kerana dipengaruhi dan tertipu oleh syaitan. Kejahilan kita tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah memudahkan lagi syaitan memesongkan kita dan menggelincirkan kita dari 'siratul mustaqim', sehinggakan ramai umat Islam merasai bahawa kerana mereka Islam pasti dapat syurga, walaupun tak beramal atau mengerjakan amalan yg sipi-sipi dari yg benar ... Amalan yg mereka rasa hebat, tapi batil kesemuanya!

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Dasar setan,,mudah-mudahan di jauhkan dari setan-setan jahat,amin.

    ReplyDelete