Wednesday, February 27, 2013

Utamanya kedua ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post sebelum ini kita telah teliti apakah perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) kpd kita yg Islam dan beriman tentang kedudukan kedua ibu bapa kita kpd kita - khususnya tanggungjawab yg diletakkan oleh Allah (s.a.w) kpd setiap anak terhadap kedua ibubapa mereka. Dalam beberapa nas dan dalil al-Quran yg telah kita teliti itu jelas bahawa perintah utama atau tanggungjawab utama manusia adalah supaya sembah hanya Allah (a.w) atau jadikan Allah (a.w) sebagai tuhan yg layak dan berhak disembah oleh manusia. Maka dgn itu sesiapa yg sembah selain Allah (a.w), pastilah mereka dikira syirik dan pastilah mereka ditempatkan di neraka di akhirat kelak (semasa dalam kubur akan disiksa setiap saat oleh malaikat Mungkar dan Nakir sampailah terjadinya kiamat). Justeru itu, sesiapa yg tidak Islam pastilah dia tergolong orang yg syirik, maka dia menggadaikan akhiratnya kerana kejahilan (tanpa ilmuu) atau kesombongan (tak mahu terima Islam dan akui Allah (a.w) sebagai tuhan manusia). Kita perhatikan pula selepas perintah menyembah hanya Allah (a.w) dan jangan syirik, manusia diperintahkan supaya berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibu bapanya. Jelaslah begitu utama dan tingginya kedudukan ibubapa itu kpd manusia amnya, dan kpd umat Islam khususnya.
Kalau saudara mengaji dan faham atau diberi kefahaman tentang Islam, saudara akan dapati bahawa syurga itu didapati oleh orang Islam yg beriman jika mereka lulus ujian berikut:
(a) Dia Islam dan beriman dan dia tidak syirik yakni mempercayai pula ada kuasa ghaib atau sesuatu yg bersifat tahayul, kurafat dan sebagainya;
(b) Dia mengerjakan amalan dan ibadah serta meninggalkan tegahan/larangan yg diwajibkan oleh Allah (a.w) yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), memenuhi ketentuan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa dan tidak tergolong dari kalangan mereka yg tergolong dalam ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa';
(c) Dia berjema'ah dan dia tidak berfirqah atau berpecahbelah, termasuk menubuhkan perkumpulan yg memecahbelahkan Islam - menepati ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran;
(d) Dia mengerjakan segala amalan - fardu dan sunat - berdasarkan dan berpandukan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa';

(e) Dia taatkan Imam/Amir (atau orang yg diangkat menjadi pemimpin jema'ah umat Islam) yakni 'ulil amri' segala perintah, termasuk ijtihad yg tidak maksiat- Ayat 59, Surah an-Nisa';
(f) Dia taatkan dan berbuat baik terhadap kedua ibubapanya (ayat-ayat al-Quran yg telah kita rujuk dahulu itu); dan
(g) Kalau dia seorang perempuan yg bersuami, dia mentaati suaminya atas segala perintah dan suruhan suaminya yg tidak maksiat, i.e. tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, itulah pra-syarat untuk dapatkan syurga.
Kita sambung sedikit lagi penelitian kita tetang perintah berbuat baik kpd kedua ibu bapa itu. Dalam Islam ketaatan terhadap kedua ibu baa itu adalah ketaatan yg mutlak. Maksudnya, kalau kedua ibu bapa itu tidak ridha terhadap anaknya kerana apa jua sebab walaupun bersifat zalim, namun ketaatan itu mutlak terhadap kita sebagai anak mereka. Maka dgn itulah disebutkan dalam sepotong hadith bahawa Ibnu Omar (r.a) pernah diperintah oleh bapanya, Omar b Khattab (r.a), menceraikan isterinya kerana Omar (r.a) tidak berkenan dgn perangai isteriya, walaupun Ibnu Omar (r.a) amat cintakan isterinya. Maka apabila dia mengadu kpd Rasulallah (s.a.w) tentang perintah bapanya itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahunya supaya akur dan taati perintah bapanya, Omar (r.a). Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu mutlak dan menjamin syurga si anak. Mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, juga akan tahu bahawa Nabi Ismail (a.s) akur dgn perintah bapanya Nabi Ibrahim (a.s) ketika Nabi Ibrahim (a.s) berpesan kpd isterinya supaya memberitahu pesanan Nabi Ibrahim (a.s) yg menemuinya di rumahnya ketika itu Nabi Ismail (a.s) tiada di rumah. Pesanan tersebut menyuruh Nabi Ismail (a.s) 'menukar pintunya', yg merupakan kiasan supaya dia menceraikan isterinya, kerana isterinya kufur atau tidak mensyukuri suaminya, Nabi Ismail (a.s), kerana inginkan kebahagian yg lebih yg termampu diberikan oleh suaminya.
Saudara, utamanya kedua ibu bapa itu dapat kita lihat melalui hadith berikut pula. Hakikatnya, begitu ramai anak-anak yg terlepas peluang mendapat syurga ketika kedua ibu bapa mereka masih hidup. Tapi, kerana anak-anak itu tidak bersyukur kpd kedua ibu bapa mereka, malah tidakpun membantu dan mengasihi mereka ketika mereka masih hidup, terutama ketika sudah tua dan dalam keadaan dhaif, maka terlepas peluang mendapat syurga, malah terjerumus anak-anaknya ke dalam neraka.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: 'Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kepadaku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yang mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi: ‘Hina dinalah seorang yang mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibril (a.s) kepadaku: ‘Hina dinalah orang yang selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar. Sedang dia berkhutbah tiba-tiba (i.e. tak kena mengena dgn tajuk khutbah tersebut) dia menyebut kalimah ‘Amin’ secara tiba-tiba dalam khutbah itu pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Hadith ini menyuruh umat Islam ( = Muhammad) supaya menyambut dengan membaca selawat atas nabi setiap kali mendengar kalimah ‘Nabi’ atau 'Rasul’ atau ‘Rasulallah’ atau ‘Muhammad’ disebut oleh seseorang dan dia mendengarnya secara berdepan dengan orang yang menyebutnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang berselawat sekali kepada beliau, maka Allah (a.w) akan berselawat atas orang yang menyebutnya 10 kali. Selawat adalah kalimah mendoakan kesejahteraan kepada Rasulallah (s.a.w), maka menyebutnya seolah-olah mengurniakan kesejahteraan pula kepada kita 10 kali. Begitulah besarnya penghormatan Allah (s.a.w) kepada hambaNya yang menyanjung dan menghormati UtusanNya].
Saudara, jelas, dalam hadith ini satu daripada 3 peluang bagi kita yg Islam dapatkan syurga dgn mudah adalah berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapa kita, sehinggakan ridha mereka terhadap kita sebagai anaknya, dan kerana keridhaan itu kita mendapat syurga. Kalaupun kita seorang yg alim dan taqwa dan merupakan orang Islam yg utamakan amalan - yg fardu dan sunat - demi mencari syurga, tapi kalau kita abaikan atau tak pedulikan kedua ibubapa kita, maka pastillah kita tidak mendapat syurga, kerana keridhaan Allah (a.w) terletak kpd keridhaan kedua ibu bapa kpd anak tersebut. Oleh itu berwaspadalah. Fikirkanlah betapa mudahnya mendapat syurga kalau kita kasihi dan sayangi kedua ibubapa kita.

Jazakallahu kahirah

No comments:

Post a Comment