Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita tajuk atau topik di atas kita rumuskan apakah yg telah kita pelajari dan fahami setakat ini.
Peringatan: Pesanan Rasulallah (s.a.w)
Di bawah ini diturunkan semula potongan hadith yang menyebut larangan Rasulallah (s.a.w) berbuat atau mengamalkan ‘bid’ah’ itu. Kita telahpun rujuk hadith-hadith tersebut. Hadith-hadith ini memberikan ketetapan atau perintah dan larangan Rasulallah (s.a.w) yang jelas menegnai isu ini. Malangnya, ramai umat Islam yang yakin dengan ‘bid’ah hasanah’ dan mengamalkan berbagai bentuk amalan yang cenderong kepada ‘bid’ah’ kerana menyakini wujud apa yang ulama’ katakan ‘bid’ah hasanah’ itu, maka mereka tidak mengendahkan ketetapan serta perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) yang kita teliti sebelum ini.
Sebagai mengingati semula ketetapan dan peringatan Rasulallah (s.a.w) itu eloklah kita lihat semula dua potongan hadith berkenaan, sebagai peringatan:
(a) Berpandulah semata-mata kepada al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah apabila beramal dan mengerjakan ibadah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (yakni, perkara agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (yakni, perkara agama Islam atau syariat). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (yakni, urusan agama atau syariat Islam) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith sahih , Ibnu Majah]
(b) Janganlah mengamalkan bid’ah, kerana melakukannya membatalkan segala bentuk amalan dan menjadikan pengamalnya kafir.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ad-Dalamii, hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak menerima (atau diterima) Allah (a.w) dari ahli-ahli bid’ah puasanya dan tidak (diterima) solatnya, dan tidak (diterima) sedekahnya, dan tidak (diterima) hajinya dan tidak (diterima) umrahnya, dan tidak (diterima) jihadnya, dan tidak (diterima) ibadah-ibadah sunatnya dan tidak (diterima) ibadah-ibadah fardu lainnya. Keluar dia dari Islam (yakni, menjadi kafir) sebagaimana keluarnya sehelai rambut (yang ditarik keluar) dari tepong (uli) roti.’ [Hadith ibnu Majah]
(c) Tidak diterima oleh Allah (a.w) semua amalan dan ibadah jika mengamalkan bid’ah atau dicemari oleh bid’ah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ditolak oleh Allah (a.w) apabila menerima Allah (a.w) (atau, apabila dipersembahkan) amalan ahli bid’ah sehinggalah menghentikan (mereka) bid’ahnya.’ [Hadith , ibnu Majah]
(d) Apabila beramal atau mengerjakan ibadah ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) sahaja, yakni berpandulah kepada as-Sunnah.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ambillah daripadaku cara kamu mengerjakan ibadah.’ [Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i]
(e) Kerjakanlah ibadah solat berpandukan cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu kama ra-aitumuni yusalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.][Hadith Bukhari]
(f) Janganlah mengerjakan apa-apa yang bersifat bid’ah iaitu semua yang tidak terdapat dalam as-Sunnah atau tidak disuruh oleh Rasualallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara kami, (Nabi) (i.e. yakni, agama Islam) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut, maka dia (ibadat atau amalan) ditolak.’ [Hadith Bukhari]
Mengikut riwayat Muslim pula:

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didatangkan daripada kami (Nabi) (i.e. agama Islam), maka dia (yakni, ibadat atau amalan tersebut) ditolak.’ [Hadith Muslim]
Saudara, Insya Allah (a.w), jika tujuh prinsip atau ketetapan ini kita patuhi, kita akan selamat daripada mengerjakan sebarang perkara yang bersifat ‘bid’ah.
Saudara, Hadith-hadith di atas dan lain-lain hadith serta perintah Allah (a.w) jelas menunjukkan bahawa amat bahaya ‘bid’ah’ itu. Hendaklah kita beramal dan beribadah berpandukan dua sumber ilmu dan asas pengabdian, iaitu al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah. Jika panduan kita demikian sudah pastilah kita dijalan yang benar. Janganlah terima sesuatu amalan semata-mata mengikut resam atau resmi atau budaya ibadah mana-mana golongan atau kaum, melainkan kita diberikan nas dan dalil yang menunjukkan amalan-amalan yang tersebut dibuat oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kita wajib ingat firman Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu model atau contoh terbaik umat yang taatkan Allah (a.w) 100%. Kalau dia model atau contoh dan dia menyampai segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w), sudah barang tentu diapun (yakni, Nabipun) mengamalkannya. Kalau tidak diamalkannya masakan ‘bid’ah’ itu berbentuk amalan atau ibadat yang sah dan haq! Wajiblah kita belajar syariat Islam Islam itu. Wajiblah kita teliti sandaran ilmu dan amalan, iaitu as-Sunnah. Eloklah kita mulai menyemak semula amalan dan ibadat kita. Supaya jangan kita rugi dan menyesal tidak kehabisan.
Jika terhapusnya segala ganjaran pahala amalan dan ibadat kita kerana mengamalkan ‘bid’ah’, mahukah kita mengambil risiko memperdagangkan sesuatu amalan atau ibadat yang disangsikan (questionable) dan menghadapi risiko dilabel ‘kafir’ oleh Rasulallah (s.a.w)? Segala amalan yang lalu yang terbatal tidak mungkin boleh kita amalkan atau ibadatkan semula!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment