Tuesday, February 5, 2013

Bid'ah: Bahayanya kpd ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang topik atau tajuk ini kerana pentingnya kita yg akui diri kita Islam dan beriman faham dan berwaspada, kerana kalau kita terlibat dalam perkaranya, maka bahaya bagi kesudahan akhirat kita. Saudara, hari ini bagi kita yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan mengamalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan neraka Allah (a.w) - niat kita dalam beramal dan beribdah - Ayat 57, Surah al-Isra', kita entiasalah menyemak semula segala amalan dan ibadah kita berdasarkan dua ilmu ini, supaya kita terlepas dari perangkap syaitan bahawa kita tetap ahli neraka kerana meremehkan atau meninggalkan peringatan Rasulallah (s.a.w)! Sebaliknya, majoriti umat Islam hari pertahankan amalan yg menjadi amalan lazim mereka melibatkan diri atau mencemarkan amalan dan ibadah mereka dgn bid'ah - tanpa rasa gentar dan takutpun! 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa kalaulah kita hidupkan atau semarakkan sesuatu sunnah - sunnah Rasulallah (s.a.w) - terutamanya, yg telahpun lama ditinggalkan atau dilupakan oleh orang Islam, kita mendapat begitu banyak pahala. Tambahan bekalan akhirat untuk mencari taraf syurga yg paling tinggi dari sebanyak 100 tingkat syurga itu.
Kita mengharapkan syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus dan tidak semata-mata menginginkan syurga terkebawah - syurga ke-100 yg terendah sekali. Tapi, majoriti antara kita remehkan ketetapan ini. Sebaliknya, anihnya, majoriti umat Islam hari ini utamakan atau agungkan bid'ah walhal kita diperingatkan - bukan sekali dua, tapi selalu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa bid'ah itu bahaya kpd kesudahan akhirat kita kelak. Kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam bahawa sebaik-baik orang Islam di kalangan kita adalah orang yg mengajarkan ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), dan yg belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah). [Nota: Kita telahpun faham perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. perintah Allah (a.w)) mengaji atau belajar ilmu itu wajib bagi setiap orang yg akui dirinya Islam. Dan, ilmu yg wajib dipelajari, difahami dan dijadikan dasar dan panduan amalan dan ibadah itu adalah 2 sahaja - ilmu al-Quran dan as-Sunnah]. Kita diberitahu bahawa betapa banyak dan tidak kesudahannya pahala mengalir kpd orang yg mengajarkan dua ilmu tersebut selagi ada orang yg mengamalkannya sampai kiamat dunia. Begitu banyaknya aliran dividen akhirat bagi mereka yg mengajarkan manusia dua ilmu tersebut. Jelaslah mengembangkan, yakni belajar dan mengajar, ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith itu sangat menguntungkan mereka yang mengajar dan yang belajar, kerana besar dan 'multi-level' pula dividen akhiratnya. Mengajar dan menyebarkan yg batil spt bid'ah juga menghasilkan dosa yg juga multi-level. Kenapa kita pilih dosa dan tinggalkan pahala? Dgn ilmu kita pasti bahawa ibadah dan amalan kita diterima Allah (a.w). Amalkan bid'ah juga kita pasti mendapat dosa. Ini adalah kerana kita terhindar daripada implikasi hadith di bawah ini:
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (yakni, dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku, kewafatanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith  sahih Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sesiapa yang membuat dan mengajarkan sesuatu ‘bid’ah’, ada dua akibatnya: 
(a) Tidak ridha Allah (a.w) terhadap orang yang mengajarkan ‘bid’ah’ atau yang mengamalkan ‘bid’ah’. Tak ridha pastilah dimurkahi sangat oleh Allah (a.w). Maka kita menempah neraka; dan 
(b) Yang mengajarkannya mendapat atau meneriima kiriman dosa seumpama dosa orang yang diajarkannya dan mengamalkan kebatilan (i.e. bid'ah) yg diajarkan, walhal dosa yang mengamalkan ‘bid’ah’ tidak dikurangipun.
Justeru itu, jika Allah (a.w) tidak ridha bererti pengamal dan pengajar ‘bid’ah’ pasti tidak masuk syurga!Wal-iyazubillah.
Kita sering diberitahu oleh ulama’ bahawa seseorang Islam itu mendapat balasan syurga bukan kerana amalan dan ibadah atau banyaknya ganjaran pahala yang didapatinya, tetapi kerana keridhaan Allah (a.w) semata-mata. Pengajar sesuatu amalan dan ibadah yang berbentuk atau bersifat ‘bid’ah’ tidak akan mendapat keridhaan Allah (a.w). Maka dengan itu sia-sia sahajalah amalan dan ibadah mereka, kerana tidak akan masuk syurga! Di dalam al-Quran Allah (a.w) berfirman bahawa mereka yang masuk syurga itu adalah mereka yang Allah (a.w) ridha terhadap mereka, dan mereka ridha terhadap Allah (a.w). Amatlah beratnya hukuman ke atas mereka yang menjadi penganjur atau pencipta atau pendokong sesuatu yg ‘bid’ah’. Soalnya: Mengapakah kita sanggup ambil risiko besar dgn menyakini wujudnya 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu 'setiap' sesuatu yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah adalah pembahauan dalam urusan agama, maka bid'ah. Adakah kita menombor-satukan ajaran manusia dan menombor-duakan ajaran Rasulallah (s.a.w)?
Di dalam hadith di bawah ini prinsip atau ketetapan yang sama disebutkan, iaitu Allah (a.w) tidak ridha.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu.’ Maka berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (mengulangi sabdanya): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal (bertanya semula): ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (as-sunnah) dari jalanku (as-sunnahku) (yang) sesungguhnya telah dimatikan dia (yakni, tidak lagi menjadi panduan umat Islam atau orang Islam) kemudian daripadaku (yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)), maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya dengannya dengan tidak dikurangi daripada pahala-pahalanya (orang yang mengamalkan) sesuatu. Maka barangsiapa berbuat satu bid’ah tidak ridha Allah (a.w) dan RasulNya; (dan) adalah atas mereka (i.e. mendapat) daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (yakni, bid’ah tersebut), tiada kurang (dosa) demikian itu daripada dosa-dosa mereka yg mengamalkannya sedikitpun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) menghukumkan bahawa sesiapa yang membuat satu bidaah, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tidak ridha, yakni dimurkai. Dan, barangsiapa mengamalkannya pula pasti sudah berdosa pula. Juga, lebih serius lagi apakala diajarkan kepada orang-orang lain, maka diamalkan oleh mereka pula, mereka yang mengamalkannya dapat dosa, dan dosa-dosa tersebut juga dikirimkan kpd orang yang membuatnya atau mengajarkannya. Kemudian, apakala anak-anak murid mengajarkannya pula dan anak-anak murid atau pengikut mereka mengamalkannya pula, dosa tersebut sampai pula kepada orang yang mula-mula membuat atau mengajarkannya, kepada mereka yang mengajarkannya pula, ad infinitum, yakni, berpanjangan atau tidak berkesudahan hinggalah Qiamat!
Alangkah ruginya kita? Kita diberitahu apakala matinya seorang anak Adam, terputus segala amalan yg menghasilkan pahala bagi kebajikan akhiratnya, kecuali tiga perkara, iaitu ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg diajarkannya kpd orang lain; kedua, sedekah jariah atau belanja fi sabilillahnya semasa hidupnya, dan ketiga doa anak-anaknya yg soleh/solehat kepada Allah (a.w) untuknya. Malangnya, dia ajarkan ilmu yg menghasilkan dosa bukan ilmu yg mendatangkan pahala baginya. Alangkah ruginya dan dungunya orang yg sedemikian itu! Kemudian apabila mati seorang Islam, tiga perkara menemaninya ke kuburnya, iaitu sanak saudaranya, kedua, hartanya, dan ketiga amalan dan ibadahnya semasa hidup. Apabila selesai dia dikuburkan, dua pergi meninggalkannya, iaitu isteri/suami, anak-pinak dan sanak saudaranya, dan hartanya. Kedua-dua ini tidak menguntungkan akhiratnya kecuali doa mereka kalau merka orang yg soleh/solehah. Hartanya menjadi milik orwarisnya. Dan kalau digunakan oleh warsinya scara batil pula, maka dia mendapat kiriman dosa pula. Yg kekal menemaninya di kubur adalah amal dan ibadahnya ketika hidupnya. Itupun kalau amalannya itu sah, i.e. menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau amalan dan ibadahnya dicemari oleh bid'ah atau dia amalkan bid'ah, rugi serugi-rusginya dia. InsyaAllah kita akan teliti nas dan dalil a-Hadith mengenai perspektif ini dalam post yg akan datang. Jika, seseorang itu membuat atau mengajarkan bid’ah, ilmu yang diajarkannya kepada murid-muridnya kekal tetapi murid-muridnya dan murid-murid kepada anak muridnya pula mengirimkan dosa atau dividen dosa sehinggalah Qimat dunia. Alangkah anianyanya mereka yang membuat dan mengajarkan bid’ah itu? Tidakpun dapat ilmunya membantu kerana tidak memberi manfaat kepada sesiapapun.
Dan, juga implikasi sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut, yang telah kita teliti sebelum ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yakni, mereka yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu (yang lainnya) dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, mengikut hadith sebelum ini, mereka yang mengajarkan bid’ah mendapat kiriman dosa dari mereka yang diajarkannya dan mereka yang anak muridnya ajarkan pula orang lain,murid-murid kpd anak muridnya pula mengirimkan dosa kpdnya sebagai pengasas ilmu bid'ah tersebut. Ini berlaku berterusan sehinggalah sampai Qiamat – kiriman yang semakin banyak dan berlipat ganda pula! Hanyalah dosa, yakni akan dibalas di akhirat apabila dimasukkan ke dalam neraka. 
Mengikut hadith di atas pula, hukumannya atau akibat akhiratnya lagi berat pula: iaitu Allah (a.w) tidak menerima segala amalanya – sama ada yg wajib atau fardu mahupun yg sunnat – dan lebih otomatis dan merugikan lagi, iaitu: Keluar dia daripada agama Islam! Diibaratkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa ahli bid’ah itu seumpama sehelai rambut yang terjatuh atau termasuk ke dalam tepung yang telah diuli. Apabila kelihatan oleh penguli tepong, maka ditariknya keluar daripada tepung uli tersebut. Maka keluarlah rambut tersebut tanpa ada sedikit bekas-bekas atau tanda-tanda tepong melekat padanya. Begitulah, segala amalannya yang berpahala – sama ada wajib ataupun sunnat – tidak memberi bekas kepadanya atau memberi manfaat kepadanya sedikitpun. Maka dengan itu, dia sebenarnya tidak beribadat atau beramal. Maka seolah-olah keluar daripada Islam kerana, pada hakikatnya, dia tidak beribadat atau beramalpun!
[Nota: Kita diberitahu dan diperintahkan Allah (a.w) untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Itu tugas dan tanggung jawab manusia. Apabila dikerjakan, mendapat pahala. Tetapi, pahala yang diperolehi kerana amalan dan ibadah tidak mungkin sama nilainya dengan pelbagai nikmat yang Allah (a.w) kurniakan kpd kita. Oleh itu masuk syurga bukan kerana amalan dan ibadah, tetapi kerana ridha Allah (a.w) terhadap kita. Allah (a.w) tidak ridha terhadap kita kalau amalkan atau sebarkan bid'ah. Allah (a.w) ridha kalau kita kembangkan ilmu as-Sunnah kerana ilmu tersebut memanfaakan manusia dan membetulkan landasan keimanan manusia terhadap Allah (a.w) dan membetulkan arah dan tujuan serta bentuk, kaedah dan cara beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Beruntung manusia yg utamakan as-Sunnah dan jauhi dirinya dari sesuatu yg bid'ah dan sesuatu mubah, i.e. hampir kpd perbuatan batil dan dosa.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment