Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita mula bincangkan tajuk 'bid'ah'. Kita juga komen sedikit tentang apa yg diceramahkan oleh Sheikh Nurudin al-Banjari al-Maki yg tersiar dalam TV al-Hijrah waktu pagi dalam segment 'Cinta Ilmu'. Dalam post itu kita telah bincangkan isu 'bid'ah' yg dibuat oleh Omar bin Khattab (r.a), khalifah ke-2, selepas Abu Bakar as-Siddiq (r.a) memulakan amalan lazim mensolatkan Solat Terawih secara berjema'h sebagai suatu amalan lazim zamannya. Sebelum itu dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) dan seterusnya dalam zaman Abu Bakar (r.a), Solat Terawih boleh disolatkan secara berjema'ah dan boleh disolatkan secara bersendirian. Dikatakan amalan Omar (r.a) itu adalah suatu bid'ah. Malah dikatakan Omar (r.a) sendiri akui yg dia memulakan suatu bid'ah yg baik.
Saudara, dalam post ini pernah dijelaskan perkara ini. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam berpandukan 'as-Sunnah'. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa as-Sunnah itu termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Siapa khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu? Mereka adalah halifah yg 4 selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w), iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali (r.an). Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) telahpun mengendorse perlakuan mereka, maka pastilah sesuatu yg disuruh atau dicontohkan oleh mereka itu adalah sebahagian daripada as-Sunnah yg umat Islam harus ikuti dan akur. Jadi kelakuan atau peraturan amalan Omar (r.a) adalah sah. Begitu juga peraturan Othman ibni Affan (r.a) yg memulakan melaungkan azan dua kali pada hari Jum'at untuk Solat Jum'at - amalan kita sekarang ini, iaitu ketika masuk waktu Zohor, diazankan sekali, kemudian ketiga Imam/Khatib hendak memulakan membaca khutbah dgn berdiri di atas mimbar dan memberi salam, diazankan pula, dan kemudian ketika selesai khutbah, tatkala Imam/khatib hendak memulakan solat Jum'at, diqamatkan pula.
Saudara, tatkala berlaku perubahan kpd bentuk amalan dan cara dan kaedah beramal atau beribadah yg dimulakan oleh khalifah yg empat, Islam menerima perubahan tersebut sebagai sah kerana telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya umat Islam ikuti. Tapi, ini tidak bererti bahawa sesiapa saja boleh membuat pembaharuan dalam urusan agama (i.e. syariat Islam), walaupun perubahan - penambahan atau pengurang kpd peraturan tersebut, adalah baik pada kaca mata manusia! Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umat Islam dalam hadith berikut, supaya pertama, beliau (Nabi) tinggalkan kita syariat agama Islam yg sudahpun sempurna seumpama sesuatu yg putih - malamnya kelihatan putih sebagaimana siangnya putih, yakni, jelas dan tidak meragukan lagi, sudah sempurna lagi benar. Maka umat Islam wajib akur dan ikuti syariat tersebut. Kalau umat Islam ingkari maka rosaklah agama mereka. Kerosakan ini berlaku selepas wafat beliau. Maka sesiapa yg menyimpang dari apa yg diwariskan oleh Nabi (s.a.w), pasti rosak akhirat mereka. Kedua, Nabi (s.a.w) memberitah kepada kita yg Islam bahawa di akhir zaman akan timbul perselisihan dan pertelingkahan yg banyak lagi berbagai tentang Islam dan tuntutannya, maka kita disuruh pegang sekuat-kuatnya dua perkara iaitu sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Kita ditegah pegang panduan selainnya. Kalau kita pegang panduan selainnya, maka kita akan rosak dalam beragama. Maka kita mencari syurga, tergelincir dapat neraka.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku (Nabi)) tinggalkan sesuatu yang putih – malamnya putih sebagaimana siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku (i.e. selepas wafat aku)(kalau sesat kamu) kecuali rosak (i.e. masuk neraka); Barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam), maka (aku mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, (yakni, pegang sekuat-kuatnya sunah tersebut, jadikan panduan dan amalkan atau kerajakan) dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, malangnya hari ini begitu banyaknya pembaharuan dalam perkara agama yg berbai. Umat Islam sudah lupakan pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini. Mereka yg tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah mengingkari beberapa perintah Allah (a.w), antaranya mengingkari ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah a-Haysr, yg menyuruh kita yg Islam supaya akur dgn kesemua ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yg disuruh kita kerjakan sekuat mampu dan yg ditegahnya kita jauhi dan tinggalkan. Kita juga meremehkan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' yg memberitahu kita bahawa Allah (a.w) telah membuat ketetapan bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w). Jadi, kalau Allah (a.w) perintah umat Islam ketaatan terhadap Rasulallah (s.a.w) adalah sama dengan ketaatan terhadap Allah (a.w), maka jika Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita jangan buat atau amalkan sesuatu yg dilarang atau ditegah oleh Rasulallah (s.a.w), maka wajib kita akur dan taati. Dalam perkara ini Rasulallah (s.a.w) menegahkan supaya kita jangan buat atau amalkan sesuatu yg diistilahkan sebagai 'pembaharuan dalam urusan agama' - dari segi bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal atau mengibadahkannya, maka kita wajib akur. Kalau kita tidak akur, i.e. kita buat juga, bererti kita menentang Rasulallah (s.a.w) dan kerana itu juga kita mementang Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' tersebut!
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan dalam hadith berikut supaya kita jauhi perkara-perkara baru dalam urusan atau perkara agama. Kerana semua pembaharuan tersebut adalah bid'ah, dan semua bida'ah itu kesesatan dan semua kesesatan itu menjerumuskan kita ke dalam neraka, maka kita yg beriman waji akur dan patuh!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih, iaitu Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (diwajibkan atas kamu) dengan mendengar dan taat (akan pemimpin i.e. imam jemaah kamu), jikapun yang memimpin (imam) kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai agama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan agama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’). [Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih]
[Nota: Jelaslah Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa setiap 'pembaharuan dalam urusan agama' adalah bid'ah. Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita supaya 'Takutilah bid'ah'. Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka.Hadith ini menidakkan apa yang dihujjahkan oleh para ulama’ dan ilmuwan arus perdana tentang ‘bid’ah hasanah’ itu.Namun begitu, majoriti umat Islam kekal dgn pendidiran mereka bahawa 'bid'ah hasanah' itu wujud! Bukankah ini adalah bertentangan dgn sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut? Kita akan lihat apa kata Rasulallah (s.a.w) mengenai bida'ah ini seterusnya. Bagi mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), kerana mereka takutkan kemusnahan akhirat mereka.]
Saudara, selanjutnya Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita yg Islam dan beriman selanjutnya dalam hadith berikut. Apakah nasihat Rasulallah (s.a.w)? Pertama, hendaklah kita tinggalkan apa-apa g tidak disuruh atau Rasulallah (s.a.w), maksudnya kita wajar buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa-apa yg ditegah olehnya. Kerana, umat-umat terdahulu telah rosak akhirat mereka kerana mengerjakan sesuatu yg tidak diperintahkan oleh para rasul dan nabi zaman mereka. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya jangan banyak soal dalam perkara agama. 'Banyak soal' di sini bermaksud mengajukan soalan atau pertanyaan semata-mata kerana membantah bukan untuk mendapatkan penjelasan atas keraguan mereka atau atau kurang faham mereka terhadap sesuatu yg diperintahkan oleh para rasul dan nabi mereka. Selanjutnya dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memerintahkan sama dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) sama dgn ketetapan Allah (a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari Abi ‘Amasy, hadith dari abi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘ambaihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' [Yg bermaksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu maka hentikanlah (atau tinggalkanlah)] [Hadith ibnu Majah]
Saudara, dalam perkara bid'ah kita telahpun tahu apakah perintah Rasulallah (s.a.w)? Takutilah bid'ah. Dalam hadith di atas kita diberitahu apa dia bida'ah. Iaitu ' setiap perkara baru dalam urusan agama' yakni, tiada dalam al-Quran dan tiada dalam as-Sunnah dan tidak pula dibuat oleh khalifah yg empat selepas beliau. Selanjutnya belia menjelaskan:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Yg bermaksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat agama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari]. Dan, hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [Yg bermaksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Saudara, Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu bahawa 'pembaharuan dalam urusan atau perkara agama' itu adalah bid'ah, dan sebarang amalan dan ibadah - bentuknya, cara dan kaedah mengerjakannya, tidak diterima Allah (a.w). Sia-sia saja. Jika kita lakukan amalan atau ibadah tersebut tidak dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalan kita. Kalau semua amalan dan ibadah kita dicemari oleh bid'ah, maka Kitab tersebut akan diberikan kpd kita dari arah belakang atau kiri. Maksudnya, kita adalah ahli neraka bukan ahli syurga. Jka begitu rosaklah akhirat kita, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment