Monday, February 25, 2013

Peringatan ... (Samb.)


Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang beberapa peringatan Islam kpd kita sebagai umatnya supaya terjaga kebajikan dunia dan akhirat kita - tidak menjerumuskan kita ke dalam neraka setelah bersusah payah mengerjakan pelbagai amal dan ibadah secara istiqamah pula. Sesungguhnya, orang Islam yg akui dirinya beriman dan yakin dia akan wujudnya kehidupan akhirat, dan dia inginkan kesejahteraan akhirat, pastilah dia menjaga dirinya dan hatinya dari beberapa sifat keji manusia - sifat-sifat menjadi batu api, mencanangkan keburukan orang lain (sama ada kita tahu ataupun tak tahu) mengeji dan mengumpat serta mencaci maki, dengki, berperasangka buruk, sombong, dll lagi. Saudara, mungkin saudara pernah mendengar orang berkata bahawa satu sifat keji orang Melayu itu adalah mereka dilahirkan memiliki 'PHD' tak payah belajar di universiti untuk dapat Ph D, kerana mereka dilahirkan dgn budaya PHD - Perasaan Hasad dan Dengki dalam hati. 
Bagi kita yg pernah berada di negara orang putih - di Amerika atau UK atau di Perancis, contohnya, kita dapat bezakan perbezaan sikap antara mereka dgn sikap kita. Mereka lebih mesra, lebih suka membantu dan menolong, tanpa ada medal cogankata di atas baju mereka 'Smile' atau 'What can I do for you' atau 'May I help' atau 'boleh saya bantu'? - cogankata yg tertulis dibadge pelekat tersebut. Kalau kita di pejabat post atau mana-mana perkhidmatan counter, walaupun waktu rehat tegahari hanya seorang bertugas, kalau terdapat barisan pelanggan menunggu panjang, mereka yg berada di belakang yg sedang berehat dan bukan waktu mereka bertugas, mereka akan ke depan membantu supaya pelanggan segera selesai tugas mereka, dilayan secepatnya. Di sini, kita akan dapati sebaliknya. Yg bertugas lambat menjalankan tugasnya dan yg lapang takda buat apa, tak mahu membantu dan menolong, memudahkan pelanggan. Itulah yg diajarkan oleh Bible mereka. Malangnya bagi kita yg Islam kita takpun mengikuti ketetapan al-Quran, wal-hal ajaran al-Quran itu lebih baik dan lebih mulia dari mana-mana kitab agama!

Sifat Sombong
 
Saudara, dalam post ini kita lihat selanjutnya beberapa adab yg sepatutnya menjadi panduan hidup dan budaya kita sebagai umat Islam. Tapi ...lihatlah apakah sikap orang Melayu yg berketuruan darah biru atau darah kuning, berbangga dgn kelahiran dan mertabat keluarganya - dia adalah Tengku atau Tuanku atau Tunku atau Raja atau Syed atau Nik atau Wan atau Daing dan seumpamanya, seolah-olah dari segi keturunan mereka berbeza dari orang biasa yg namanya Ahmad atau Ali atau, kalau Jawa, Sukarto dan seumpamanya. Walhal, Islam atau Allah (a.w) dan RasulNya beritahu kita asalnya dari nenek moyang yg satu, Adam (a.s) dan hawa (a.s)! Apakah mereka yg berbangga dgn nasab atau kelturunan bertitle itu berpendapat bahawa mereka bukan dari keturunan Adam (a.s)? Sehinggakan terjadi suatu amalan yg batil bahawa orang biasa bercakap dgn mereka perlu menyebut diri mereka 'patik' atau 'hamba' dan kalimah merendahkan diri yg seumpamanya? Sehinggakan orang yg tidak berkerununan 'Syed' tidak boleh meminang seorang 'syarifah' anak perempuan keturunan Syed?
Saudara, kita diberitahu tentang kesombongan dan keangkuhan syaitan terhadap Adam (a.s.) Syaitan berpandangan bahawa kejadiannya yg lebih baik dari Adam, kerana Adam dicipta Allah (a.w) dari tanah manakala dia, syaitan, dicipta dari api. Dan, dia, syaitan sudah wujud 50,000 tahun sebelum Adam (a.s) diciptakan. Maka merasa bangga dia dgn asal usul kejadiannya, dan sombong serta bongkak dia, tak mahu mematuhi perintah Allah (a.w), walaupun hanya disuruh tunduk hormat kpd Adam (a.w). Maka Allah (a.w) melaknat syaitan, dan diusir keluar dari syurga dan kerana tak mahu akur dgn ketetapan Allah (a.w) dilaknat dan tidak akan masuk syurga dia dan keturunannya dan manusia yg mengikuti jejak langkah dan sifat-sifat syaitan. Sifat Sombong antara sifat-sifat yang disebutkan oleh para ulama’ dengan istilah sifat-sifat ‘mazmumah’, atau sifat yang tidak baik bagi seseorang yang Islam adalah sombong dan bangga diri. Ini berlaku apakala seseorang itu banggakan keturunan, pangkat dan kedudukan, kebijaksanaan dan lain-lain sifat ketakburan terhadap diri sendiri. Sifat sombong dan angkuh itu bahaya, kerana kalaupun seseorang itu begitu baik dalam semua hal, tetapi kerana sombongnya tidak dapat ganjaran syurga.
Diriwayatkan hadith daripada Alqamah hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘La yadhulul jannata man kana fi qalbihi mithqalu zarratin min kibrin.' [Yg bermaksud: Tidak masuk syurga barangsiapa yang ada dalam hatinya sebesar zarrah (semut hitam atau biji sawi) daripada sifat kesombongan], berkata seorang lelaki: ‘Jika seseorang itu senang (yakni, suka akan) pakaian yang baik-baik dan cantik dan selipar yang baik dan cantik?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Innallaha jamilun yuhibbul-jamala. Al-kibru batarul haqqi wa-ghamtul-nas.' [Yg bermaksud: ‘Sesungghnya Allah (a.w) itu cantik (atau baik), dan Dia (Allah (a.w)) sukakan yang cantik (atau baik)’. Adapun kesombongan itu (atau sifat sombong itu) orang yang menolak (yakni, tidak mahu terima) perkara yang haq (yakni, benar), dan meremehkan (atau merendah-rendahkan) manusia (yakni, melihat bulu dia untuk mendengar nasihat orang).] [Hadith Muslim, Kitab Iman]
Hadith di atas menjelaskan apakah yang dimaksudkan ‘sombong’ dalam Islam, yakni yang dikatakan seseorang yang sombong dalam Islam itu siapa dan bagaimana? Bukan kerana kemewahan atau darjat atau pangkat atau nama atau kedudukan, maka dia sombong. Melainkan, kerana dia kaya, bernama, berdarjat dan berkedudukan, dia rasa sombong diri, itu sememangnya sifat yang tidak baik. Tetapi, ada kesombongan yang lebih halus dari semata-mata kerana perbezaan darjat, pangkat atau kedudukan dan sebaganya.
‘Sifat sombong’ dalam Islam adalah masalah hati atau jiwa. Seseorang itu dianggap sombong apabila dia tidak Islam, yakni dia kafir. Kerana, Allah (a.w) memberitahu bahawa Dialah Tuhan manusia, maka orang kafir tidak menerimanya. Orang Islam pula menerima hakikat bahawa Allah (a.w) itu adalah Tuhan mereka yang Esa. Namun, mereka, walaupun Islam, adalah sombong kalau dia menolak sesuatu yang haq dalam Islam seperti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith. Maka sesiapa yang menolak atau meremehkan yang haq adalah sombong. Umpamanya, orang Islam yang menyatakan sebahagian daripada ketetapan al-Quran itu jumud atau ketingalan zaman adalah sombong. Kerana, jika ketetapan Islam itu diperintahkan oleh Allah (a.w), yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata dan ghaib, yang telah berlaku dan akan berlaku, masakan ketetapanNya itu jumud! Seseorang Islam yang menyebut bahawa ketetapan atau panduan Rasulallah (sa.w) itu tidak wajar zaman kini, adalah sombong. Kerana ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah haq dan benar kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap atas dasar perintah Allah (a.w) melalui wahyu. Masakan perintah Allah (a.w) itu mempunyai kekurangan atau jumud oleh zaman! Jika seseorang Islam itu diberitahu sesuatu yang haq kerana ketetapan itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterimanya, maka mereka ‘sombong’. Malah sesiapa yang tidak percaya akan cerita-cerita al-Quran dan as-Sunnah adalah kafir. Maka dengan itulah sesiapa yang sombong terhadap sesuatu yang haq atau benar dalam Islam tidak masuk syurga.
Apabila seseorang yang Islam itu diberitahu bahawa janganlah berbuat ‘bid’ah’ atau mengamalkan ‘bid’ah’ kerana Rasulallah (s.a.w) melarang berbuat ‘bid’ah’ atau mengamalkan ’bid’ah’, maka tidak diendahkannya, maka dia sombong. Kerana, perbuatan dan amalan yang bersifat ‘bid’ah hasanah’ tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, tetapi kekal berhujjah dan bertegang tentangnya, maka mereka itu adalah sombong dalam Islam. Kerana larangan mengenai ‘bid’ah’ itu adah larangan yang haq, terdapat banyak hadith yang menyebutkan Rasulallah (s.a.w) melarang dan mencegah umatnya berbuat sedemikian. Jika kita membantah dan cuba menegakkan benang basah pula, kita sombong. Dan, jika kita pula berpandangan bahawa orang yang memberi kita tahu tidak sama tarafnya dengan kita dari apa-apa jua segi, walhal dia terpandu dengan ilmu mengenainya, maka kita meremehkan dia atau kedudukannya. Kita juga sombong dalam Islam. Maka, dengan itulah dalam hadith berikut disebutkan dan diperingatkan bahawa orang yang sombong tidak masuk syurga. Tidak ada makna imannya kalau dia sombong. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim hadith daripada ‘Alqamah hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ' La yadhulun-nara ahadun fi qalbihi mithqalu habbatin kharzalin min imanin wa-la yadhulul jannata ahadun fi qalbihi mithqala habbati kharzalin min qibriya-a.' [Yg bermaksud: Tidak masuk neraka seseorang jika di dalam hatinya ada sebesar biji sawi daripada keimanan, dan tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sebesar biji sawi dari rasa atau perasaan sombong.] [Hadith Muslim, Kitab Iman]
Hadith di atas menyebut dua perkara yang kontra: pertama, tentang ‘keimanan’, dan kedua, tentang ‘kesombongan’. Sesiapa yang ada keimanan di dalam hatinya terhadap Allah (a.w) sebagai Tuhannya, adanya para rasul dan nabi, malaikat dan percaya akan ada qiamat, padang makhsyar, Kitab Catitan Amalan, hisab, syurga dan neraka dan sebagainya, sebesar atau seberat semut hitam, akhirnya akan masuk syurga juga setelah disiksa di neraka, yakni dibersihkan. Sesiapa, sebaliknya pula, yang ada perasaan atau sifat sombong dalam hatinya walaupun sebesar semut hitam tidak akan masuk syurga. Apakah orang yang sombong itu tidak beriman? Bagaimana orang itu beriman, tetapi sombong, dapat masuk syurgakah?
Yang jelasnya, siapa ada kesombongan dalam hatinya tidak akan masuk syurga. Maka kemungkinan besar dia dibersihkan di dalam neraka dahulu kerana kesombongannya, dan setelah dibersihkan dosa-dosa kerana kesombongannya itu, dan kemudian kerana keimanannnya, walaupun hanya sebesar semut hitam atau biji sawi, akan diberi peluang masuk syurga.

Sifat sombong itu amat besar dosanya kerana kesombongan hanya ada pada Allah (a.w). Allah (a.w) sahaja berhak memiliki sifat sombong. Kerana, dialah menguasai segala sesuatu. Segala sesuatu bergantung kepada izinNya jua. Manusia tidak layak dan tidak berhak bersifat sombong, walaupun sedikit! Yang selamatnya, bagi sesiapa yang ada sifat sombong itu, hapuskanlah dan kikislah. sebelum terlambat!

Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment