Thursday, February 21, 2013

Komen - Bid'ah dan Amalan tanpa Sandaran

Assalamualaikum,
Saudara, pagi ini Sheikh Muhammad Nurudin al-Banjari al-Maki bercerita atas tajuk 'Ilmu dan Tawaduk' dalam segmen 'Cinta Ilmu' siaran pagi TV al-Hijrah. Beliau menyebut suatu peristiwa mengenai pertemuan Imam as-Syafie dengan Imam Abu Hanifah, ketika bersolat Subuh, beliau tidak membaca Doa Qunut sebagaimana biasa, katanya, beliau baca. Mengikut fahaman Mazhab as-Syafie adalah sunat yg diberatkan membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh, katanya. Kalau tidak dibaca, maka wajib membuat Sujud Sahwi, (Sujud Lupa) selepas selesai solat. Maka ketika Imam as-Syafie bersolat dengan Imam Abu Hanifah, beliau tidak membaca Doa Qunut, kerana menghormati pendirian Imam Abu Hanifah, yg tidak membaca Doa Qunut dalam solat Subuh itu.
Saudara, apakah Imam as-Syafie yg mengajarkan pengikut2nya membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh? Wallahu a'lam. Yg pasti adalah tidak ada sandaran nas dan dalil sama ada al-Quran mahupun as-Sunnah menyebut tentang kewajipan membaca Doa Qunut pada Solat Subuh. Kerana, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah membaca Qunut dalam Solat Subuh sepanjang hidup beliau. Maka justeru itu, Rasulallah (s.a.w) sebagai 'uswatun hasanah' - model ikutan terbaik dalam perkara Islam dan tuntutannya, maka sewajarnyalah tidak dibaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. 

Saudara, dalam blog ini, khususnya dalam perkara Doa Qunut ini, kita telahpun beritahu bahawa tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai Doa Qunut dalam Solat Subuh. Malah kita juga telah beritahu bahawa kalimah-kalimah doa yg dibaca dalam Doa Qunut sekarang ini adalah kalimah-kalimah Doa Qunut yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada cucunya, Husein, supaya dibaca ketika membaca Doa itu pada Solat Witir, iaitu solat yg mengakhiri Solat Terawih, pada malam 15 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Kalau kita berpedomankan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat), maka sahnya solat itu kalau menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Para sahabat dan para tabi-in (yakni, pengikut Rasulallah (s.a.w)) tidak pernah terlihat atau melihat Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Malah, tidak ada satupun hadith yg menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut pada Solat Subuh. Jika begitu, termasuklah membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh itu suatu yg bid'ah atau pembaharuan dalam urusan agama, berdasarkan agama Islam yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada umat beliau.
Saudara, dalam perkara Doa yg dibaca dalam Solat Subuh itu, kita telahpun diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah membaca Doa Qunut Nazilah. Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir selepas Rukuk, ketika Iktidal, pada setiap solat fardu yg lima - i.e. Subuh, Zohor, 'Asar, Maghrib dan Isya' - selama sebulan sahaja, dan kalimah-kalimah doa yg dibaca bukan Doa Qunut yg kita baca dalam Solat Subuh itu. Kenapa dibaca setiap solat fardu dan kenapa sebulan sahaja? Hanya Allah (a.w) dan RasulNya yg tahu. Namun, peristiwa yg menyebabkan dibaca Qunut Nazilah itu adalah kerana golongan munafiq di 4 perkampungan Arab yg awalnya meminta agar Rasulallah (s.a.w) hantarkan/kirimkan mubaligh atau pendakwah untuk mengajarkan syariat Islam kpd mereka supaya mereka lebih faham syariat Islam. Maka, Rasulallah (s.a.w) mengutus 70 orang mubaligh atau pendakwah atau guru ke 4 kampung tersebut. Mereka bunuh 69 daripada 70 orang tersebut, dan hanya seorang sahaja yg selamat, yg sempat menyelamatkan diri melapurkan kpd Nabi (s.a.w) dalam keadaan luka parah. Rasulallah (s.a.w) bersabda kankah lebih baik kalau dia sama-sama mati, kerana dia hidup maka rugi dia, belum pasti mendapat syurga sebagaimana yg 69 tersebut terbunuh sebagai syuhada mati dalam fi sabilillah maka mendapat ganjaran syurga! Mereka mati sebagai syuhada - mati syahid. Maka kerana peristiwa itu, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kesemua umat Islam supaya membaca Doa Qunut Nazilah mendoakan kehancuran dan kebinasaan kpd penduduk 4 perkampungan Arab tersebut melalui kemarau panjang sebagaimana yg pernah dialami oleh masyarakat Nabi Yusuf (a.s) selama tujuh tahun itu. Allah (a.w) menurunkan bala, maka musnah keempat-keempat perkampungan tersebut. Qunut Nazilah ini diamalkan selama sebulan pada setiap solat fardu.
Saudara, dalam dua atau tiga ceramah Syeikh Nurudin dalam segmen yg sama, sebelum ini beliau membincangkan isu 'bid'ah'. Beliau ada menyebut bahawa sesuatu amalan yg tidak ada dalam al-Quran dan as-Sunnah yg baik, wajar diamalkan atas beberapa sebab atau pertimbangan. Rasionalnya disebutkan oleh Syeikh Nurudin, iaitu: pertama, walaupun tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) kerana takutkan atau beliau khuatir akan menjadi suatu amalan yg wajib, maka baik jika hendak diamalkan. Dicontohkan oleh beliau bersugi. Kalaulah tidak kerana khuatir dijadikan oleh umatnya sebagai suatu amalan wajib, maka beliau tidak memerintahkan umatnya bersugi (i.e. mengosok gigi) sebelum bersolat fardu, walhal Rasulallah (s.a.w) suka sekiranya umatnya bersugi. Kedua, mengikuti contoh perbuatan Omar bin Khattab (r.a) yg mengubah syariat mensolatkan Solat Terawih - daripada diamalkan secara bersendirian kpd amalan yg disolatkan secara berjema'ah di bawah seorang imam solat. [Nota: Tapi, harus diingati bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak menegah para sahabat yg berimamkan beliau beberapa malam. Sehinggakan suau malam itu tak muat masjid kerana ramainya para sahabat yg bermakmukan beliau. Namun kerana khuatir akan menjadi tuntutan wajib, maka beliau tidak ke masjid pada hari berikutnya]. Ketiga, sesuatu yg baik itu tidak dihalangi orang Islam lakukan kerana tidak ada ketetapan had-had tertentu. Ini merujuk kpd berapa banyaknya perlu berzikir dan membaca Yaasin berjema'ah dan mengadakan Majlis Tahlil Arwah dan amalan yg seumpamanya. Beliau berkata tidak ada larangan dalam meperbaiki amalan. Dalam blog ini kita sering sebutkan bahawa Islam itu agama yg dicipta Allah (a.w) khusus untuk manusia (dan jin). Syariatnya atau segala ketentuan atau spesifikasinya ditetapkan oleh Allah (a.w). Segala sesuatu mengenai Islam itu adalah ditetapkan dalam al-Quran dan 'al-Hikmah' (atau as-Sunnah) yg diwahyukan oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) dan disampaikan juga melalui malaikat Jibril (a.s), apabila dan ketika perlu didemokan atau ditunjukkan praktikalnya. Maka oleh itu Rasulallah (s.a.w) sahaja yg sempurna dan benar ilmunya mengenai segala amalan dan ibadah, terutama solat. Justeru itu, jikalah tidak dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) setiap amalan itu, maka amalan itu adalah menyimpang dari ketetapan yg haq mengenai segala amalan dan ibadah. Itulah prinsip pokok yg wajib setiap umat Islam faham. Kerana, akibat menyimpang dari ketetapan ini membahayakan amalan dan ibadah, malah aqidah kita sendiri.
Saudara, kerana itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Man 'amala 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (Yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan yg tidak didatangkan dari aku (Nabi), maka amalan (atau ibadahnya) ditolak (oleh Allah (a.w)). Yakni. tak diterima amalannya dan ibadahnya. Malah lebih bahaya kerana secara tidak kita sedari, dia terkeluar dari Islam (yakni, menjadi kafir tanpa disedari). Taubat kita tidak diterima selagi kita beramal dgn sesuatu yg bid'ah. Segala amalan kita - yg fardu dan yg sunat- semuanya tak guna dan sia-sia sahaja, kerana tak mendapat pahala atau tidak diterima Allah (a.w). Logiknya mudah. Dalam perkara dunia, kalau kita bekerja dgn suatu corporation atau syarikat, pemiliknya suruh kita buat begini dan begitu, kita buat cara lain, apakah dia/pemilik atau pengurus yg menyampaikan arahan pemilik, boleh bagi kita upah atau gaji? Lebih-lebih lagi dalam perkara agama. Kalau Allah (a.w) beritahu Rasulallah (s.a.w) supaya beritahu dan jelaskan kpd manusia hendaklah menyembah Allah (s.a.w) begini dan kerjakan amalan dan ibadah sebagai wadah menyembah Allah (a.w) begini, maka kita buat begitu - lain dari yg ditetapkan, apakah Allah (a.w) terima? Pasti ditolak dan tidak diberi ganjaran pahala, malahan 'didenda' dgn ancaman neraka. Yg selamat dan pasti selamat adalah ikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadah kita diberi ganaran pahala yg besar, iaitu dapat syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dll ketetapan al-Quran dan as-Sunnah Mengapakah kita berani ambil risiko dgn sesuatu yg pasti tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kita lihat 'pembaharuan' yg dibawakan oleh Omar bin Khattab (r.a)., iaitu pembaharuan dalam Solat Terawih. Apa yg diperbaharui oleh beliau? Solat Terawih disolatkan secara berjema'ah di bawah seorang imam, tapi Omar (r.a) tetap solatkan 8 rakaat. Rasulallah (s.a.w) pernah jema'ahkan Solat Terawih. Namun umat Islam tidak pula ditegah bersolat Terawih secara bersendirian.
Dalam isu mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah ini kita perlu rujuk beberapa perkara yg menunjukkan bahawa 'pembaharuan Omar' itu telah direstui oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w):

Pertama, dalam sabda Rasulallah (s.a.w), kita disuruh ambil dan jadikan as-Sunnah panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah, yakni panduan beragama, kita. Sabda Rasulallah (s.a.w) (menjelaskan bahawa setelah wafat beliau kelak umat Islam akan berpecah menjadi 73 jenis fahaman Islam, bilamana 72 fahaman Islam tersebut, walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, gagal mendapat syurga. Maka beliau menjelaskan bahawa hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll]. 
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini menyebutkan bahawa umatnya wajib berpandukan dengan 'as-Sunnah' iaitu sunnah beliau dan sunnah khalifah kalau nak berjaya mendapat syurga. [Nota: Dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) juga menyebutkan bahawa yg berjaya mendapat syurga itu adalah umat Islam yg berjema'ah dalam Islam].
Kedua, Omar (r.a) dalam sepotong hadith dalam Sunan ad-Darami berkata: '(Seseorang yg Islam itu) Tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema'ah, tidak dikatakan berjema'ah kalau tidak ada Imam/Amir (yg memimpin jema'ah Islam), dan tidak ada keImaman kalau tidak wujud ketaatan oleh jema'ah terhadap Imam/Amir.' Omar (r.a) tidakpun membuat sebarang pembaharuan dalam syariat Islam, i.e. ketetapan atau hukum hakam Islam, kerana beliau mengulangi apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) - Ayat 103, Surah ali-Imran dan perintah Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) - hadithnya kita sudahpun rujuk sebelum ini. [Nota: Pertama, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tidak halal hidup seorang Islam di muka bumi ini kalau mereka tidak mengangkat seorang Imam/Amir dan mereka tidak berjema'ah; kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, kerahmatan Allah (a.w) itu hanyalah melalui berjema'ah dalam Islam, dan sesiapa yg berfirqah atau bermazhab itu pasti akan diazab di akhirat kelak; Ketiga, tidak diterima amalan dan ibadah seseorang Islam itu jika tidak didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa berjema'ah itu suatu kewajipan dalam Islam; kelima, berbai'at itu adalah perintah Allah (a.w); dan keenam, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan Imam itu adalah jaminan syurga.]
Ketiga, Rasullalah (s.a.w) memberitahu bahawa Omar (r.a) mempunyai taraf/martabat yg tertinggi dikalangan para sabahat.Hadith berikut dengan jelas memberi kita tahu mengapa perbuatan Omar (r.a) tidak bersifat bid'ah.
Diriwayatkan hadith dari Ghudaifin b. Harith hadith dari Abi Zarr berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Innallaha wado'al-haqqu 'ala lisani 'Umara yaqulu bihi.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) meletakkan kebenaran kpd ucapan (atau kata-kata) Omar (maka) berkata-kata dia (Omar) dengan kebenaran.) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Mukaddimah].itahu bahawa Allah (a.w) telah mengendorse kata-kata Omar (r.a). 
Ketiga, dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita supaya ikuti sunnah Abu Bakar dan Omar dalam perkara agama. Diriwayatkan hadith dari Umairin hadith dari Rib'iyi hadith dari Khuzaifah berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Iqtadu billazaini min ba'di Abi Bakrin wa-Umara.' (Yg bermaksud; Ikuti (sunnah) dua orang sesudahku (Nabi) (i.e. sesudah wafat aku), iaitu Abu bakar dan Omar b Khattab (r.a).) [Hadith at-Termidzi, Kitab Manakib (Pangkat Para Sahabat)]
Jelasnya, apa sahaja perbuatan Omar (r.a) telahpun terlebih dahulu diberi endorsement oleh Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w).
Keempat, kedudukan Omar (r.a) itu istimewa dalam Islam seperti yg diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Musyarrih b Ha'an hadith dari 'Uqbah b 'Amirin berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Lau kana ba'di nabiyun lakana Umaru b Khattab' (Yg bermaksud: Seandainya akan ada seorang Nabi sesudahku (sesudah wafat Rasulallah), nescaya adalah dia Omar b Khattab.) [Hadith at-Termidzi,dalam Bab Pangkat Para Sahabat]
Saudara, jelaslah bahawa kedudukan Omar dan kedudukan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu sudah mendapat endorsement Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu 'pembaharuan' yg dibawakan oleh mereka bukanlah bid'ah. Ianya adalah sebahagian as-Sunnah. Orang lain walaupun dinobatkan oleh manusia sehebat manapun sebagai ulama' muktabar dan teralim sekalipun - tidak ada endorsement sedemikian, tidak ada ketetapan membolehkan mereka mengubah atau mengubahsuai syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Itulah hakikatnya. Adalah suatu kepalsuan bagi seseorang yg menyebutkan bahawa sesuatu yg baik itu boleh diambil untuk mengubah syariat Islam Islam. Dalam perkara keduniaan dan amalan keperibadian, umat Islam tidak ditegah mengamalkan membaca kalimah Tahlil ('La-ila ilallah' 1.0 juta kali sehari, atau memuji Allah (a.w) dgn kalimah pujian 'Subhanallah, wal-hamdulillah dsbnya berapa kalipun setiap hari, atau membaca Yaasin setiap pagi atau malam Jum'at, mendoakan kpd kedua ibu bapa kita dan sebagainya, asalkan tidak dijadikan amalan rutin berjema'ah kerana tidak ada amalan sedemikian secara berjema'ah.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham dan dapat bezakan perbuatan Omar (r.a) dgn perbuatan orang lain. Dalam post yg lalu dalam blog ini kita telahpun lihat 'reservation' Imam-imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban bahawa mereka sekali-kali tidak mahu digam sebagai orang yg menolak atau mengubah atau mengatasi ketetapan as-Sunnah, malah mereka berkata 'mazhab' mereka adalah Mazhab as-Sunnah, berpedomankan Rasulallah (s.a.w). Maka kalaulah ada sesuatu ketetapan mereka yg menyalahi as-Sunnah, maka kita dipinta buang ketetapan mereka dan ambil ketetapan as-Sunnah. Justeru itu, mengapa ramai ulamak kemazhaban memberi kita tahu bahawa amalan itu dan ini adalah sejajar dgn as-Sunnah?? Namun, yg jelasnya adalah janganlah ambil risiko, nanti di padang makhsyar kita dapat Kitab Catatan Amalan kita kosong semata-mata tidak ada catitan amalan dan ibadah dan pahala atau kita tidak diberikan Kitab kita, malah terus dihalau masuk neraka, kerana kita terkeluar dari Islam semasa hidup kita di dunia dulu, tanpa kita sedaripun! Wal iya zubillah.

Jazakallah khairah


No comments:

Post a Comment