Friday, February 22, 2013

Utamanya kedua ibu bapa

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudra dah jemu atau dah kelabu apabila kita sering bincangkan dua dimensi syariat Islam yg memangpun sukar difahami bagi mereka yg kurang ilmu mengenai Islam, iaitu 'berjema'ah' dan 'bid'ah'. Insya Allah dalam post ini dan beberapa post yg akan kita teliti selepas ini, kita alihkan pula perhatian kita kepada tajuk di atas iaitu 'ibu bapa dan kebajikan akhirat kita'.
Saudara, dalam zaman moden kini, manusia - yg Islam dan tak Islam - sentiasa sibok dan disibukkan oleh dunia. Bagi orang bukan Islam kita tak perlu bincangkan kerana, akhirat itu adalah untuk orang Islam bukan untuk orang yg tak Islam. Kesudahan akhirat orang Islam dan tak Islam itu jelas diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Tapi, janganlah kita berpandangan bahawa kita Islam maka kita akan bahagia di akhirat! Kita akan dapat syurga. Tak semudah itu. Kita tahu bahawa Ayat 13, Surah an-Nisa' jelas memberitahu kita bahawa - kita dapat masuk syurga atau dapat ganjaran syurga kalaulah kita taatkan Allah (a.w) (yakni, kita ikuti dan akur dengan ketetapan al-Quran) dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. kita akur dan ikuti ketetapan as-Sunnah). Kalau kita Islam tapi kita ingkari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti tak dapat syurga, tapi sebaliknya kita terjerumus ke dalam neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'! Islam saja tak cukup untuk mendapatkan syurga! Syurga itu diwariskan, firman Allah (a.w), kpd orang yg beriman dan mengerjakan amalan dan ibadah - aksudnya kita mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) dengan mengerjakan apa yg disuruh kerjakan dan tinggalkan apa-apa yg diperintah supaya jauhi atau jangan lakukan. Seseorang yg Islam dan beriman itu wajib berjema'ah, tak cukup mengerjakan amalan dan ibadah semata-mata, kerana kalau beramal dan beribadah secara rutin, tidak melanggar sebarang tegahan dan larangan, kalau tak berjema'ah tetap tak dapat syurga. Kalau tak taatkan Imam atau Amir, orang yg memimpin jema'ah, tak juga dapat syurga. Hakikat ini tak ramai orang Islam tahu dan faham. 
Saudara, mungkin saudara faham bahawa kalau seorang anak itu tak utamakan kedua ibu bapanya, tak taatkan kedua ibu bapanya, menyebabkan mereka tak ridha terhadap kita sebagai anak-anaknya, maka kita juga tak dapat syurga. Kerana syurga itu bergantung kpd keridhaan kedua ibu bapa terhadap kita, sebagai anaknya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu ridha ibu bapa kita maka Allah (a.w) ridha terhadap kita. Dgn lain perkataan, keridhaan Allah (a.w) terletak kpd keridhaan kedua ibu bapa kita. Justeru itu, rugilah seseorang anak yg tidak membela, tidak membantu dan menjaga kedua ibubapanya, terutama ketika mereka sudah tua. Cuba kita lihat apakah perintah Alah (a.w) dalam perkara ibu bapa ini. Insya Allah  dgn pengetahuan sedemikian itu, kita, sebagai anak, lebih peka dan berhati-hati supaya tidaklah terlepas peluang untuk mendapat syurga, ketika kedua-dua ibubapa kita masih hidup, dan kita sempat berbakti kpd mereka dan ketika mati mereka, mereka ridha kpd kita sebagai anaknya yg dapat menyenangkan hati kedua-duanya semasa hidup mereka.
(a) Ayat pertama yg berbuni:
Firman Allah (a.w): ‘... La ta’budu illaha wa-bilwalidaini ikhsana ...' [Yg bermaksud: ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka ...) [Ayat 83, Surah al-Baqarah]
Dalam firman Allah (a.w) kita diperintah oleh Allah (a.w) supaya sembahlah Dia (Allah (a.w)) sebagai tuhan semata-mata, janganlah kita sembah selain Allah (a.w) atau kita jadikan seseorang atau sesuatu sebagai Allah (a.w). Dalam ayat-ayat lain Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam dan beriman dan yg mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) atau syurga Allah (a.w), jangan syirik. 'Syirik' menduakan Allah (a.w), dgn menyebut atau meyakini wujudnya satu kuasa keTuhanan selain Allah (a.w). Perintah kedua dalam firman tersebut adalah berbuat baik kpd kedua ibubapa kita. Ini adalah perintah wajib - tak boleh tidak. Malangnya hari ini begitu ramai umat Islam yg tak buat baik terhadap kedua ibubapa mereka. Ada anak yg begitu sibuk atau disibukkan oleh dunia, atau tak sanggup membela dan membela kedua ibu bapa mereka, maka diserahkan penjagaan kedua ibu bapa mereka kpd orang lain, khususnya rumah penjagaan wargamas.
(b) Ayat kedua yg berbunyi:  
Firman Allah (a.w): ‘Wa’budullaha wala tusyriku bihi syaian, wa-bilwalidaini ikhsana ...' [Yg bermaksud: Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...] [Ayat 36, Surah an-Nisa’]
Saudara perintah yg serupa diulangi oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat tersebut. Ini menunjukkan betapa utamanya perintah tersebut dan betapa utamanya kita akur dgn perintah Allah (a.w) tersebut. Kalau kita tidak endahkan kedua ibubapa kita pastilah kita melakukan kezaliman yg besar dan melakukan perbuatan dosa yg amat besar pula!
(c) Ayat ketiga yg berbunyi: 
Firman Allah (a.w): ‘Qul ta’alau atlu ma harama rabbukum ‘alaikum, ala tusyriku bihi syaian, wa-bil walidaini ikhsana wala taqtulu auladakum min imlaq ...' [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad kpd umatmu)! Marilah (yakni, dengarlah dan ingatlah) supaya aku bacakan kepada kamu apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu atas kamu sekelian: iaitu (pertama) jangan kamu syirik terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan (kedua) kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik, dan (ketiga) janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan ... ] [Ayat 151, Surah al-An’am]
Saudara, dalam Ayat ini Allah (a.w) berfirman menyuruh Rasulallah (s.a.w) beritahu manusia, terutama manusia yg Islam dan beriman, beritahu manusia suatu wasiat Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) dalam ayat ini sama dgn perintah Allah (a.w) pada dua ayat yg terdahulu. Bezanya hanyalah secara khusus Allah (a.w) peringatkan kita sebagai anak, bahawa haram = berdosa besar kalau anak tidak berbuat baik kpd kedua ibu bapa kita. Malah jika  haram pastilah lakukan sesuatu tak halal, maka pastilah tempat kita dalam neraka!
(d) Ayat keempat yg berbunyi:   
Firman Allah (a.w): 'Wa-wassainal insanu li-ibnihi hamalatu ummuhu wahnan ‘ala wahnin ... (hingga) ... ilaiyal masiru) [Yg bermaksud: Dan Kami (yakni, Allah (a.w)) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan (bersyukurlah) kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).] [Ayat 14, Surah Luqman]
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) perintahkan manusia sebagai perintah wajib supaya berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapa. Allah (a.w) peringatkan kita sebagai anak mengenangkan betapa siksa dan susahnya ibu kita ketika mengandungkan kita sehingga menggadai nyawa pula melahirkan kita dan kemudian menjaga dan mendidik kita sehingga kita boleh berdikari. Begitu besar dan beratkan pengorbanan mereka kpd dan terhadap kita. Maka dgn itulah dalam sepotong hadith apakala Rasulallah (s.a.w) ditanya siapakah yg dia wajib berbuat baik, disebutkan oleh Rasuallah (s.a.w) ibunya, ditanya kali ke2 dikatakan ibunya, disebutkan kali ketiganya, ibunya dan hanya dalam pertanyaan kali ke-4nya barulah Rasulallah (s.a.w) menyebut bapanya. Maksudnya, ibu itu tiga kali lebih utama diutamakan oleh kita sebagai anak. Namun, jelasnya wajib bagi kita sebagai anak mengasihi, membela dan menjaga kedua ibubapa kita ketika mereka sudah tua dan lemah. 
(e)  Apa kata Rasulallah (s.a.w): 
Saudara, dalam Islam, anak-anak itu diwajibkan bukan sahaja sentiasa menghormati kedua ibubapa mereka, tetapi juga mereka diperintahkan supaya berbuat baik kepada kedua-duanya setiap masa dan menjaga mereka. Malahan, disebutkan di dalam hadith bahawa amalan yang terbaik selepas amalan mengerjakan solat fardu tepat pada waktunya, yakni ketika masuk waktunya, adalah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Perlakuan sedemikian lebih besar dan banyak dan tinggi nilainya pada Allah (a.w) dari berjihad fi sabilillah. Fikirkanlah sesiapa yg berjihad fi sabilillah dan ditakdirkan sampai ajalnya, matinya adalah mati syahid. Berbuat baik kpd kedua ibubapa lebih tinggi nilai pada Allah (a.w) pastilah seorang anak yg menjaga dgn sebaik mungkin kedua ibubapanya, mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. [Nota: Dgn syarat dia mentaati Allah (a.w), mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mentaati imam jema'ahnya.] 
Menceritakan hadith Walid bin ‘Aizari berkata: ‘Aku mendengar Aba ‘Amrin as-Saibani berkata menceritakan hadith oleh pemilik ini rumah dan menginsyarat dia akan rumah tersebut (yakni, menunjuk kepada rumah yang dimaksudkan olehnya), kepada rumah Abdullah (r.a) yg berkata: ‘Aku bertanya kepada Nabi (s.a.w): ‘Apakah amalan yang sangat disukai oleh Allah (a.w)’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘As-solatu ‘ala waqtiha.' [Yg bermaksud: Bersolat ketika masuk waktunya.]. Kemudian bertanya aku lagi: ‘Kemudian apa?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Thumma birru walidaini.' [Yg bermaksud: Kemudian berbuat baik atas kedua ibubapa.] Bertanya aku lagi: ‘Kemudian apa?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Al-Jihadu fi sabilillah’ [Yg bermaksud: Kemudian berjihad pada jalan Allah (a.w)]. Berkata Abdullah (a.w): ‘Menceritakan kepadaku dengan apa-apa kesemuanya; seandainya meminta tambah akan daku apa-apa (akan diberitahu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Waktu Solat]  
Hadith di atas menyebutkan bahawa Abdullah bin Omar (r.a) ketika bertanyakan kepada Rasulallah (s.a.w) tentang amalan terbaik yang sangat disukai oleh Allah (a.w). Dia diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa amalan terbaik itu adalah bersolat ketika masuk waktunya. Maksudnya solat di awal waktu, i.e. diazankan maka segera disolatkan. Kemudian selepas itu amalan yang terbaik di sisi Allah (a.w) adalah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa itu mangalahi ganjaran pahala berjihad pada jalan Allah (a.w). Begitulah tingginya kedudukan kedua ibubapa itu kepada seseorang Mukmin. Malangnya, hari ini kerana dunia dan sebagainya, majoriti anak orang Islam mengabaikan kedua ibu bapanya - anak lelaki lebih mengutamakan ibu dan bapa mertua atau isterinya, anak perempuan walaupun wajib mentaati suaminya, namun wajib terus berbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka, tapi mengabaikannya. Semakin ramai pula anak-anak yg berjaya dalam dunianya meninggalkan kedua ibubapanya dijaga oleh orang lain dgn mengupah mereka. [Nota: Menghantarkan ibubapa ke rumah wargamas tidak menunjukkan perlakuan berbuat baik kpd kedua ibubapa mereka].

Jazakallahu khairah



1 comment: