Assalamuaaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah komen sedikit tentang apa yg dikatakan oleh Sheikh Nurudin al-Banjari al-Maki yg berceramah dalam segment 'Cinta Ilmu' TV al-Hijrah. Kita telah perbetulkan beberapa perkara berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah mengenai perkara atau isu 'bid'ah.
Dalam post tersebut kita rujuk kpd dua potongan hadith yg boleh dilihat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim mengenai peringatan Rasulallah (s.a.w) supaya jangan libatkan diri dalam 'pembaharuan dalam urusan (atau perkara) agama' kerana kesemua pembaharuan dalam perkara agama itu dari segi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah jika tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) atau tidak dicontohkan amalan atau ibadah tersebut dalam konteks bentuknya, cara dan kaedahnya, adalah semuanya bid'ah. Kalau dikerjakan, maka kesemua amalan dan ibadah kita yg benarpun tercemar dan kesemua amalan dan ibadah kita ditolak, i.e. tidak diterima Allah (a.w). Jadi sia-sia saja kita mengerjakan amalan dan ibadah jika tak diterima Allah (a.w). Esok di akhirat, sema berkumpul di padang makhsyar untuk mendapat Kitab Catatan Amalan kita yg menentukan apakah kita dapat syurga atau neraka, kita diserhkan Kitab kita dari arah belakang atau kiri. Bermaksud kita gagal dapat syurga. Sebaliknya kita masuk neraka. Kita sudah bersusah payah dalam hidup kita beramal dan mengerjakan pelbagai ibadah - yg fardu dan yg sunat - tapi sia-sia, tak dapat ganjaran pahala, dan ditolak oleh Allah (a.w). Seumpama kita di dunia bekerja dgn penuh tekun dan istiqamah, kualiti keraja yg tinggi, dibanggakan oleh rakan sekerjaka atau se-kilang atau se pejabat dalam organisasi, tapi bos ta terima kerana tak betul, tersilap atau tidak menepati spesifikasi yg ditetapkan. Begitulah analoginya dalam sinario duia. Dalam sinario akhirat lebih sengasara lagi. Kerana kalau buat silap di dunia, kita boleh dan sepat betulkan. Kalau kita silap dalam urusan akhirat, kita menanggung padahnya - cari syurga dapat neraka, tak boleh diperbetulkan apa-apa yg silap! Oleh itulah Allah (a.w) peringatkan kita dalam firmanNya di dalam al-Quran, Allah (a.w) mengingatkan bahawa sesiapa yang benar-benar Islam
dan mengikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah dan ikuti as-Sunnah) tidak harus merasa takut dan susah,
kerana akan diberi ganjaran syurga Allah (a.w) seperti yang dijanjikan dalam Ayat 13 Surah an-Nisa’ itu. Ini
difirmankan oleh Allah (a.w) seperti berikut:
Firman Allah (a.w):'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna.' [Yg bermaksud: ‘Bahkan, sesiapa yang
benar-benar menyerah (atau, berserah) diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar
Islam)
dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan
as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan
merasa takut atau susah (yakni, di akhirat nanti mendapat syurga) ….’] [Ayat
112, Surah al-Baqarah]. Jelasnya,
amal dan ibadah yang diterima oleh Allah (a.w) hendaklah memenuhi dua syarat: pertama, ikhlas beramal dan beribadah
kerana Allah (a.w) semata-mata; dan kedua,
tepat dan sesuai dengan tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti
as-Sunnah). Bila amal dan ibadah itu
ikhlas, tetapi tidak mengikuti metetapan as-Sunnah maka tidak diterima Allah
(a.w), sebagaimana disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa beramal dengan sesatu amalan tidak menurut tuntutan kami
(Rasulallah (s.a.w), yakni tak sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah), maka amalannya ditolak.’ [Hadith Muslim]. Maka
dengan itulah Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat
23, Surah al-Furqan: Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna
haba-an mansyuran.' [Yg bermaksud: Dan Aku (Allah (a.w)) periksa amalan
mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu
yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan
debu sahaja segala apa yang diamalkan) [Ayat
23, Surah al-Furqan].
Dan,
kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang
berikut: Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun
nasibah @ Tasla naran hamiah.'
[Yg bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa
hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @
Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Maksudnya,
walaupun bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi nyata tidak mendapat
pahala. Kerana, semua amalannya tertolak. Tidak diterima Allah (a.w) sebagaimana
amalan yang sah. Tak ubahlah seperti orang yang menyembah patung-patung juga.
Warak tetapi takda gunanya. Kerana, mereka tidak menyembah Allah (a.w). Maka
dengan itulah wajib kita berwaspada kerana amalan yang diterima sebagai sah
hanya jika menepati dua syarat, iaitu ikhlas beramal dan tepat mengikut
ketetapan as-Sunnah
sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam praktikalnya!
Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengerjakan perintah
Allah (a.w) tanpa ilmu. maka dengan itulah Allah (a.w) wahyukan kepadanya. Dan,
pabila perlu ditunukkan sejelas-jelasnya, maka Allah (a.w) perintahkan malaikat
Jibril (a.s) turun ke langit dunia menjelmakan diri sebagai seorang lelaki
muda berpakaian serba putih mengajarkan Rasulallah (s.a.w).
[Nota: Islam yang benar dan
hak itu adalah diperintahkan oleh Allah (a.w) dibawa dan diajarkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu atau disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui pernataraan Jibril (a.s). Jibril (a.s) adalah guru Rasulallah (s.a.w), mengajarkannya al-Quran secara berdepan dan mengajarkan beliau al-Hikmah' iaitu peraturan bagaimana sesuatu ketetapan al-Quran itu perlu dilaksanakan atau dipraktikkan secara praktikalnya. Maka dengan itu, syariat atai risalah atau peraturan agama Islam itu hendaklah berdasarkan semata-mata sumber al-Quran dan as-Sunnah. Kemudian, kita sudahpun tahu melalui post sebelu ini, bahawa sunnag khalifah yg 4 selepas Rasulallah (s.a.w) wafat telah diiktiraf sebagai sebagai daripada apa yg beliau sebut 'as-Sunnah' itu. Pendeknya, segala ketetapan syariat Islam itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan
ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak
sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang
batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak
begitu cantik dan sebaik mana sekalipun!
Saudara, peringatan dalam firman Allah (a.w) di atas itu tidak ditujukan kepada orang kafir atay yg syirik, tapi ditujukan kepada semua manusia, lebih-lebih lagi manusia yg akui dirinya Islam dan beriman dgn alam akhirat dan mengakui Allah (a.w) yg esa serta mengakui bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah Utusan = Rasul Allah (a.w). Malah ketetapan al-Quran itu lebih ditujukan kpd umat Islam atau orang iman atau orang yg bertaqwa (= takutkan siksaan di neraka Allah (a.w) dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga). Oleh itu berwaspadalah dalam mengamalkan sesuatu dan jangalah kita ikuti caka-p-cakap orang tanpa terlebih dahulu memahami ilmu menegnai sesuatu amalan dan ibadah dan faham bagaimana sesuatu itu wajib dikerjakan.
Saudara, Allah (a.w) perintahkan manusia kalaulah mereka inginkan syurga mereka hendaklah Islam dan ikuti ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - taati Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Snah). Dan, Allah (aw.) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia:
Firman Allah (a.w): 'Nescaya
sungguh-sungguh ada bagi kamu pada Rasulallah
(s.a.w) contoh terbaik (untuk
dicontohi atau ditauladani) oleh barangsiapa yang ingin bertemu dengan Allah
(a.w) dan hari Akhirat, dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w)
banyak-banyak) [Ayat 21, Surah al-Akhzab]
Hanya orang yg menjadi ahli atau penduduk syurga yg akan bertemu dgn Allah (a.w). Yg tidak Islam akan terus dihalau oleh para malaikat masuk neraka. Tidak ada peluang menemui Allah (a.w). [Nota: Dalam sepotong hadith disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa melihat wajah Allah (a.w) itu adalah nikmat tertinggi dari apa-apa nikmat yg diberikan oleh Allah (a.w) dalam syurga.] Dan dalam firman berikut pula:'Katakanlah (olehmu Wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! ‘Jika kamu
kasihkan Allah (a.w), ikutilah aku (dan) Allah (a.w) akan kasihkan kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.] [Ayat 31, Surah ali-Imran]
Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa sesiapa yg tidak menyayangi Rasulallah (s.a.w) pastilah dia bukan orang yg beriman. Orang yg tidak beriman itu pasti ahli neraka. Dan, dalam hadith lain pula disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) wajib dikasihi oleh setiap orang Islam melebihi kasih sayang mereka terhadap kedua ibu bapa mereka dan manusia selainnya. Mengapa? Rasulallah (s.a.w) yg membimbing mereka mendapat kejayaan syurga dan menyelamatkan mereka dari neraka.
Dan sekali lagi dalam firman Allah (a.w) berikut: 'Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Utusan Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis)langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) beriman kepada Allah (a.w) (yakni, Islamlah dan berimanlah) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, ikuti as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ [Ayat 158, Surah al-‘Araf]
Dan sekali lagi dalam firman Allah (a.w) berikut: 'Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Utusan Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis)langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) beriman kepada Allah (a.w) (yakni, Islamlah dan berimanlah) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, ikuti as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ [Ayat 158, Surah al-‘Araf]
Saudara, kerana itulah Rasulallah (s.a.w) memberikan panduan pokok yg utama kpd manusia, terutama yg Islam, dalam hadith berikut: Rasulallah
(s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lantadillu ma
tamasaktum bihima, wahia Kitabullahi wa-sunnati nabiyi.' [Yg bermaksud:
‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara tidak akan sesat kamu sekelian
selama-lamanya selagi kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab
Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith atau
as-Sunnah)] [Hadith riyawat Imam Malik. al-Hakim dan Ibnu Abdil Barri]
Saudara, ketetapan dalam hadith ini amat simple lagi straight forward, kalau dipatuhi selamatlah kita. Tapi, kalau kita remehkan dan abaikan sebagaimana ramainya umat Islam yg abaikannya, maka rosaklah akhirat mereka.
Saudara, kita akan teliti nanti dalam post selanjutnya beberapa ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai bid'ah yg memberitahu kita betapa rosaknya akhirat kita kalau kita terlibat dalam amalan bida'ah atau dalam amalan dan ibadah yg dicemari oleh sesuatu yg bida'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment