Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun sedikit sebanyak tahu dan faham bahawa dalam Islam bahawa Islam memberi panduan yg amat jelas lagi mudah kalaulah kita benar-benar ingin menghayati Islam dan tuntutannya. Orang kafir itu jahil tentang Islam, maka dia mengikuti nasihat dan tunjuk ajar orang-orang yg mereka anggap ketua agama mereka, tanpa terlebih dahulu mengilmukan diri mereka dan berdasarkan ilmu itu mereka mengatur kehidupan mereka sehari-harian. Begitu juga orang Islam. Kalau tiada ilmu dan hanya mendengar kata-kata dan pendapat siulan dan sipulan, pastilah terpengaruh. Maka kita mengikuti ajaran dan ajakan mereka. Maka dgn itulah Islam mewajibkan umatnya supaya belajar ilmu. Bukan sebarang ilmu. Kerana kehidupan akhirat itu ditentukan oleh ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita tidak ilmukan dir kita dgn dua ilmu ini, maka tidak boleh kita menjadi orang Islam yg menepati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) yg memperjelaskan agama Islam atau perintah Allah (a.w).
Saudara, kalau kita inginkan kepastian bahawa kita mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w), menepati apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) - maka segala amalan dan ibadah kita atau segala bentuk pengabdian kita terhadap Allah (a.w) itu sejajar dgn kehendak Allah (a.w) kita wajib tahu dan faham ilmu mengenai segala sesuatu. Sebagai contoh kita diperintah Allah (a.w) untuk mengabdkan diri kita kepadaNya. Pengabdian itu adalah mengerjakan segala yg disuruh sekuat mampu kita dan meninggalkan sesuatu yg ditegah atau dilarang leh Allah (a.w). Kita hanya tahu apa yg wajib dikerjakan dan apa yg optonal dikerjakan, yakni tidak wajib, tetapi kita kerjakan kerana kita ingin membuktikan kesyukuran kita terhadap sekian banyak nikmat dan kurniaan Allah (a.w) kpd kta. Kita tinggalkan atau jauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) kerana itu adalah ketaatan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Yg wajib itu kita tak boleh tinggalkan. Tapi, mengerjakan yg wajib belum menunjukkan kesyukuran kita kerana perintah wajib itu adalah asas pengabdian. Kalau tak buat maka bererti kita ingkarkan perintah mengabdikan diri. Yg sunat, kita kerjakan menunjukkan bahawa kita bersyukur diberikan oleh Allah (a.w) kesempatan hidup di dunia. Mengerjakan amalan dan ibadah yg sunat adalah untuk mempastikan bahawa timbangan pahala kita kelak di akhirat berat pada pahala yg membolehkan kita mendapat syurga, kerana kita belum pasti apakah kita telah mengerjakan amalan dan ibadah wajib itu diberi pahala atau mendapat pahala maksimum atau tidak mendapat pahala. Kalau cacat amalan dan ibadah wajib tersebut, kita dapat imbangi dgn amalan dan ibadah sunat. Justeru itu, mengerjakan aalan dan ibadah wajib sahajabelum pasti kita dapat syurga, kerana kita belum pasti bahawa amalan dan ibadah kita tepat. Lebih-lebih lagi kalau kita mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan maka amalan dan ibadah kita itu batil kerana itu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ilmu itu mengsahkan amalan dan ibadah kita.
Saudara, majoriti umat Islam di Malaysia ini mengerjakan amalan dan ibadah dalam Islam dalam kejahilan. Majoriti para ulama' dan ilmuwan di Malaysia ini juga masih jahil dgn ilmu dalam Islam. Apa-apa ilmu yg mereka miliki, mereka tidak pula menjadikan resmi diri untuk mengajarkan orang lain atau menyampaikan ilmu kpd orang lain. Maka dgn itulah mereka sendiri tidak terpandu dan umat Islam yg jahil jika mendapat panduan dan bimbingan.
Saudara, bagi mereka yg menyempat-nyempatkan masa belajar ilmu mengenai Islam, merka diberitahu bahawa Islam itu - atau tuntutan Islam itu - amat mudah dan simple. Kuncinya adalah Ayat 13, Surah an-Nisa - taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti panduan as-Sunnah), kita pasti mendapat syurga. Perintah ini merangkumi perintah berjema'ah dalam Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran. Tabahannya, Allah (a.w) larang umat Islam berfirqah, kerana berfirqah itu adalah berpecah belah dan Allah (a.w) mengah manusia supaya jangan berpecah belah, terutama setelah jelas ilmunya (i.e. penjelasan dalam al-Quran dan as-Sunnah). Perintah itu juga merangkumi perintah supaya mentaati kepimpinan jema'ah umat Islam - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Perintah itu juga merangkumi beberapa perintah khusus spt mengambil panduan as-Sunnah dalam perakara agama - Ayat 7, Surah al-Haysr, dan memahami bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. akur dgn as-Sunnah), menunjukkan dan membuktikan ketaatan kpd dan terhadap Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Mansia tidak perlukan ajaran selain ajaran dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Manusia tidak perlu mencari jalan yg lain untuk menjadi seorang Islam yg berjaya dalam kehidupan akhiratnya, tak perlukan perkumpulan khusus selain berjemaah, takperlukan cara dan kaedah beramal selain yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah spt menubuhkan firqah khusus (termasuk mazhab), tak perlukan tarikat tak perlukan tasawuf dan seumpamanya.
Saudara, dalam bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kedah beramal dan beribdah, kita hanya perlu faham prinsip berikut. Seseorang yang beriman itu wajarlah dia meninggalkan daripada mengerjakan sesuatu yang dia merasa was-was kerana sumbernya bukan dari al-Quran dan as-Sunnah. Berkemungkinan besar dia melibatkan sesuatu perbuatan atau perlakuan yang ditegah oleh syarak dalam perkara ibadah. Apa-apa yang menenangkan fikiran bolehlah diambil pakai. Yang pasti menenangkan fikiran dengan pasti adalah as-Sunnah. Dalam konteks ini, tanpa ilmu seseorang itu tidak akan merasa was-was terhadap sesuatu yang tidak termasuk dalam syariat yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasa ketenangan hanya timbul bagi mereka yang berilmu. Ilmu yang dapat memandu mereka supaya beramal dan beribadah atau membuat sesuatu yang dibolehkan oleh syara’. Dalam konteks ‘ibadah’ dan ‘bid’ah’ dapatlah dirumuskan, dengan ilmu, akan jelas perkara yang menimbulkan ketenangan apabila beribadat atau beramal dengannya dan dengan ilmu maka tidak akan wujudlah rasa wasangka terhadap sesuatu perbuatan atau amalan. Bersandarkan as-Sunnah kita pasti melakukan sesuatu yang benar.
Diriwayatkan hadith daripada Nu’man bin Basyir (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apa-apa yang halal adalah jelas, dan apa-apa yang haram (juga) adalah jelas, di antara keduanya ada yang meragukan (mutasyabihat, yakni) tidak diketahui oleh ramai manusia. Maka barangsiapa menjaga daripada apa-apa yang meragukan (maka dia) menjaga agamanya dan meruahnya, dan dia yang mencari perkara-perkara yang meragukan (yakni, mencari maksud atau takwil apa-apa yang meragukan, atau sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah) adalah mengerjakan perkara-perkara yang diharamkan, seumpama gembala yang membawa gembalaannya (yakni, ternakan yang digembalanya) di tepi kawasan ragut (milik orang lain) akan memasukinya (yakni, akan masuk ke dalam kawasan ragut milik orang lain, yakni mengerjakan sesuatu yang diharamkan). Ingatlah setiap raja memiliki kawasan larangannya, dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah (a.w) adalah kawasan larangannya. Ingatlah, di dalam tubuh (manusia) itu ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, dan bahawasanya (segumpal daging) itulah ‘hati’.’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa yang halal, yakni yang dibolehkan sudah jelas, apabila kita teliti ketetapan al-Quran dan al-Hadith. Demikian juga, apa-apa yang diharamkan atau ditegah juga sudah jelas. Di antara yang haram (yang dibolehkan) dan yang haram (yang ditegah) adalah perkara-perkara meragukan (yakni, mutasyabihat). Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa orang yang mengutamakan dan berusaha menjaga agamanya dan meninggalkan kemungkinan melakukan dosa dan kesalahan pasti akan menghindarkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang meragukan. Kerana sesiapa yang mengerjakan perkara-perkara yang meragukan, mengikut pesanan Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith ini, pasti akan terjebak kepada mengerjakan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadith ini diberikan suatu ibarat iaitu seorang pengembala yang membawa ternakan yang digembalanya di sekitar atau kawasan sekeliling kawasan ragut milik orang lain. Sudah pastilah dia akan melepaskan ternakan meragut rumput dalam kawasan milik orang lain, menjadikan perbuatan tersebut haram atau terlarang.
Dalam konteks syariat, khususnya ibadah, hadith ini memberi panduan kepada kita yang Islam dan beriman bahawa apa yang dibolehkan oleh syara’ mengikut al-Quran dan as-Sunnah sudah ditetapkan dan ditentukan dan sudahpun jelas. Juga, apa yang ditegah atau dilarang dalam syara’ mengikut al-Quran dan as-Sunnah juga sudah jelas. Antara kedua-duanya – antara yang dibolehkan dan yang ditegah – adalah perkara-perkara yang menimbulkan keraguan. Dalam hubungan ini, ramai para ilmuan dan ulama’ meragukan hadith kerana kuatnya pengaruh amalan lazim. Jika berpandukan hadith ini, sesuatu perbuatan yang meragukan – tidak terdapat dalam perbuatan Rasulallah (s.a.w) secara pasti – hendaklah ditinggalkan. Adalah lebih baik ditinggalkan daripada dikerjakan kerana itu bersifat ‘mutaysbihat’. Malangnya, tanpa ilmu atau kerana kejahilan seseorang Islam itu akan terjebak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ dan tidak melakukan perkara-perkara yang disuruh atau digesa oleh syara’ mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam keghairahan seseorang itu apabila ingin meningkatkan amalan dan membanyakkan ibadah, disebabkan kejahilan berkemungkinan besar dia terjebak melakukan perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang ditegah dan meninggalkan serta melupakan perkara-perkara atau perlakuan yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w).Saudara, panduan atau prisip ini amat mudah difahami dan tidak sedikitpun mengelirukan. Malangnya, sesuatu yg jelas itu tidak diminati manusia. Manusia inginkan sesuatu yg lain. Maka kerana itu terjebak dalam perkara-perkara yg batal dan batil.
Mudah-mudahan, saudara faham mesej dalam sabda Rasulallah (s.a.w) itu. Kerana kalau benar-benar difahami tidak mungkin kita tersesat mencari jalan ke syurga - siratul mustaqim itu.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment