Thursday, February 7, 2013

Bid'ah: Bahayanya kpd ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang topik atau tajuk yg amat penting kita fahami demi kesejahteraan akhirat kita, iaitu: 'Bid'ah: Bahayanya kpd kesejahteraan akhirat kita'. Mudah2an melalui cebisan ilmu yg dimuatkan dalam blog ini, khususnya dalam post-post terkini ini, saudara lebih faham apakah itu bid'ah' dan apakah kesan dan akibatnya kpd usaha kita mencari keridhaan Allah (a.w) dan keridhaan Rasulallah (s.a.w) supaya di akhirat kelak kita selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga.
Seseorang yang beriman itu wajarlah dia meninggalkan daripada mengerjakan sesuatu yang dia merasa was-was kerana sumbernya bukan dari al-Quran dan as-Sunnah. Berkemungkinan besar dia melibatkan sesuatu perbuatan atau perlakuan yang ditegah oleh syarak dalam perkara ibadah. Apa-apa yang menenangkan fikiran bolehlah diambil pakai. Yang pasti menenangkan fikiran dengan pasti adalah as-Sunnah. Dalam konteks ini, tanpa ilmu seseorang itu tidak akan merasa was-was terhadap sesuatu yang tidak termasuk dalam syariat yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasa ketenangan hanya timbul bagi mereka yang berilmu. Ilmu yang dapat memandu mereka supaya beramal dan beribadah atau membuat sesuatu yang dibolehkan oleh syara’. Dalam konteks ‘ibadah’ dan ‘bid’ah’ dapatlah dirumuskan, dengan ilmu, akan jelas perkara yang menimbulkan ketenangan apabila beribadat atau beramal dengannya dan dengan ilmu maka tidak akan wujudlah rasa wasangka terhadap sesuatu perbuatan atau amalan. Bersandarkan as-Sunnah kita pasti melakukan sesuatu yang benar.
Diriwayatkan hadith daripada Nu’man bin Basyir (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apa-apa yang halal adalah jelas, dan apa-apa yang haram adalah jelas, di antara keduanya ada yang meragukan (mutasyabihat, yakni) tidak diketahui oleh ramai manusia. Maka barangsiapa menjaga daripada apa-apa yang meragukan (maka dia) menjaga agamanya dan meruahnya, dan dia yang mencari perkara-perkara yang meragukan (yakni, mencari maksud atau takwil apa-apa yang meragukan) adalah mengerjkan perkara-perkara yang diharamkan, seumpama gembala yang membawa gembalaanya (yakni, ternakan yang digembalanya) di tepi kawasan ragut (milik orang lain) akan memasukinya (yakni, akan masuk ke dalam kawasan ragut milik orang lain, yakni mengerjakan sesuatu yang diharamkan). Ingatlah setiap raja memiliki kawasan larangannya, dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah (a.w) adalah kawasan larangannya. Ingatlah, di dalam tubuh (manusia) itu ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, dan bahawasanya (segumpal daging) itulah ‘hati’.’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa yang halal, yakni yang dibolehkan oleh Islam, sudah jelas, apabila kita teliti ketetapan al-Quran dan al-Hadith. Demikian juga, apa-apa yang diharamkan atau ditegah juga sudah jelas. Di antara yang haram (yang dibolehkan) dan yang haram (yang ditegah) adalah perkara-perkara meragukan (yakni, mutasyabihat). Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa orang yang mengutamakan dan berusaha menjaga agamanya dan meninggalkan kemungkinan melakukan dosa dan kesalahan pasti akan menghindarkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang meragukan. Kerana sesiapa yang mengerjakan perkara-perkara yang meragukan, mengikut pesanan Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith ini, pasti akan terjebak kepada mengerjakan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadith ini diberikan suatu ibarat iaitu seorang pengembala yang membawa ternakan yang digembalanya di sekitar atau kawasan sekeliling kawasan ragut milik orang lain. Sudah pastilah dia akan melepaskan ternakan meragut rumput dalam kawasan milik orang lain, menjadikan perbuatan tersebut haram atau terlarang.
Dalam konteks syariat Islam, khususnya ibadah, hadith ini memberi panduan kepada kita yang Islam dan beriman bahawa apa yang dibolehkan oleh syara’ mengikut al-Quran dan as-Sunnah sudah ditetapkan dan ditentukan dan sudahpun jelas. Juga, apa yang ditegah atau dilarang dalam syara’ mengikut al-Quran dan as-Sunnah juga sudah jelas. Antara kedua-duanya – antara yang dibolehkan dan yang ditegah – adalah perkara-perkara yang menimbulkan keraguan. Dalam hubungan ini, ramai para ilmuan dan ulama’ meragukan hadith kerana kuatnya pengaruh amalan lazim. Jika berpandukan hadith ini, sesuatu perbuatan yang meragukan – tidak terdapat dalam perbuatan Rasulallah (s.a.w) secara pasti – hendaklah ditinggalkan. Adalah lebih baik ditinggalkan daripada dikerjakan kerana itu bersifat ‘mutasyabihat’. Malangnya, tanpa ilmu atau kerana kejahilan seseorang Islam itu akan terjebak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ dan tidak melakukan perkara-perkara yang disuruh atau digesa oleh syara’ mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam keghairahan seseorang itu apabila ingin meningkatkan amalan dan membanyakkan ibadah, disebabkan kejahilan tanpa terlebih dahulu mengilmukan diri mereka (dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah) berkemungkinan besar dia terjebak melakukan perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang ditegah dan meninggalkan serta melupakan perkara-perkara atau perlakuan yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Atau, menumpukan perhatian kpd perkara-perkara yang 'meragukan', maka terjebak ke dalam yang ditegah. Semuanya bergantung kpd hati manusia itu, Kalau hatinya baik, pastilah dia mudah menerima kebenaran tak kira siapa yang sampaikan ilmunya.
[Nota: Amalan ‘bid’ah’ adalah amalan yang dianggap segolongan ulama' dan majoriti umat Islam sebagai yang dibolehkan kerana suatu yang baik. Ada yang beranggapan amalan yang meragukan. Jika bid'ah termasuk dalam amalanyang meragukan, maka berdasarkan hadith Rasulallah (s.a.w) ini, wajib ditinggalkan, kerana sesuatu yang meragukan itu lebih berkemungkinan menjadi haram atau dilarang, dari yang dibolehkan. Tetapi, kita telahpun teliti begitu banyaknya nas dan dalil as-Sunnah yang menunjukkan bahawa bid'ah bukan suatu keraguan tetapi sesuatu yang pasti haram atau tidak dibolehkan kerana jelas ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Malangnya, majoriti umat Islam yang di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina tidak menerima ketetapan as-Sunnah. Umat Islam di negara-negara lain tidak mengerjakannya, termasuk yang Islam di negara China dan India. ‘Bid’ah’ ini semakin meragukan jika kita belajar Ilmu al-Hadith. Jika begitu, Rasulallah (s.a.w) menyuruh di dalam hadith ini, supaya tinggalkan, kerana membuatnya menghampiri perkara yang haram.
Dengan merujuk kepada firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam Al-Hadith, sesiapa yang diberitahu hadith tetapi tidak menerimanya melakukan dosa yang besar dari segi akidah dan merupakan keingkaran terhadap Allah (a.w). Sesiapa yang menolak hadith tidak diterima oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai umatnya. Mengikut hadith, di akhirat kelak mereka tidak mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Adalah lebih baik sekiranya apakala telah diberitahu ketetapan Rasulallah (s.a.w) melalui sesuatu hadith, dia akur dan menerimanya dan mengubah perlakuan yang tidak wajar mengikut sunnah Rasulallah (s.a.w).]
Saudara, dalam penelitian kita sehingga post ini, kita telahpun diberitahu bahawa yg benar tntang segala sesuatu tentang agama dan akhirat adalah apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Segala sesuatu yag tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai Islam - aqidah dan amalan atau ibadah walau dri mana skaliun sumbernya atau siapapun yang berkata mengenainya pasti tidak benar, tetap batil. Siapakah yang lebih tahu tentang Islam selain pencipta makhluk dan yang menciptakan agama bagi manusia dan jin? Siapa yang lebih tahu dan lebih fahama Islam dan syariatnya di kalangan manusia kecuali orang yang ditugaskan menyampaikannya dan mengajakarkannya kepada manusia? Yakani, Rasulallah (s.a.w). Itulah kunci keimanan dan ketaqwaan. Seseorang itu Islam apabila dia faham dan akui setulus hatinya bahawa segala sesuatu di dalam al-Quran itu adalah kebenaran dan segala sesuatu yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu juga kebenaran. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran - Ayat 1 sampai 5, Surah an-Najmi; iaitu: 
Ayat 1: '(Allah (a.w) bersumpah) Demi bintang-bintang ketika terbenam.
[Nota: Allah (a.w) bersumpah dengan sesuatu yang Dia cipatakan. Manusia tidak dibolehkan bersumpah dengan selain nama Allah (a.w), i.e. spt 'Demi Allah (a.w)') sahaja.] 
Ayat 2: 'Tidaklah sesat saudara kamu (yakni, Muhammad (s.a.w)) dan tidak (pula dia) keliru (tentang apa yang disampaikannya). 
Ayat 3: 'Dan tidak berkata (atau bercakap = bersabda) dia dari (kerana) menuruti hawa nafsu (i.e. kehendak dirinya sendiri). 
Ayat 4: Sesungguhnya dia (Muhammad (s.a.w) itu) (berkata-kata atau bercakap) kecuali (i.e. hanya atas dasar) wahyu yang diwahyukan kepadanya (oleh Allah (a.w)). 
Ayat 5: Mengajarkan kepadanya (syariat agama Allah (a.w), i.e. Islam) oleh (orang) yang amat (atau tersangat) kuat (yakni, malaikat Jibril (a.s)). 
Saudara, demikianlah nas dan dalil al-Quran yang menyebutkan bahawa apa-apa yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kesemuanya adalah wahyu dari Allah (a.w) dan mengajarkannya syariat Islam itu kepadanya oleh malaikat Jibril (a.s). Malaikat Jibril (a.s) adalah ketua atau penghulu malaikat yang diberi Allah (a.w) kekuatan (atau kuasa) melebihi kekuatan (kuasa) para malaikat selainnya. Maka dengan itulah apabila umat para rasul dan nabi yang terdahulu yang mengingkari risalah agama yang dibawakan oleh mereka spt Nabi Nuh (a.s), Nabi Salleh (a.s), Nabi Lut (a.s), dllnya, Malaikat Jibril (a.s) lah yang mengetuai kumpulan malaikat yg memusnahkan negara tersebut. Malaikat Jibril (a.s) adalah malaikat yang termulia dari kalangan malaikat. Dialah yang menyampaikan perintah Allah (a.w) kepada semua para rasul dan nabi sebelum Muhammad (s.a.w) dan kepada beliau sendiri. Dialah yang disebutkan orang yang disucikan yang diberi kuasa untuk memegang al-Quran di Luh Mahfuz dan mengambil ayat-ayatnya dan membawakannya dan mengajarkannya kepada Rasulallah (s.a.w) selama 23 tahun - Ayat 79, Surah al-Waqi'ah: 'La yamas-suhu illal-mutoharuna.' (Yg bermaksud: Tidak menyentuhnya (i.e. menyentuh al-Quran) kecuali orang ynag disucikan.). Orang yg disucikan itu adalah malaikat Jibril (a.s). Malaikat lain tidak diberi kebenaran oleh Allah (a.w) menyentuh al-Quran asli atau mengammbil ayat-ayatnya yang disimpan di Luh Mahfuz itu.
[Nota: Para ulama' arus perdana mentafsirkan ayat ini bahawa al-Quran itu tidak boleh dibaca kecuali dengan berwudu', i.e. ada wudu' boleh baca al-Quran, kalau tak ada wudu tak boleh, kata mereka. Maka dgn itulah di kalangan masyarakat Melayu, khususnya, tidak atau jarang membaca al-Quran kerana malas nak mengambil wudu'. Di dalam hadith disebutkan bahawa al-Quran yang ada (i.e. dicetak) di dunia ini tidak boleh disentuh dan dibaca hanya oleh mereka yang berjenabah - perempuan berjenabah, haid dan nifas dan lelaki yang berjunub belum mandi junub sahaja. Dan, tidak dibolehkan dibawa ke tempat-tempat yang bernajis spt di jamban dan diletakkan di atas tempat yang rendah berbanding kitab-kitab lain.]

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment