Wednesday, February 6, 2013

Bida'ah: Bahayanya kpd ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbicaraan kita mengenai tauk atau topik di tas 'Bid'ah: Bahaya kepada kesejahteraan akhirat kita', supaya ilmu kita mengenai topik ini sempurna dan insya Allah dapat memandu kita dalam beramal dan beribadah kerana mencari syurga Allah (a.w) dan terselamat dari siksaan di neraka Allah (a.w). Itulah misi dan visi orang iman. Dunia ini haya dinikmati keseronokannya sementara saja - sepanjang kontrak umur kita yg ditakdirkan Allah (a.w) bagi setiap kita - mungkin setakat 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun atau mungkin dikurni Allah (a.w) umur yg panjang sampa 125 tahun sekaliun, tetap pendedk dalam kiraan masa dan waktu di akhirat, kerana di akhirat sehari sama lamanya dgn 1,000 tahun di dunia. Orang Islam yg beriman itu tahu atau diberitahu bahawa kehidupan yg sebenarnya itu buka kehidupan di dunia, tetapi kehidupan di akhirat. Kehidupan di akhirat sama ada kita menjad penghuni neraka ataupun syurga adalah tiada batasan waktu - timeless dan endless - kekal selama-lamanya. Kalau ditakdirkan kita menjadi penghuni neraka, kita kekal disiksa setiap saat. Satu saat dalam neraka berapa lama agaknya? Kerana sehari di sana sama dgn 1,000 tahun di dunia. Malah hidup kita di dunia ini dalam kiraan waktu akahirat tak lebih dari satu minit saja. Fikirkanlah, kalau kita disiksa setiap saat, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun di akhirat? Sebaliknya, kalaulah kita ditakdirkan - atas usaha dan kesedaran kita sendiri - berjaya mendapat syurga, di sana kita perolehi segala nikmat - nikmat yg pernah kita rasai semasa di dunia dan nikmat yg tak pernah kita rasai di dunia, atau tak pernah kita dengar atau tak pernah terlintas di hati kita semasa kita hidup, atau nikmat yg kita tak ada ilmu mengenanya, tetapi tetap nikmat yg amat menyeronokkan, tak putus-putus dan kita pula tidak mereasa jemu, alangkah baiknya? Justeru itulah kita wajib usahakan supaya kita tidaklah melupakan nikmat akhirat kita semasa kita di dunia. Dunia itu tempat kita bersedia atau menyediakan diri mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kesenangan akhirat. Bekalan itu adalah berupa ketaatan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita abaikan perintah Allah (a.w) dan kita ketetapan perintah Rasulallah (s.a.w), kita mencari kesusahan dan kepayahan dan siksaan di akhirat - kerana kita berada dalam neraka. Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, dalam post yg lalu kita diberitahu betapa besarnya dividen akhirat kalau kita beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Betapa besarnya ganjaran pahala kalau kita hidupkan yakni beramalkan as-Sunnah yg telah dilupaka oleh umat Ilam setelah wafatnya Rasulallah (s.a.w) 1,400 tahun lebih, kita dapat tahu, diberitahu atau diajarkan dan diberi kefahaman mengeainya, dan kita amalkan, dan kita beritahu atau ajarkan saudara Islam yg lain, banyak dan tidak berkesudahanlah aliran pahalanya kpd kita. Sebaliknya, tanpa ilmu atau dalam kejahilan, kita amalkan sesuatu yg bercorak bid'ah, kemudian kita pula bertindak memberitau dan mengajarkan seseorang yg lain, dia amalkan, dia ajarkan pula kawan atau rakannya, maka kita mendapat dividen negatif akhirat berupa dosa. Fikirkanlah kalaulah Kitb Catatan Amalan kita kalau ditibang di mizan (dacing timbagan Allah (a.w), berat pada pahala, kerana amalan dan ibadah kita, tapi kerana kita lanjutkan bid'ah, maka dijadikan ikutan leh orang lain, maka mizan kita akan memberatkan dosa kita. Sepatutnya kita menjadi ahli syurga, kita menjadi ahli neraka. Fikirkanla.
Saudara, dalam konteks inilah kita wajib semak semula semua bentuk ibadah dan amalan, serta kaedah dan cara kita wajib amal dan ibadahkan, supaya kita tahu semuanya yang haq dan betul. Ini hanya boleh berlaku apabila kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Lebih-lebih lagi apabila kita akur dengan perintah Allah (a.w) dalam ayat: Allah (a.w) berfirman: ‘Dan apa-apa yang dibawa kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya, dan apa-apa yang dilarang oleh Rasul maka hendaklah kamu meninggalkannya.’ [Ayat 7, Surah al-Hasyr]. Di dalam firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut, Allah (a.w) dengan jelas memerintahkan umat Islam supaya ambil dan amal atau ibadahkan segala sesuatu yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), dan hendaklah ditinggalkan segala sesuatu yang dilarang atau ditegah atau yang tidak dianjurkan oleh beliau kita amalkan.
Dan, dengan merujuk juga kepada perintah atau suruhan Rasulallah (s.a.w) berikut, yang mengulangi perintah Allah (a.w) tersebut, kita dapat berpandu kepada perbuatan Rasulallah (s.a.w) dalam mengerjakan ibadah dan amalan lain yang sah dan betul:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘(Kamu) biarkan (yakni, janganlah buat) apa-apa yang aku tinggalkan. Maka rosak (kamu) sebagaimana rosaknya barangsiapa yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, umat-umat terdahulu) dengan memperbanyakkan soal (yakni, membantah) mereka (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas nabi-nabi mereka (mengenai agama mereka). Maka ketika memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah (yakni, terimalah dan amalkanlah) dariku apa-apa (yang aku sampaikan) sekuat mampu kamu. Dan, ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu hentikan (atau tinggalkan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini menjelaskan beberapa prinsip yang wajib kita patuhi dan ikuti, sebagai seorang Islam yang beriman dengan kerasulan Rasulallah (s.a.w), iaitu:
Pertama, apa-apa yang ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni yang tidak dibuatnya, hendaklah ditinggalkan, yakni jangan dibuat;
Kedua, apabila diberitahu sesuatu ketetapan atau ketentuan sunnah Rasulallah (s.a.w) umat Islam jangan banyak disoal tetapi hendaklah ambil sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) di dalam al-Quran ‘sami’na (aku dengar) wa-ata’na’ (dan aku taat);
Ketiga, jangan berselisih faham dan membantah dengan apa-apa yang dibawakan atau disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni apabila diberitahu sesuatu ketetapan atau ketentuan sunnah Rasulallah (s.a.w) (melalui al-Hadith) terima sahaja dan amalkan sekuat mampu;
Keempat, apabila diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni melalui as-Sunnah atau al-Hadith hendaklah diterima pakai tanpa soal dan hendaklah dikerjakan sekuat mampu; dan
Kelima, apabila dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) atau apabila ditegahnya jangan buat sesuatu, maka hendaklah akur dan tinggalkan atau jangan lakukan.
Saudara, sesiapa yang melanggar prinsip tersebut adalah melakukan ketidaktaatan terhadap Rasulallah (s.a.w) atau mengingkari perintah dan suruhan beliau. Apabila kita ingkarkan perintah Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah kita ingkarkan perintah Allah (a.w)!
Dan, apabila kita faqih dengan Ilmu al-Hadith itu, maka kita dapat membeza-bezakan apa yang haq (betul) dan apa yang batil (menimbulkan keraguan atau was-was), kerana apabila berdepan dengan was-was itu, hanya mereka yang berilmu dan faqih sahaja tahu membezakan yang haq dengan yang batil. Telah diberitahu bahawa apa yang haram jelas dan apa yang halal juga jelas, dan di antara keduanya adalah ‘subhah’, dan mereka yang inginkan kebaikan dan hindarkan dosa, maka tinggalkan yang subhah. Demikian jugalah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Hassan bin Ali bin Abi Thalib berkata bahawa Rasulallah (s.a.w), datuknya, mengajarkannya supaya ingatkan kata-kata berikut: ‘Tinggalkan apa-apa yang kamu was-was dan ambillah apa-apa yang mendatangkan ketenangan (keyakinan) kepada kamu apabila mengerjakannya.’ [Hadith at-Termidzi dan an-Nasa’i]
Hadith di atas itu, walaupun pendek, adalah jelas. Di dalam hadith tersebut cucu Raulallah (s.a.w) yang juga anak kepada Ali Abi Thalib (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang akhir dalam zaman khalifah Islam, memberitahu kita pesanan datuknya supaya tinggalkan sesuatu yang was-was atau yang meragukan dalam perkara agama, dan ambillah sesuatu yang menimbulkan ketenangan. Yang was-was itu sesuatu yang tidak terdapat dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan yang menenangkan fikiran dan hati itu adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran kerana jelas ketetapan tersebut adalah haq atau kebenaran kerana datangnya dari Allah (a.w) atau ketetapan tersebut datang dari Rasulallah (s.a.w) yang menmbawakan syariat atai risalah peraturan agama Islam yang didapatinya dari wahyu dari Allah (a.w) atau yang diajarkan kepadanya oleh penyampai wahyu, iaitu malaikat Jibril (a.s). Sesuatu yang difirmankan dan sesuatu yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan yang pasti benar atau kebenarannya. Sesuatu yang datangnya dari khalifah yang empat juga adalah sesuatu yang pasti benarnya kerana Rasulallah (s.a.w) teahpun memberitahu umat Islam bahawa ‘as-Sunnah’ itu termasuk sunnah mereka. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu bahawa selpas kewafatan beliau akuti dan contohilah jalan Abu Bakar as-Siddiq dan Omar bin Khattab, radiallahu ‘anhum. Dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jikalah Allah (a.w) inginkan seorang Nabi dilantik selepas beliau wafat, orang yang akan dilantik Allah (a.w) adalah Omar bin Khattab (r.a). Jelasnya, sesuatu yang tidak merakan itu adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sumber selain al-Quran dan as-Sunnah termasuk perkara-perkara yang meraguykan dalam Islam, leih baik diketepikan jangan dijadikan panduan.
 
Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment