Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita selitkan satu rumusan yang memberi panduan yang sempurna untuk kita sepanjang masa. Insya Allah jika kita jadikan panduan hidup sehari-harian kita, kita pasti selamat.
‘Umat
Islam itu di mana saja mereka berada dan walau apa warna kulit mereka adalah satu ummah. Manusia adalah cucu cicit
Adam (a.s), manusia pertama. Panduan
hidup dan panduan ibadah dan amalan
orang Islam yang beriman hanyalah al-Quran
dan as-Sunnah. Justeru itu orang Islam wajib mempelajari serta memahami dua
ilmu dalam hidupnya untuk jaminan kesejahteraan di dunia dan diakhirat, iaitu
ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Apabila mereka berpandukan dua ilmu tersebut,
mereka dijamin oleh Allah (a.w) dan RasulNya berada di atas siratul mustaqim, iaitu jalan lurus
menuju syurga Allah (a.w). Tidak ada jalan lain ke syurga, kecualilah
berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang menjadikan panduan
hidupnya di dunia mengharapkan kejayaan akhirat selain al-Quran dan as-Sunnah
pasti mereka akan menyimpang dari jalan lurus itu dan tersesat menuju neraka,
Mereka tidak akan menemui syurga.
Jika
mereka mentaati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), mereka
dijamin mendapat syurga. Mentaati perintah Allah (a.w) bermaksud kita mengikuti
ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mentaati Rasulallah (s.a.w) bermaksud
mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang menjalani kehidupan
dan mengerjakan amalan wajib dan sunat berpandukan kepada ketetapan-ketetapan
serta panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima amalan dan
ibadahnya dan tidak diakui keIslamannya. Mereka pasti sesat dari menemui
‘siratul mustaqim. Dan tidak akan dapat kerahmatan Allah (a.w). Antara perkara utama
yang menyebabkan kesesatan itu adalah memperbaharui ketetapan atau syariat
Islam iaitu mengerjakan amalan dan ibadah – bentuk, kaedah dan cara
mengerjakannya – yang sama sekali bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah atau
yang berlainan dari apa yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) atau berlainan dari
apa-apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amalan-amalan sedemikian itu dikategorikan
sebagai ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘bid’ah’. Allah (a.w) tidak
menerima amalan yang dicemari oleh bid’ah dan Rasulallah (s.a.w) tidak akui
mereka yang mengamalkan bid’ah sebagai umatnya di akhirat kelak. Jika termasuk
dalam golongan tersebut, mereka nampak (seemingly) Islam, kerana dari segi
lahiriahnya, nampak sebagai orang Islam, tetapi hakikatnya mereka bukan Islam.
Sehubungan
itu, kita yang Islam dan menjalani kehidupan berpandukan semata-mata al-Quran
dan as-Sunnah adalah tergolong dalam kategori ahli as-Sunnah wal-jama’ah. Ahli as-Sunnah kerana berpandukan
al-Quran dan mencontohi Rasulallah (s.a.w) – kerana Rasulallah (s.a.w) diutus
Allah (a.w) membawakan kepada manusia perintah dan ketetapan Allah (a.w),
memperjelaskannya kepada manusia dan mencontohkannya bagaimana mengabdikan diri
kepada Allah (a.w) menepati perintah dan ketetapan Allah a.w). Hanya pengabdian
ahli as-Sunnah sahaja pengabdian yang benar-benar Islam. Ini telah dijelaskan oleh
al-Quran, antaranya Ayat 13, Surah an-Nisa’. Ahli jema’ah kerana menepati pula
perintah dan ketetapan Allah (a.w) – Ayat 103, Surah ali-Imran – bahawa
menganuti Islam dan mengamalkan tuntutan Islam secara berjema'ah dan kita wajib berada dalam jema'ah, maka barulah kita tergolong sebagai ahli as-Sunnah wal-jamaah.
Jema’ah as-Sunnah itu adalah suatu sistem yang formal mengandungi
ketetapan-ketetapan serta ciri-ciri yang khusus, iaitu ada pemimpin yang disebut ‘ulil
amri’ atau imam atau amir, dan ada ikrar janji atau ikat janji antara
kedua-dua pihak – pemimpin dan jemaah – melalui bai’at. Sistem pentadbiran Islam itu mensyaratkan rukyah (rakyat,
yakni ahli jemaah) sentiasa dalam ketaatan
terhadap pemimpin (imam atau amir atau apa-apa gelaran sekalipun) selagi perintah
pemimpin itu sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak menyuruh warga
jemaah melakukan kemaksiatan terhadap Allah (a.w) dan RasulNya. Jika diperintah
sesuatu yang maksiat, maka rukyah tidak perlu dengarkan perintah apatah taatkan perintah
kepimpinan. Sesuatu perintah itu dikira perintah maksiat jika perintah tersebut
bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Islam
yang tulin itu jelaslah mempunyai lima ciri yang haq, iaitu, pertama,
mengakui tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (a.w), dan mengakui keEsaan
Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w), itu adalah Pesuruh atau Utusan Allah (a.w)
yang menyampaikan agama Allah (a.w) kepada manusia, mengajarkan mereka dan
mencontohkan segala bentuk-bentuk, kaedah dan cara mengabdikan diri kepada
Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w) wajib dijadikan contoh (model) ikutan tentang
segala sesuatu mengenai Islam. Kedua, panduan hidup dunia dan akhirat,
khususnya panduan ibadah dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga,
Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mensyaratkan bahawa umat Islam yang diiakui
dan diterima keIslamannya adalah berjema'ah
dalam Islam. Keempat, jemaah Islam itu adalah suatu sistem formal
yang ciri-cirnya diajarkan, ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah
(s.a.w). Jema’ah Islam itu mempunyai kepimpinan yang dipanggil Imam atau Amir
dan rukyah, yakni kesemua umat Islam, yang diawasi dan dibimbing oleh Imam atau
Amir yang bertanggungjawab menasihat para rukyahnya supaya sentiasa
diperingatkan tentang kehidupan dunianya, tentang tanggungjawabnya terhadap dan
kepada Allah (a.w) dan tentang persediaan mereka untuk kesejahteraan akhiratnya,
yakni selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Ada perjanjian antara
Imam atau Amir melalui bai’at, yakni
ikrar janji, antara pemimpin (imam atau amir) dengan ahli jemaah yang mengikat
kedua-dua pihak, yakni ikrar ikat janji itu mengikat imam dan ahli jemaah. Kelima,
tanggungjawab rukyah adalah mendengar perintah, ketentuan, ketetapan, ijtihad
dan nasihat kepimpinan (Imam atau
Amir) dan mentaati perintah dan ketetapan kepimpinan (Amir atau Imam), sekuat
mampu mereka, selagi perintah, suruhan dan ijtihad kepimpinan (Imam atau Amir)
itu tidak bercorak atau bersifat maksiat. Sesuatu perintah atau ketetapan atau
ijtihad kepimpinan (Imam atau Amir) itu dikira maksiat jika perintah dan
suruhan melanggar atau berlainan dari atau bertentangan dengan atau menyimpang
dari ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)
(i.e. as-Sunnah). Sah keIslaman seseorang itu apabila lima pra-syarat ini wujud. Dan, ‘halal’
kehidupan duniawi seseorang yang Islam dan beriman itu apabila mereka memenuhi
kelima-lima pra-syarat ini.
Perintah
berjema’ah itu datangnya dari Allah (a.w) (rujuk Ayat 103, Surah ali-Imran) dan
kemudian diperkuatkan dari segi praktikal serta diperincikan dalam pelaksanaannya
oleh Rasulallah (dalam as-Sunnah). Amalan berbai’at itu ditetapkan oleh Allah
(a.w) sebagaimnana yang dimaktubkan dalam al-Quran (Ayat 10 dan Ayat 17, Surah
al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah) dan kemudiannya diperincikan oleh
Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Hakikat
berjema’ah dalam Islam itu adalah suatu yang diwajibkan oleh Allah (a.w) (Ayat
103, Surah ali-Imran dan Ayat 105, Surah ali-Imran) dan diperincikan dalam
as-Sunnah oleh Rasulallah (a.w). Kepimpinan dalam Islam itu adalah kewajipan
yang ditentukan atau diperintahkan oleh Allah (a.w) (Ayat 59, Surah an-Nisa’). Di
akhirat kelak orang iman akan berhimpun dan berbaris di belakang imam mereka
masing-masing untuk penyaksian bahawa mereka Islam dan beriman dalam hidup
mereka di dunia (Ayat 71, Surah al-Israk). Imam mempersaksikan anggota atau
rukyahnya di hadapan Allah (a.w). Segala ketetapan Imam atau Amir itu wajib
ditaati oleh rukhaynya selagi tidak menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) (i.e.
ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah).
Jika timbul perselisihan pendapat atau apa jua pertelingkahan menyentuh syariat
dan tuntutan Islam, antara kepimpinan dan rukyah atau diantara sesama rukyah,
jema’ah umat Islam diwajibkan merujuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah,
untuk menyelesaikan segala perselisihan dan salah faham tersebut. Maka dengan
itulah umat Islam itu diwajibkan mengilmukan diri mereka terlebih dahulu dengan
tiga ilmu yang diwajibkan mereka pelajari, fahami dan jadikan panduan hidup,
iaitu ilmu al-Quran, ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith) dan ilmu faraid yang adil.
Maka dengan itu jugalah umat Islam diperintahkan oleh Allah (a.w) dan
Rasulallah (s.a.w) supaya menjalani kehidupan duniawi dengan berpedomankan
ilmu. Dan, lebih-lebih lagi mereka amalkan atau ibadahkan sesuatu amalan dan
ibadah dan lain-lain ketentuan agama dengan berbekalkan ilmu dan bukan dalam
kejahilan (Ayat 36, Surah al-Israk dan ‘al-ilmu qabla ‘amal’ dan lain-lain
ketetapan al-Hadith). Ketetapan ini dipertanggungjawabkan kepada Imam atau Amir
dan rukyah. Maka dengan ilmu itu Imam atau Amir hendaklah diangkat dari kalangan
orang yang faqih (yakni, faham) tuntutan Islam. Dengan ilmulah rukyah dan Imam atau Amir boleh
menjalani kehidupan dunia yang tidak memudaratkan akhirat mereka dan
benar-benar bersedia untuk akhirat mereka. Dan niat mukhlis itu adalah menjadi orang Islam yg beriman yg takutkan azab dalam
neraka Allah (a.w) dan mencari kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapatkan syurga
Allah (a.w) (Ayat 57, Surah al-Israk).
Rosak
Islam dan iman atau rosak segala amalan seseorang itu apabila dalam hidupnya
dia terlibat dalam perkara-perkara bersifat atau bercorak syirik (mengadakan dan meyakini bahawa ada suatu kuasa ketuhanan
kepada sesuatu yang lain, mahkluk ataupun benda), tahayul (mempercayai sesuatu perkara ghaib yang mempunyai kuasa
memudaratkan atau memanfaatkan kita), kurafat
(mempercayai sesuatu benda yang boleh mendatangkan kebaikan atau menghindarkan
sebarang kemudaratan jika digunapakai), bertaklid
(mempercayai cakap-cakap manusia mengenai bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara
dan kaedah mengerjakannya tanpa mempelajari dan memahami ketetapan al-Quran
atau as-Sunnah) dan bid’ah (menambah
atau membuang kepada sesuatu amalan atau ibadah dari segi bentuk, kaedah dan
cara mengerjakan amalan dan ibadah, yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran
dan as-Sunnah). Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dan memperincikan apakah yang
dikatakan bid’ah itu. Bid’ah sebagaimana syirik samar (i.e. tersembunyi)
membatalkan aqidah dan menghapuskan keimanan seseorang itu, maka semua amalan
dan ibadah terbatal, dan tanpa mereka sedari mereka terkeluar dari Islam. Di
dalam syariat Islam yang benar itu, Allah (a.w) (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan
Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah) mewajibkan umat Islam supaya anuti dan
jadilah orang Islam, orang iman dan orang yang bertaqwa, dengan berjema’ah
supaya kehidupan duniawi mereka halal. Sehinggakan, Rasulallah (s.a.w) dalam
as-Sunnah menghukumi bahawa untuk menghalalkan kehidupan mereka walaupun hanya
ada bertiga di permukaan bumi ini> Selagi mereka tidak mengangkat salah
seorang mereka menjadi Imam atau Amir untuk mereka bertiga, tidak halal kehidupan mereka di dunia. Demikian jugalah
kalau bertiga dalam urusan musafir sekalipun sementara sahaja. Omar (r.a),
khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang kedua, merumuskan ketetapan ini dengan menyebut
bahawa tidak diakui keIslaman seseorang yang mengakui dirinya Islam kalau
mereka tidak berjema’ah, dan tiada jema’ah kalau tiada Imam atau Amirnya, dan
tidak ada sistem keImaman sedemikian jika tiada bai’at, dan tiada dikatakan
berbaiat dan berjema’ah jika tidak wujud ketaatan antara rukyah dengan Imam
mereka.
Allah
(a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam bahawa segala amalan
dan ibadah itu hanya diterima jika kita telah belajar dan tahu ilmu mengenai amalan
dan ibadah tersebut, termasuklah bentuknya, cara beramal dan kaedah
mengerjakannya (Ayat 36, Surah al-Israk). Allah (a.w) memberitahu bahawa amalan
dan ibadah yang seorang Islam dan iman kerjakan sepanjang hidupnya itu hanyalah
diterima oleh Allah (a.w) jika menepati ketetapan dan peraturan al-Quran dan
as-Sunnah dan dikerjakan semata-mata kerana mencari kerahmatan Allah (a.w)
(yakni, mengharapkan syurga Allah a.w) dan takutkan azab atau siksaan dalam
neraka Allah (a.w) (Ayat 57, Surah al-Israk). Allah (a.w) memberitahu bahawa di
akhirat kelak hanya ada dua tempat bagi manusia, iaitu sama ada mendapat syurga
atau mendapat neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Allah (a.w) dan Rasulallah
(s.a.w) memberitahu bahawa syurga itu hanya diwariskan atau diberikan kepada
orang Islam yang beriman yang mengerjakan amalan dan ibadah (sekuat mampunya)
(Ayat 72, Surah az-Zuhruf dan Ayat 9, Surah al-Maidah). Kepimpinan Islam (Imam
dan Amir) itu wajib ditaati (Ayat 59, Surah an-Nisa’). Mentaati Imam atau Amir sama
dengan mentaati Rasulallah (s.a.w) (al-Hadith). Dan sama dengan mentaati Allah (a.w) (Ayat
32, Surah ali-Imran, dan ketetapan-ketetapan as-Sunnah). Syurga hanya didapati
dengan kerahmatan Allah (a.w) semata-mata (yakni, kerjakan amalan dan ibadah
berdasarkan Ayat 57, Surah al-Israk). Islam menetapkan bahawa kerahmatan Allah
(a.w) hanya didapati jika umat Islam berjema’ah, kerana berjema’ah itu
kerahmatan. Tanpa berjema’ah tidak akan dirahmati Allah (a.w). Tanpa berjema’ah
umat Islam itu mudah dipesongkan oleh syaitan yang inginkan semua manusia kafir
dan kufur terhadap Allah (a.w), sebagaimana diberitahu oleh Allah (a.w) dalam (Ayat
16 dan 17, Surah al-A’raf) dan Allah (a.w) peringatkan hambaNya (manusia semua)
supaya berwaspada jangan dipengaruhi oleh syaitan dan pengikutnya (Ayat 27,
Surah al-A’raf).
Rasulallah
(s.a.w) telahpun memberi kita tahu bahawa di akhir zaman kelak umat Islam akan
berpecah dari segi akidah dan amalan Islam sehingga akan wujud 73 golongan umat
Islam, yang mengakui bahawa mereka Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah,
tetapi hanya satu golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga di akhirat
kelak, 72 golongan selainnya merengkok dalam neraka (Hadith). Yang berjaya itu
adalah mereka yang mengikuti as-Sunnah dan mereka berjema’ah. Rasulallah
(s.a.w) telah memberitahu bahawa daripada 1,000 orang yg akui diri mereka Islam
– mengikuti syiar agama Allah (a.w) sejak zaman Adam (a.s) hinggalah terjadinya
kiamat, hanya seorang sahaja yang berjaya mendapat syurga (Hadith)! Demikianlah
realiti akhir zaman. Kita wajib muhasabah diri sendiri sebelum kita dihisab di
akhirat kelak ('Hasibu anfusahan, qabla an tuhasabu' - al-Hadith). Kita periksa akidah dan amalan kita supaya kita pasti bahawa
kita berada di atas jalan yang benar untuk mendapatkan syurga, yakni sentiasa
berada di atas ‘siratul mustaqim’, tidak tergelincir, tidak menyimpang, supaya di akhirat kelak
kita terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment