Saturday, February 2, 2013

Bid'ah: Bahayanya Bid'ah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam siaran TV al-Hijrah dua atau tiga hari yg lalu, dalam segmen 'Cinta Ilmu' bermula jam 6.30 pagi, Sheikh Nurudin al-Banjari al-Maki, bercakap tentang tajuk 'Bid'ah'.Sesuatu itu bid'ah kalau melepasi dua criteria; iaitu (a) sesuatu amalan dan ibadah yg tidak ada sandaran al-Quran; dan (b) amalan atau ibadah itu tiada sandaran al-Hadith. Namun beliau berkata, kalau ada unsur ketiga, (c), ia berupa amalan yg dirutinkan oleh seseorang atas dirinya atau oleh masyarakat sesuatu yg baik, maka terkecuali daripada sesuatu yg bid'ah.
Saudara, kalau saudara ikuti ceramah atau kuliyah beliau dalam Tv al-Hijrah itu ada beberapa perkara yg jelas pada kita; iaitu, pertama, beliau memiliki ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah agak meluas; kedua, mungkin kerana dilahirkan di Mekah (kerana gelaran yg dipakainya 'al-Maki') dan belajar ilmu al-Quran dan al-Hadith di sana, maka beliau pandai nahu saraf Arab; ketiga, beliau dikurniakan Allah (a.w) kebolehan yg tidak ramai para 'ulama' (= orang berilmu) tiada memiliki, iaitu beliau banyak hafal ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulallah (s.a.w), kerana boleh recite tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah dgn baik; keempat, beliau sering menggunakan pentafsiran atas kepintaran otak beliau apabila mentafsirkan ayat al-Quran dan al-Hadith; dan kelima beliau jelas adalah seorang 'ulama' (= orang yg berilmu) yg mengikuti atau berpegang kpd fahaman Mazhab as-Syafie. Kalau berpegang kpd fahaman Mazhab as-Syafie, sudah pastilah dia menerima hakikat bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah'. Beliau, antara lain, menyebut tentang kata-kata Omar ibni Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2, selepas Abu Bakar as-Siddiq (r.a), tentang mensolakan Solat Terawih secara berjema'ah dalam bulan Ramadhan dan amalan zaman Omar (r.a) mengerjakan Solat Terawih sebanyak 20 rakaat. Dalam menjelaskan hakikat tersebut beliau merujuk kpd hadith yg menyebutkan bahawa suatu masa Rasulallah (s.a.w) keluar ke masjid untuk bersolat Solat Terawih. Pada mulanya, segolongan para sahabat mengikuti Rasulallah (s.a.w) berimamkan beliau. Pada malam esoknya pula apabila tersebar berita tentang adanya para sahabat yg bermakmumkan beliau, maka lebih ramai lagi para sahabat yg bermakmumkan beliau, sehinggakan pada malam ketiganya pula begitu ramainya para sahabat bermakmum dgn beliau sehingga tak muat ruang solat masjid. Maka keesokkan malamnya, Rasulallah (s.aw) tidak keluar bersolat ke masjid.
Saudara, itulah peristiwa yg menjadi sandaran bahawa Solat Terawih atau Solat Qiam (Solat Tahajud) itu boleh disolatkan secara berjema'ah. Peristiwa itu juga menunjukkan mengapa Rasulallah (s.a.w) tidak keluar pada malam ke-empatnya untuk bersolat di masjid. Kerana, Rasulallah (s.a.w) khuatir kalau-kalau diteruskan amalan mensolatkan Solat Terawih berjema'ah itu menjadi ketetapan yg wajib. Kemudian beliau menyebutkan hadith menceritakan 'bid'ah' yg dilakukan oleh Omar bin Khattab (r.a), mengumpulkan para sahabat untuk sama-sama bersolat Solat Terawih secara berjema'ah di bawah seorang imam tetap, Ubai b Kaab. Dan, Omar (r.a) tidak menggalakkan umat Islam mensolatkan Solat Terawih secara berselerak berseorangan ataupun beberapa berkumpulan yg berasingan. Maka mulai zaman kekhalifahan Omar (r.a) Solat Terawih itu disolatkan secara berjema'ah. Jadi, Omar (r.a) memulakan suatu amalan 'bid'ah dalam Islam.
Saudara, ada beberapa isu yg perlu kita jelaskan dalam perkara bid'ah ini dan dalam perkara perlakuan Omar bin Khattab (r.a) itu. Pertama, Omar (r.a) melakukan sesuatu yg bersifat 'pembaharuan' dalam amalan atau ibadah (yakni, bid'ah) dalam Islam zamannya - mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah di bawah seorang imam yg tetap dan tidak menggalakkan bersolat secara berasingan di masjid atau secara berkumpulan tersing di masjid. Kedua, Omar (ra) menjadikan amalan tersebut sebagai suatu ketetapan dalam syariat mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah. Selain Rasulallah (s.a.w) adakah Allah (a.w) memberikan hak kpd orang lain untuk menetapkan sesuatu amalan dalam syariat Islam yg tiada dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)?  Ketiga, oleh kerana Omar (r.a) memulakan perbuatan yg jelas 'suatu pembaharuan dalam amalan' dalam Islam, maka apakah orang lain, terutamanya para ulama', boleh meniru perbuatan Omar (r.a), mereka atau memulakan suatu pembaharuan dalam perkara agama?
Saudara, syariat agama Islam itu dan segala sesuatu mengenai bentuk-bentuk perngabdian, cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah itu ditetapkan oleh Allah (a.w) kerana, agama Islam adalah agama yg dicipta Allah (a.w) untuk manusia (dan jin), semua bangsa atau keturunan etnik dan semua zaman. Ini wajib difahami. Kedua, manusia tidak layak berkomunikasi secara langsung dgn Allah (a.w), maka Allah (a.w) melantik dari kalangan manusia menjadi UtusanNya (= Rasulallah) untuk menyampaikan kpd manusia perintah Allah (a.w) dan mengajarkan agama Allah (a.w). Utusan diperintah beri manusia peringatan bahawa jika mereka akur dgn perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) mereka akan diberikan syurga. Sebaliknya, kalau mereka ingkar dan menentang Allah (a.w) dan RasulNya, akan disiksa dalam neraka kelak di akhirat. Nabi Muhammad (s.a.w) adalah Utusan akhir (= Rasul penamat = khataman-Nabiyin) di utus kpd semua manusia dan semua zaman. Walaupun Rasulallah (s.a.w) wafat lebih 1,400 tahun yg lalu, namun syariat agama Islam yg dibawanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kekal relevan untuk semua bangsa dan zaman sehinggalah kiamat dunia.
Saudara, mulai post ini kita akan teliti satu drp penyebab yg besar dan tersuruk bagaimana seseorang yg Islam dan beriman itu terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari  atau mengapa seseorang yg terlibat di dalamnya menjadi syirik kpd Allah (a.w) atau mengapa amalan dan ibadah seseorang yg Islam itu sia-sia kerana tidak mendapat sebarang pahala dan tidak diterima Allah (a.w). Semuanya kerana kejahilan kita tentang tuntutan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan kerana kita terikut-ikut dgn pendapat dan pandangan serta panduan yg batil dari manusia kepada kita, yg kta terima kerana kejahilan kita terhadap Islam.
Saudara, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya pertama, bahawa kita wajib mempunyai ilmu terlebih dahulu tentang sesuatu amalan dan ibadah yg hendak kita kerjakan. Dalam Islam segala-galanya terletak kpd ilmu. Hanya dgn ilmu amalan dan ibadah kta itu diterima Allah (a.w), spt firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (i.e. amalan dan ibadah dalam Islam) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan atau ibadah yg hendak dikerjakan)) [Ayat 36, Surah al-Israk]. Dan, Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita perkaa yg sama dgn bersabda: 'Al-Ilmu qabla 'amal.' (Yg bermaksud: Berilmulah dahul sebelum mengerjakan (sesuatu atau sebarang) amalan (dalam Islam)) [Hadith]. Jelasnya, kalau kita amalkan seuatu amalan atau kerjakan sesuatu ibadah, walaupun benar wujud ibadah sedemikian disuruh oleh Islam, namun kalau dikerjakan dalam kejahilan, tidak akan diterima Allah (a.w). Tak ramai umat Islam faham hakikat atau ketetapan ini. Kedua, setelah kita bekalkan diri kita dgn ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah yg ingin kita kerjakan itu, amalan dan ibadah kita hanya diterima Allah (a.w) kalau niat kita mengerjakannya adalah 'mukhlis' atau ikhlas. Kalau tak mukhlis amalan atau ibadah tersebut juga sia-sia tidak diterima Allah (a.w). Apa dia 'keikhlasan'? Ini diterangkan dalam ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya bahawa niat yg ditetapkan dalam beramal dan beribadah adalah: 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu.' (Yg bermaksud: Kerana mencari atau mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mencari syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. dimasukkan ke dalam neraka)). [Ayat 57, Surah al-Israk]. Jelasnya, tanpa niat yg betul - niat yg ditetapkan oleh Allah (a.w) sendiri - maka segala amalan dan ibadah adalah sia-sia!
Saudara, setelah kita bersedia - mengilmukan diri kita mengenai sesuatu amalan dan ibadah yg hendak kita kerjakan, dan setelah membetulkan niat kita dalam mengerjakan amalan dan ibadah, hendaklah kita berwaspada bahawa ada banyak lagi perkara yg menyebabkan amalan kita tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Malah lebih serius lagi, kita mungkin terkeluar dari Islam menjadi kafir. Kalau kafir kita, maka kesemua amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w), sebagaimana orang kafir segala kebaikan yg dikerjakannya dalam kehidupan mereka tidak ada makna, kerana tidak diterima Allah (a.w) sebagai amalan yg baik! Antara penyebab amalan dan ibadah kita sia-sia adalah melibatkan diri dalam perkara yg bersifat atau bercorak bid'ah.
Saudara, insya Allah kita akan lanjutkan penelitian kita mengenai tajuk yg amat serius ini dalam post-post yg akan datang. Perkara ini amat penting. Kerana, kesejahteraan akhirat kita at stake - terhapus, kita mengharapkan syurga tetapi sebaliknya gagal, dan memasukkan diri kita ke dalam neraka, wal iya zubillah min zalik.

Jazakallahu khairah



 


No comments:

Post a Comment