Thursday, February 28, 2013

Utamanya kedua ibubapa ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk betapa penting dan utamanya kedua ibubapa kpd anak demi kesejahteraan akhirat mereka. Kita lihat beberapa lagi nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini.
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti sambil lalu bagaimanakah ketaatan dua anak iaitu satu Nabi Ismail (a.s) terhadap bapanya, Nabi Ibrahim (a.s) dan Abdullah b Omar (r.a), iaitu anak kpd Omar b Khattab (r.a) yg kedua-duanya diperintah oleh bapanya supaya ceraikan isteri kesyangan mereka. Kita lihat hadith beikut yg menceritakan peristiwa Ibnu Omar (r.a) itu.
Saudara, dalam hadith berikut ibnu Omar (r.a) atau Abdullah b Omar (r.a) diperintahkan oleh bapanya, Omar b Khattab (r.a) supaya menceraikan isteri kesyangannya. Apabila dia memberitahu Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) menasihatkan dia supaya dia akur dengan perintah bapanya.
Telah diriwayatkan hadith dari seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) (yang juga ipar Nabi (s.a.w), seorang ulama’ yang hebat zamannya) Abdullah bin Omar bin al-Khatab (r.a) katanya: ‘Adalah bagiku seorang perempuan yang dibawah perintahku (yakni, isterinya) ialah perempuan yang kasih aku akandia dan adalah bapaku, Omar bin Al-Khatab (r.a), benci ia akan isteriku yang aku kasih akandia itu, maka disuruhnya oleh bapaku akandaku bahawa aku ceraikan dia. [Maka kata Abdullah]: ‘Maka enggan aku menceraikan isteriku itu (yakni tidak mahu menurut suruhan bapanya, hingga menjadikan hal yang demikian itu susah hatinya), maka pergi aku kepada Nabi (s.a.w) dan aku sebutkan demikian itu bagi Nabi (s.a.w), kataku: ‘Ya Rasullah (s.a.w)! Adalah bapa hamba menyuruh hamba ceraikan isteri yang hamba kasih akandia.’ Maka Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Abdullah bin Omar (r.a), ceraikan olehmu akan isterimu kerana taatkan bapamu.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan betapa mutlaknya perintah kedua ibubapa itu terhadap anaknya dalam Islam, selagi perintah kedua ibubapa itu tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalu diingkari bererti sianak itu mendapat kebahagian dunia yg tak kekal tetapi menghapuskan kesejahteraan akhiratnya, yg kekal.]
Saudara,
dalam hadith berikut pula, Abdullah b Mas'ud, seorang sahabat Rasulallah (s.a.w), bertanyakan panduan bersabit dengan bentuk-bentuk amalan yg lebih utama dalam Islam. Beliau diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa mengasihi kedua ibubapa dan berbuat baik dengan kedua ibubapanya lebih utama dari solat-solat sunat, bersedekah, puasa dan mengerjakan umrah.
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’. [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ Berbakti kepada dua ibubapa itu lebih utama daripada solat-solat sunnat dan sedekah dan puasa (Ramadhan) dan haji dan umrah dan perang sabilillah. ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’ [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa amalan yg utama kepada orang iman adalah pertama, solat pada awal waktunya – ketika sudah diazankan solat, maka segeralah solat; kedua, berbakti kepada kedua ibu bapa; dan ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w). jelaslah, berbakti kepada kedua ibubapa itu lebih utama daripada berjihad. Dalam suatu hadith di sebutkan seorang sahabat yg menemui Rasulallah (s.a.w) untuk sama-sama berjihad, tetapi dia melapurkan bahawa dia ada ibubapa yg sudah tua memerlukan bantuannya, maka Rasulallah (s.a.w) mengecualikannya dari berjihad dan menyuruh dia tinggal bersama mereka dan menjaga mereka.]
Saudara,
dalam hadith berikut Abdullah b Amru b 'Ass yg juga seorang sahabat Nabi (s.a.w) diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak di atas keridhaan kedua ibubapa seseorang anak itu. kalau kedua ibubapa itu tidak ridha terhadap anaknya kerana sesuatu sebab, maka Allah (a.w) tidak akan ridha terhadapnya. Jika begitu fikirkanlah apakah kesudahan akhirat bagi seorang anak yg menganianya keduabapanya atau membiarkan keduaibupanyamelara walhal dia senang lenang dan mewah.
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) (yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w) Abdullah bin ‘Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Tuhan (a.w), maka reda Tuhan (a.w) itu memasukkan [anak-anak] ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya). Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w), yakni yang tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) nescaya murka Allah Taala, maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka. ‘Barangsiapa berpagi ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika dia anak yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu zalim sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali ungkapan zalim itu] terhadap mereka, ‘Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka. [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: hadith ini menyebutkan ketetapan Allah (a.w) bahawa keridhaanNya terletak di atas keridhaan kedua ibubapa kepada anak.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment