Thursday, February 28, 2013

Utamanya kedua ibubapa ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dua hadith yg menyebutkan bahawa sianak itu wajib akur dengan perintah kedua ibubapanya. Bagimana pula kalau sianak itu bukan sahaja tak akur ata tidak mentaat kedua ibubapa? Kita lihat hadith di bawah yg wajib setiap kita sebagai anak faham dan jadikan panduan hidup yg kekal demi kesejahteraan akhirat kita. 
Menceritakan hadith dari ‘Amru hadith dari Jaafar b Rabi’ah hadith dari ‘Irak b Malik bahawasanya dia mendengar Aba Hurairah berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La targhabu ‘an abaikum, faman raghiba ‘an abihi fahua kufrun.’ (Yang bermaksud: Janganlah kamu membenci pada bapamu (dan lebih-lebih lagi ibumu), maka barangsiapa (atau sesiapa) yang membenci pada bapanya (dan/atau ibunya), maka dia kafir (yakni, keluar dari Islam).) [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: hadith ini menghukum seorang anak yang membenci ibubapanya sama ada kedua-duanya atau salah satu mereka jatuh kafir secara otomatis.]
Saudara, 
ketetapan hadith ini tidak berbeza dengan ketetapan hadith yg menyebutkan bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan ibubapa kpd anak. Dalam hadith ini sianak itu membenci ibubapanya. Kalau Allah (a.w) tak ridha, maka pastilah orang itu hakikat seorang yg kafir kerana menentang perintah dan ketetapan Allah (a.w). Kita telah lihat beberapa nas dan dalil al-Quran yg menyebutkan perintah Allah (a.w) supaya setiap anak itu hendaklah berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapanya. Membenci mereka adalah perbuatan counter factual kpd ketetapan Allah (a.w) tersebut.
Saudara, 
mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg menaruh rasa kebencian walaupun sebesar zarrah atau sekecil biji sawi atau sekecil semut hitampun dalam hati kita terhadap ibubapa kita. Malah dalam Islam setiap yg Islam itu adalah saudara kita, maka kita diwajibkan berbuat baik kpd mereka. Inilah ketetapan firman Allah (a.w): 
Firman Allah (a.w): 'Innamal mukminuna ikhwatun fa-aslihu baina akhawaikum...' (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang iman (atau Mukmin) itu bersaudara, maka damaikanlah kedua saudaramu (yang berselisihan faham) ...) [Ayat 10, Surah al-Hujurat] 
Maka, kalau sesama Islam yg bukan ada pertalian kekeluargaan nasabpun kita wajib berbuat baik, apatah lagi kalau ibubapa kita sendiri yg bersusah payah menjaga dan mendidik dan menyekolahkan kita selama ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment