Friday, October 26, 2012

Peringatan Mengenai Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun teliti beberapa potongan hadith mengenai ilmu al-Quran. Umat Islam ditegah berkata atau menerangkan atau menceramahkan kpd orang lain sesuatu dalam al-Quran tanpa memiliki ilmu mengenainya. Ketetapn Allah (a.w) adalah sesiapa yg berkata atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu yg terdapat dalam al-Quran tanpa terlebih dahulu belajar mengenai apa yg dikatakan atau dijelaskan atau diterangkan, maka orang sedemikian itu menyediakan dirinya untuk duduk di neraka di akhirat kelak! Atau, sesiapa yg berkata atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu apa yg terdapat dalam al-Quran dengan menggunakan kebijaksanaan fikirannya sendiri - sama ada kerana dia mahir bahasa Arab atau kerana dia dapat sesuatu yg dikatakan atau dijelaskan itu dari kitab dan buku, tanpa berguru secara 'manqul' = berdepan belajar dgn guru yg berilmu dan fakih tentang al-Quran, maka dia menempah tempatnya dalam neraka. Maksudnya, dia tak dapat pahala, malah berdosa besar, kerana mengunakan 'rakyi' atau 'rukya' = pendapat.
Saudara, ilmu duniawi itu boleh didapati melalui kitab-kitab dan buku-buku atau panduan dari pelbagai media - TV atau radio atau VCD, tetapi, ilmu mengenai Islam hanya sah didapati jika berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dan hendaklah dipelajari melalui sistem tertentu (= sistem manqul, belajar dari guru secara terus atau berdepan dan guru yg mengajarkan ilmu tersebut. Juga gurunya mendapatkan ilmunya dari sistem dan kaedah yg sama. Dalam post yg lalu itu kita telah faham ketetapan mengenai ilmu al-Quran. Kali ini bagaimana pula kalau ilmu itu melibatkan as-Sunnah atau al-Hadith?
Saudara, Rasulallah (s.a.w) melalui sepotong hadith menyebut bahawa beliau dianugerahkan oleh Allah (a.w) al-Quran dan sesuatu yg menyamainya, iaitu al-Hadith atau as-Sunnah. Dalam Islam umat Islam wajib berpedomankan atau berpandukan kedua-duanya. Prinsip yg utama adalah segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya serta tuntutannya terdapat dalam al-Quran. Bagaimana mengamalkan atau mengibadahkan atau melaksanakan tuntutan dan ketetapan perintah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) itu, umat Islam perlu berpedomankan al-Hadith atau as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) yg diutus Allah (a.w) mengajarkan manusia agama Islam. Al-Quran dan as-Sunnah berganding. Sempurna Islam seseorang itu kalau dia ikuti ketentuan a-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah sesiapa yg ingin kepastian mendapat syurga di akhirat kelak, hendaklah dia patuhi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Inilah mesej dan ketentuan Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, menyentuh tentang ketentuan mengenai as-Sunnah pula kita lihat hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dai Ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) (yg bersabda): 'Ittaqul haditha 'anni illa ma 'alimtum, faman kazzaba 'alaiya muta'ammidan fal-yatabauwak maq'adahu minan nari, wa-man qala fil Qurani bi'rakyihi fal-yatabauwak maq'adahu minan-nari.' (Yg bermaksud: Takutkanlah oleh kamu (maksudnya berwaspadalah atau berjaga-jagalah) pada hadith  dariku (Nabi) kecuali apa-apa yg tahu kamu (atau yg kamu mengetahuinya). Maka sesiapa yg membuat dusta atau berdusta dengan sengaja (tentang al-Hadith, yakni sabda Rasulallah (s.a.w)), maka sediakanlah dirinya bertempat di neraka. Dan, sesiapa yg berkata atau menerasgkan atau menjelaskan sesuatu dari al-Quran dengan rakyi = pendapatnya atau akal fikirannya sendiri (termasuklah menjelaskan sesuatu berdasarkan kitab atau buku tulisan manusia), maka bersedialah akan dirinya bertempat di neraka.) [Hadith at-Termidzi]
Saudara, hadith ini menyebutkan dua perkara dalam ketentuan Islam, iaitu pertama, janganlah berbuat dusta mengatakan sesuatu mengenai sunnah walhal tiadapun sunnah sedemikian dalam al-Hadith; dan kedua, janganlah berkata atau menyebut sesuatu tentang ketetapan al-Quran, walhal tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran. Dua golongan orang yg sedemikian itu akan menyediakan dirinya bertempat di neraka nanti.
Dalam perkara ini, ada para ilmuwan dan ulama' yg menulis sesuatu ketetapan mengenai Islam dan mengatakan bahawa apa yg dikatakannya atau yg ditulisnya adalah ketetapan Allah (a.w) atau ketetapan Rasulallah (s.a.w) - terdapat dalam al-Quran atau as-Sunnah - walhal yg dikatakan ada pendapatnya sendiri atau pendapat para ulama' yg tidakpun ada dalil dan nas al-Quran ataupun al-Hadith. Maka dia tergolong dari kalangan orang yg menyatakan sesuatu dgn kebijaksanaan akal fikirannya atau telah berdusta, jika tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran atau al-Hadith. Oleh itu berwaspadalah. Dalam perkara agama seseorang itu tidak boleh membuat sesuatu pentakrifan atau penjelasan atau menerangkan sesuatu, tanpa sandaran nas al-Quran dan ataupun hadith, dan tanpa memiliki ilmu mengenainya. Contoh: Sudah jelas dalam al-Hadith bahawa semua bid'ah itu kesesatan atau menyesatkan, tapi, dgn mengletepikan nas dan dalil al-Quran atau al-Hadith, menyatakan wujud 'bid'ah hasanah'! Orang yg berbuat atau memutuskan sedemikian itu tergolong dari kalangan mereka dalam ketetapan hadith ini, wal iya zubillah.
Oleh itu berwaspadalah. Janganlah berkata sesuatu tentang ketetapan al-Quran atau as-Sunnah kecualilah kita telahpun mengetahuinya melalui pengajian mengikut kaedah yg sah, iaitu berguru dan belajar dengan membuka kitab al-Quran atau kitab hadith dari guru yg tahu dan faham mengikut tradisi pengilmuan 'manqul' itu. Tradisi proses pengilmuan dalam Islam adalah tradisi Jibril (a.s) atas perintah Allah (a.w) menyampaikan al-Quran selama 23 tahun, apabila Rasulallah (s.a.w) berdepan dgn Jibril (a.s) yg memanqulkan al-Quran dan hikmah atau diwahyukan oleh Allah (a.w) secara langsung. Syariat Islam itu kemudiannya diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd khalifah yg 4, kemudian disampaikan kpd para tabi'in, kemudian kpd pengikut para tabi'in dan para alim ulama', mengikut sistem dan kaedah yg sama. Maka dgn cara itu sanad menentukan kesahihan dan ketulinan ilmu kerana maksud dan penjelasan atau penerangan mengenai segala sesuatu dalam al-Quran kekal turun temurun, zaman berzaman. Apabila manusia mengajarkan sesuatu tanpa sistem dan kaedah tersebut, maka ketetapan yg haq = benar itu berubah, berbeza dari keaslian ilmu tersebut. Semakin parahlah pula apabila, yg mengajar atau menyampaikan ketetapan Islam, membelakangkan sama sekali al-Quran dan as-Sunnah, dan menggnakan kitab-kitab karangan manusia. Maka kerana sebab itulah kini banyak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg sudah berubah dan menyimpang dari ketetapan asalnya.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Setuju. Sedihnya masyarakat Islam kita macam tak pandang Quran dan hadis. Yang mereka pegang adalah kita dan ustaz atau ulama sahaja.

    ReplyDelete