Wednesday, October 24, 2012

Malaysia - Negara Islam ke?

Assalamualaikum,
Saudara, terlupa nak komen lapuran akhbar Melayu kelmarin (23 Okt. 12) mengenai tajuk di atas. Mengikut wakil DAP  yg berbahas di Parlimen, beliau merujuk kpd lapuran akhbar tahun-tahun lalu, ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra, mantan PM Malaysia, telah membuat pengakuan bahawa Malaysia bukanlah negara Islam, tetapi meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, negeri dan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia boleh anuti mana-mana agama yang mereka pilih, tetapi agama Islam sahaja diber taraf agama negara. Jelaslah bahawa kenyataan Lim Kit iang itu  menidakkan apa yang disebutkan oleh Nazri, Menteri Undang-undang, bahawa Malaysia adalah negara Islam.
Saudara, apakah utamanya kita ingin kerajaan buat pendirian atau ketetapan bahawa Malaysia adalah sebuah neraga Islam? Atau, apakah akibatnya, kalau Malaysia sebenarnya bukanlah sebuah neraga Islam? Tak da apa-apa.. Malah sekarang inipun umat Islam sering dibendung dan dipantau macamlah tugas pihak berkuasa agama itu mempastikan orang Melayu kekal Islam!
Saudara, dalam perkara agama, yang utama adalah manusia - umat yg berada di dalam sesebuah negara itu. Bukan negaranya. Malaysia atau mana-mana negeri atau negara itu diakui atau diiktiraf sebagai 'negara Islam' adalah meaningless (takda maknanya). Takda gunanya. Yang akan diadili = dihisab di akhirat kelak adalah manusia, umatnya atau orang-orang yg menjadi rakyat atau warganegara Malaysia, malah warganegara dunia ini semuanya. Tak kira di mana kita berada, dalam zaman mana. Yg menentukan apakah kita, rakyat Malaysia, berjaya di akhirat kelak bergantung pertama, apakah kita Islam atau kafir; kedua, kalau Islam, apakah kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau kita ikuti sunnah orang lain selain Rasulallah (s.a.w); dan ketiga, apakah amalan dan ibadah kita itu diterima Allah (a.w)? Amalan dan ibadah diterima Allah (a.w) jika menepati ketetapan Islam - Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa, Ayat 7, Surah al-Haysr, dan lain-lainnya. Maka, semuanya ada hitungan dosa pahala. Apakah timbangan dosa-pahala kita. Apakah berat pahala atau berat dosa. Itu saja yg penting. Apakah kita tinggal dalam sebuah negara Islam atau negara yg tidak Islam, tak penting.
Saudara, sebenarnya kalau umat Islam yg berada di negara bukan Islam seperti di UK, USA, Prancis, Jepun, China dan sebagainya - lebih beruntung. Kerana tidak ada siapa yg menghalang mereka beramal dan beribadah berdasarkan syariat Islam yag haq (i.e. syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah). Kalau umat Islam di Malaysia, mereka terkongkong. Mereka dipantau oleh orang yg takpun faqih atau faham ilmu Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah! Umat Islam di Malaysia diwajibkan akur dengan ketetapan kerajaan - Persekutuan dan negeri bahawa mereka hanya amalkan Islam berdasarkan fahaman Mazhab as-Syafie. Malah mereka dikehendaki mengutamakan ajaran mazhab daripada mengikuti ketetapan al-Quran atau as-Sunnah! Mereka diajarkan segala sesuatu amalan dan ibadah yg diterajui dan dipelopori oleh para ulama' dan pemimpin serta pentadbir jabatan agama, yg menepati fahaman as-Syafie (walhal mereka sendiripun tak tahu dan tak pasti, apakah Imam as-Syafie mengamalkan apa yg mereka amalkan sekarang ini? Sudahkah mereka pelajari dan fahami kitab ulong Imam as-Syafie - 'al-Umm'?). Lebih teruk lagi. Masyarakat Melayu di Malaysia, sebuah negara Islam model, katanya, di dunia, lebih terkongkong. Orang Melayu wajib Islam dan mengikuti ajaran Mazhab as-Syafie. Mereka tidak dibolehkan ikuti fahaman mazhab-mazhab lain spt Hanbali, Hanafi dan Maliki atau Wahhabi atau Syiah! Malah lebih teruk lagi. Orang Melayu tidak dibenarkan mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah 'pure and simple'! Mereka boleh gunakan pelbagai kitab karangan para ulama' dan ilmuwan Islam tentang syariat Islam menyentuh amalan dan ibadah dalam Islam, sama ada menepati ketetapan al-Quran atau as-Sunnah atau tidak adalah isu kedua. Yg utama adalah ikuti ajaran kemazhaban yg mereka amalkan dan praktikkan. Kanak-kanak, sejak kecil lagi telah disuruh hafal bacaan-bacaan tambahan dalam solat, termasuk Doa Qunut dalam Solat Subuh, bertahlil, dan lain-lain upacara (ritual) lazim masyarakat Malaysia, walaupun al-Quran dan as-Sunnah tidak menyuruh umat Islam itu amalkan! Tidak ada usaha pihak berkuasa agama mengajarkan al-Quran dan al-Hadith - supaya umat Islam faham maksud Ayat 13, Surah an-Nisa' atau Ayat 103, Surah ali-Imran atau Ayat 59, Surah an-Nisa' - contohnya.
Saudara, yg penting bukanlah isu negara Islam, tetapi apakah umat Islam hari ini mengamalkan syariat Islam yg benar atau tidak? Hari ini umat Islam mengadapi situasi yg disebutkan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) berikut:  
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ta’malu hazihil-ummatan bi-kitabillah, thumma ta’malu burhatan bi-sunnati Rasulaillah (s.a.w), thumma ta’malu bir-rakyi, faiza ‘amilu bir-rakyi, faqad dollu wa-adollu.’ (Yang bermaksud: Mengamalkan ini umat sebentar (i.e. suatu ketika atausuatu zaman) dengan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kemudian beramal (ini umat) sebentar (i.e. suatu ketika atau suatu zaman) dengan sunnah Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith), kemudian beramal ini umat dengan rakyi (i.e. pendapat mereka sendiri), maka ketika beramal mereka dengan ‘rakyi’ (i.e. pendapat mereka sendiri), maka sesat mereka dan menyesatkan mereka (orang lain).) [Hadith Abu Ya’la di dalam Musnad]
[Nota: Melalui hadith ini Rasulallah (s.a.w) menceritakan transformasi aqidah umat Islam di akhir zaman. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), zaman khalifah, zaman tabi'in dan pengikut para tabi'in, umat Islam berpandukan Kitab Allah (a.w) , i.e. al-Quran, dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dan dibantu pula oleh ‘al-Hikmah’ iaitu tunjuk ajar serta contoh perlakuan dan bimbingan Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya disemadikan menjadi suatu hazanah, apa yang dikenal sebagai ‘as-Sunnah’ (i.e. al-Hadith yang kita warisi sekarang ini). Rasulallah (s.a.w) memberitahu peralihan zaman dalam masyarakat umat Islam,  akan berlaku. Pada suatu masa atau zaman umat Islam akan berpandukan kehidupan beragama (dan juga kehidupan dunia) dengan berpandukan kepada al-Quran. Maka aqidah mereka tetap benar, dan mereka berjaya sebagai seorang iman. Kemudian diikuti suatu zaman pula bilamana umat Islam akan berpandukan as-Sunnah dalam beragama dan dalam menjalani kehidupan dunia yang diridhai Allah (a.w). Mereka tetap benar dan selamat. Masih tidak menyimpang dari syariat Islam yang haq itu. Suatu zaman kemudian pula umat Islam akan mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka sebaliknya berpandukan kepada ‘rakyu’, yakni menggunakan akal fikiran (i.e. pemikiran, pendapat manusia dan kebijaksanaan manusia merumuskan sesuatu tentang Islam dan syariatnya, menggunakan akal fikiran). Panduan tersebut dihasilkan oleh golongan pemimpin umat dan para ulama’ mereka. Apabila ini berlaku, maka mereka sesat (yakni, pemimpin dan para ulama’) tergelincir dari mengikuti ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Mereka menyimpang dari kebenaran agama Islam apabila diteliti dari segi ketentuan al-Quran dan as-Sunnah. Segala amalan dan ibadah mereka, kerana tidak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, batal dan batil, tak diterima Allah (a.w) dan sebaliknya mengkafirkan diri mereka atau menyingkirkan diri mereka sendiri, terkeluar dari Islam tanpa mereka ketahui. Mereka – para pemimpin dan para ulama’ – menyesatkan orang lain kerana mengajarkan dan memerintahkan pengikutnya beramal dan beribadah berdasarkan ‘rakyi’ tersebut, maka golongan pemimpin dan ulama’ tersebut, sudahlah mereka (pemimpin dan ulama’) tersesat atau menyesatkan diri sendiri, mereka pula menyesatkan  orang lain (rakyat yang dipimpin dan pengikut yang mereka ajarkan berdasarkan rakyi (pemikiran) mereka yg batil itu). Kedua-dua rugi. Kedua-dua golongan – pemimpin dan ulama’ dan masyarakat yang dipimpin - masuk neraka, tak mendapat syurga.
Syariat Islam itu sebenarnya mudah sahaja. Apa yang diperlukan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu manusia hanya perlukan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam yang inginkan kepastian bahawa mereka mengikut syiar Islam yang benar dan mengamalkan amalan dan ibadah yang benar, wajib mengaji dan memahami ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Setiap orang yang memiliki ilmu yang dua – iaitu al-Quran dan as-Sunnah – dan beramal serta mengerjakan ibadah berpandukan panduan al-Quran dan as-Sunnah, pasti benar. Mereka berada di atas ‘siratul mustaqim’. Dan mereka wajib mendapat syurga dan selamat dari neraka (Ayat 13, Surah an-Nisa’). Sebaliknya, sesiapa yang mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dengan ketetapan manusia – sama ada pemimpin ummah atau para ulama'nya tetap batil dan tergelicnri dari jalan lurus ke syurga itu. Apatah lagi pula apakala dalam zaman akhir yang disebutkan itu kepimpinan Islam dan para ulama’ mereka mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mengutamakan pula pendapat dan pemikiran manusia, maka pastilah jelas sesatnya – yang mengajar dan menyuruh berpandukan rakyi sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain. Dalam hadith disebutkan bahawa seseorang yang mengajar atau mengajak kepada kesesatan, dan diikuti oleh pengikutnya, maka dia (yang memimpin dan mengajar) berdosa dan orang yang belajar (pengikutnya) berdosa, dan orang yang mengajar itu mendapat pula dosa orang yang mereka ajak atau ajarkan kesesatan, mengamalkan ajaran batil tersebut, tanpa mengurangi dosa mereka yang diajar atau diajarkan kesesatan.] 
Saudara, berhati-hatilah. Yg utama bagi orang iman itu bukan negaranya, tetapi kebebasan baginya untuk beramal agamanya berpandukan ilmu dan panduan yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dan tidaklah terjadi sebagaimana sinario yg disebutkan dalam hadith tersebut. Kita risau, takut-takut semua orang Islam di Malaysia sesat dan disesatkan oleh orang - pemimpin dan ulama - yg sesat, kerana mereka membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah dan mengutamakan pendapat dan kebijaksanaan akal masing-masing, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum.sungguh sayapun sangat terkejut ketika sampai di malaysia..yang saya nampak parti lebih utama dari pada ugama islam,bahkan ketika nak melaksanakan sholat pun tengok dulu apakah imam satu parti dengan mereka.kalau tak sahaluan parti, maka tak jadi sholat berjamaah.segala kempen parti memakai nama ALLAH padahal belum tentu yang dilakukan parti di ridhoi ALLAH.ustaz menjadi alat parti untuk berkempen dan untuk saling menjatuhkan sesama islam.islam yang diamalkan berdasarkan Al-quran, hadits dan sunah rosul disyaki sesat.nampak umat islam lain yang tidak sehaluan parti dikatakan sesat bahkan fitnah itu memakai dalil ayat Al-quran dan hadits.sungguh sedih,namun disini tiada kebebasan bersuara sehingga saya hanya mampu mengadu kepada ALLAH dalam do'a.sekarang lega sikit rasa hati ini boleh berkongsi perasaan.terima kasih.assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
  2. Salam kpd anda semua,

    NEGARA DEMOKRASI MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

    1) Negara Malaysia mengakui Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia (artikel 4 Perlembagan Malaysia), padahal agama Islam dan undang-undang Islam adalah yang tertinggi di sisi Allah swt (Quran 9:33);

    2) Negara Malaysia menyerahkan Daulat kpd manusia – perkara 39, Perlembagaan Malaysia, padahal di sisi Allah swt manusia tidak ada Daulat – Quran 4:53 kerana Daulat itu hanyalah hak Allah sahaja – Quran 3:26;

    3. Negara Malaysia membuat undang-undang manusia (artikel 44 Perlembagan Malaysia), padahal Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang (Quran 12:40, 6:57);

    4) Negara Malaysia menguat kuasakan undang-undang manusia (artikel 43 Perlembagan Malaysia), padahal undang-undang Allah adalah diperintahkan untuk dikuat kuasakan ke atas manusia (Quran 5: 48,49,50);

    5) Negara Malaysia menghukum manusia dgn undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dgn undang-undang manusia adalah kafir (Quran 5:44);

    6) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menjadi para hamba kpd manusia dan tidak menjadi para hamba kpd Allah kerana manusia berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia – Quran 5:44, 16:116;

    7) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia dan tidak menyembah Allah kerana manusia taat dan patuh kpd undang-undang manusia – Quran 9:31;


    8) Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara ( fasal 3 (1) Perlembaaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ( Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut fasal 3(1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British;

    9) Kita hendaklah mengakui bahawa Malaysia adalah kafir kerana itu adalah keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya, sebaliknya sekiranya kita mengakui bahawa Malaysia adalah Islam, kita jadi kafir kerana itu ertinya kita menolak keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya – Quran 33:36;

    10) Kita diperintahkan supaya tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dan untuk menolak dan mengingkarinya serta untuk memusuhi dan membencinya – Quran 35:10, 4:60, 60:4.

    Wan Solehah al-Halbani

    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

    ReplyDelete