Wednesday, July 30, 2014

Solat Musafir/Solat ketika Musafir

Assalamualaikum,
Saudara, rasanya masih tidak terlewat mengucapkan 'Selamat Aidil Fitri' kepada saudara semua. Kata-kata salutation ucapan Aidil Fitri (1 Syawal) dan AidilAdha (10 Zuhijjah) yang diajarkan oleh Islam adalah 'Taqaballahu minna wa-minka' (Yang bermaksud: Semoga Allah (a.w) mengkabulkan/menerima kesemua amalan kita dalam bulan Ramadhan untukku dan untuk anda). Hari ini hari Aidil Fitri ke-3. Merayakan Adil Fitri itu hanyalah setakat sehari sahaja - iaitu hari raya pertama, maka dengan itulah umat Islam disuruh bertakbir raya sehari sahaja mulai masuknya Waktu Solat Maghrib dan berakhir ketika masuknya waktu Maghrib pada 1 Syawal sahaja. (Bagi, Aidil Adha pula bertakbir mulai masuknya Waktu Maghrib 9 Zulhijjah hinggalah masuknya waktu Maghrib hari Tasyrik ke-3, iaitu 13 Zuhijjah.)
Saudara, ramai umat Islam - terutama yang berjauhan dengan orang yang tinggal berjauhan dari edua ibu bapa mereka, bermusafir. Mereka mungkin terpaksa bermusafir melebihi 2 marhalah atau 98 kM. Maka mereka boleh mengqasar dan menjamakkkan solat-solat fardhu mereka. Dalam pos ini kita teliti ketetapan Islam mengenai solat ketika bermusafir itu, sebagai peringatan atau ulang kaji ilmu kita mengenai syariat Islam bersabit dengan musafir itu.

Peraturan mengenai solat musafir.

Saudara, Islam menyuruh kita solatkan solat-solat sunat di rumah dan tidak di masjid. Solat Fardhu  itu disolatkan di masjid secara berjema'ah. Islam mewajibkan solat-solat sunat itu di rumah, kecuali beberapa solat sunat yang disuruh disolatkan di masjid atau disolatkan secara berjema'ah;
Diriwayatkan hadith dari Busri b Said hadith dari Zaid b Thabit hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Afdhalu solatikum fi buyutikum illal-maktubata.’ (Yang bermaksud: Afdhal (=sebaik-baik atau lebih baik) solat-solat sunat kamu itu di buat di rumah kamu sekelian, kecuali solat yang difardukan atau diwajibkan (i.e. solat 5 waktu, afdhal dibuat di masjid dijema’ahkan). [Hadith at-Termidzi, Kitab Solat]
[Nota: ‘Afdhal’ = ‘Lebih baik’ bermaksud lebih pahala dan keberkatannya apabila solat-solat sunat dibuat di rumah supaya tidak diketahui orang kerana mungkin menimbulkan fitnah atas mereka dan atas kita sendiri kerana sifat-sifat riak (= nak menunjuk kepada orang lain kehebatan kita beramal), ujub (= merasa syok sendiri kerana boleh melakukannya walhal sekian ramai orang tak mengerjakannya), ‘sum’ah’ (= suka dan gembira bila kita disebut-sebut orang kononnya kita alim dan suka mengerjakan amalan sunat), dll. Sifat-sifat ini semuanya menghapuskan keikhlasan beramal serta kemurnian amalan, dan menghakis pahala segala amalan kita, sebagaimana sifat-sifat syirik menghapuskan pahala kesemua amalan dan ibadah.]
Saudara, beberapa solatunat itu dijema'ahkan. Contoh: Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha dijema'ahkan, dan tidak boleh dikerjakan bersendirian. Solat-solat ini hendaklah di buat di tengah-tengah kawasan tanah lapang sebagai menunjukkan kepada kaum kafir dan musyrik betapa hebatnya perpaduan umat Islam dan perpaduan umat Islam itu mantap.

Nas dan dalil al-Hadith 
(a) Solat Musafir dua-dua rakaat

Saudara, Islam mensyaratkan bahawa solat-solat sunat itu dibuat dua dua rakaat, kecuali beberapa solat khusus yang rakaatnya ditetapkan. Contoh: Solat
Terawih dibuat empat empat rakaat. Solat Istisqa' (solat minta hujan) di jema'ahkan. Solat Gerhana Matahari/Bulan disolatkan secara berjema'ah di atas padang, dua rakaat tetai setiap rakaat ada dua Rukuk. Solat Jenazah tiada rakaat hanya ada 4 takbir. Solat Witir diganjilkan.Solat Jenazah tiada rakaat hanya ada 4 takbir. Solat Witir diganjilkan.  
Diriwayatkan hadith dari Urwah b Zubarin hadith dari Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘Telah diwajibkan solat (sunat) dua-dua rakaat di rumah dan solat musafir, maka ditetapkan solat musafir dan ditambah di dalam solat di rumah (i.e. ketika bermukim melebihi had hari bermusafir itu, maka hendaklah dicukupkan rakaat yang sempurna bagi solat-solat fardhu – Zohor, Asar, dan Isya’ 4 rakaat, manakala Solat Subuh dan Solat Maghrib, kekal masing-masing 2 dan 3 rakaat, tidak diqasarkan) .’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan prinsip amalan mengenai solat-solat sunat. Pertama, solat-solat sunat itu – malam atau siang hari – hendaklah dua-dua rakaat; kedua, solat-solat sunat itu terbaik dan afdhal dibuat di rumah; ketiga, solat (fardhu yang dikerjakan ketika) musafir itu juga 2 rakaat (kecualilah Solat Maghrib dan Solat Subuh tidak diqasarkan (i.e. dipendekkan). Solat Subuh tidak boleh dijama’kan. Hendaklah dibuat ketika waktunya. Apabila menjamakkan ketika bermusafir – sama ada jama’ taqdim (mendahulukan) atau jama’ atkhir (mengkemudiankan) – hendaklah disolatkan solat yang terdahulu dari segi tertibnya. Kalau dijamakkan Solat Zohor dengan Solat ‘Asar tapi dibuat ketika waktu ‘Asar (i.e. Jama’ takhir), hendaklah Zohor disolatkan dahulu, kemudian barulah ‘Asar (walaupun ketika itu waktu Zohor sudah luput). Begitu juga ketika menjamakkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ dibuat pada waktu Isya’ (i.e. ditakhirkan), hendaklah dooilatkan Solat Maghrib dahulu walaupun keika itu sudah dalam waktu Isya’.]

(b) Jumlah hari 19 maksimum 


Saudara, Islam membolehkan kita ketika bermusafir menqasarkan dan menjamakkan solat-solat fardhu selama 19 hari maksimum, ketika tidak bermukim di rumah kita.
Diriwayatkan hadith dari Ikrimah hadith dari Ibn Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bermukim Nabi (s.a.w) (dalam musafir) 19 hari mengqasarkan maka adapun kami ketika bermusafir kami 19 hari, maka mengqasarkan kami dan jika menambah (bilangan hari dalam musafir maka) menyempurnakan (solat, yakni tidak boleh lagi diqasar dan dijamakkan). [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberitahu bahawa jumlah hari yang solat-solat itu boleh dijama’kan dan diqasarkan ketika bermusafir adalah 19 hari. Jadi tiada had hari kecuali ketetpaan dalam hadith ini. Tidak salah kalau hendak disolatkan secara tamam (=sempurna), tetapi oleh kerana mengaqasarkan dan menjamakkan itu adalah kurniaan atau pemberian (i.e. ruhsah) Allah (a.w), maka hormatilah dan terimalah dan amalakanlah kurniaan Allah (a.w) lebih baik.
Kita boleh mulakan menjama’kan dan mengaqasarkan solat ketika mula musafir di luar qariah kita, tak semestinya dah sampai ke destinasi. Demikian juga kita boleh jama’ dan qasarkan di akhir perjalan, di qariah lain sebelum memasuki qariah kita, kalaulah kita dalam perjalanan balik dari musafir, untuk terus mendapat manfaat dari kemudahan menjama’kan dan mengqasarkan solat itu.]

(c) Perempuan tidak boleh bermusafir tanpa makhramnya


Saudara, dalam Islam wanita yag sudah berkahwin tidak dibolehkan bermusafir kecuali ditemani oleh mahramnya.
Diriwayatkan hadith dari Said al-Magburiyu hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘La yahillu li-imra-atin tukmin billahi wal-yaumal akhiri an tusafira masiratan yauman wa-lailatain laisa ma-aha hurmatun.’ (Yang bermaksud: Tidak halal bagi seorang wanita (i.e. isteri) yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bahawa bermusafir dia pada suatu perjalanan ketika siang atau malam tanpa bersama-samanya makhramnya.) [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan ketetapan Islam bahawa seorang perempuan tidak dibenarkan sama sekali bermuafir tanpa ditemani oleh makhramnya. Kalau isteri atau anak perempuan, suaminya atau bapanya atau abangnya. Demikian jugalah seorang isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya.]

(d) Tidak berdosa mengqasarkan solat
(Sedekah Allah (a.w))


Saudara, asas dan rasional mengqasar dan menjamakkan solat fardhu itu diberikan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Babaiyih hadith dari Ya’la b Umaiyah berkata: ‘Berkata aku kepada Omar b Khattab: ‘Tiada atas kamu dosa bahawa mengqasarkan dari solat jika khuatir kamu apabila merosakkan atas kamu orang-orang yang kafir, maka sungguh-sungguh telah aman manusia?’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Merasa ajaib (hairan) aku dengan apa-apa yang mengajaibkan (menghairankan) darinya engkau. Maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w) atas demikian perkara. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sodaqatun. Tasaddaqallahu biha ‘alaikum, faqbalu sodaqatuhu.’ (Yang bermaksud: (Adapun kernganan itu satu) Sedekah, memberi sedekah Allah (a.w) dengannya kepada kamu sekelian, maka terimalah sedekahNya itu.). [Hadith an-Nasa’i]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa Ya’la hairan ketika Omar menqasarkan solat ketika musafir ketika itu situasi sudah aman tidak lagi ada ancaman dari musuh (i.e. orang kafir) sebagaimana dulu,oleh mengqasarkan solat dalam musafir. Dia memberitahu Omar (r.a). Maka Omar (r.a) berkata diapun suatu masa dulu merasa hairan, maka dia bertanya kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahunya bahawa mengqasarkan solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat ketika bermusafir itu adalah sedekah atau pemberian Allah (a.w) kepada hambaNya orang iamn. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu terimalah sedekah (yakni, pemberian Allah (a.w) itu). Jelasnya, mengqasarkan solat ketika bermusafir itu harus dijadikan amalan lazim kerana menghormati pemberian Allah (a.w) kepada kita. Janganlah sia-siakan anugerah.]

(e) Solat-solat Sunat dua rakaat
(kecuali Solat Terawih, Solat Tasbih, dan Solat Hifzi)


Saudara, dalam hadith berikut Omar (r.a) memberitahu sebagai merumuskan ketetapan mengenai bilangan rakaat beberapa solat.
Diriwyatkan hadith dari Abdil Rahman b Abi Laila hadith dari Omar berkata: ‘Solat Jum’at dua rakaat, Solat Aidil Fitri dua rakaat, Solat Kurban (i.e. Aidil Adha) dua rakaat, dan Solat Musafir dua-dua rakaat sempurna selain diqasarkan (i.e. dipendekkan) atas sabda Nabi (s.a.w).’ [Hadith an-Nasa’i]
[Nota: Hadith ini menyebutkan beberpa perkara; iaitu: pertama, Solat Jum’at itu dua rakaat; kedua, Solat Aidil Fitri (Raya Puasa) dan Solat Aidil Adha (Raya Haji) itu adalah dua rakaat; ketiga, solat musafir itu dua-dua rakaat (kecuali, ketika bersolat Solat Subuh tetap dua rakaat dan ketika Solat Maghrib tetap 3 rakaat). Solat-solat yang disebutkan itu walaupun dua rakaat adalah sempurna, i.e. atas dasar ketetapan as-Sunnah, termasuklah solat musafir itu sempurna, bukan kerana diubah syariatnya tetapi adalah ketetapan syariat Islam.
Solat Tasbih adalah 4 rakaat. Pada setiap pergerakannya dibaca kalimah-kalimah tasbih ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akbar’ – selepas Surah rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat dibaca 15x, kemudian, Rukuk, Iktidal, Sujud, duduk antara dua Sujud 10x dan kemudian selepas Sujud kedua sebalum bangkit untuk rakaat seterusnya baca 10x. Tasbih dibaca selepas dibaca tasbih/bacaan wajib setiap pergerakan. Jumlah setiap rakaat 75x dikali dgn 4 = 300 kali. Solat Hifzi 4 rakaat dan surah-surahnya ditetapkan dan tidak boleh diubah, i.e. dibaca surah-surah alin.] 


(f) Solat Maghrib ketika Musafir  

Saudara, hadith ni menyebutkan kaedah mengerjakan solat qasar dan jamak yang pertama, iaitu sebelum solat dimulakan diqamatkan dahulu, baru solat. Kemudian setelah selesai solat yang diqasarkan pertama itu, bagi solat keduanya pula dimlakan dengan iqamah juga, baru disolatkan solat kedua yang dijamakkan itu.
Menceritakan hadith oleh Syu’bah hadith dari Salamah b Kuhlin berkata: ‘Aku melihat Said b Jubairin di tanah Jami’ qamat maka mensolatkan Solat Maghrib 3 rakaat, kemudian qamat pula maka mensolatkan Solat Isya’ dua rakaat, kemudian menceritakan/menjelaskan bahawa Ibnu Omar mengerjakan dengan mereka semisal demikian itu di tempat itu, dan menceritakan/menjelaskan ahawa Rasulallah (s.a.w) berbuat demikian di tempat tersebut.’ [Hadith an-Nas’ai]
[Nota: Hadith ini memberi panduan beberapa perkara: iaitu, pertama, Solat Maghrib itu ketika dalam musafir di solatkan tanpa diqasarkan atau dikurangkan atau dipendekkan bilanagn rakaatnya, i.e. kekal tetap 3 rakaat; kedua, sebelum mensolatkan sesuatu solat dalam bermusafir itu, sama seperti ketka hendak mensolatkan solat biasa ketika bermukim (i.e. tidak dalam musafir), hendaklah diqamatkan dahulu, baru berdiri untuk solat; ketiga, ketika hendak menyambung untuk Solat Isya’ pula (sebagaimana hendak menyambung Solat ‘Asar selepas Solat Zohor, dalam musafir, diqamatkan dulu; dan keempat, Solat Isya’, sebagaimana Solat Zohor dan Solat ‘Asar, ketika bermusafir diqasarkan atau dipendekkan dua rakaat.]

Jazakallahu khairah


Friday, July 25, 2014

Post Ramadhan: Menyambut dan merayakan Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi akan selesailah Ramadhan dan tiibalah Syawal. Semua umat Islam bergembira menyambut Aidil Fitri dengan memulakannya dengan bersolat Solat Aidil Fitri dua rakaat, kemudian mulalah pelbagai aktiviti keduniaan, ziarah menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai. Kita diberitahu kegembiraan Syawal itu adalah meraikan kejayaan Ramadhan - berpuasa sebaik mungkin bulan Ramadhan, maka ada yang berjaya dapat pembebasan dari neraka, maka mereka bergembira, dan mereka bergembira kerana kembali semula bebas dari puasa yang diwajibkan atas umat Islam.
Saudara, bagaimanakah sewajarnya - mengikut syariat Islam - kita merayakan Syawal? Kita tengok ketetapan Islam berikut:

Menyambut Aidil Fitri

(-) Bertakbir menyambut Aid

Saudara, ketika masuk waktu Maghrib pada hari puasa terakhir, kerana esoknya distiharkan satu Syawal, maka kita disuruh semarakkan Aidil Fitri dengan Takbir.

Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Menghiasilah sekelian kamu pada beberapa hari raya (Aidil Fitri) sekelian kamu dengan takbir (yakni, membaca ‘Allahu Akbar).’ - Hadith sahih riwayat at-Tobrani.
Takbir itu dibaca mulai waktu Maghrib malam satu Syawal (i.e. malam 29 atau 30 Ramadhan) sehinggalah Maghrib 1 Syawal. Takbir itu adalah seperti hadith berikut.

(-) Kalimah Takbir Aid

Justeru itu, sebaik sahaja dicukupkan puasa dan nampak anak bulan Syawal, atau diumumkan oleh pemerintah tarikh raya puasa itu, maka disunatkan umat Islam bertakbir sehinggalah pagi esoknya, sampai didirikan solat Aidil Fitri. Takbir itu hanyalah menyebut ‘Allahu Akbar (3x), La ilaha illallah Wallahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Ilham’ sahaja. Yang lain tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan menokok tambah kepada takbir tidak membuahkan sebarang pahala tambahan tetapi mengundang dosa pula, jika perbuatan tersebut termasuk dalam kategori membuat ‘perkara-perkara baru dalam agama’ yakni ‘bida’ah’! Sepotong hadith lain pula menyebutkan:
Diriwayatkan hadith daripada Said bin Ausin al-Ansari (r.a) hadith daripada bapanya telah berkata dia (yakni bapanya): ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Ketika datang raya Aidil Fitri telah menyebut-nyebut malaikat pada beberapa pintu (Syurga) maka membukakannya (sambil berkata): ‘Wahai golongan muslimin! Kepada Tuhanmu yang maha mulia memberi anugerah Allah (a.w), kemudian memberi pahala Allah (a.w) atas kebaikan pada pahala yang banyak, diperintah sekelian kamu yang berdiri (yakni, mendirikan solat) maka berdirilah (yakni, solatlah), dan diperintahkan sekelian kamu berpuasa waktu siang maka berpuasalah, dan taatlah sekelian kamu terhadap Tuhan kamu maka menerimalah sekelian kamu pada beberapa pahala sekelian kamu,’ (sambung Nabi (s.a.w)) ‘Maka memanggillah orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat di langit)(dengan berkata mereka): ‘Sesungguhnya Tuhan kamu telah mengampunkan ke atas kamu (akan dosa kamu) maka kembalilah kamu dengan benar (yakni, mendapat petunjuk) ke rumah sekelian kamu pada hari raya dengan pahala, dan disebut-sebut pada hari ini (yakni, Aidil Fitri) dari langit (pata malaikat) ‘Hari Pahala’ (yakni, hari pembersihan).’ - Hadith sahih riwayat at-Tobrani.
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa ketika masuk 1 Syawal, mereka membuka pintu syurga seluas-luasnya sambil menyeru kepada manusia atas kejayaan mereka menunaikan puasa Ramadhan sehingga selesai. Hari itu adalah hari kemenangan dan hari pembebasan bagi mereka yang berjaya menunaikan puasanya sebaik mungkin, maka diamuni dosa-dosanya yang lalu, kembali dalam keadaan fitrah.


(-) Greeting/Ucapan ketika Aidl Fitri/Adha

Saudara, telah menjadi kelaziman bagi umat Islam di Malaysia ketika hampir raya mengirim Kad Raya dengan menyebut 'Selamat Hari Raya'. Apakah salutation bagi orang iman ketika menyambut raya? Ini dijelaskan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Khalid bin Ma’dan (r.a) berkata dia: ‘Apakala bertemu dia dengan Wasilah bin Asqa’ pada hari Aidil Fitri maka berkata dia (yakni, Khalid): ‘Taqabbalallahu minna waminka’. Maka berkata Wasilah: ‘Na’am! Taqabbala minna waminka’. Berkata Wasilah: ‘Apabila bertemu atau bersua dia dengan Rasulallah (s.a.w) pada hari Aidil Fitri maka (Wasilah) berkata: ‘Taqabbala minna waminka.’ Bersabda Nabi (s.a.w) membalas: ‘Na’am! Taqabbala minna waminka.’ - Hadith sahih Riwayat al-Baikhaki, Kitabul Ideen.
Seperti biasa apa-apa saja menjadi ketetapan Islam - al-Quran ataupun as-Sunnah - jika kita ikuti/contohi kita mendapat pahala as-Sunnah.


Syariat ‘Puasa Enam’ dalam bulan Syawal

Saudara, kita lihat 3 potongan hadith kefadhalan 'Puasa Enam' dalam bulan Syawal itu.

Hadith 1: Diriwayatkan hadith daripada Syu’ban Maula (r.a) katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w), bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya barangsiapa berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, adalah dia seperti berpuasa setahun atau barangsiapa datang (yakni, mengerjakan) apa-apa kebaikan baginya sepuluh kebaikan seumpamanya). ’- Hadith sahih riwayat Ibnu Majah.
Hadith ke-2: Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban, hamba merdeka Rasulallah (s.a.w) berkata hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa enam hari sesudah Raya Fitri, ada sempurna (puasanya) setahun.’ [Merujuk kepada firman Allah (a.w) di dalam al-Quran (ayat): ‘Man jaa-a bilhasanati falahu ‘asrun amthaliha.’[Ayat 160, Surah al-An’am][Maksud ayat: Barangsiapa mendatangkan kebaikan (yakni, berbuat amalan baik) maka baginya (ganjaran pahala) sepuluh seumpamanya (yakni digandakan sepuluh kali ganda)] - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Hadith ke-3: Diriwayatkan hadith daripada Abi Ayub (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikutinya dengan (puasa) enam hari daripada Syawal, maka itulah puasa (yakni, seolah-olah berpuasa) sepanjang tahun.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Nota: Allah (a.w) memberitahu hambanya yang Islam melalui firmanNya dalam Ayat 160: al-Anam tersebut bahawa sesuatu amalan kebaikan (amal makruf) itu dibalas Allah (a.w) dengan sepuluh kali ganda kebaikan (yakni, pahala) seumpamanya. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ganjaran pahala puasa Ramadhan itu adalah hakNya menentukan pahalanya. Namun begitu, untuk memahami mengapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila kita berpuasa Ramadhan sebulan, maka, kemudian ditambah dengan ‘Puasa Enam’ dalam bulan Syawal, seolah-olah kita berpuasa setahun. Kerana, di dalam al-Quran Allah (a.w) memberitahu setiap kebaikan yang dilakukan diberi ganjaran pahala minima 10 gandaan pahala (i.e. seumama puasa 10 hari). Jika kita takrifkan pahala minima berpandukan firman Allah (a.w) tersebut dan mengambil kira ketetapan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) itu, kita boleh membuat hitungan: berpuasa Ramadhan (kita dapat 30 x 10 = 300 ganjaran hari berpuasa) dicampur dengan ‘Puasa Enam’ (kita dapat 6 x 10 =60 ganjaran hari berpuasa), menjadi jumlahnya 300 + 60 = 360 pahala atau gandaan hari, iaitu setahun. Maka berpuasa Ramadhan dicampur dengan ‘puasa enam’ menjadikan kita mendapat ganjaran pahala seumpama 360 hari puasa atau setahun. Tahun Islam 360 hari). Itulah maksud hadith tersebut. Namun begitu, hakikatnya, Allah (a.w) yang menentukan ganjaran pahala puasa Ramadhan itu. Justeru itu, Allah (a.w) mungkin akan memberikan kita pahala lebih banyak bergantung kepada keikhlasan kita serta kemurnian amalan puasa kita itu. Kejayaan terbaik puasa Ramadhan adalah dibebaskan dari neraka di akhir Ramadhan. Itu lebih baik dari ganjaran puasa setahun. Namun minima, setiap yang Islam itu wajar mendapat pahala seumpama berpuasa setahun kerana menyusuli Puasa Ramadhan dengan Puasa Enam hari dalam bulan Syawal selepas tamat Ramadhan.
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal itu oleh dibuat secara berterusan 6 hari atau diansur-ansur sehingga cukup enam hari, asalkan dikerjakan tidak melewati bulan Syawal.

Jazakallahu khairah

Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan: Solat Witir dan Doa Qunut

Assalamualaikum,
Saudara dalam meneliti nas dan dalil, maksudnya, panduan/ketetapan Islam menyentuh Puasa Ramadhan, mengimarahkan malam-malam Ramadhan, khususnya Solat Terawih, Solat Witir, kita telahpn tahu beberapa perkara: khususnya, pertama, sesiapa yang berpuasa Ramadhan menepati ketetapan syariat puasa yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, bahawa dia berpuasa semata-mata dengan tujuan untuk mencari/mengharapkan pahala terbanyak dan terbaik kerana menyempurnakan perintah Allah (a.w) dan dia mempastikan bahawa segala sesuatu yang menghakis dan menghapuskan pahala puasanya, dijaganya, maka dia mencapai taraf orang yang dibersihkan dari segala dosanya yang terdahulu, dan pada 1 Syawal, di paginya dia mengerjakan Solat Aid,  maka dia kembali keadaan fitrah. Bersih dari dosa yang lepas-lepas, seumpama dia baru dilahirkan oleh ibunya ke dunia. Kedua, antara tanda-tanda seseorang itu dihapus kikis dosa-dosanya adalah dia melakukan kebaikan - amalan dan ibadah termasuk, terutama membaca al-Quran sehingga khatam sekurang-kurangnya skali, berzikir, memberi makan orang yang berpuasa ketika tiba waktu berbuka, mengerjakan Solat Dhuha, bersedekah dll - di siang hari Ramadhan, dan dia mengimarahkan malam-malam Ramadhan dengan mengerjakan pelbagai amalan, termasuk Solat Terawih dan Solat Witir dan solat qiam (i.e. Tahajjud) sepertiga terakhir malam. Ketiga, ada banyak perbuatan dan kata-kata yang lita luahkan dalam bulan Ramadhan yang dengan sendirinya tanpa kita sedari menghapus segala pahala puasa kita, antaranya, mencaci-cela, memaki hamun, mengata, mengadu domba, membohong dan memfitnah, mensia-siakan masa siang, melakukan pelbagai maksiat - yang berat dan ringan, mencela, membuka rahsia orang lain, dan banyak lagi dari segi kelakuan menggunakan lisan, dan kelakuan menggunakan perlakuan kita seumpama menghabiskan masa ke tempat-tempat maksiat dllnya, maka tiada gunalah puasanya selain dia melatih dirinya supaya lapar dan dahaga semata-mata. Ketiga, sepanjang Ramadhan, Allah (a.w) menggandakan ahala semua amalan dan ibadah dalam buan Ramadhan melebihi gandaan biasa yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah - iaitu gandaan antara 10 hingga 700 gandaan pahala. Kerana, bergantung kepada kemurniaan amalan puasa kita serta kesucian niat kita dan kesungguhna menjaga amalan puasa itu terbaik, maka Alah (a.w) gandakan leh banyak, mungkin 100,000 gandaan, sebagaimana gandaan amalan di Masjidil Haram, atau lebih dari itu terpulang kepada penilaian Allah (a.w) terhadap amalan puasa kita. Dan, setiap dosa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan itu, Allah (a.w) gandakan sedemikian pula dosanya, walhal dalam bulan selain Ramadhan setiap kesalahan dikerjakan dikenakan satu dosa sahaja. Dalam bulan Ramadhan dosa digandakan menjadi lebih dari 700 gandaan pula. Kalau seseorang anak muda itu berzina dalam bulan Ramadhan - siang ataupun malamnya - maka dia dikira berzina 100,000 kali, kalaulah gandaan dosanya ditakdirkan oleh Allah (a.s) sedemikian! Pastilah dia masuk neraka! Keempat, sesiapa yang berkesempatan pula ke Mekah menunaikan Umrah sambil berpuasa di Mekah, maka setiap umrahnya dia diberi ganjaran pahala seumpama satu ibadah haji atau pahala ibadah haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w), selain pahala gandaan setiap amalan di Masjidil Haram itu digandakan 100,000 gandaan pahala pula. Kelima, pada 10 hari akhir Ramadhan, dia menyempatkan dirinya beriktikaf di masjid pada malamnya untuk menunggu Malam al-Qadr. Sesiapa yang menemui Malam al-Qadr itu dia mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan amal soleh - berbuat baik, mengerjakan amalan dan ibadah seumpama solat, puasa, haji, umrah, sedekah dllnya, yang banyak dan tidak sekali-kali melakukan maksiat, walaupun kecil, selama 1,000 bulan = 83 tahun 4 bulan! Orang yang sedemikian itu pasti tempatnya di syurga di akhirat kelak. Dengan syarat, tahun berikutnya dia tidaklah menghapuskan segala pahala amalan dan ibadahnya dengan pelbagai kemaksiatan pula! Keenam, solat fardhu adalah iabdah yang utama pada umat Islam - tak kita dalam mana bulan sekalipun. Kalau tak solat, tak guna puasa, walau sebaik manapun kita mempastikan puasa itu par excellence! Ketujuh, janganlah kita terjebak melakukan persetubuhan/hubungan kelamin di siang hari kerana kifarahnya berat. Setiap hari seorang itu melakukan persetubuhan di siang hari, dendanya adalah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, dan puasanya batal dan wajib digantikan pula. Ramai umat Islam yang keliru apabila mengatakan memadai membayar fidyah memberi makan 60 orang miskin sahaja sebagai kifarah bersenggama di siang Ramadhan. Fidyah hanya dibolehkan kalaulah pelakunya orang yang diberi kelonggaranan oleh Allah (a.w) membayar fidyah kalau tak mampu berpuasa - iaitu orang yang sudah terlalu tua/tua (melebihi umr 60 tahun). Kedelapan, kita juga telah teliti sepenuhnya bagaimana bersolat mengikut cara Rasulallah (s.a.w) bersolat, kerana kalau kita bersolat berainan dari apa yang dicontohkan oleh Rasulallajh (s.a.w), maka solat kita batil dan batal, tak dapat pahala, dan kita pula dihukumi terkeluar dari Islam, maka puasa Ramadhan kitapun tak ada gunanya pada kita. Kesembilan, dalam urusan solat fardhu itu, kita juga telah tahu bahawa tiada asas syariat solat bahawa kita membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Itu adalah satu contoh umat Islam dikelirukan oleh kejahilan ilmu dan kerana bertaklid kepada guru-guru/ustaz yang tidak sempurna ilmuya mengenai Islam, khususnya ilmu mengenai bentuk-bentuk, kaedah dan cara bersolat, meikut 'Sollu kama ra-aitumni usolli' itu. berwaspadalah bahawa bid'ah menghapuskan segala pahala amalan, bukan setakat Puasa. Kesepuluh, ketika bersolat Witir pada 15 Ramadhan hingga akhir Ramadhan, kita juga tahu apakah kalimah-kalimah do'a yang dibaca - maksudnya wajib dibaca - dalam Qunut Solat Witir itu. Hari ini semua umat Islam berqunut dalam Solat Witir, tapi silap apakala mereka mengatakan bersolat Witir tiga rakaat dibuat dua rakaat salam dan ditambah satu rakaat salam, dan, silap kerana menambah kepada kalimah-kalimah do'a Qunut Witir yng ditetapkan oleh Rasulallah (s.aw). inilah contoh amalan  'bida'ah' yang sudah sebati dengan jiwa Melayu Islam dan kerana jahil ilmu dan kerana ingin membezakan diri dari as-Sunnah! Kesebelas, kita diberitahu bahawa bida'ah itu amat serius akibatnya kepada aqidah dan pengamalan/pelaksanaan syariat Islam dalam semua perkara, malangnya majoriti umat Islam di Malaysia pertikaikan hakikat ini dengan memberi pelbagai alasan yang tidak didasarkan kepada ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Pedoman atau pendapat atau akal fikiran atau ijtihad dan rasional manusia tidak dapat membatalkan ketetapan Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kedua-belas, kita telahpun perincikan bagaimana bersolat dengan betu menepati ketetapan as-Sunnah, kerana panduan as-Sunnah itu wajib kita akur dan patuhi tanpa pengecualian. Kalau kita tidak solat, kita jatuh kafir, maka puasa kita tidak ada gunanya. Kalau kita terlibat dengan sesuatu pencemaran amalan dalam mengerjakan amalan, maka puasa kitapun tercemar dan tidak diberi pahala oleh Allah (a.w).
Saudara, dalam perkara membaca Do'a Qunut itu, kita tertinggal suatu dimensi lain dalam post yang terdahulu, iaitu apakah kita perlu mengangkat tangan ketika berdoa dan apakah kita wajib baca dengan jahar atau kuat suara atau kita mengaminkan bacaan Imam? Atau kita baca sendiri-sendiri?
Dalam ketetapan as-Sunnah - yang merupakan panduan mutlak dalam perkara amalan dan ibadah yang memerlukan pelaksanaan secara fisikal, Do'a Qunut itu hendaklah dibacaber sendirian tanpa mengeluarkan suara atau dijaharkan atau dikuatkan suara dan tidak dijema'ahkan bacaannya, maksudnya dibaca oleh setiap individu yang bersolat Witir itu - Imam dan makmum.
Saudara, ada ketika Solat Witir itu disolatkan. Pertama, Solat Witir itu disolatkan
setiap malam - sama ada diwaktu spertiga awal malam, sepertiga pertengahan malam atau sepertiga terakhir malam. Solat Witir itu adalah solat ganjil bilangan rakaatnya - iaitu satu rakaat salam atau 3 rakaat salam atau 5 rakaat salam atau 7 rakaat salam, tanpa break, terus dari rakaat satu hinggalah rkaat ke-33 atau ke-5 atau ke-7. Kalau kita buat tujuh rakaat, kita teruskan bersolat satu, dua, tiga, empat, lima, dan ketiak habis rakaat ke-6, selepas Sujud ke-2, kita duduk sebentar, baru bangkit untuk rakaat ke-7, dan diakhiri dengan salam. Kalau buat 5 rakaat, duduk sebentar sesudah Sujud ke-2 rakaat ke-4, bangkit untuk rakaat ke-5 dan disudahi dengan salam. Solat Witir adalah solat penamat pada Solat Qiam atau Tahajjud ketika malam. Solat Witir Ramadhan juga solat yang sama, hanyalah pada malam-malam 15 Ramadhan hingga habis Ramadhan di baca Do'a Qunut setelah bangkit dari Rukuk, ketika Iktidal sebelum turun Sujud, dibaca Doa Qunut yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada cucunya - Post terdahulu. Tidak ada Solat Witir 3 rakaat, dibuat dua rakaat salam dan kemudian ditambah satu rakaat salam sebagaimana yang jadi kelaziman umat Islam kerjakan sekarang ini di Malaysia!
Mudah-mudahan saudara telah mendapat ilmu yang sempurna mengenai solat itu dan amalkan seterusnya, semoga solat saudara diterima Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

Monday, July 21, 2014

Beberapa kesalahan/kesilapan dalam amalan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi tentang kesalahan/kebatilan mengadakan Doa Qunut pada Solat Subuh, yang merupakan amalan seakan-akan wajib di kalangan masyarakat Islam Melayu. Majoriti umat Islam di Malaysia dan Indonesia bersolat Solat Subuh membaca Doa Qunut pada rakaat ke-2 setelah bangun Iktidal sebelum Sujud.

Saudara, sesuatu amalan itu - termasuk sesuatu komponen dalam Rukun-rukun solat - Rukun Qalbi (Niat), Rukun Qauli (bacaan), dan Rukun Fe'li (perlakuan/pergerakan) - yang berlainan dari atau tidak menepati syariat Islam yang haq tentang solat (maksudnya, as-Sunnah), tidak didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah batal dan batil. Ini adalah panduan induk dalam solat - 'sollu kama ra-aitumuni usolli' - yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Jika Rasulallah (s.a.w) tak buat, bererti itu suatu 'pembaharuan' - tambahan atau pengurangan atau ditokok-tambah atau ubah dari yang asalnya/aslinya. Kalau pembaharuan, maka dikelompokkan sebagai 'bida'ah'. Kalau bida'ah, maka itu pencemaran dalam syariat Islam yang menjadikannya sesuatu amalan atau ibadah atau aqidah Islam tidak murni atau tidak tulen atau ori lagi. Bila tidak ori, Allah (a.w) tak mahu terima. Iniilah mesej hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan (dan, ibadah) kecuali amalan/ibadah yang dikerjakan itu murni (yakni, tulen, ori, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari wajah Allah (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah semata-mata). - Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad.
Allah (a.w) hanya terima sesuatu amalan jika amalan itu ori atau tulen, maksudnya, sama dengan apa yang  diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada Nabi Muhammad (s.a.w) atau sama dengan apa yang diajarkan oleh Jibril (a.s) kepada Nabi Muhammad (s.a.w), dan sama dengan apa yang disampaikan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada sahabat. Malah, lebih serius implikasinya kepada kita. Orang yang mengamalkan bida'ah tergelincir, terjerumus dan tersisih dan terkeluar dari Islam dan menjadi kafir tanpa disedari! Inilah mesej hadith di bawah ini.

Beberapa amalan/perlakuan atau bacaan
Yang bertentangan dengan
as-Sunnah/tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)

Saudara, dalam post-post yang lalu kita telah teliti 6 amalan/perlakuan atau bacaan dalam solat yang dijadikan amalan lazim di kalangan masyarakat Melayu Islam, yang tiada sokongan nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah - yakni, tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malah ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) peringatkan kita sesiapa yang Islam dan dia beriman - yakni faham dia bahawa syurga dan neraka itu bergantung kepada pematuhan kepada al-Quran dan as-Sunnah, khususnya, Ayat 13: an-Nisa' dan Ayat 80: an-Nisa' dan Ayat  7: al-Haysr, dll ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka wajib ambil ingatan apa yang ditulis dalam post ini. Janganlah memperdagangkan akhirat kerana kejahilan atau kerana menuruti amalan dan kelaziman majoriti serta amalan konvensyen!

Peringatan: Jauhi/Tinggalkan bida’ah 


Saudara, hadith ini wajib direnungi setiap kali kita mengerjakan amalan dan ibadah. Apakah amalan dan ibadah kita itu tidak dicemari oleh yang ditegah dalam hadith ini? Bagaimana kita tahu yang amalan dan ibadah kita itu tidak murni? Hanya, jika kita mempunyai ilmu mengenai setiap amalan dan ibadah yang kita kerjakan - dari konteks dan perspektif bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah mengamalkannya. Semua ini diperjelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tetap jahil dan kejahilan menjerumuskan kita melakukan sesuatu yang membatalkan amalan dan ibadah dan aqidah Islam kita. Kerana kita tengok orang buat atau kita dengar orang itu kata gitu dan gini, kerana jahil ilmu kita jadi pak turut!
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bida’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bida’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’- Hadith Ibnu Majah.
Hadith di atas ini memberi peringatan kepada umat Islam yang inginkan kejayaan akhirat – maksudnya, selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Itulah motivasi umat Islam, malah motivasi manusia sejagat, kerana kematian bukanlah penamat ‘hidup’ manusia, kerana ada tiga alam lagi pasti dilalui – alam barzah (dalam kubur), padang makhsyar (diserahkan Kitab Catatan Amalan). Dan akhirnya setelah dtimbang dosa-pahala dan ditentukan siapa yang dapat syurga (i.e. yang beruntung dan berjaya di akhirat) dan siapa yang dapat neraka (i.e. golongan yang rugi dan celaka).
Tiga alam ini bergantung kepada apa yang manusia itu lakukan ketika hidup – cakap dan buat, dan persediaan mereka ketika hidup menyediakan diri dan bekalan untuk kebajikan akhirat mereka.
Allah (a.w) telah memberitahu manusia (khususnya umat Islam/orang iman) bagaimana syurga dan neraka itu didapati. Tiada formula yang tersuruk. Semuanya sudah diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hanyalah manusia itu wajib ilmukan diri mereka sahaja. Manusia tap perlupun merujuk kepada cakap-cakap atau tunjuk ajar manusia lain dalam perkara agama. Yang perlu mereka lakukan hanyalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pelajari al-Quran dan as-Sunnah, supaya mereka faham ketetapan Allah (a.w) (dn Rasulallah (s.a.w)), dan dengan kefahaman tersebut boleh menyediakan diri sepenuhnya dengan kepastian bahawa mereka dapat syurga ataupun neraka. Dalam konteks matlmat dan tujuan mendapat syurga/neraka itu, perkara amalan dan ibadah amat penting dimurnikan dan ditulinkan. Amalan dan ibadah itu tulin dan murni jika tidak dicemari oleh bida’ah. Kerana bida’ah – sebagaimana disebutkan dalam hadith di atas itu – menjadikan segala amalan dan ibadah batil dan terbatal, dan membatalkan agama Islam yang dianuti dan dipegang, maka menjadi kafir tanpa disedari dan, dengan itu gagal mendapat syurga, dan terjerumus tanpa disedari ke dalam meraka, wal iya zubillah. 
Saudara, kita Islam dan kita berusaha secara istiqamah jadi orang Islam kerana inginkan selamat di akhirat, 'kehidupan yang benar', yang lebih utama dan yang kekal, maka janganlah menganianya diri sendiri ...ikut herd's instinct semata-mata!

Jazakallahu khairah


Beberapa kesilapan/kesalahan dalam ibadah (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk penting ini. Kerana memahaminya - menentukan apakah kita sebenarnya beramal dan beribadah menepati spesifikasi Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan spesifikasi Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah) - yang juga ketetapan Allah (a.w) (Ayat 7: al-Hasyr, Ayat 80: an-Nisa', dll).
Dalam post ini kita lihat suatu amalan yang sangat membahayakan aqidah Islam dan merosakkan syariat amalan dan ibadah, kerana yang rugi kita yang mengamalkannya! Amalan itu adalah mengenai perbuatan atau perlakuan atau amalan lazim umat Islam Melayu menokok-tambah kepada sesuatu amalan dan ibadah tanpa di dasari oleh ketetapan al-Quran mahupun as-Sunnah. Ia diistilahkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai 'pembaharuan dalam perkara agama' - dalam konteks aqidah dan syariat - melibatkan bentuk-bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya, iaitu 'bida'ah'.

Beberapa amalan/perlakuan atau bacaan
Yang bertentangan dengan
as-Sunnah/tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)

(Sambungan)

7. Do’a Qunut dalam Solat Subuh

(-) Tiada Do’a Qunut pada Solat Subuh

Saudara, kelainan utama ketika Solat Subuh dalam masyarakat Melayu yang telah menjadi kelaziman mereka, sehinggakan menjadi sebahagian syariat Solat Subuh, adalah membaca Do’a Qunut. Do’a Qunut dibaca setelah selesai Rukuk pada rakaat kedua, bangun Iktidal dan ketika berdiri Iktidal, sebelum bongkok untuk Sujud mengangkat kedua tangan dan membaca Do’a Qunut. Ada dua kesilapan di sini kalaupun memang wujud syariat membacanya pada Solat Subuh; pertama: berdoa di dalam solat/ketika solat tanpa mengangkat tangan sebagai berdoa di luar solat; dan kedua, makmum mengaminkan Do’a Qunut yang dibaca imam. Rasulallah (s.a.w) tidak mencontohkan bahawa ketika Solat Subuh itu hendaklah dibaca Do’a Qunut. Tiada dalam syariat solat fardhu Subuh membaca Do’a Qunut.

(-) Tiada Do’a Qunut pada Solat Subuh 

 
Saudara, nas dan dalil pasti bahawa tiada Doa Qunut pada Solat Subuh itu disebutkan dalah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Malik al-Asyja’i (r.a) hadith daripada bapanya, berkata (bapanya): ‘Solat aku dibelakang Rasulallah (s.a.w), maka tidak membaca Qunut dia (Nabi), dan solat aku di belakang Abu Bakar (r.a), maka tidak membaca Qunut dia, dan solat aku di belakang Omar (r.a) maka tidak membaca Qunut dia, dan solat aku di belakang Othman (r.a) maka tidak membaca Qunut dia, dan solat aku di belakang Ali (r.a), maka tidak membaca Qunut dia.’ Kemudian berkata bapa Abi Malik (r.a)(menyambung cakapnya): ‘Wahai anakku, bahawasanya (membaca Qunut itu) satu bida’ah.’ - Hadith sahih an-Nasa’i.
Kelainan kedua dalam perkara Do’a Qunut ini adalah kalimah do’a yang dibacakan adalah kalimah Do’a Qunut yang dikhususkan untuk dibaca ketika selesai Rukuk rakaat ke-3 Solat Witir dalam bulan Ramadhan, ketika berdiri Iktidal, sebelum membongkok untuk Sujud rakaat terakhir itu, membaca Do’a Qunut. Do’a Qunut ini dibaca pada malam 15 Ramadhan hingga selesi Ramadhan sahaja.

(-) Kalimah Do’a Qunut Solat Witir

Saudara, adalah menjadi kelaziman umat Islam Melayu membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh. Dan, Doa Qunut yang dibaca itu mengandungi kalimah-kalimah dalam hadith berikut, dan ditambah dengan beberapa kalimah lain pula.
Diriwayatkan hadith daripada Husin bin Ali (r.a) berkata: ‘Mengajar akan aku oleh datukku (yakni, Rasulallah (s.a.w)) beberapa kalimah yang dibacanya pada qunut solat witir ‘Allahumma ‘afini fiman ‘afait, wa-tawallani fiman tawallait, wahdini fiman hadait, wa-qini syarama qadait, wa-barikli fima a’tait. Innaka taqdi wala uqda ‘alaik. Innahu la yazillu man walait. Subhanaka rabbana tabarakta wa-ta’alait) (Maksud doa: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat Engkau dan maha luhur Engkau.) - Hadith Ibnu Majah & Abu Daud.
Nota-1: Do’a Qunut dibaca dalam Solat Witir pada 15 hingga 30 Ramadhan sahaja. Dalam hadith at-Termidzi disebutkan berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi al-Khauwari (as-Sa’di) berkata: ‘Berkata Hassan bin Ali (r.a): ‘Mengajar akan daku oleh datukku, Rasulallah (s.a.w), beberapa kalimah yang (disuruh) aku baca akandia di dalam Solat Witir: ‘Allahummah dini fiman hadait, wa-afini fiman ‘afait, wa-tawallani fiman tawalait, wa-barikli fima ‘atoit, wa-qini syarrama qadait, fainnaka taqdi, wa-la yuqda ‘alaik, wa-innahu la yazilluman wa-lait, tabarakta rabbana wa-ta’alait.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Semoga Engkau berikan aku petunjuk (atau hidayah) di dalam (yakni, sebagaimana) orang yang Engkau berikan petunjuk (atau hidayah); semoga Engkau memaafkan aku di dalam (yakni, sebagaimana) Enkau memaafkan orang-orang yang Engkau maafkan; dan semoga Engkau pelihara (yakni, selamatkan) aku di dalam (yakni, sebagaimana) Engkau memelihara (atau menjaga , yakni menyelamatkan) orang-orang yang Engkau selamatkan; semoga Engkau memberkati aku sebagaimana orang-orang yang Engkau berikan; semoga Engkau menjaga (atau melindungi) aku daru keburukan yang menghukumi Engkau, sesungguhnya Engkau adalah zat yang maha menghkumi, dan tidak dihukumi atas Engkau; dan sesungguhnya tidak akan hina orang-orang yang Engkau kasihi; dan tidak akan menjadi mulia orang-orang yang Engkau musuhi; semoga memberi keberkatan Engkau, whai tuhanku yang maha tinggi Engkau.) - Hadith at-Termidzi
Nota-2: Dan dalam bab (perkara atau topik) ini, yakni, hadith dari Ali (r.a), tidak berselisih pandangan di kalangan muhadithin (ulama’ hadith), hadith ini terbaik dalam wajah ini. Bahawa Rasulallah (s.a.w) berqunut ketika Solat Witir. Ada perselisihan di kalangan ahli ilmu mengenai qunut dalam bulan Ramadhan (yakni, Solat Witir). Mengikut Abdullah bin Masud (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) berqunut setiap malam sebulan, dan berselisih pendapat mengenai qunut itu sebelum Ruku’. Dan daripada riwayat Ali bin Abi Thalib (r.a) tidak berqunut kecuali bermula pertengahan akhir dari bulan Ramadhan, dan adalah qunut itu dibaca selepas Ruku’. Dan berpegang ahli ilmu atas ini hadith. Dan dengannya berkata as-Shafie (Imam Shafie) dan Imam Ahmad. - Hadith at-Termidzi.
Nota-3: Suatu ketika zaman Rasulallah (s.a.w) pernah Rasulallah (s.a.w) membaca Do’a Qunut pada setiap solat fardhu yang lima, termasuk Solat Subuh, selama sebulanmubaligh yang dihantarkan untuk mendo’akan kehancuran/kebinasaan kepada penduduk 4 perkampungan Arab yang munafiq yang membunuh 69 daripada 70 orang yang dihantar/dikirim oleh Rasulallah (s.a.w) mengajarkan syariat Islam atas prmintaan mereka. Keana pembunuhan tersebut, Rasulallah (s.a.w) diwahyukan untuk mengadakan bacaan do’a khusus tersebut – dibaca etiap solat fardhu selama sebulan. Allah (a.w) memakbulkan doa orang iman dengan membinasakan 4 perkampungan tersebut melalui kemarau panjang seumpa kemarau yang dialami oleh Mesir zaman Nabi Yusof (a.s.). In adalah Qunut Nazilah yang merupakan satu senjata orang imam untuk membinasakan orang yang memusuhi mereka melaui do’a khusus.

(-) Mendo’akan kecelakaan kepada munafiq

Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Membaca Qunut Rasulallah (s.a.w) sebulan lamanya selepas Ruku’ dan berdoa (Rasulallah (s.a.w)) atas (kehancuran kaum musyrikin dan munafiq di) desa-desa Ri’lin dan Zakwan dan ‘Usoiyah yang menentang Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]

(-) Bila/ketika mana Qunut Nazilah dibaca 

  Saudara, hadith ini memberitahu bilakah ketikanya dibaca Doa Qunut Nazilah tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah (r.a) hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata (kepada Abi Salamah): ‘Maka mencontohi aku pada kamu (yakni, menunjukkan) solat Rasulallah (s.a.w) (yakni, Abu Hurairah (r.a) berkata kepada Abi Salamah, dia hendak tunjukkan amalan Rasulallah (s.a.w) mengenai bacaan Qunut Nazilah tersebut)’. Berkata Abi Salamah (r.a): ‘Maka adapun Abu Hurairah membaca Qunut di dalam rakaat akhir dari solat Zohor, dan solat Isya’, pada rakaat terakhir, dan solat Subuh selepas dia membaca ‘Samiallahu liman hamidah’, maka mendoa dia (yakni, doa qunut nazilah) bagi orang-orang mukmin dan mela’nat dia orang-orang kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]

(-) Kalimah-kalimah do’anya 

 
Saudara, kalimah-kalimah yang dibaca dalam Doa Qunut Nazilah selama sebulan itu adalah berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf berkata mendengar hadith daripada Abu Hurairah yang berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) berdoa semasa solat Subuh (doa Qunut Nazilah) ketika sudah takbir selepas Ruku’ dengan bersabda (yakni, membaca): ‘Sami-allahu liman hamidah’[Yang bermaksud: Sesungguhnya telah mendengar Allah (a.w) orang-orang yang memujinya], kemudian semasa berdiri (Iktidal) dia berdoa: ‘Allahumma najji Walidadnil-Walid, allahumma najji Salamah bin Hisyam, allahumma najjil mustad’afina minal mukminina, allahummasy-dud wat’ataka ‘ala Mudara, allahummaj-‘alha ‘alaihim sinina kasini Yusufa) (Maksud kalimah do’a: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkanlah Walid bin Walid, ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkan Selamat bin Hisyam. Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Selamatkanlah ‘Aiyasy bin Abi Rabi’ah. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang yang beriman. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau kuatkanlah seksaanMu atas kaum Mudar. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau jadikanlah atas mereka tahun-tahun yang kemarau seumpama (kemarau) zaman Yusof (a.s)). – Hadith ibnu Majah.
Dalam riwayat lain disebutkan nama-nama perkampungan tersebut kesemuanya (rujuk hadith Ibnu Majah di bawah): 
Selamatkanlah al-Walid bin Walid, Salama bin Hisyam, Ayasy bin Rabia’, dan orang-orang yang lemah di kalangan umat Islam. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau azablah (kaum) Mudar dan turunkanlah kemarau panjang sebagaimana Engkau turunkan kepada kaum Nabi Yusof (a.s). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Engkau laknatlah (kaum) Lihyan, Ri’lin, Zakwan dan Usyaya kerana mereka derhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya.’- Hadith ibnu Majah.

Jazakallahu khairah

Saturday, July 19, 2014

Beberapa kesilapan dalam solat (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang beberapa amalan atau kelaziman masyarakat Islam Melayu dalam solat yang bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan syariat Islam berdasarkan as-Sunnah.


Beberapa amalan/perlakuan atau bacaan
Yang bertentangan dengan
as-Sunnah/tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)


Akibat tidak akur dengan as-Sunnah
(-) Amalan/ibadah tidak diterima

Satu bukti menyangi Rasulallah (s.a.w) adalah patuh kepada ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara solat – bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah bersolat – solat fardhu ataupun solat sunat. Malah patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) setiap amalan dan ibadah, dan tidak mengubah bentuk, kaedah dan cara beramal, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu: ‘Man amila ‘amalan laisa minni fa-hua raddun(Yang bermaksud: Sesiapa yang membuat suatu amalan yang amalan tersebut tidak didatangkan dari aku (Nabi) (maksudnya, tiada sandaran as-Sunnah), maka amalan itu ditolak (maksudnya, tidak diterima Allah (a.w). Rugilah bagi seseorang yang rajin dan istiqamah solat, terutama solat-solat sunat, tidak mendapat ganjaran pahala, kerana berlainan dari spesifikasi solat yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w).

Panduan hakiki solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi ) bersolat) - Hadith Bukhari. Panduan atau etetapan yang sering kita rujuk dalam blog ini.

(-) Pasti tidak dapat syurga 


Saudara, kita Islam kerana hendakkan syurga dan selamat dari neraka. Orng yang tidak Islam masuk Islam kerana dengan ilmu mereka tahu dan faham bahawa mereka tidak akan dapat syurga walau sebaikmanapun mereka di dunia. Begitu juga kta. Kita mengerjakan amalan dan ibadah semata-mata inginkan syurga, dan ingin selamar dari siksaan neraka. Dalam Islam, kita sudag tahu dan sudahpun diberitahu bagaimana nak dapatkan syurga dan bagaimana nak selamat dari neraka. Maka, kita hanya perlu akur dengan wasiat Rasulallah (s.a.w) iaitu pegang dua khazanah peninggalan beliau iaitu al-Quran dan as-Sunnah, pasti kita ditunjukkan jalan selamat.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kullu umatti yadkhulul jannata yaumal qiamati illa man aba. Qalu: Waman yakba ya Rasulallah (s.a.w)?’ Qala: Man ata’ani dahala jannata, wama ‘asoni faqad aba.’ (Yang bermaksud: Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘aba’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ ‘Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘aba’’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ - Hadith Bukhari.
Kalimah ‘aba’ itu terjemahannya adalah ‘enggan’ – tidak mahu terima ketetapan as-Sunnah. Contoh: Setelah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) (melalui as-Sunnah) supaya mengerjakan solat sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat dengan bentuk, cara dan kaedah yanglain adalah tergolong dari kalangan orang-orang yang ‘enggan’ (i.e. engkarkan) perintah Rasulallah (s.a.w)/as-Sunnah.

1. Ketika memulakan wudu’

Saudara, kesalahan dalam berwudu; itu ada tiga; pertama, tidak memulakan wudu’ dengan menyebut nama Allah (a.w), yakni kalimah ‘Bismillah’, walhal sahnya wudu; dengan menyebut kalimah ‘Bismillah’. Kedua, membaca ‘niat wudu’ seumpama ’Nawaitul wudui lillahi ta’ala’ atau ‘Nawaitu raf’al hadathi lillahi ta’ala’ atau kalimah yang seumapamnya atau selainnya, kerana Rasulallah (s.a.w) tidakpun contohkan dan perintahkan/suruh. Ketiga, ketika berwudu’ menyapu/mengusap anggota ketiga wudu’ –mengusap kepala – hendaklah dikenakan air keseluruhan bahagian kepala dari atas dahi hinggalah ke bahagian tengkok di belakang, bukan setakat menyapu sebahagian bahagian kepala atau beberapa helai rambut kepala sahaja.

2. Ketika memulakan solat

Saudara, ada dua kesalahan ketika memulakan solat. Pertama, membaca atau menyebut atau menzahirkan ‘niat’ dengan memaca ‘Usolli fardhal …’ dan kalimah-kalimah/bacaan seumpamanya, kerana Rasulallah (s.a.w) tidak mencontohkan amalan atau menyuruh amalkan sedemikian. Kita disuruh ketika hendak solat maka berdirilah mengadap qiblat sambil mengangkat kedua belah tangan dan bertakbir, berdasarkan ketetapan Rsulallah (s.a.w): ‘Faiza qumta ilas-solati fakabbir’ sahaja. Kedua, ketika hendak membaca Ummul Kitab atau al-Fatihah, membaca kalimah Basmalah dengan menguatkan suara – sama kuatnya dengan bacaan ayat-ayat al-atihah. Rasulallah (s.a.w) membaca 'Basamalah' tetapi sekadar boleh didengar oleh telinga sendiri sahaja, tidak dikuatkan (dijaharkan).

3. Kesalahan ketika Ruku’

Saudara, kecuaian umat Islam suati yang mudah menyebabkan mereka rugi. Kalimah atau Tasbih yang dibaca ketika Rukuk dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) iaitu ‘Subhana rabbial ‘azim’, tetapi ditambah oleh orang Islam dengan ‘Subhana rabbial ‘azimi wa-bihamdihi’ iaitu menambah kalimah ‘bihamdihi’ yang tidak ada contoh oleh Rasulallah (s.a.w).

4. Kesalahan makmum ketika bangkit dari Rukuk untuk Iktidal

Ketika bersolat secara berjema’ah, sebagai makmum kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) baca/sambut tasbih Imam yang membaca ‘Samiallahu liman hamidah’ dan imampun bangkit dari Rukuk untuk Iktidal dengan (makmum) membaca ‘Rabbana wa-lakal hamdu’ sahaja. Lazimnya, makmum membaca ‘samiallahu liman hamidah’ dan diikuit dengan membaca ‘Rabbana wa-lakal hamdu’, mengikuti bacaan Imam. Kaedah ini bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah.

5. Kesalahan ketika Sujud

Ada dua kesalahan ketika Sujud; iaitu, pertama, ktika membongkok untuk Sujud, lazimnya melatakkan kedua-dua lutut di atas tempat Sujud kemudian barulah meletakkan kedua tangan dan dahi di tempat Sujud. Inilah kaedah Sujud yang disuruh Rasulallah (s.a.w) hindari kerana ia menyerupai kaedah seekor unta yang hendak duduk. Rasulallah (s.a.w) membongkokkan badannya untuk Sujud dengan meletakkan kedua-dua telapah tangannya dahulu di atas tempat Sujud, kemudian barulah meletakkan kedua lutunya dan dahi/kepalanya. Kedua, Rsulallah (s.a.w) menyuruh baca Tasbih ‘Subhana rabbial ‘ala’ sahaja. Tetapi, lazimnya umat Islam membaca ‘Subhana rabbial ‘ala wa-bihamdihi’, yakni menambah kalimah ‘wa-bihamdihi’, yang tiada dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w).

6. Kesalahan ketika membaca Tahiyat Akhir

Tahiyat Akhir mengandungi dua bahagian, iaitu satu bahagian (yang dibaca ketika Tahiyat Awal) adalah membaca: ‘Attahiyatu mubarakatu solawatu toibatulillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabi wa-rahamatullahi wa-barakatuhu. Assalamualaina wa-‘ala ibadik as-solohina. Asyhadu allailaha ilallah, wa-asyhadu anna Muhammadan ’abduhu wa-rasuluhu.' Dan bahagian kedua adalah beselawat atas Nabi (s.a.w), iaitu membaca: ‘Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa-a’ala ali Muhammadin, kama sollaita ‘ala ali Ibrahhima; wa-barik ‘ala Muhammadin wa ‘ala ali Muhammadin; kama barakta ‘ala ali Ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidum majid (-un).’ Inilah kalimah Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tapi, yang lazim dibaca oleh orang Melayu Islam adalah menubah kepada kalimahkalimah selawat yang dibaca ketika Tahiyat Awal/Akhir, iaitu: pertama, menyebut kalimah ‘Saiyidina’ sebelum nama Muhammad; dan kedua, menambah kalimah ‘ala ibrahim’ sebelum menyebut ‘’ala ali Ibrahim’ ketika membaca ‘Kama sollaita ’ala …’ dan ‘Kama barakta ‘ala …’. Penambahan kalimah ini tidak dicontohkan atau diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

Solat yang tidak diterima Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kita telahpun semak ketetapan syariat Islam menyentuk ibadah solat, khususnya solat yang bnar mengikut pesanan Raulallah (.a.w) 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) - Hadith Bukhari, itu, kerana jika jika bersolat yang bentuknya, kaedah da cara mensolatkannya, berbeza dari perbuatan/solat Rasulallah (s.a.w) atau tidakpun dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut ilmu as-Sunnah, maka solat itu batil dan batal. Inilah ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila 'amalan laisa minni fahua raddun' (Yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan suatu amalan/ibadah yang amalan/ibadah itu tidak didatangkan dari aku (Nabi) (maksudnya, tidak di dasarkan kepada as-Sunnah), maka ianya (yakni, amalan/ibadah tersebut) di tolak (oleh Allah (a.w)) - Hadith at-Termidzi.
Saudara, maka dalam Islam kita diwajibkan belajar ilmu mengenai Islam dan segala sesuatumenyentuh perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w0 supaya kta mengerjakan amalan/ibadah menepati spesifikasi Islam. Kerana itulah umat Islam diwajibkan belajar ilmu. Dan, belajar ilmu dalam Islam itu tiada kesudahan - dari buaiyan hingga tiba aja masing-masing. Mengerjakan amalan/ibadah dalam kejahilan merugikan kita, kerana tidak diterima Allah (a.w) - firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yang bermaksud: Janganlah kalian kerjakan sesuatu amalan/ibadah tanpa ilmu mengenai amalan/ibadah tersebut) - Ayat 56: an-Nisa'. Dalam beberapa post nanti kita semak semula beberapa kelainan amalan dalam solat yang menjadikan ianya terbatal - tidak diterima Allah (a.w).

Beberapa amalan/perlakuan atau bacaan
Yang bertentangan dengan
as-Sunnah/tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)

Mukaddimah

Kita diberitahu oleh Allah (a.w) supaya ambil pakai/terima segala sesuatu yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) – yang disuruh buat sekuat mampu dan yang ditegah jauhi/tinggalkan – Ayat 7: al-Haysr,
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum ‘anhu fantahu.' (Yang bermaksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan dan dipatuhi) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (mengikut as-Sunnah) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.) - Ayat 7: al-Haysr.
Dan Allah (a.w) memberitahu jika kita mentaati Rasulallah (s.a.w) kita secara otomais diiktiraf Allah (a.w) sebagai telah mentaati Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa.
Allah (a.w) berfirman: 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' (Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w)) - Ayat 80: an-Nisa’.
Dan, Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbib kumullaha wa yaghfirlakum zunubakum.' (Yang bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kalian kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) menyangi kalian dan Allah (a.w) mengampuni dosa-dosa kalian …) - Ayat 31: ali-Imran.
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sabdanya berikut hakikat ‘mengasihi Rasulallah (s.a.w)’ maksudnya apa?
Diriwayatkan hadith daripada Muqotil (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa mengasihi aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah (a.w). Dan, sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia mentaati Allah (a.w).’ - Hadith Bukhari.
Saudara, maksud menyangi Allah (a.w) itu diperjelaskan sendiri oleh Allah (a.w) dalam firmanya berikut:

Firman Allah (a.w): ‘Wa-yudhilhum jannatin tajri min tahtihal anhau khaolidina fiha; radhiallahu ‘anhum wa-radhu ‘anhu; ulaika hizbullahi; Ala inna hizballahi humul muflihuna’ (Yang bermaksud: Dan, (mereka yang dirujuk dalam ayat-ayat sebelumnya) dimasukkan (oleh Allah (a.w) ke dalam syurga … kekal di dalamnya; Allah (a.w) ridha atas mereka, dan mereka ridha atas Allah (a,w); mereka itulah orang yang disayangi Allah (a.w); Ingatlah sesungguhnya orang-orang yang disayangi Allah (a.w) itu, merekalah orang yang beruntung (maksudnya, dapat syurga dengan pasti.) – Ayat 22: al-Haysr.
Untuk disayangi Allah (a.w) wajiblah dia sayangi Allah (a.w), dan menyayangi Rasulallah (s.a.w), maksudnya akur dengan segala ketetapan as-Sunnah (maksudnya, terima tanpa soal dan tanpa sebarang keraguan, ketetapan as-Sunnah), adalah bukti menyayangi Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) menyayangi orang-orang yang ikuti Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, akur dengan ketetapan as-Sunnah) dan Allah (a.w) mengampuni segala dosa mereka – Ayat 31: ali-Imran di atas. Sesungguhnya, krana Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w), maka segaka sabda Rasulallah (s.a.w) itu atas dasar ketetapan Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) menjanjikan mereka yang menyayangi Rasulallah (s.a.w) bererti menyayangi Allah (a.w). Orang-orang sedemikian itu diampuni segala diosanya dan pasti mendapat syurga.
Dan, dalam konteks solat Rsulallah (s.a.w) memerintahkan kita supaya solat mencothi beliau bersolat ‘Sollu kama ra-aitumuni usolli’ – Hadith Bukhari.

Jazakallahu khairah

Wednesday, July 9, 2014

Syariat Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan lagi perbincangan kita tentang tajuk/topik ini, yakni ketetapan Rasulallah (s.a.w) 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu, kerana betapa utama dan pentingnya ibadah solat kita menepati bentuk-bentuk, kaedah dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana solat yang berbeza dari atau berlainan dari apa yang dicomtohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dari segi bentuk-bentuk (form) solat, kaedah dan cara mensolatkannya amat penting. Ia menentukan apakah solat itu diterima atau ditolak Allah (a.w). Maka Islam memperingatkan (melalui ketetapan as-Sunnah), sebagai contoh, bahawa meninggalkan satu waktu solat dengan sengaja menjadikan kita kafir. Apabila kafir segala amalan kebaikan tidak berguna, tak mendapat pahala!

Syariat Solat ikut Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)
16. Tasyahud (Tahiyat) – Awal dan Akhir

(-) Bagaiman Duduk Tahiyat Awal 

Saudara, tamakninah (maksudnya, berhenti seketika dalam Rukun Fe'li solat) adalah suatu ciri yang menjadikan solat kita itu sempurna. Jangan terburu-buru, sebagai dalam hadith digambarkan ada orang yang solat seumpama patuk ayam/ayam mematuk makanan, cepat tanpa henti dan tidak dapat dibezakan Rukun-rukun Fe'linya.
Diriwayatkan hadith daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a.), Nabi (s.a.w) berbuat seperti katanya: ‘Adalah solat Rasul (s.a.w) itu apabila Ruku’ dia, dan apabila mengangkat kepalanya daripada Ruku’, yakni Iktidal dia, dan apabila Sujud dia, dan apabila mengangkat akan kepalanya daripada Sujud (yakni duduk di antara dua Sujud dia), maka empat perkara itu hampir bersamaan panjang masa perhentian (tama’ninah) kesemuanya.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Justeru itu, janganlah solat terlalu cepat pergerakannya. Jika begitu maka seolah-olah kita meremehkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - menggambarkan betapa nipisnya keimanan kita dan betapa tidak bersyukurnya kita kepada Allah (a.w)!


(-) Cara Duduk & Menggerakkan Jari Telunjuk
(-) Cara kedua Menggerak-gerakan Jari Telunjuk


Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh seorang sahabat bagaimana pergerakan/perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam solatnya secara terperinci. Termasuk cara duduk Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in (yang dipercayai riwayatnya namanya) Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di kalangan mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), (yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya). Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid, Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahari pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’(Kata Abu Hamid, menyambung): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap ia dengan hadapan kaki kanannya (yakni jari-jari kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya (jari-jari kakinya), dan dia meletakkan duduknya (yakni, ponggong kirinya) atas lipatan kaki (tumit kaki) kiri, dan meletak dia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar dia (yakni, meletakkan) akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan kecuali jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat dia dengan jarinya, yakni dengan jari telunjuknya (ke atas ke bawah).’ - Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi.
Saudara, ketika Tahiyat, Rasulallah (s.a.w) mengangkat jari telunjuknya menunjuk (pointing) ke depan sepanjang bacaan Tahyatnya, atau, cara kedua, beliau membulatkan jari (sebelah kanan jari telunjuk) dengan ibu jari tangan kanannya, dijadikan seumpama bulatan, dan kemudian menggerak-gerakkan jari telunjuk ke atas dan ke bawah sepanjang masa dia membaca Tahiyat itu. itulah dua kaedah Tahiyat. Justeru itu, amalan sesetengah orang Islam menggerak-gerakkan jari telunjuk kanan ke atas ke bawah ketika membaca Tahiyat itu adalah satu versi perlakuan Rasulallah (s.a.w), bukanlah ajaran sesuatu mazhab, sebagimana yang disalah-tafsirkan oleh sesetengah umat Islam di Malaysia dan di mana-mana, mereka katakan itu amalan pengikut Mazgab Hanbali atau Maliki, walhal tidak, kerana mereka jahil ilmu!
Menceritakan ibni Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) ada ketika duduk dalam solat (maksudnya, ketika duduk untuk Tahiyat Akhir) meletakkan dia tangannya atas luutunya dan mengangkat jari tangannya yang dekat dengan ibu jarinya (maksudnya, jari telunjuk) maka menunjuk dengan jarinya, dan tangan kirinya di atas pehanya membentangkan jari-jarinya atas lututnya (yakni, terbuka)). – Hadith an-Nasa’ie.

Hadith di atas itu menunjukkan vesi yang satu lagi, iaitu mengangkat jari telunjuk kanan menunjuk ke arah depan.


(-) Bacaan Tasyahud – Tahyat Awal dan Tahyat Akhir
(-) Bacaan Selawat dalam Tahiyat 


Saudara, hadith rengkas berikut telahpun kita temui dalam post yang lalu. Hadith ini memberitahu bahawa wudu' hanya sah kalau dimulakan dengan menyebut 'Bismillah' dan berselawat atas Nabi (s.a.w) itu adalah wajib dalam bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wudu’, tiada wudu’ bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwudu’, dan tiada solat bagi barangsiapa yang tidak berselawat atas Nabi (yakni, ketika membaca Tahiyat), dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ - Hadith Ibnu Majah.
Saudara, dalam urusan berselawat atas beliau itu, Rasulallah (s.a.w) ketika ditanya oleh seorang sahabat bagaimana ‘berselawat atas beliau’ itu, memberitahu:

Diriwayatkan hadith Nu’aim b Abdullah al-Mujammir bahawa Muhammad b Abdillah b Zad al-Ansari dan Abdullah b Zaid, orang yang mimpi mengenai panggilan untuk solat (maksudnya, azan) menceritakan kepadanya hadith dari Abi Mas’ud al-Ansari bahawasanya dia berkata (kepada Rasulallah (s.a.w)) di dalam suatu majlis Said b ‘Ubadah, maka berkata kepada Nabi (s.a.w) Basyir b Sa’din: ‘Memerintah pada kami Allah (a.w) zat yang maha tinggi lagi maha mulia bahawa berselawat kami atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimanakah berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w). Sehingga berangan-angan (maksudnya, risau aku, supaya tidaklah aku bertanya kepadanya sedemikian. Kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Qulu’ (i.e. bacalah) ‘Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa-‘ala alihi Muhammadin kama sollaita ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammadin wa-‘ala ali Muhammadin kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidun (-um) majid’. Dan (kemudian) memberi ‘salamlah’ kamu sebagaimana yang telah tahu engkau (maksudnya, tentang ‘salam’ itu sudahpun kamu ketahui)) – Hadith an-Nasa’ie, Kitab Solat.
Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) kerana Allah (a.w) dan para malaikat berelawat atas Nabi (s.a.w) - Ayat 56: al-Ahzab (Innallaha wal-malaikati usolluna 'alan nabiyi; ya aiyuhal-lazina amanu sollu 'alaihi wa-sallimu taslima). Membaca selawat atau selawat itu sebahagian dari Tahiyat

Dalam hadith ini disebutkan bahawa Abdullah b Zaid adalah orang yang diberi ilham oleh Allah (a.w) melalui mimpi kalimah-kalimah yang dijadikan kalimah-kalimah azan untuk memanggil umat Islam untuk ke masjid/musolla untuk solat fardhu, ketika masuk waktunya. Omar bin Khattab (r.a) adalah orang yangkedua mendapat ilham tersebut pada masa yang sama, tetapi Abdullah b Zaid, memberitahu Rasulallah (s.a.w) lebih awal. Kalimah tambahan: ‘As-solatu khairun (-um) minan-naum’ itu diilhamkan Allah (a.w) kepada Bilal (juru azan Rasulallah (s.a.w)).

(-) Tahiyat Awal 


Saudara, bacaan Tahiyat Awal itu disebutkan dalam hadith berikut. Harus diingatkan bahawa dalam apa juga Rukun-rukun solat - Rukun Qauli (i.e. bacaan/sebutan dalam solat), hendaklah tidak ditambah dengan kalimah-kalimah lain, kecualilah ada hadith lain yang memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah berbuat sedemikan. 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat (yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat), bahawasanya kami berkata: ‘At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihina, Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu’ - Hadith Bukhari & Muslim.  
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran (yakni, dengan tajwidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata didalam ajarannya begini: ‘Attahiyatul mubarakatus-solawatut-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.’ - Hadith hasan, gharib dan sahih as-Shafiie & Muslim.
Saudara, wajib diingati pesanan Rasulallah (s.a.w) 'Man 'amila amilan laisa minni fa-hua raddun' (Yang bermaksud: Barangsiapa membuat oembaharuan dalam perkaraku (maksudnya, syariat Islam atau apa jua menyentuh Islam), yang tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tentangnya/mengenainya, maka amalan/ibadah tersebut ditolak', yakni tidak diterima Allah (a.w). Justeru itu, kalu itu perlakuan/bacaan Rasulallah (s.a.w), itulah yang benar dipakai. 

(-) Tahiyat Akhir 


Saudara, kalimah selawat atas Nabi (s.a.w) yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kta jadikan amalan dan yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam bacaan Tahiyat Awal dan Akhir solat adalah diberikan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan oleh Abi Mas’ud (r.a): Ibnu Masu’d (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu dia tentang ‘selawat’ itu membaca: ‘Allahumma-salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollai-taala ‘ala ali Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama baraktaala ‘ala ali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum-majid’ - Hadith sahih riwayat an-Nasa’i  
Kalimah selawat atas Nabi (s.a.w) itu disebutkan dalam hadith berikut, lebih jelas. Kerana Raslallah (s.a.w) menjawab kemusykilan sahabat mengenai kalimanya. 
Diriwayatkan hadith daripada Mas’ud al-Ansyari (r.a) berkata: ‘Ketika kami dalam majlis Saad bin Ubadah (r.a), datang Nabi (s.a.w) lalu bertanya Basyir bin Saad kepada beliau dengan katanya: ‘Diperintah Allah (a.w) bahawasanya berselawat kami atas kamu, wahai Rasulallah (s.a.w) Maka bagaimana kami berselawat atas engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Katalah olehmu ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad. Kama sollaitaala ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammadin, kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidum-majid (-un).’ (Yang bermaksud: (Kata Abu Mas’ud:) ‘Dan (cara memberi salam itu) sebagaimana sungguh-sungguh telah tahu kamu.’ - Hadith Muslim.
Diriwayatkan hadith daripada bni Qasim berkata menceritakan kepadaku hadith oleh Malik hadith daripada Nu’im bin Abdillah al-Jumraani (pengutip umbut) bahawa Muhammad bin Abdillah bin Zaid al-Ansari dan Abdullah bin Zaid yang bermimpi dengan panggilan untuk solat (maksudnya, Azan) mengkhabarkan kepadanya hadith dari abi Masud al-Ansari bahawa dia berkata: ‘Datang kepada Rasulallah (s.a.w) di dalam (suatu) majlis Sa’id bin ‘Ubadah, maka berkata kepadanya (maksudnya, bertanya kepada Rasulallah (s.a.w)) Basir bin Sa’din: ‘Memerintah atas kami Allah (a.w) Yang Maha Mulia dan Maha Agung supaya berselawat atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimana (hendak) berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga mengharap kami bahawasanya tidak ditanya padanya soalannya (tersebut) (kata perawi). Berkata (abi Masud) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Kamu ucapkanlah ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad; kama sollaita ‘ala ali Ibrahima; wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidun majidun.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) aku berselawat atas Nabi Muhammad (s.a.w) dan atas keluarganya, sebagaimana berselawat mereka atas Nabi Ibrahim (a.s); dan semoga Engkau memberkati atas keluarga Nabi Muhammad (s.a.w) sebagaimana Engkau memberkati atas keluarga Nabi Ibrahim (a.s); ... ). Dan memberi salamlah kamu (sesudah itu) sebagaimana yang kamu sudahpun ketahui/maklum cara memberi ‘salam’ itu - Hadith an-Nasai. 
Printah supaya umat Islam berselawat atas Nabi (s.a.w) itu dsebut dalam Ayat 56: al-Ahzab. Justeru itu, setiap kali kta mendengar 'Muhammad' atau 'Rasulallah' atau 'Nabi' disebut di depan kita, hendaklah kita sambut dengan 'Sallahu 'alaihi wa-sallam' pendekan kalimah selawat itu. Jika tidak dijadikan amalan rutin kita di akhirat kita tidak diakui umat beliau, maka terlepas dari mendapat syafaat dan dicegah oleh malaikat minum air Telaga al-Kauthar, dan kita tidak diiktiraf Allah (a.w) sebagai umat Muhammad, wal iya zubillah. Kerana, jika begitu lepas peluang dapat syurga, walaupun kita Islam dan banyak amalan ...

Jazakallahu khairah

Syariat Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post kali ini kita lihat perincian beberapa rukun solat, yang kita lihat secara sambil lalu dalam post yang lalu. Atau, kurang jelas diperincikan hakikat ketetapan mengenainya. 

Setelah selesai memberi 'salam', maka selesailah solat kita. Namun, berdasarkan 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu, kita disuruh menempurnakan bebeapa perkara sebelum bersurai sepenuhnya untuk urusan dunia. Selepas selesai itu kita di suruh memohon keampuan terhadap kekurangan dalam solat kita, memuji dan membesarkan Allah (a.w) kerana memberikan kita kesempatan untuk hidup lagi, dan berjaya menyelesaikan tanggung jawab kita kepadaNya dengan bersolat, dengan berwirid dan berzikir.

Solat Mengikut Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)

17. Memberi ‘Salam

Solat kita selesai dengan memberi 'salam' menoleh ke kanan dan ke kira sambil membaca 'Assalamualaikum ...' itu. Dalam hadith berikut disebut 'assalamualaikum ...' itu sepenuhnya menoeh ke kanan dan hanya 'asslamualaikum' sahaja ketika menoleh ke kiri. Salam itu kita berikan kepada para malaikat di sebelah kanan kita, termasuk Rakib atau Kiraman, dan yang disebelah kirinya kita, termasuklah Atid atau Katibin. Itulah akhlak orang iman sentiasalah mengambil peluang bersalam-salaman ketika bertemu dengan orang Islam yang lain.

Diriwayatkan hadith dari Muhammad ibni Yahya b Habban hadith dari pakciknya, iaitu Wasi’ b Habban, berkata: ‘Berkata aku kepada ibnu Omar: ‘Khabarkanlah kepadaku dari urusan solat Rasulallah (s.a.w) bagaimana ada dia berkata (yakni, membaca) Nabi (s.a.w) (ketika memberi ‘salam’.’ Maka menyebutkan ‘takbir’. Berkata Wasi’menyebutkan (kalimah) ‘Assalamualaikum wa-rahmatullah’ dari kanan dan ‘asalamulaikum’ dari kirinya.
Memberi ‘salam’ itu menoleh muka ke kanan membaca ‘assalamu alaikum wa-rahmatullah’ dan menoleh ke kiri menyebut ‘assalamualaikum’. Dalam hadith lain memadai menyebut ‘assalamualaikum’ ke kanan dank e kiri, riwayat Jabir b Samurah. Yang lazimnya membaca ‘assalamualaikum wa-rahmatullah’ ke kanan dan ke kiri.

18. Wirid dan Zikir selepas solat
(-) Membaca Istighfar

Saudara, selepas memberi 'salam' kita beristighfarlah - melambangkan keinginan kita supaya Allah (a.w) ampuni sebarang kesilapan kita dalam mengerjakan solat tersebut, mungkin terdapat kesilapan atau kesalahan, walaupu sedikit, dan kerana itu cacat solat kita, maka kita pohon keampunan dari Allah (a.w).

Menceritakan hadith Syaddad, iaitu Abu ‘Ammarin: ‘Bahawasanya Aba Asma ar-Rahabbiya bahawasanya dia mendengar Syu’ban hamba merdeka Rasulallah (s.a.w) menceritakan: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada ketika selesai dari solatnya, membaca istighfar 3 x (maksudnya, ‘astaghfirullahil ‘azim’), dan (kemudian) membaca: ‘Allahumma anta salam wa-minkas-salam, tabarakta ya zaljalali wal-ikram’ – Hadith an-Nasa’ie, Ktab Solat.
Wirid terpendek/paling rengkas disebutkan dalam hadith ini. Selepas beristighfar kita membaca 'Allahumma antas salam ...', tapi janganlah kita menambah kalimat-kalimat kepada 'allahumma antas salam' itu. 


(-) Wirid

Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa seorang yang Islam dan baik imannya tetap melakukan sebanyak 2,500 dosa-dosa kecil sehari semalam. Dosa ini timbul sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Dosa-dosa tersebut berlaku kerana perbuatan dan keta-kata kita. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) ajar kita berdoa seperti 'Allahumma inni asalukal jannata, wa-ma qarraba ilaiha min qaulin au amalin' (yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku semoga Engkau kurnikan aku syurga dan apa-apa yang dapat menghampirkan aku dari kata-kataku dan amalanku) dan 'Allahumma inni a'uzubika minan-nari wa-ma qarraba ilaiha min qaulin au amalin' (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Semoga Engkau jauhkan/lindungi aku dari neraka, dan apa-apa yang menghampirkan aku kepadanya dari kara-kataku dan perbuatanku). Da perkara yang beoleh mendatangkan dosa dan pahala, iaitu kata-kata yang diluahkan dan perbuatan yang dikerjakan.

Maka dalam hadith ini ita disuruh wirid dengan kalimah-kalimah wirid tersebut selepas solat, malah pada bila-bila masa.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rsulallah (s.a.w) dua perkara tidak dihitung atas seorang lelaki yang Islam kecuali masuk dia ke dalam syurga, dan kedua-duanya mudah, dan barangsiapa beramal dengaken kedua-duanya amatlah sedikit. Berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘As-solatu khamsu yusabbihu ahadukum fi duburi kulli solatin ‘asran, wa-yahmadu asran, wa-yukabbiru ‘asran.fa-hiya khamsuna miatun fil-lisani wa-alfun wa-khamsu-miatin fil-mizani.’ ‘Dan aku (kata ibnu Omar, menyambung cakapnya) melihat aku Rasulallah (s.a.w) menghitung kalimah-kalimah tersebut dengan tangannya, dan ketika bertempat salah seorang kalian di atas tempat tidur atau tempat berbaring (bacalah) ‘sabbaha’ (maksudnya, ‘subhanallah’) 33 kalidan ‘hamida’ (maksudnya ‘alhamdulillah’) 33 kali dan ‘kabbara’ (maksudnya, ‘Allahu Akbar’) 34 kali, maka di dalamnya (yakni, jumlahnya) 100 dengan lisan/sebutan dan 1,000 didalam timbangan.’ Berkata (ibnu Omar): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Fa-aiyukum ya’malu fi kulli yaumin wa-lailatin alfaini wa-khamsamiatin ‘ala lisani, wa-alfaini saiyiatin.’ (Yang bermaksud: Maka manakah di kalangan di dalam setiap siang dan malam harinya melakukan 2,500 kejahatan/kejelikan). Dikatakan kepada (Rasulallah (s.a.w)): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w): ‘Bagaimana tidak menghitung dua perkara itu?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna syaitana yakti ahadakum wa-hua fi solatihi, fa-yaqulu ‘uzkur kaza! Uzkur kaza!’, wa-yaktihi ‘inda manamihi fa-yunimuhu’ (Yang bermaksud: Sesngguhnya syaitan itu datang kepada kalian ketika kalian bersolat maka berkata dia (menyuruh kita ingatkan itu dan ini, supaya hilang khusyuk atau membuat kesilapan dalam solat) ‘Ingatkanlah ini, Ingatkanlah ini’ (ketika bersolat) dan datang dia di sisi kalian ketika sedang tidur, mana menidurkan dia (syaitan) (sehingga susah nak bangun untuk qiamul-lail)’. – Hadith an-Nasa’ie.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang Islam yang baik imannya dan akhlaknyapun melakukan 2,500 dosa-dosa kecil. Inikan pula yang sering lupa dan meremehkan tuntutan agama, pastilah membuat dosa kecil berganda lagi. Justeru untuk menghapuskiks dosa-dosa ini, hendaklah kita wirid selepas solat.

Penjelasan kira-kira alam hadith ini: Setiap solat dibaca jumlahnya 33+33+34 = 100 kali, kali 10 (kerana, setiap kebaikan dapat 10 gandaan pahala) = 1,000 timbangan pahala. Dharab dengan 5 solat fardhu = 1,000 x 5 = 5,000 ganjaran pahala, mengatasi dosa yang sentiasa dilakukan oleh setiap orang Islam itu sehari semalam 2,500 kejelikan/kejahatan/dosa tanpa disedari. Maka terhapuslah dosa-dosa tersebut – 5,000 pahala > 2,500 dosa/kejhatan/kejelikan.

(-) Wirid

Saudara, setelah selesai solat, selesai beristighfar (sekurangkurangnya 3 kali), membaca 'Allahumma antas salam, maka bacalah kalimah-kalimah wirid dalam hadith ini.

Menceritakan ‘Atab, iaitu ibnu Basyir, hadith dari Khudaifin dari Ikrimah dan Mujahid hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Datang seorang faqir kepada Rasulallah (s.a.w), maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya orang yang kaya (berharta) bersolat mereka sebagaimana kami bersolat, dan berpuasa mereka sebagaimana kami berpuasa, dan bagi mereka banyak harta yang boleh disedekahkannya dan diinfaqkannya’. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Iza solaitum faqulu: ‘subhanallah’ thalathan wa-thalathina, ‘wal-hamdulillah’ thalatahn wa-thalathina ‘wallahu akhbar’ thalatha wa-thalathina wa’lailaha ilallahu’ ‘asran, fainnakum tudrikuna bizalika man sabaqakum wa-tasbiquna man ba’dahum’. (Yang bermaksud: Ketika kamu bersolat (selepas selesai ‘salam’) maka bacalah (wirid) ‘subhanallah’ 33 kali, ‘alhamdulillah’ 33 kali, ‘Allahu Akbar’ 33 kali dan ‘lailaha illallah’ 10 kali, maka sungguh-sungguh kalian dapat menemui/menjumpai/menyamai dengan demikian (amalan) barangsiapa mendahulu kalian (i.e. yang menambah amalannya kerana hartanya) dan mendahului kalian dari mereka yang terkemudian (maksudnya, yang mengerjakan kurang dari itu) – Hadith an-Nasa’ie.
Hadith ini timbul kerana orang-orang miskin di kalangan sahabat ‘complaint’ pada Rasulallah (s.a.w) bagaimana mungkin mereka dapat menandingi amalan dan ibadah orang-orang kaya dikalangan mereka. Kerana yang kaya dan berada melebihi amalan mereka dengan menggunakan hartanya untuk bersedekah dan menginfaq, walhal mereka tiada kelebihan rezki untuk berbuat sedemikian. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu membayakkan zikir dan wirid itu dapat memperbanyakkan pahala. Amalan sedemikian boleh menandingi mereka yang berharta dalam mengumpul pahala.


(-) Wirid

Saudara, kita diberitahu betapa besar ganjaran pahala wirid dalam hadith di bawah ini, sehinggakan terhapus segala dosa-dosa kita yang terdahulu.

Diriwayatkan hadith dari Abi Zubeir hadith dari Alaqamah hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Raslallah (s.a.w): ‘Man sabbaha fi duburi solati ghadati miata tasbihahi wa-hallala miata tahlilatin ghufira lahu zunubhu walau kanat mithlu zabadil bahar.' (Yang bermaksud: Barangsiapa membaca ‘sabbaha’ (yakni, kalimah ‘subhanallah’) di akhir solatnya (setelah selesai solatnya) 100 kalimah tasbih (subhanallah) dan (membaca) kalimah tahlil (lailaha ilallah) (100 kali) diampunkan baginya oleh Allah (a.w) dosa-dosanya walaupun/seandainyapun dosa-dosanya itu adalah sebanyak buih di permukaan lautan) – Hadith an-Nasa’ie
Dosa-dosa yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil yang sering kita lakukan setiap siang dan malam melalui perbuatan dan tuturkata kita- sengaja atau tidak sengaja terhadap sesuatu yang dilarang atau ditegah Islam. Dosa-dosa yang berat seperti mencuri, membunuh orang, memeras ugut, berzina dllnya perlu ditaubatkan secara formal. Dan, dosa terhadap orang lain kena dipohonkan keampunan kepada mereka yang kita berdosa terhadapnya.


Jazakallahu khairah

Syariat Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita mengenai tajuk/topik di atas. Mudah-mudahan sepanjang Ramadhan ini bukan sahaja kita berjaya dalam puasa Ramadhan, tetappi berjaya dalam solat kerana solat itu menentukan apakah kita berjaya dalam puasa Ramadhan, kerana solat menentukan segala-galanya.

Solat Ikut Rasulallah (s.a.w) (Sambungan)

19. Berdo’a

(-) Do’a

Saudara, dalam hadith ini Aisyah (r.ah) memberitahu apakala ditanya oleh seorang sahabat, do'a yang dibaca Rasulallah (s.a.w) selepas selesai solat, maksudnya selepas selesai berwirid dan berzikir:
Diriwayatkan hadith dari Farqat b Naufil berkata: ‘Berkata aku kepada Aisyah (r.ah): ‘Ceritakanlah kepadaku dengan sesuatu yang ada Rasulallah (s.a.w) berdo’a dengannya (sesuatu) di dalam (maksudnya, selepas selesai) solatnya?’ Maka berkata Aisyah (r.ah): ‘Ya. Ada Rasulallah (s.a.w) berkata (maksudnya, membaca dia) ‘Allahumma inni a’uzubika min syarrima ’amiltu wa-min syarrima lam ‘amal' (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Aku mohon perlindungan dari Engkau dari buruknya apa-apa yang aku amalkan dan (aku mphon perlindungan ) dari dari buruknya apa-apa yang aku tidak amalkan) – Hadith an-Nasa’i
Saudara, saban hari ada banyak amalan kita - melalui perbuatan dan percakapan - keburukan yang kita lakukan secara sengaja atau tanpa disedari. Begitu juga, ada banyak perkara baik atau kebaikan yang sepatutnya bila diberi peluang kita lakukan - melalui perbuatan atau kata-kata - tai kita tidak lakukan.

(-) Do’a

Saudara, dalam hadith berikut disebutkan satu lagi do'a pendek yang dibaca Rasulallah (s.a.w) selepas solat:
Diriwayatkan hadith dari Sufian berkata: ‘Mendengar aku tentang hadith dari Abdah b Abi Lubabah, dan mendengar dari Abdul Malik b A’ban, dan kedua-duanya medengar dari Waradin, jurutulis Mughirah b Syubah berkata: ‘Menulis (surat) Mu’awiyah kepada Mughirah b Syu'bah: ‘Mencritakanlah kepadaku dengan sesuatu yang mendengar engkau dari Rasulallah (s.a.w) (mengenai do’a yang dibaca Rasulallah (s.a.w)) ketika selesai solatnya?’ Berkata Mughirah (membalas surat Sufiyan): ‘Lailaha illallahu wahdahu la syarika lahu, lahu (-ul) al-mulku, wa-lahu (-ul) al-hamdu wa-hua ‘ala kulli syain qadirun. Allahumma la mani’a lima ‘ataita, wa-la mu’ti lima mana’ta wa-la yanfa’u zaljaddi minka jaddu’  – Hadith an-Nasa’ie, Kitab Solat.
Maksud do'a: Ayat kedua: ‘Ya Allah ya tuhanku! Tidak mencegah/menghalang pada apa-apa yang Engkau berikan kepadaku, dan tidak memberi/dapati apa-apa yang Engkau cegahi/tidak berikan pada apa-apa yang mencegah/menghalang Engkau, dan tidak memberi manfaat kekayaan kecuali dari kekayaan Engkau (kurniakan)’.

(-) Do’a

Saudara, Rasulallah (s.a.w) tidak mempunya dosa sedikitun kerana segala dosa-dosa yang terdahulu, sebelum diangkat menjadi Rasul, dan dosa-dosa selepas menjadi Rasul semuanya telahpun diampuni Allah (a.w). Namun, beliau tetap amalkan berdo'a pelbagai doa kerana membuktikan kesyuluran kepada Allah (a.w dan kerana mencontohkan kepada umatnya peradaban seorang yang kuat imannya. Maka, beliau baca satu lagi do'a yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) selepas selesai solat:
Diriwayatkan hadith dari ‘Urwah b Zubeir bahawa Aisyah (r.ah) memberitahunya: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada dia berdo’a dalam solatnya (selepas ‘salam’) ‘Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-a’uzubika min fitnatil-masihid Dajjal, wa-a’uzubika min fitnatil-mahya wal-mamati. Allahumma inni a’uzubika minal makthami wal- maghrami.’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku mphon perlindungan dari Engkau dari terkena aab kubur, dan (aku mohon perlindungan dari Engkau) dari fitnah Dajjal, dan (mohon perlindungan Engkau) dari fitnah/cubaan dalam kehidupan dan juga dari fitnah/cubaan ketika mati (maksudnya, aab kubur, siksaan di padang mahsyar, dan di akhirat). Ya Allah ya Tuhanku! Aku mohon perlindungan Engkau dari keberatan dosa-dosaku dan dari keberatan hutang piutangku). Maka dikatakan kepadanya (ditanya oleh sahabat): ‘Apakah memperbanyakkan berlindung dari ‘al-maghram’.’ Maka berkata Urwat: ‘Sesungguhnya seorang lelaki itu suka bercerita perkara-perkara dusta (i.e. berdusta) dan (suka) berjanji tapi tidak tepati janjinya’. – Hadith an-Nasa’ie
Nota: Maksud kalimah ‘al-makthami’ – keberatan dosa, dan ‘al-maghrami’ – keberatan hutang piutang/kerana berhutang.

(-) Do’a

Saudara, satu lagi do'a yang dijadikan amalan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika selesai beliau solat adalah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibni Buraidah berkata: ‘Menceritakan kepadaku Hanzalah b Ali bahawasanya Mahjan b Adra’ie menceritakan kepadanya hadith bhawa Rasulallah (s.a.w) masuk masjid ketika ketika seorang lelaki sungguh-sungguh telah selesai solatnya, dan dia sedang duduk, maka berkata (membaca) dia (do’a): ‘Allahumma inni asaluka ya Allahu bi-annaka waidus-somadul-lazi lam yalid lam yulad wa-lam yakun lahu kufuan ahadun an taghfirali zunubi innaka antal- ghafur-rul rahimu’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya aku meminta keadaMu wahai Allah dengan sesungguhnya Engkau adalah esa zat yang maha bijaksana zat yang tidak beranak dan beranakkan dan tidak ada bagiMu yang menyamaiMu sesiapapun, bahawa ampunilah daku dosa-dosaku, sesungguhnya Engkau adalah Engkau zat yang maha pengampun lagi maha penyayang.), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Qad ghufira lahu thakathan.’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh telah diampuni oleh Allah (a.w) akan dosa-dosanya tiga kali ganda). – Hadith an-Nasa’ie
Hadith di atas menceritakan bahawa seorang sahabat yang bersolat bersama-sama Rasulallah (s.a.w) membaca do'a tersebut, dan di dengar oleh Rasulallah (s.a.w). Selepas selesai solat itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu sahabat bahawa doanya telahpun dikabulkan oleh Allah (a.w) 3 kali.
Nota: Inilah satu cotoh 'as-sunnah' iaitu sesuatu perbuatan para sahabat yang didengar oleh Rasulallah (s.a.w) kemudian diendorsenya/dianjurkannya sahabat lain jadikan amalan. As-sunnah bukan semata-mata apa yang diperbuat atau disebut atau disuruh atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).

(-) Do’a

Saudara, satu lagi doa pendek yang Rasulallah (s.a.w) baca selepas selesai solat, yang boleh kita contohi dan baca selepas solat. Kita sedia maklum bahawa yang dapat menghaks atau mengampuni kita dari dosa-dosa kita Allah (a.w). maka pohonlah keampunan dan kasih sayang Alah (a.w) kerana keampunan itu menyelamatkan kita di akhirat kelak dari siksaan neraka, dan kasih sayang Allah (a.w) memberikan kita keberkatan di dunia dan kerahmatan di akhirat.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) hadith dari Abu Bakar b Siddiq (r.a) bahawasanya dia berkata kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Ajarila/ajarkanlah aku satu do’a yang boleh aku baca di dalam solatku.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Katalah (maksudnya, bacalah) ‘Allahumma inni zalamtu nafsi zulman kathiran wa-la yaghfiruz-zunubi illa anta faghfirli maghfiratan min ‘indika, wa-arhamni innaka antal-ghafurur-rahim’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak (maksudnya, dosa-dosa yang banyak) dan tidak akan terampun dosa-dosaku kecuali Engkau ampuni, maka Engkau ampunilah aku dengan pengampunan di sisiMu, dan semoga menyayangi Engkau akan daku sesungguhnya Engkau, Engkaulah zat yang maha mengampun lagi maha penyayang.) – Hadith an-Nasa’ie
Maka diampun Allah (a.w) akan dosa orang yang membaca do’a ini.
Saudara, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah bahawa semua doa yang kita minta dimakbulkan Allah (a.w) kecuali kalau kita diselubungi oleh pelbagai keharaman, yang menghalang do'a kita itu termakbul Yang dimakbulkan itu mungkin ketika di dunia, mungkin disimpan dan diberikan di akhirat, atau mungkin diberikan di dunia dalam bentuk-bentuk kemanfaatan lain yang Allah (a.w) kerana lebih baik bagi kita.

Jazakallahu khairah