Tuesday, October 30, 2012

Menjaga Diri Demi Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun lihat dengan teliti apakah panduan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan panduan Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith) kepada kita, jika kita ingin menghindar diri dari menyimpang atau tergelincir dari mengikuti 'siratul mustaqim' iaitu jalan lurus ke syurga. Sebenarnya tiada jalan lain ke syurga kecualilah kita berpandukan panduan mutlak al-Quran dan as-Sunnah, bukan panduan atau berpandukan apa kata mereka yg dianggap ulama' atau ilmuwan atau mereka yg mengakui diri mereka ulama' dan ilmuwan! [Nota: Kalimah 'ulama' adalah kata plural atau jamak bagi kalimah 'alim' = orang yg berilmu. Dalam Islam orang 'alim' atau 'ulama' itu adalah mereka yg banyak ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka faham tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, mampu menjelaskan hukum-hukum dan mereka mengamalkan ilmu mereka sekuat mampu mereka dalam kehidupan sehari-harian mereka.]
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa antara sebab utama mengapa kita boleh menyimpang atau tergelincir dari 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga itu - adalah kerana kita terlalu menumpukan hidup kita mencari kesenangan dan keseronokan dunia - kita tersangat cintakan dunia, dan lupa diri atau lupa bersedia untuk akhirat. [Nota: Ramai orang berada melabur dgn menjual-beli saham di BSKL,  tetapi takpun membeli saham akhirat, demi akhiratnya]. Sebagai contoh: orang korporat sama ada pemilik sebuah syarikat korporat atau eksekutif tinggi syarikat atau pekerja syarikat korporat tersebut, sibuk dan disibukkan oleh urusan korporat syarikatnya, sehinggakan terlupa atau mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w). Terlalu banyak kerja. Terlalu banyak isu yg dihadapi. Terlalu banyak mesyuarat yg perlu dihadhiri. Terlalu banyak pelanggan yg perlu dilayani. Akibatnya, terlepas waktu solat 'Asar atau Maghrib. Kerana tidur lewat pula, terlepas Subuhnya. Bila dapat gaji dan bonos (terkadang 6 bulan) menghabiskannya bersiar di luar negara, melawat tempat-tempat menarik di dunia. Atau, wang simpanan dihabiskan untuk membina 'istana' atau 'mahligai' - rumah kediaman yg bukan sahaja besar, tetapi sebagaimana Istana, lengkap dgn pelbagai perhiasan yg mahal, lagi canggih, malah jambanpun disalut dgn cat emas atau lapisan emas! Namun, tidak terfikir untuk membela agama - fi sabilillah - dan membantu orang Islam yg dhaif dan memerlukan. Malah ada anak, orang korporat, yg tidak mahu membela kedua ibu bapa mereka yg sudahpun tua lagi dhaif. Sebaliknya, menghantarkan mereka ke rumah orang-orang tua untuk dijaga!
Saudara, di Shah Alam, itu di Seksyen 7, di kawasan baru Damansara, kita dapat lihat berapa banyak istana dan mahligai milik tokoh politik dan orang korporat. Berapa banyak pula Ferrari, Maserati, Mercedes, Porche, BMW, yg berbaris dalam pekarangan istana tersebut. Sudahkah mereka menginfaqkan sebuah Porche untuk fi sabilillah? Mudah-mudahan mereka yg mendiami istana dan mahligai tersebut, berkesempatan memikirkan apakah mereka sudah menyemak amalan dan ibadah mereka supaya pasti diterima Allah (a.w)? Apakah sudah cukup ibadah dan amal soleh yg berbagai bagi menyediakan diri untuk pelaburan akhirat mereka? Mereka sudahpun bersediake untuk mati dan menemui Allah (a.w)? Atau, mereka sudahpun menyediakan bekalan yg cukup untuk selamat di akhirat?
Saudara, dalam post terakhir itu juga disebutkan bahawa manusia itu takut mati, kerana apakala mati terputuslah segala nikmat dan keistimewaan dan kesenangan yg dinikmati ketika hidup. Maka mereka berusaha melalui pelbagai cara untuk memanjang usia, seolah-olah umur itu boleh dilanjutkan dgn sesuatu usaha. Maka pelbagai vitamin dan jamu serta ramuan farmasutikal yg dibaham setiap hari untuk melanjutkan umur dari 60 ke 70, dari 70 ke 80 dan dari 80 ke 90 dan seterusnya. Namun apabila dipanjangkan umurnya, masih belum mahu membersihkan amalan dan ibadahnya, kekal di tahap yg lalu, menyimpang jauh, tak dapat pahala, malah tergelincir dari Islam, tanpa disedari. Dalam pada itu kekal tercemar aqidahnya, kerana tak mahu mengaji dan belajar memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg sebenarnya. Inilah cntoh mereka yg mempersoalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dgn menyatakan antara lain, ketetapan Islam itu hanya sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah sahaja, tidak zaman ini. Syariat Islam perlu diubah dan dijadikan lebih relevan dgn temadun dan kemajuan serta peredaran zaman. Islam perlu mengikuti zaman, bukan zaman mengikuti Islam, kalau Islam mau kekal relevan sebagai agama manusia! Wal iya zubillah.
Saudara, pendapat dan pendirian sedemikian itu seolah-olah mengatakan bahawa Allah (a.w) itu cetek ilmunya - tak tahu zaman akan datang, jika tahu maka al-Quran itu sepatutnya flexi, boleh berubah ikut zaman atau Allah (a.w) memberi peluang kpd manusia (para pemimpin dan para ulama') untuk mengubahsuai Islam supaya kekal relevan untuk kurun 21 dan seterusnya. Ada yg berkata golongan pemimpin Kristian itu bijak mengubah kitab agama mereka, maka agama mereka sentiasa menarik minat manusia untuk menganutinya, wal iya zubillah. Dan, ada yg berpendapat pula bahawa al-Hadith itu sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w), kerana beliau bercakap berdasarkan situasi atau masyarakat zaman tersebut. Mereka berkata al-Hadith tidak relevan lagi, kecuali disesuaikan interpretasinya, dgn sinario kurun 21 dan seterusnya. Umat Islam - pemimpin dan ulama' dan orang biasa - yg berpandangan sedemikian itu sebenarnya telahpun menyimpang dan tergelincir dari jalan lurus itu. Kerana masakan Allah (a.w) cetek ilmunya! Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 27, Surah Luqman dalam al-Quran, kalaulah ilmu Allah (a.w) hendak ditulis, ditebang kesemua pokok dan pohon di dunia ini untuk dijadikan pena/pen/pensil dan air lautan pula dijadikan dakwat untuk menulisnya, digandakan pula tujuh kali ganda, namun ilmu Allah (a.w) itu tidak akan habis ditulis!
Saudara, kta lihat seterusnya satu lagi al-Hadith tentang penjagaan diri dari menyimpang dari jalan lurus ke syurga, iaitu umat Islam dilarang menggunakan kepintaran dalam mentafsirkan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya hendaklah menggunakan ketetapan naqli, yakni apa yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yg telah disampaikan dan dicontohkan, dari segi amalan dan ibadah, oleh Rasulallah (s.aw).

Taqdimun-naqli ‘alal-‘iqli
(Mendahulukan manqul/Naqli (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) Mengalahkan ‘Akal/Rakyi)

Hadith di bawah in menyuruh kita supaya mengutamakan atau mendahulukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan jangan dipengaruhi oleh akal fikiran. Islam dan syaritnya tidak perlu dihalusi atau difikirkan secara mendalam. Yang diperlukan adalah mengerjakannya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ta’malu hazihil-ummatan bi-kitabillah, thumma ta’malu burhatan bi-sunnati Rasulaillah (s.a.w), thumma ta’malu bir-rakyi, faiza ‘amilu bir-rakyi, faqad dollu wa-adollu.’ (Yang bermaksud: Mengamalkan ini umat sebentar (i.e. suatu ketika, yakni suatu zaman) dengan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kemudian beramal (ini umat) sebentar (i.e. suatu ketika, yakni suatu zaman) dengan sunnah Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-Hadith), zaman kemudiannya beramal ini umat dengan rakyi (i.e. pendapat mereka sendiri), maka ketika beramal mereka dengan ‘rakyi’ (i.e. pendapat mereka sendiri), maka sesat mereka dan menyesatkan mereka (orang lain).) [Hadith Abu Ya’la di dalam Musnad]
[Nota: Melalui hadith ini Rasulallah (s.a.w) menceritakan transformasi aqidah umat Islam di akhir zaman. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) umat Islam berpandukan Kitab Allah (a.w) , i.e. al-Quran, dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dan dibantu pula oleh ‘al-Hikmah’ iaitu tunjuk ajar serta contoh perlakuan dan bimbingan Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya disemadikan menjadi suatu hazanah, apa yang dikenal sebagai ‘as-Sunnah’ (i.e. al-Hadith yang kita warisi sekarang ini). Rasulallah (s.a.w) memberitahu peralihan zaman dalam masyarakat umat Islam,  akan berlaku. Pada suatu masa atau zaman umat Islam akan berpandukan kehidupan beragama (dan juga kehidupan dunia) dengan berpandukan kepada al-Quran. Maka aqidah mereka tetap benar, dan mereka Berjaya sebagai seorang iman. Kemudian diikuti suatu zaman pula bilamana umat Islam akan berpandukan as-Sunnah dalam beragama dan dalam menjalani kehidupan dunia yang diridhai Allah (a.w). Mereka tetap tetap benar dan selamat. Masih tidak menyimpang dari syariat Islam yang haq itu. Suatu zaman kemudian pula umat Islam akan mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka sebaliknya berpandukan kepada ‘rakyu’, yakni menggunakan akal fikiran (i.e. pemikiran, pendapat manusia dan kebijaksanaan manusia merumuskan sesuatu tentang Islam dan syariatnya, menggunakan akal fikiran). Panduan tersebut dihasilkan oleh golongan pemimpin umat dan para ulama’ mereka. Apabila ini berlaku, maka mereka sesat (yakni, pemimpin dan para ulama’) tergelincir dari mengikuti ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Segala amalan dan ibadah mereka, kerana tidak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, batal dan batil, tak diterima Allah (a.w) dan sebaliknya mengkafirkan diri mereka atau menyingkirkan diri mereka sendiri, terkeluar dari Islam tanpa mereka ketahui. Mereka – para pemimpin dan para ulama’ – menyesatkan orang lain kerana mengajarkan dan memerintahkan pengikutnya beramal dan beribadah berdasarkan ‘rakyi’ tersebut, maka golongan pemimpin dan ulama’ tersebut, sudahlah mereka (pemimpin dan ulama’) tersesat atau menyesatkan diri sendiri, mereka pula menyesatkan orang lain (rakyat yang dipimpin dan pengikut yang mereka ajarkan berdasarkan rakyi (pemikiran). Kedua-dua rugi. Kedua-dua golongan – pemimpin dan ulama’ dan masyarakat yang dipimpin- masuk neraka, tak mendapat syurga.
Syariat Islam itu sebenarnya mudah sahaja. Apa yang diperlukan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu manusia hanya perlukan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam yang inginkan kepastian bahawa mereka mengikut syiar Islam yang benar dan mengamalkan amalan dan ibadah yang benar, wajib mengaji dan memahami ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Setiap orang yang memiliki ilmu yang dua – iaitu al-Quran dan as-Sunnah – dan beramal serta mengerjakan ibadah berpandukan panduan al-Quran dan as-Sunnah, pasti benar. Mereka berada di atas ‘siratul mustaqim’. Dan mereka wajib mendapat syurga dan selamat dari neraka (Ayat 13, Surah an-Nisa’). Sebaliknya, sesiapa yang mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dengan ketetapan manusia – sama ada dia pemimpin atau ummah tetap batil dan tergelicnri dari jalan lurus ke syurga itu. Apatah lagi pula apakala dalam zaman akhir yang disebutkan itu kepimpinan Islam dan para ulama’ mereka mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mengutamakan pula pendapat dan pemikiran mereka dan manusia lain, maka pastilah jelas sesatnya – yang mengajar dan menyuruh berpandukan rakyi sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain. Dalam hadith disebutkan bahawa seseorang yang mengajar atau mengajak kepada kesesatan, dan diikuti oleh pengikutnya, maka dia (yang mengajar) berdosa dan orang yang belajar (pengikutnya) berdosa, dan orang yang mengajar itu mendapat pula dosa orang yang mereka ajak atau ajarkan kesesatan, tanpa mengurangi dosa mereka yang diajar atau diajarkan kesesatan.]
Saudara, alhamdulillah, kita telah lihat dalam satu siri posts terbaru ini beberapa panduan Islam tentang bagaimana menghindari diri dari menyimpang dari jalan lurus ke syurga, dengan menepati tuntutan Islam yg haq yg murni berdasarkan dan berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita berbuat dan berkeyakinan sedemikian, maka pasti mendapat syurga. Itulah janji Allah (aw) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan lain-lain ayat.

Jazakallahu khairah


Monday, October 29, 2012

Menjaga Diri Demi Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk di atas. Bagi orang Islam yg beriman, akhirat itu segala-galanya. Dunia itu tidaklah matlamat hidup yg muktamad. Akhirat itu adalah lebih utama dan tidak sekali-kali patut diremehkan. Allah (a.w) memberitahu bahawa kesudahan semua manusia bukanlah kematiannya, tetapi kehidupan selepas matinya, terutama kehidupan di akhirat apabila sudah dihisab dan ditentukan dimana akhirnya kita berada. Hanya dua tempat disediakan oleh Allah (a.w) - syurga bagi mereka yg berjaya dan neraka bagi mereka yg gagal. Seseorang itu boleh berjaya dan mulia di dunia - kerana kedudukannya, hartanya, kemewahannya, ilmunya, kepintaran otaknya, kejayaan anak-anak dan cucu cicit warisannya di dunia, dan seumpamanya. Tapi di akhirat mereka papa kedana, miskin dan hina dan tersiksa.
Saudara, bagi kita yg Islam dan berilmu (dgn imu ahirat) tahu kerana Allah (a.w) memberitahu contoh-contoh manusia yg kufur atau tidak Islam semenjak zaman Adam (a.w) - spt Qarun (orang terkaya di dunia), Firaun (orang yg berkedudukan begitu tinggi di hormati dan digeruni oleh manusia zamannya), Haman (pencipta paling agung zaman Musa (a.s)), Sa'labah (orang yg terkara dalam zaman Rasulallah (s.a.w) - yg bermula dari kepapan dan kemiskinan sehingga menjadi kaya raya. Tiada seorangpun di dunia kini sekaya manapun yg dapat menandingi kekayaan mereka. Atau, menjadi raja atau pemimpin yg dapat mengalahkan kekayaan, kekuasaan dan kedudukan Firaun. Di akhirat kelak, ahli atau penduduk syurga yg termiskin, memiliki harta kekayaan bernilai 10 kali dunia dan seisinya, mempunyai isteri hurul-ain seramai 72 orang, dan memiliki rumah yg setiap sebuahnya sebesar sejauh berpuluh kM yg dibina dari emas dan permata. Hurul-ain itu pula adalah wanita yg tercantik, tidak dapat dikalahkan wanita dunia yg tercantik.Hurul-ain itu, walaupun memakai tujuh lapis sutera halus di tubuhnya, masih boleh dilihat saluran darahnya. Tidak ada wanita dunia yg secantik itu. Demikianlah, begitu hebatnya alam akhirat berbanding dgn alam dunia sekarang. Namun, manusia itu hanya mengenali kenikmatan dan kebesaran serta kehebatan seseorang apabila boleh dilihatnya dgn mata kepala mereka, yg boleh dinikmati oleh panca indera mereka. Jelaskan keyakinan akhirat itu menentukan apakah manusia itu benar-benar beriman atau tidak!
Saudara, itulah bayangan nikmat atau kejayaan akhirat yg menunggu kita yg berjaya di akhirat. Yg gagal? Tempatnya di neraka, diberi makanan dari buah zakum yg berduri, minum air panas bercampur nanah - seumpama ketulan lemak - yg mendidih pula dan disiksa setiap saat dan ketika. Di dunia, kalau kita disiksa seumpama dipukul atau ditikam atau disembelih dgn pedang dan sebagainya, kita mati selesai siksaan yg kita hadapi atau alami. Di akhirat siksaan itu tidak berhenti. Walaupun luruh daging di badan kita kerana dibakar, atau hancur isi perut kerana minum air neraka, atau terbakar telapak tangan dan kaki kerana berada di dalam kawah neraka atau mendaki gunung neraka, yg semuanya api, namun Allah (a.w) gantikan semula anggota badan kita - daging dan segala-galanya, kemudian dibakar semula. Tidak ada kesenangan dan keselesaan. Justeru itulah wajib kita berwaspada mempastikan   kita menjaga diri - dalam amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehidupan dunia - demi akhirat kita.
Saudara, satu perkara lagi yg wajib kita sedari adalah pesanan dalam hadith berikut: Tidak dapat dinafikan tidak ada manusia - Islam ataupun tidak Islam - yg tak sukakan dunia (= kekayaan, kemewahan, kesenangan, kedudukan tinggi) yg disanjung manusia, yg diidolakan oleh manusia, dan yg dia berkuasa untuk mendapatkan apa kemahuan hati sanubarinya. Namun, dalam kekayaan, kemewahan, kedudukan dan apa saja mertabat dunia kita, kita mempunyai tanggungjawab yg berat mematuhi ketetapan Allah (a.w). Lebih kaya dan lebih mewah hidup kita, lebih besar tanggung jawab kita terhadap Allah (a.w), lebih membahayakan akhirat kita. Namun, dalam sepotong hadith qudsi Allah (a.w) memberitahu bahawa harta kekayaan dunia itu milik Allah (a.w0, dan syurga itu milik Allah (a.w), maka Allah (aw) suruh manusia (i.e. orang iman) belilah syurga itu dgn kekayaan yg diberikan oleh Allah (a.w). Jika tersilap, dan biasanya, majoriti yg kaya, berada dan meah itu, akan disiksa oleh kekayaanya kelak, di dalam kubur dan di akhirat, apabila dia lupakan tanggung jawab fi sabilillah...

‘Adamul maili wal-‘isyqi bimata’d-dunya
Condong (cenderong) kpd Harta dan Cintakan (asyikkan) Kesenangan Dunia) 

Hadith ini menyebutkan bahawa jangan tertipu atau terpengaruh oleh perlakuan atau amalan yang kelihatan begitu menarik dan baik dalam mengerjakan amalan, walhal kesemua itu adalah ‘pembaikan’ yg batil semata-mata. Dalam kejahilan kita beranggapan bahawa amalan dan ibadah mereka yg membuat perubahan itu begitu murni, tapi dengan llmu, jelas batil dan menyimpang. Hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam dilanda oleh penyakit cintakan dunia sehinggakan berusaha bertungkus lumus disbukkan kerana menumpukan segala tenaga dan masa untuk mencari dunia, takutkan mati, tetapi dalam perkara akhirat menyedikitkan masa serta tumpuan terhadap tuntutan agama. 
Diriwayatkan hadith dari Thu’ban berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yusyikul-umamu an tada’a ‘alaikum kama tada’ie akalatu ila qos’atiha.’ (Yang bermaksud: Hampir beberapa umat Islam bahawasanya saling mengajak (bertujuan) mengalahkan kamu sekelian (dalam urusan agama kamu) sebagaimana saling mengajak orang-orang yang makan pada pinggan (makanan) mereka. Maka berkata orang-orang yang berkata (yakni, para sahabat yang hadhir): ‘(Adakah) Kerana sedikitnya (kami, orang Islam) di hari itu?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bal antum yauma-izin kathirun, wa-lakinnakum ghusyaun ka-ghusyais-saili wa-layanzi’annallahu min suduri ‘aduwakumul-mahabata minkum, wa-layaqzifannallahu fi qulubikumul-wahna.’ (Yang bermaksud:  Bahkan bahawasanya kamu pada hari itu ramai, dan akan tetapinya kamu sekelian (seumpama) buih sebagaimana buih ketika banjir. Nescaya mencabut sungguh Allah (a.w) dari beberapa dada (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu sekelian, dan nescaya meletakkan sungguh-sungguh oleh Allah (a.w) di dalam dada (hati) kamu sekelian lemah (i.e. perasaan lemah semngat). Maka berkata orang yang berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan apakah ‘wahnu’ itu? Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hubbud-dunya wa-karihiyatul-mauti.’ (Yang bermaksud: Cintakan dunia dan takutkan mati!). [Hadith Abu Daud, Kitab Malaham]
[Nota: Pada bahagian permulaan hadith ini Rasulallah (s.a.w) membayangkan dalam perbidalan bahawa aka nada umat Islam yang mengajak orang iman yang berpegang kepada Islam yang haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bahawa mereka mengikuti ajakan mereka yang begitu menarik dan mengkagumkan, seumpama orang yang sedang makan mengajak mereka makan bersama. Suatu ajakan yang amat mudah diterima oleh orang yang diajak, sebagaimana mudahnya orang yang mengajak itu menjemput mereka kepada juadah yang amat menyelerakan. Tujuan mereka mengajak adalah untuk mengalahkan mereka yang diajak, dan mengikuti amalan dan perlakuan mereka yang mengajak. Begitulah halus dan tidak diketahui hasrat dan motif sebenar mereka yang mengajak itu. Apabila ditanya oleh para sabaha apakah  sinario tersebut timbul kerana sedikitnya umat Islam? Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak kerana sedikit, malahan umat Islam, termasuklah jema’ah umat Islam. Masa itu ramai, tapi tak kuat dan tak kental iman mereka, malah tak gunapun untuk menegakkan kebenaran Islam. Allah (a.w) menjadikan hati mereka yang tidak Islam itu berani dan semakin berani berdepan dengan orang Islam, dan orang Islam pula semakin takut dan curiga dan tidak berani berdepan dengan orang bukan Islam. Umat Islam diselubungi oleh perasaan gementar dan lemah semangat dalam banyak perkara sehingga boleh dikalahkan oleh orang lain. Semua ini adalah kerana umat Islam ketika itu sudah terlalu cintakan keduniaan dan segala sesuatu yang enak dan menyeronokkan dalam dunia, dan mereka takut mati, kalaulah mereka terpaksa berjuang, mereka takut.
Hari ini sudah ramai umat Islam yang lemah apabila berdepan dengan orang bukan Islam, sehinggakan mereka tidak membantah apa-apa perbuatan dan perlakuan serta kata-kata cacian serta tohmahan orang bukan Islam yang mengkritik dan menghina tutntuan Islam yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Malah mereka sendiripun sanggup menghina Islam tanpa menyedri bahawa perbuatan atau kata-kata mereka itu menentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang diberi jawatan untuk mentadbirurus agama Islam dan umat Islam pula sering berwaspada mengeluarkan ketetapan dan fatwa, takut terbarailah dunia mereka dengan dicutkan jawatan dan kedudukan duniawi mereka. Jelaslah semakin ramai umat Islam itu lemah apakala mereka cintakan dunia dan mereka juga takut mati.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita janganlah kita terlalu cintakan dunia sehingakan kita terlupa membuat persediaan untuk menjamin kesejahteraan akhirat kita. Sebenarnya, kalaulah kita orang yg kaya dan mewah, maka contohilah perlakuan Abu Bakar as-Siddiq (r.a), Omar bin Khattab, yg menginfaqkan begitu banyak harta kekayaannya untuk Islam. Harta adalah satu-satu cubaan amat hebat bagi manusia, terutama kita yg Islam.
Saudara, orang Iman yg miskin, bukan kerana dia tak berusaha, tetapi sudah begitu qadarnya, jika menjadi ahli syurga, mereka masuk syurga 50,000 tahun lebih awal dari orang kaya. Sehari di akhirat itu sama dgn 1,000 tahun di dunia. Oleh itu, berapa lama terpaksa berpanas di padang mahsyar untuk hisaban yg terperinci itu - dalam kelaparan dan kehausan! Kalau kita yg kaya dan mewah adalah umat Rasulallah (s.a.w) yg benar - iaitu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah - maka kita dibenarkan oleh malaikat, sebelum berhimpun di padang mahsyar itu, minum air Telaga al-Kauthar. Sekali minum tidak akan haus selama-lamanya. Kalau kita Islam tapi mencampur adukkan pula sumber dan panduan amalan dan ibadah kita, segala-galanya tidak diterima oleh Allah (a.w) dan kita bukanlah umat Nabi (s.a.w), maka tersisih kita dari mendapat minuman dari al-Kauthar. Kita pula orang terkaya dan termewah, semasa hidup bakhil dalam menginfaqkan harta dan kekayaan demi sabilillah dan membazirkan pula harta, atau mewariskan harta kita kpd anak cucu, yg membazirkannya, yg tidakpun menginfaqkkannya, malah menggunakannya untuk kebatilanl dan kemaksiatan, maka lebih lama lagi hisaban kita! Oleh itu berwaspadalah. Ketika ingin mendekati Telaga al-Kauthar, para malaikat tidk membenarkan kita menghampirinya, apatah lagi minum airnya. Kerana banyak harta dan kekayaan dan batil kegunaannya, maka lagi kaya lagi besar kemungkinan masuk neraka atau, kalau berjaya di akhiratpun, lambat dapat masuk syurga, kerana Allah (a.w) akan mengodit kekayaan dan kemewahan kita secara terperinci, sebelum dapat diberi peluang masuk syurga. Pastilah akan terungkap segala salah laku kita semasa di dunia ...

Jazakallahu khairah

Menjaga Diri Demi Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita apakah yg wajib kita lakukan dan tinggalkan bagimenjamin kesejahteraan akhirat kita. Dalam post yg lalu kita mendapat tahu dua petua bahawa pertama, hendaklah kita bersegera mencari ilmu dan mengilmukan diri kita sebelum ilmu mengenai agama Islam (i.e. syariat - ktetapn dan tuntutannya) pupus apabila kesemua parala ilmuwan/ulama' meninggal dunia, dan tiada generasi ulam' penerus yg mengambil ilmu dari mereka dan meneruskan tradisi pengilmuan yg haq itu.Dalam blog ini kita membicarakan ilmu yg haq = benr iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yg berpandukan kedua-duanya pasti tidak akan sesat mencari dan mengikuti 'siratul mstaqim = jalan lurus ke syurga itu, dan apabila faham tuntutan Islam dan mengamalkannya, maka kita pasti diberikan syurga. Itulah janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, kita ihat seteruskan panduan yg lain bagi menyempurnakan pengetahuan serta kefahaman kita tentang Islam dan supaya kita berjaya mendapat kejayaan akhirat. Kejayaan dunia itu penting untuk dunia, namun tanpa menyediakan diri untuk berbekal di akhirat - dgn amalan dan ibadah - pastilah kita akan rugi. Kehidupan di akhirat itu, mengikut firman Allah (a.w) adalah kehidupan yg sebenrnya, yg kekal dan yg tiada bandingan dgn kehidupan di dunia. Orang Islam yg beriman yg erdik atau intar itu adalah mereka yg berusaha mencari dan mendaptkan kejayaan dunia dan kejayaan akhirat dalam waktu yg sama.Dia bahagian di dunia - mendapat segala yg diidamkan, dan berjaya pula di akhirat - mendapt balasan syurga yg kekal tanpa sempadan waktu.

Luzumul Itba’ie wa-‘admal-ibtida’ie
(Sentiasa mengkuti sunnah Nabi dan Tidak Membuat Bid’ah) 

(a) Berpandulah kepada as-Sunnah 

Hadith di bawah ini memberitahu kita bahawa sebagai seorang iman, hendaklah kita akur dengan ketetapan dan peraturan as-Sunnah, kerana agama Islam (atau, syariat Islam) itu sudah dicukupkan oleh Allah (i.e. sudah disempurnakan) dan diberitahu bahawa sebarang penambahan atau perbuatan yang mengubah bentuk amalan dan ibadah atau mengubah cara dan kaedah mengamalkannya adalah bid’ah, maka wajib dijauhi. Jika tidak batal amalan atau ibadah tersebut. Takda gunanya kita amal dan ibadahkan.
Diriwayatkan hadith dari ‘Abdillah berkata: ‘Ittabi’u wa-la tabtadi’u faqad kufitum kullu bid’atin dolalatun.’ (Yang bermaksud: Mengikutilah kamu akan jalan (Nabi) dan janganlah membuat bid’ah, maka sungguh-sungguh telah dicukupkan bagi kamu sekelian (agama kamu), setiap bid’ah itu kesesatan.’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam yang beriman disuruh mengikuti jalan atau sunnah Nabi (s.a.w) (i.e. berdasarkan hadith yang diwariskan kepada kita umat Islam), kerana sesungguhnya Islam dan syariatnya atau tuntutan agama Islam itu sudah sempurna, dan segala sesuatu tentang tuntutan Islam itu sudahpun disempurnakan dalam al-Quran dan as-Sunnah, tak perlu dibuat sebarang penambahan dan tidak juga dibolehkan dikurangkan (Ayat 3, Surah al-Maidah dan hadith).
Umat Islam hanyalah dikehendaki mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara, bukan mengikuti pendapat dan pandangan cerdik pandai Islam atau mengikuti ketetapan kitab dan buku karangan manusia dalam perka pengabdian kepada dan terhadap Allah (a.w). Hadith ini juga menyebut supaya umat Islam tidak mengamalkan bid’ah, kerana dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) secara kategorik memperingatkan umatnya bahawa semua atau setiap bid’ah itu dolalah = kesesatan, dan setiap kesesatan itu membatalkan amalan dan ibadah, menjerumuskan pengamalnya ke dalam neraka, dan semua amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yang mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah atau mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah yang tidakpun didemokan atau ditunjukkan oleh beliau sendiri (i.e. diteliti dari segi bentuk amalan dan ibadah dan mengikut kaedah dan cara yang disebukan dalam as-Sunnah), maka amalan atau ibadah tersebut ditolak, tidak diterima Allah (a.w).] 

(b) Keterlaluan dan Ketaksuban dalam beragama 

Hadith ini menyebutkan bahawa janganlah kita mempersulitkan diri kita dalam beramal atau beribadah, walhal Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) telahpun mempermudahkan bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamalkannya. Contoh: Rasulallah (s.a.w) memberitahu hendaklah kita bersolat mengikut cara dan kaedah beliau bersolat (‘Sollu kama ra-aitumuni usolli’, bermaksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.’). Dan, apabila kita hendak bersolat, kita hanya diperlukan berniat dalam hati kemudian berdiri dan bacalah Takbiratul Ikhram saja (‘Faiza qumta ilas-solati fa-kabbir’ bermaksud: Ketika kamu berdiri untuk bersolat, maka takbirlah).
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aiyuhannasu iyakum wal-ghulua fid-dini, fainnahu ahlaka man kana qalakumul-ghuluwu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Takutilah kamu sekelian pada melampaui batas di dalam beragama, maka sesungguhnya telah merosak pada orang-orang yang ada sebelum kamu sekelian kerana melampaui batas (i.e. tidak mengikuti sunnah tetapi berlebih-lebihan) di dalam beragama.) [Hadtith Ibnu Majjah, Kitab Manasik]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa dalam beramal dan beribadah itu janganlah kita melampaui batas ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dengan melakukan perbagai amalan dan ibadah yang tidakpun dicontohkan atau diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana semua itu ciptaan manusia yang tidakpun ada dasar atau asas perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e. dalam al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. dalam as-Sunnah). Hari ini jelas pelbagai perkumpulan Islam yang mengeamalkan pelbagai perkara yang sama sekali berlebeih-lebihan dalam amalan dan ibadah sehinggakan ada yang menyebut bahawa zat tuhan itu ada pada diri seseorang, dan sebahagian zat tuhan itu dijelmakan dalam diri seseorang dan adanya usaha ‘pemutihan’ atau purification dalam beramal, walhal syariat Islam itu dari segi rukun-rukun qalbi, fe’li dan qaulinya mudah sahaja telah dipersulitkan oleh ajaran manusia sendiri yang diangkat atau diiktiraf oleh segolongan manusia sebagai ulama’ terbaik! Kini ada perkumpulan tarikat atau perkumpuluan sufisma, walhal Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah takpun mengajarkan umatnya berbuat sedemikian. Ada yang menyebutkan wujudnya ‘bid’ah hasanah’ kononnya untuk memperelokkan lagi amalan dan ibadah, walhal Islam melarang berbut bid’ah kerana Rasulallah (s.a.w) telah membuat ketentuan bahawa bid’ah itu ditegah dalam Islam.] 

(c) Berlebih-lebihan dalam beragama 

Hadith di bawah ini memperingatkan kita bahawa janganlah kita mencipta sesuatu kaedah dan cara beribadah yang takpun ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) kononnya kita ingn ‘memurnikan’ amalan dan pengabdian kita terhadap Allah (a.w). Contoh: mencipta perkumpulan atau kaeah khusus beramal seperti mewujudkan konsep dan amalan tarikat atau sufisma dan seumpamanya. Atau, menambah kepada bacaan dalam amalan seperti menambah kalimah ‘wa-bihamdihi’ dalam bacaan ukuk dan Sujud dan sebagainya. 
Diriwayatkan hadith dari ‘Abdillah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Halakal-mutanatta’una.’ (Yang bermaksud:  Telah rosak orang-orang yang melampuai batas (yakni, tidak mengikuti as-Sunnah)) Disabdakan oleh Nabi (s.a.w) (i.e. diulanginya kata-kata tersebut) tiga kali.) [Hadith Muslim, Kitab Ilmu]
[Nota: Sila lihat nota di kaki hadith di atas itu. Kata-kata itu diucapkan 3 kali oleh Rasulallah (s.a.w) bertujuan menunjukkan kepada para shabat erbuatan atau amalan sedemikian amat-amat ditegah supaya ditinggalkan, demi kemurniaan amalan dan ibdahan serta keikhlasan dalam beramal dan beribadah.]
[Nota: Hadith ini memperingatkan kita orang Islam supaya jangan melampaui batas atau keterlaluan dalam beribadah dan beramal.Melampaui batas atau keterlaluan atau berlebih-lebihan dalam beramal dan beribadah adalah membuat sesuatu ibadah atau amalan – dari segi bentuk amalan dan ibadah dan dari segi cara dan kaedah mengamalkannya –yang berlainan dari apa yang ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah perbuatan yang tergolong sebagai ‘melampaui batas’ atau ‘berlebih-lebihan’ atau 'keterlaluan' dalam mengerjakan amalan dan ibadah. Mereka yang membuat atau melakukan perlakuan sedemikian adalah tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadith ini. Kerana seriusnya kebatilan perbuatan sedemikian maka Rasulallah (s.a.w) mengulangi peringatannya sebanyak tiga kali. Dalam konteks ini membuat pembaharuan atau bid’ah dalam amalan dan ibadah adalah juga melampaui batas. Kenapa? Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa ‘semua’ atau ‘setiap’ bid’ah adalah kesesatan maka kita lakukan juga – suatu yang bertentangan dengan ketetapan beliau, maka rosaklah kita (rosak aqidah dan batallah amalan dan ibadah). Ada perkumpulan tarikat yang berzikir beramai-rama dalam gelap, terkadang bercampur gaul dengan wanita pula, sebagai contoh, adalah perbuatan yang melampaui batas dalam beramal dan beribdah. Termasuk dalam perkara ini adalah beberapa golongan tabliq, sufi, dan tarikat.]
Saudara, dalam Islam kita wajib faham tiga perkara yg disebutkan dalam hadith-hadith di atas itu, iaitu, pertama, hendaklah kita beramal dan beribadah dgn sentiasa berpandukan kpd as-Sunnah; kedua, hendaklah kita jangan melampaui ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dgn mengadakan sesuatu bentuk ibadah atau amalan atau cara mengerjakan amalan dan ibadah, yg tidakpun dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, jangan kerana terlalu taksub kpd sesuatu matlamat dan tujuan kerohanian, kita melebihi apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Contoh: beramal berdasarkan preskripsi perkumpulan yg diwujudkan kononnya untuk mendalami atau memperbaiki amalan spt kumpulan sufisma, tarikat dan kemazhaban. Ketiga, janganlah kita sengaja dipengaruhi oleh caka-cakap atau pujukan atau hujjah orang yg menubuhkan sesuatu perkumpulan atau cara dn kaedah, sehnggakan syariat Islam yg jelas dan mudah itu menjadi sulit dan rumit. Keterlaluan = extremeisma dalam beragama menyesatkan dan membatalkan amalan dan ibadah.
Mudah-mudahan, kta tidklah terpengaruh oleh pujukan mereka yg kononnya 'alim' dan 'ulama', walhali mereka mengajarkan banyak perkara yg sama sekali tidak cocok dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Sunday, October 28, 2012

Menjaga Diri Demi Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, dalam post sebelum ini mengenai tajuk ini, kita telah faham bahawa pertama, kalau nak jadi seorang Islam yg sebenarnya itu, kita wajib ambil dan terima keseluruhan ketetapan Islam - yakni, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita tak boleh pilih-pilih sebagaimana kita memilih  kemahuan dunia kita - kita ambil yg kita suka dan tolak atau ketepikan yg kita tak suka. - Ayat 208, Surah al-Baqarah. Allah (a.w) berikan kelonggaran hanyalah setakat kerjakan apa-apa yg disuruh amal dan ibadahkan sekuat mampu kita, dan tinggalkan atau jauhi sesuatu yg di tegah atau dilarang. Kedua, kita diwajibkan ikuti as-Sunnah - terima segala sesuatu yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) - yg disuruh buat, amalkan sekuat mampu kita, dan yg ditegah atau dilarang jauhi atau tinggalkan. 
Saudara, jelaslah bahawa untuk menjadi seorang Islam yg berjaya di akhirat kelak, dua prinsip ini amat penting. Maka dgn itu, sesiapa yg menepati prinsip/ketetapan utama ini, maka kesudahannya disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu (i.e. taatkan perintah Allah (a.w) = ikuti al-Quran, dan taatkan perintah Rasulallah (s.a.w) = ikuti ketetapan as-Sunnah, pasti dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga). Kita jangan lupa bahawa ketentuan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu melibatkan atau termasuk ketetapan dalam Ayat 103, Surah ali-Imran - kewajipan berjema'ah dalam Islam dan Ayat 59, Surah an-Nisa' - kewajipan mentaati 'ulil amri' - orang yg diberi mandat menguruskan jema'ah umat Islam (yakni: kepimpinan dan para ulama'). Kita telah jelaskan dalam post yg lalu bahawa ketaatan terhadap kepimpinan dan ulama' itu tidak mutlak = tidak absolute, tetapi tertakluk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ketetapan atau ijtihad kepimpinan dan ulama' menyanggahi atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bererti ketetapan atau ijtihad mereka itu adalah suatu kemaksiatan, maka tidak perlu didengar dan tidak perlu ditaati. 
Saudara, kita teruskan perbincangan kita selanjutnya menyentuk beberapa aspek atau dimensi lain yg wajib kita ambil perhatian dan ingatan untuk mempastikan kita berada di jalan yg lurus = siratul mustaqim itu, iaitu menghapuskan kejahilan kita tentang Islam dan tuntutan Islam yg haq, maksudnya, kita wajib mengilmukan diri kita dan kemudian menyemak amalan dan ibadah kita, mempastikan kita tidak mengikuti atau mengamalkan kebatilan atau mengamalkan setiap sesuatu yg tidak termasuk dalam ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. 

Meghilangkan Kejahilan dan Berbekallah (untuk akhirat) dengan Ilmu  (Raf’ul jahli wat-tazauwudu bil-‘ilmi)

(a) Kepupusan Ilmu 

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b ‘Amru b. ‘Ass berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yaqbidul-ilma in tiza’an yantazi’uhu minal ‘ibadi, wa-lakin yaqbidul-ilma bi-qabdil-‘ulama’-i, hatta iza lam yabqi ‘alimat-takhazun-nasu ru-usanan juhhalan, fa-suilu fa-aqtau bingairi ilmin, fadallu wa-adallu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menggenggam pada ilmu (i.e. menghapuskan ilmu tentang Islam dan ketentuannya) dengan mencabut Allah (a.w) pada ilmu dari beberapa hambanya (yang berilmu), akan tetapi menggenggam (i.e. menghapuskan ilmu oleh) Allah (a.w) dengan mematikan para ulama’ (i.e. orang yang berilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah), sehingga ketika tiada menyisakan (i.e. tiada baki) pada orang ‘alim (i.e. yg berilmu), maka mengambil manusia beberapa pemimpin (yang memimpin jema’ah umat Islam) yang bodoh (i.e. jahil), maka bertanyakan mereka (tentang fatwa mengenai sesuatu ketetapan Islam), maka menjawab mereka (i.e. memberi fatwa dan ketetapan atau ijtihad) dengan tanpa ilmu, maka mereka (sendiri) sesat dan menyesatkan pula (orang yang bertanya atau orang lain)). [Hadith Bukhari, dalam Kitab Ilmu] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa ilmu mengenai Islam yang haq itu akan pupus apabila Allah (a.w) mematikan orang yang berilmu seebelum sempat mereka menyampaikan ilmu kepada orang yang tinggal atau sebelum sempat orang yang masih hidup mengambil ilmu tersebut dari mereka. Maka kerana kepupusan ilmu itu maka orang yang tinggal ingin mengetahui sesuatu tentang sesuatu ketetapan Allah (a.w) atau tentang agama Islam, termasuklah perkara menyentuh bentuk-bentuk ibadah dan amalan yang benar dalam Islam, cara dan kaedah mengamalkannya, maka para pemimpin (i.e. para ‘ilmuwan’ yang terbaki yang masih hidup akan memberi fatwa atau ketetapan tentang Islam dalam kejahilan, maka orang yang memberi ketetapan sesat dan dia pula, kerana ketetapan yang tidak didasari ilmu, menyesatkan orang yang meminta nasihat agama dari mereka. Hari ini sudah banyak terjadi kerana tidak ramai ilmuwan yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mungkin dianggap berilmu melalui bacaan kitab-kitab dan karangan manusia, tetapi kebenaran kitab-kitab atau buku-buku tersebut dipersoalkan kerana tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, lebih kepada pendapat dan pandangan mereka atas perasaan mereka sendiri. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran persangkaan itu bukan perkara yang haq, maka pasti tidak benar dalam konteks Islam (Ayat 36, Surah Yunus).] 
(b) Mengidolakan Orang Kafir 

Diriwayatkan hadith dari Abi Said (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La-tattabi’unna sunana man qablakum syibran bi-syibran, wa-zira’an bi-zira’an hatta lau salaku juhra dobbi la-salaktumuhu.’ (Yang bermaksud: Nescaya akan mengikuti sungguh kamu sekelian beberapa sunnah (jalan tau perlakuan) orang-orang sebelum kamu sekelian satu jengkal demi satu jengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya lalu mereka (yakni, masuk) ke lubang biawak (dob) nescaya lalu (yakni, masuk) kamu sekelian ke lubang itu). Berkata aku (Abi Said bertanya): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Orang Yahudi ke orang Nesrani ke?’. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Fa-man?’ (Bermaksud: Siapa lagi?). [Kitab Bukhari, Kitab Hadith Mengenai Para Nabi]
[Nota: Orang Yahudi dan orang Nesrani digolongkan kaum yang sesat dan syirik oleh Allah (a.w) dan mereka tidak mahu menerima al-Quran dan tidak mengaui kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w). Maka mereka itu sesat, kafir dan syirik dan menentang Allah (a.w). Syaitan pula sentiasalah membuat muslihat bahawa orang iman ikuti jejak langkah mereka dan cara hidup mereka, supaya orang iman jatuh kufur dan sesat pula. Raslallah (s.a.w) dalam hadith ini menyebut sinario akhir zaman apabila orang Islam mengikuti cara hidup dan jalan agama orang Yahudi dan Nesrani, sedikit demi sedikit, tetapi pasti akan mengikuti mereka walaupun lahiriahnya Islam. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa orang Yahudi dan Nesrani itu hanya senang hati apakala orang Islam mengikuti mereka – agama dan cara hidup mereka. Hari ini, semakin ramai orang Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) sebagai senikata dalam lyric lagu-lagu. Nyanyian mereka itu seringkalilah pula di siarkan dalam TV dan dijadikan salah satu daripada aturcara atau program dalam pelbagai upacara resmi keagamaan. Sistem menyanyikan lagu-lagu ala agama itu adalah amalan orang Nesrani dan Yahudi dalam gereja dan sinagog mereka. Ini adalah antara contoh-contoh betapa liciknya kaum Nesrani dan Yahudi yang merupakan tentera syaitan dikalangan manusia yang membantu syaitan menyesatkan umat Islam, tanpa mereka sedari. Begitu jugalah dalam konteks aurat, masyarakat Islam begitu terpengaruh dengan cara pakaian orang Islam moden, yg sebenarnya dicipta dan dipelopori dan dipromosikan oleh Nesrani dan Yahudi, walaupun nampak menutup aurat, tetapi sebenarnya adalah orang yg telanjang walaupun berpakaian, kerana nampak susuk badan serta perhiasan tubuh mereka, sesuatu yg Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan umat Islam supaya tidak mendedahkan ‘perhiasan diri’ mereka.] 
Saudara, demi keselamatan dan kesejahteraan akhirat kita, hendaklah kita berusaha mengilmukan diri kita sendiri denagn ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kita wajib pelajari al-Quran dan as-Sunnah melalui kaedah dan tradisi Islam, iaitu sistem dan kaedag berguru secara berdepan (manqul) sebagaimana Rasulallah (s.a.w) menerima Islam mengenai Islam daripada Allah (a.w) melalui gurunya Jibril (a.s). Rasulallah (s.a.w) belajar dan diajarkan al-Quran, kemudian hikmah, oleh Jibril (a.s) yg diutus Allah (a.w) memanqulkan al-Quran. Hanya melalui sistem dan aedah sedemikian itu barulah pasti bahawa kita mendapat ilmu yg benar-benar murni yg tidak dicemari oleh sesuatu apapun - lebih-lebih lagi pencemaran amalan kerana ada manusia yg 'bijak' cuba menunjukkan kebijaksanaan mereka tentang agama, menggunakan akal fikiran membuat pelbagai interpretasi dan andaian walhal mereka sebenarnya jahil lagi sesat. Kerana? Mereka tidak mempelajari Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dari guru yg faham, tetapi berpanduan kebijaksanaan manusia.Malah, hari ini, majoriti umat Islam belajar agamanya melalui kitab atau buku karangan manusia, bukan menggunakan teks al-Quran atau hadith.
Mudah-mudahan kita tidaklah berbuat sedemikian. Kita wajib faham pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa beliau wariskan kita dua perkara yg kalau kita berpandukan kedua-duanya pasti kita berada di atas 'siratul mustaqim' itu, tak sekali-kali kita akan tersesat mencari menyediakan diri untuk mendapat syurga, dan syurga itu pasti kita dapati. Kalau kita berpedomankan selain al-Quran dan as-Sunnah, counter factualnya, pasti kita akan sesat dan menyimpang dari siratul mustaqim itu, pasti tak dapat syurga, pasti terjerumus masuk ke dalam neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kalau kita adalah orang iman = orang yg yakin setelah mati ada azab kubur, ada perhimpunan raksaksa manusia di padang mahsyar, ada hisaban dosa dan pahala, dan akhir ada syurga dan neraka, destinasi semua manusia, maka wajiblah kita hapuskan kejahilan kita tentang Islam, beramal dengan amalan dan ibadah yg betul dan tidak dibatalkan oleh segala sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita perlu segera hisab amalan dan ibadah kita, kerana kita belum tahu bila kita terlepas peluang, apabila ajal kita sampai.

Jazakallahu khairah


Menjaga Diri Demi Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam satu post yg lalu kita telah komen tentang 'Negara Islam' dan 'Umat Islam'. Penemuan kita adalah, sama ada negara yg kita tinggal itu diiktiraf sebagai sebuah negara Islam atau tidak tidak penting. Yg penting adalah apakah kita yg dilahirkan Islam kekal Islam, dan akhirnya kelak kita berjaya di akhirat mendapat syurga.Atau, jikalah kita tidak dilahirka Islam, tetapi kemudian diberi hidayah Islam, maka kita menjadi Islam, yg utama adalah apakah kita sebenarnya memandu kehidupan kita sebagai orang Islam, tinggal di negara Islam atau bukan negara Islam ke, tidak penting. Yg penting apakah dalam Islam kita menyediakan diri kita menerima Islam yg benar, dan di akhirat kelak, kita berjaya mendapat syurga.
Saudara, setiap manusia itu inginkan kejayaan akhirat. Manusia itu, walau apapun pegangan agama mereka, mereka inginkan keselamatan dan kesejahteraan selepas mati. Bagi kita yg Islam kita diberitahu beberapa perkara yg amat fundamental. Antaranya, kalau kita tidak Islam tidak ada nilai dan gunanya untuk akhirat kita segala kekayaan atau harta dan anak pinak yg ramai dan berjaya di dunia. Tidak ada gunanya kita dinobatkan bilioner atau milioner, kerana semua kekayaan tersebut, kalaupun didermakan sehingga kita diakui seorang philantropis yg terkenalpun, Allah (a.w) tidak menerima sebagai kebaikan yg kita kerjakan semasa hidup kita. Kalau kita Islam - kekayaan kita itu akan menjadi bahan yg akan menyiksa kita di akhirat kelak, malah akan menjerumuskan kita ke neraka,  jikalah disalahgunakan oleh kita atau dibazirkan. Kalau kita dermawan pula, tak guna juga jikalah kita menjadi dermawan yg riak dan takbur.Tidak ada gunanya untuk akhirat kita kalaulah aqidah Islam dan amalan serta ibadah kita dalam Islam tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Yg menentukan apakah kita di akhirat berjaya, selamat dan sejahtera bergantung kpd pegangan aqidah dan panduan beragama. Ini dirumuskan oleh Allah (a.w) dalam firmannya pada Ayat 13, Surah an-Nisa': kalau kita ikuti dan pandu kehidupan dunia kita dgn mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan kta mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e ikuti ketetpan as-Sunnah atau al-Hadith), kita pasti mendapat syurga. Kalau kita pandui hidup kita sebagai seorang Islam yg tidak bertepatan pula dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. berlainan dari ketetapan al-Quran) dan tidak bertepatan dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e.berlainan dari ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith) dan kita pula melakukan sesuatu yg melanggar garis-garis yg dibolehkan oleh al-Quran dan as-Sunnah mengenai sesuatu, maka pasti kita menjadi ahli neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa').
Saudara, semua yg Islam faham bahawa perintah Allah (a.w) itu mutlak - wajib dipatuhi. Namun, tak semua orang Islam faham bahawa perintah Rasulallah (s.a.w) juga mutlak. Maksudnya: wajib aur dan ikuti. Ramai juga orang Islam yg berpandangan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu bukan mutlak. Malah ada yg menyatakan adalah atas budi bicara kita, yakni 'optional' bak kata Dr Mahathir. Suatu kesilapan yg amat serius bagi sesiapa yg berpandangan bahawa as-Sunnah atau al-Hadith itu adalah panduan atau ketetapan 'optional'!
Seseorang yg berusaha mencari ilmu dan kefahaman dalam Islam tentang tanggungjawab mereka sebagai manusia: mengabdikan diri kpd Allah (a.w) ( Ayat 56, Surah az-Zariat), mereka akan mempastikan dirinya terpandu oleh al-Quran dan as-Sunnah dan menyediakan bekalan untuk kebajikan akhirat mereka dgn berpandukan pada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah 'siratul mustaqim' , i.e. jalan lurus ke syurga. Tidak akan menyimpang. Tidak akan sesat dalam mencari kejayaan akhirat. Memandu kehidupan dalam Islam kpd a-uran dan as-Sunnah adalah jalan ke syrga itu. Justeru itu, kalau kita ingin selamat di akhirat, wajib kita akur dgn ketetapan tersebut dan ketetapan firman Alah (a.s) pada Ayat 153, Surah al-An'am: 'Bahawasanya ini (al-Quran dan as-Sunnah) adalah siratul mustaqim itu (i.e. jalan yg lurus ke syurga), maka ikutilah jalan itu (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); dan janganlah ikuti lain-lain jalan, maka akan berfirqah (i.e. berpecah-belah = menyimpang dan sesat kamu dalam agama) dari jalan (i.e. siratul mustaqim) itu; demikian itulah kamu diperintahkan mengikutinya (i.e. ikuti al-Quran dan as-Sunnah) mudah-mudahan kamu menjadi orang yg bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w)).'
Saudara, hari ini semua orang Islam berkata mereka ikuti al-Quran dan as-Sunnah, tapi apabila diteliti ilmu dan amalan serta ibadah mereka, nayata bahawa mereka sudah menyimpang atau tersesat atau tergelincir dari jalan tersebut.
Saudara, kita akan lihat beberapa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg akan menunjukkan bagaimana majoriti umat Islam menjadi sesat atau menyimpang atau tergelincir dari 'siratul mustaqim' itu. Mudah-mudahan saudara yg ikuti post dalam blog ini dapat membuat semakan atas aqidah kita dan atas amalan dan ibadah kita supaya dapat re-alignkan semula agar tidak lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itu saja tindakan yg membolehkan kita berada sentiasa di atas 'siratul mustaqim' itu, insya Allah (a.w)

Menerapkan beberapa syariat Islam dgn Sempurna
(Tatbiqu yara’il Islami bikamali)

(a) Terima Islam Sepenuhnya, Tanpa Pilih-pilih 

Firman Allah (a.w) yang maha agung: ‘Ya aiyuhallazina amanud-khulu fis-salmi kaffattan wa-la tattabi’u khutuwatis-syaitani innahu lakum ‘adu’um-mubinun.’ (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu sekelian ke dalam Islam semuanya dan janganlah mengikuti kamu sekelian kpd beberapa langhak-langkah syaitan, syaitan itu bagi kamu sekelian adalah musuh yang jelas.) [Ayat 208, Surah al-Baqarah]
[Nota:  Ayat ini adalah dalil bahawa kita masuk Islam itu secara sempurna (compelte), maksudnya tidak boleh kita ambil pakai yang kita suka dan tidak mengambil atau menerima apa-apa yang kita tidak sukai dalam Islam. Hari ini ramai umat Islam, termasuk mereka yang dikatakan ulama’ dan ilmuwan Islam yang mempersoalkan beberapa ketetapan al-Quran dan apatah lagi ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dr Mahathir, sebagai contoh, dilapurkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini dalam teks peresmiannya terhadap suatu event, menyatakan bahawa yang wajib diterima itu al-Quran, manakala al-Hadith atau as-Sunnah itu, katanya, adaah ‘optional’, yakni tidak wajib, boleh pakai atau boleh tinggalkan. Pendirian beliau itu adalah juga menjadi pendirian segolongan orang Islam yang lain bahawa mereka berpandangan ada beberapa ketetapan al-Quran yang sudah jumud tidak sesuai lagi diguna pakai dalam masyarakat moden sekarang. Pendapat atau pandangan ini bertentangan dengan dalil ini. Allah (a.w) menyebut di dalam al-Quran bahawa sesiapa menolak sesuatu ketetapan Allah (a.w) atau sesuatu ketetapan RasulNya adalah dikira menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Dan, sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan RasulNya tergolong dari golongan mereka yang dihukum oleh Ayat 13, Surah an-Nisa’, i.e. mendapat atau masuk neraka, wal iya zubillah. Dalil ini juga memperingatkan manusia bahawa syaitan itu adalah musuh orang iman. Dia dan kuncu-kuncunya – dikalangan jin dan manusia – berusaha menjerumuskan manusia ke dalam neraka supaya mengawani dia di dalam neraka kelak. Allah (a.w) memberi peluang kepada syaitan untuk hidup sampai hari kiamat dan dijadikan orang yang menjadi cubaan yang hebat kepada manusia terhadap aqidah serta ketaatan mereka terhadap Allah (a.w). Allah (a.w) memberitahu semua yang mengikuti syaitan akan disiksa dalam neraka kelak bersama-sama dengan syaitan (Ayat 18, al-A’raf). Allah (a.w) memperingatkan manusia supaya jangan ditipu oleh syaitan dan kuncu-kuncunya sebagai Adam (a.w) dan Hawa (a.s) telah tertipu sehingga dikeluarkan dari syurga dan bertempat di dunia (Ayat 27, Surah al-A’raf).] 

(b) Ikuti as-Sunnah 

Firman Allah (a.w) yang maha agung: ‘Wa-ma atakumur-rasulu fakhuzuhu wa-ma nahakum ‘anhu fantahu, wattaqullaha innallaha syadidul I’kabi.’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang didatangkan pada kamu sekelian oleh Rasulallah (s.a.w), maka mengambillah/mengerjakanlah pada apa-apa yang didatangkan; dan apa-apa yang melarang Rasulallah (s.a.w) pada kamu sekelian maka berhentilah, dan takutilah pada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) itu tersangat/berat siksaanNya.) [Ayat 7, Surah al-Haysr]
[Nota: Ayat ini adalah dalil, antara beberapa dalil lain, yang Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya ikuti as-Sunnah dan jadikan panduan hidup sebagai orang Islam an orang iman. Jelaslah, as-Sunnah itu bukannya ‘optional’, tetapi wajin. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 13, Surah an-Nisa bahawa sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti dapat syurga. Allah (a.w) juga memberitahu bahawa sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) sesungguhnya dia telah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa’). Dan sesiapa yang sayangkan Allah (a.w) (yakni, inginkan syurga Allah (a.w)) maka hendaklah dia ikuti perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (Ayat 31, Surah ali-Imran).]
Saudara, kita diberitahu dalam firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut di atas itu, bahawa kita wajib mengaalkan syariat Islam itu sepenuhnya - sekuat mampu kita - dan kita tidak boleh ambil apa yg kita suka atau cocok dgn kemahuan dan pemikiran kita dan kita tinggalkan apa-apa yg tidak sesuatu kpd kita - ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Yg utama dalam Islam adalah kita laksanakan atau kerajakan (melalui amalan dan ibadah) semua yg disuruh sekuat mampu kita dan tinggalkan setiap sesuatu yg ditegah atau dilarang. Itulah panduan mutlak. Kemudian, kita diperintahkan supaya akur dgn as-Sunnah, dan menerima as-Sunnah itu adalah suatu kewajipan yg sama. Hendaklah kita kerjakan - amal dan ibadahkan - apa yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu kita dan tinggalkan atau jauhi setiap sesuatu yg dilarang atau ditegah olehnya. Dalam post ini banyak diberitahu apakah antara printah yg disuruh dan apakah perintah yg melarang menegah kita lakukan. Contoh: dalam perkara bid'ah, kita disuruh tinggalkan kerana semua yg bi'ah itu menjerumuskan kita masuk neraka. Malangnya begitu ramai umat Islam yg gagal memahami ketetapan ini.
Saudara, insya Allah kita akan sambung lagi pembicaraan kita mengenai perkara ini dalam beberapa post yg akan datang, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Friday, October 26, 2012

Peringatan Mengenai Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun teliti beberapa potongan hadith mengenai ilmu al-Quran. Umat Islam ditegah berkata atau menerangkan atau menceramahkan kpd orang lain sesuatu dalam al-Quran tanpa memiliki ilmu mengenainya. Ketetapn Allah (a.w) adalah sesiapa yg berkata atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu yg terdapat dalam al-Quran tanpa terlebih dahulu belajar mengenai apa yg dikatakan atau dijelaskan atau diterangkan, maka orang sedemikian itu menyediakan dirinya untuk duduk di neraka di akhirat kelak! Atau, sesiapa yg berkata atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu apa yg terdapat dalam al-Quran dengan menggunakan kebijaksanaan fikirannya sendiri - sama ada kerana dia mahir bahasa Arab atau kerana dia dapat sesuatu yg dikatakan atau dijelaskan itu dari kitab dan buku, tanpa berguru secara 'manqul' = berdepan belajar dgn guru yg berilmu dan fakih tentang al-Quran, maka dia menempah tempatnya dalam neraka. Maksudnya, dia tak dapat pahala, malah berdosa besar, kerana mengunakan 'rakyi' atau 'rukya' = pendapat.
Saudara, ilmu duniawi itu boleh didapati melalui kitab-kitab dan buku-buku atau panduan dari pelbagai media - TV atau radio atau VCD, tetapi, ilmu mengenai Islam hanya sah didapati jika berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dan hendaklah dipelajari melalui sistem tertentu (= sistem manqul, belajar dari guru secara terus atau berdepan dan guru yg mengajarkan ilmu tersebut. Juga gurunya mendapatkan ilmunya dari sistem dan kaedah yg sama. Dalam post yg lalu itu kita telah faham ketetapan mengenai ilmu al-Quran. Kali ini bagaimana pula kalau ilmu itu melibatkan as-Sunnah atau al-Hadith?
Saudara, Rasulallah (s.a.w) melalui sepotong hadith menyebut bahawa beliau dianugerahkan oleh Allah (a.w) al-Quran dan sesuatu yg menyamainya, iaitu al-Hadith atau as-Sunnah. Dalam Islam umat Islam wajib berpedomankan atau berpandukan kedua-duanya. Prinsip yg utama adalah segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya serta tuntutannya terdapat dalam al-Quran. Bagaimana mengamalkan atau mengibadahkan atau melaksanakan tuntutan dan ketetapan perintah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) itu, umat Islam perlu berpedomankan al-Hadith atau as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) yg diutus Allah (a.w) mengajarkan manusia agama Islam. Al-Quran dan as-Sunnah berganding. Sempurna Islam seseorang itu kalau dia ikuti ketentuan a-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah sesiapa yg ingin kepastian mendapat syurga di akhirat kelak, hendaklah dia patuhi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Inilah mesej dan ketentuan Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, menyentuh tentang ketentuan mengenai as-Sunnah pula kita lihat hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dai Ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) (yg bersabda): 'Ittaqul haditha 'anni illa ma 'alimtum, faman kazzaba 'alaiya muta'ammidan fal-yatabauwak maq'adahu minan nari, wa-man qala fil Qurani bi'rakyihi fal-yatabauwak maq'adahu minan-nari.' (Yg bermaksud: Takutkanlah oleh kamu (maksudnya berwaspadalah atau berjaga-jagalah) pada hadith  dariku (Nabi) kecuali apa-apa yg tahu kamu (atau yg kamu mengetahuinya). Maka sesiapa yg membuat dusta atau berdusta dengan sengaja (tentang al-Hadith, yakni sabda Rasulallah (s.a.w)), maka sediakanlah dirinya bertempat di neraka. Dan, sesiapa yg berkata atau menerasgkan atau menjelaskan sesuatu dari al-Quran dengan rakyi = pendapatnya atau akal fikirannya sendiri (termasuklah menjelaskan sesuatu berdasarkan kitab atau buku tulisan manusia), maka bersedialah akan dirinya bertempat di neraka.) [Hadith at-Termidzi]
Saudara, hadith ini menyebutkan dua perkara dalam ketentuan Islam, iaitu pertama, janganlah berbuat dusta mengatakan sesuatu mengenai sunnah walhal tiadapun sunnah sedemikian dalam al-Hadith; dan kedua, janganlah berkata atau menyebut sesuatu tentang ketetapan al-Quran, walhal tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran. Dua golongan orang yg sedemikian itu akan menyediakan dirinya bertempat di neraka nanti.
Dalam perkara ini, ada para ilmuwan dan ulama' yg menulis sesuatu ketetapan mengenai Islam dan mengatakan bahawa apa yg dikatakannya atau yg ditulisnya adalah ketetapan Allah (a.w) atau ketetapan Rasulallah (s.a.w) - terdapat dalam al-Quran atau as-Sunnah - walhal yg dikatakan ada pendapatnya sendiri atau pendapat para ulama' yg tidakpun ada dalil dan nas al-Quran ataupun al-Hadith. Maka dia tergolong dari kalangan orang yg menyatakan sesuatu dgn kebijaksanaan akal fikirannya atau telah berdusta, jika tiada ketetapan sedemikian dalam al-Quran atau al-Hadith. Oleh itu berwaspadalah. Dalam perkara agama seseorang itu tidak boleh membuat sesuatu pentakrifan atau penjelasan atau menerangkan sesuatu, tanpa sandaran nas al-Quran dan ataupun hadith, dan tanpa memiliki ilmu mengenainya. Contoh: Sudah jelas dalam al-Hadith bahawa semua bid'ah itu kesesatan atau menyesatkan, tapi, dgn mengletepikan nas dan dalil al-Quran atau al-Hadith, menyatakan wujud 'bid'ah hasanah'! Orang yg berbuat atau memutuskan sedemikian itu tergolong dari kalangan mereka dalam ketetapan hadith ini, wal iya zubillah.
Oleh itu berwaspadalah. Janganlah berkata sesuatu tentang ketetapan al-Quran atau as-Sunnah kecualilah kita telahpun mengetahuinya melalui pengajian mengikut kaedah yg sah, iaitu berguru dan belajar dengan membuka kitab al-Quran atau kitab hadith dari guru yg tahu dan faham mengikut tradisi pengilmuan 'manqul' itu. Tradisi proses pengilmuan dalam Islam adalah tradisi Jibril (a.s) atas perintah Allah (a.w) menyampaikan al-Quran selama 23 tahun, apabila Rasulallah (s.a.w) berdepan dgn Jibril (a.s) yg memanqulkan al-Quran dan hikmah atau diwahyukan oleh Allah (a.w) secara langsung. Syariat Islam itu kemudiannya diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd khalifah yg 4, kemudian disampaikan kpd para tabi'in, kemudian kpd pengikut para tabi'in dan para alim ulama', mengikut sistem dan kaedah yg sama. Maka dgn cara itu sanad menentukan kesahihan dan ketulinan ilmu kerana maksud dan penjelasan atau penerangan mengenai segala sesuatu dalam al-Quran kekal turun temurun, zaman berzaman. Apabila manusia mengajarkan sesuatu tanpa sistem dan kaedah tersebut, maka ketetapan yg haq = benar itu berubah, berbeza dari keaslian ilmu tersebut. Semakin parahlah pula apabila, yg mengajar atau menyampaikan ketetapan Islam, membelakangkan sama sekali al-Quran dan as-Sunnah, dan menggnakan kitab-kitab karangan manusia. Maka kerana sebab itulah kini banyak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg sudah berubah dan menyimpang dari ketetapan asalnya.

Jazakallahu khairah

Thursday, October 25, 2012

Peringatan Mengenai Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, seperti yg telahpun disebutkan acap kali dalam blog ini, ilmu itu amat penting dikuasai oleh orang Islam - ilmu dunia untuk kejayaan dunianya dan ilmu akhirat untuk memandu kehidupan yg halal sebagai orang Islam di dunia dan untuk menyediakan diri untuk akhirat. Dalam post sebelum ini diberitahu bahawa dalam perkara dunia dan akhirat itu, ilmu yg wajib dikuasai dan difahami serta dijadikan asas amalan dan ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga telah lihat dalam post yg lalu bahawa hendaklah seorang Islam yg beriman itu menyegerakan mencari dan memahami ilmu dari mereka yg berilmu secara 'manqul' = berguru, sebelum orang yg berilmu itu diwafatkan Allah (a.w) sehinggakan tiada lagi baki orang yg berilmu itu hidup, maka pupuslah ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) itu. Apabila tiada orang yg berilmu, maka umat Islam akan mengikuti ketentuan dan ajakan serta amalan orang yg jahil atau diperintahkan oleh kepimpinan dan ulama mereka berdasarkan fikiran dan pendapat mereka, maka sudahlah yg memimpin dan mengajarkan 'ilmu' sesat, yg diajarkan pula menjadi bertambah sesat - kedua-dua golongan terjerumus ke dalam neraka dan tidak akan mendapat syurga, wal iya zubillah.
Saudara, ramai para ulama' dan ustaz menemui hadith di bawah ini, tetapi majoriti mereka itu tak faham:
Diriwayatkan hadith dari Othman (ibni Affan) (r.a) tentang hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Khairukum man ta'allamal- quran wa-'allamahu.' (Yg bermaksud: Sebaik-baik kamu (orang iman) adalah orang yg mengajarkan al-Quran dan belajar al-Quran). [Hadith Bukhari, Kitab Kefadhalan al-Quran].
Yg dimaksudkan adalah memperlajari dan mengajarkan al-Quran - dari segi bacaannya dan memahami tuntutannya secara 'manqul' = berguru, bukan membaca sendiri atau belajar sendiri dengan membaca kitab-kitab tafsir al-Quran dan kemudian mengajarkannya pula. Jika begitu maka tidak sahlah sistem penyampaian serta pemahaman ilmu al-Quran, dan apabila diamalkan pula ilmu al-Quran tanpa berguru, maka amalan dan ibadah yg didasari atas hakikat rakyi = pendapat dan akal fikiran - yg belajar dan yg menyampaikan, maka tertakluk pula kpd ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Jundab berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man qala fi kitabillahi 'azza wajalla birakyi, fa-asoba faqad akhtak.' (Yg bermaksud: Barangsiapa berkata (membaca atau menerangkan atau menjelaskan sesuatu ) di dalam Kitab Allah (yg maha mulia lagi maha agung = a.w) (yakni, al-Quran) dengan pendapatnya (atau pendapat orang lain), maka benar (apa yg dikatakan atau dperjelaskannya) maka sungguh-sungguh salah dia.) (yakni, tidak diterima darinya oleh Allah (a.w) - tak dapat pahala dan tidak diakui sah, malah batil dan batal) [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]
Saudara, tidak ada gunanya kita belajar al-Quran atau cuba memahami al-Quran dgn menggunakan akal fikiran dan pendaat atau kebijaksanaan sendiri. Kita mungkin seorang yg belajar di universiti yg bahasa pengantarnya Bahasa Arab (spt di Azhar atau Madinah), maka kita memang fasih Arab dan nahu sarof Arab, maka boleh mengertikan kalimah-kalimah Arab. Namun al-Quran itu bukanlah bahasa Arab 'pure and simple' tetapi kalam Allah (a.w), maka wajib dipelajari melalui sistem yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana Allah (a.w) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) dengan mengutus Jibril (a.s) yg memanqulkan ilmu mengenai Islam i.e. al-Quran dan hikmah. Inilah kesilapan majoriti umat Islam bahawa ilmu mengenai Islam itu tak perlu didapati dgn mempelajari al-Quran dan as-Sunnah secara berguru. Mereka ikuti apa yg disebutkan dalam kitab dan buku. Mereka takpun merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kalau tidak diikuti kaedah pembelajaran ilmu yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, maka akibatnya disebutkan dalam hadith berikut pula:
Diriwayatkan hadith dri Ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man qala fil-qurani bi-ghairil 'ilmn fal-yatabauwak maq'adahu minan-nari.' (Yg bermaksud: Barangsiapa berkata (atau menjelaskan atau menerangkan sesuatu) di dalam al-Quran tanpa ilmu, maka sediakanlah dirinya bertempat di neraka). [Hadith at-Termidzi, Kitab Tafsir]
Saudara, ilmu itu hanya sah jika dipelajari mengikut sistem dan kaedah yg ditetapkan itu. Seseorang itu hendaklah mengajarkan al-Quran atau menjelaskan sesuatu dalam al-Quran hanya didasari dgn ilmu megenai al-Quran yg diperolehinya melalui belajar al-Quran secara manqul = berguru itu.
Saudara amat bahaya kita memandaikan diri sendiri itu dalam perkara al-Quran ataupun as-Sunnah. Wajib bagi kita belajar ilmu secara berguru. Bukan dari sebarang guru tetapi guru yg juga belajar atau mendapat ilmunya dari gurunya yg belajar mengikut sistem, kaedah dan proses yg sama, supaya bila diteliti sanad ilmunya, maka jelas sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Dgn itu keaslian dan kesahihan ilmunya adalah pasti, tidak menyimpang dari apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat, para sahabat kpd para tabi'in, dan para tabi'in kpd pengikut para tabi'in, yg menyampaikannya pula kpd para ulama' sampailah hari kiamat - keaslian ilmu kekal tanpa berubah.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham. Mudah-mudahan saudara juga menginginkan dan menyempatkan diri belajar ilmu secara formal dari mereka yg juga mendapat atau menerima ilmunya secara sah dan formal, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Peringatan Mengenai Ilmu - Kematian dan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun turunkan sepotong hadith yang dikeluarkan oleh Ali Abi Thalib (r.a), khalifah ar-rasyidin (yg benar) al-mahdiyin (yg mendapat petunjuk) yang ke-4. [Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam itu selain wajib mengikuti ketetapan al-Quran, wajib mengikuti ketetapan dan ketentuan sunnah Rasulallah (s.a.w). Dan, sunnah khalifah yang empat selepas beliau wafat - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum, adalah termasuk dalam sunnah tersebut.] Ali berkata yg maksudnya sesiapa yg inginkan kejayaan dalam dunia, maka hendaklah dia memiliki ilmu, dan sesiapa yg ngin berjaya untuk akhiratnya, hendaklah dia memiliki ilmu dan sesiapa yg ingin kejayaan kedua-duanya, iaitu di dunia dan di akhirat hendaklah dia memiliki ilmu, Jelaslah, imu itu memanfaatkan kita ketika hidup mencari maisya (sara hidup) kita dan menyediakan bekalan untuk hari akhirat pula ketika nyawa masih di badan.
Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu bahawa Allah (a.w) amat murka kpd seseorang Islam yg beriman itu apabila dia pandai dan pintar dalam ilmu dunia tetapi bodoh (=jahil) dalam ilmu akhiratnya. Sejauh mana kita mencari ilmu dan menguasai ilmu, sampai ke tahap mendapat ijazh Sarjana dan Ph D dalam ilmu dunia, ilmu itu hanya berguna untuk hidup kita sementara kita hidup - selama umur yg dianugerahkan Allah (a.w) kpd kita - 60 tahun atau 70 tahun atau 80 tahun. Itu saja, tak lebih dari itu. Manakala ilmu akhirat itu berguna untuk kita dalam kehidupan kita dan ketika berada di alam barzah dan ktika berhimpun di padang mahsyar dan ketika kekal di akhirat. Isi Kitab Catatan Amalan kita yg semasa hidup kita setiap saat ditulis atau dicatit oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin itu ditentukan oleh ilmu akhirat kita, apabila kita amalkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan ketika memmandu diri kita menjauhi perbuatan yg ditegah dan dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Justeru itulah ilmu akhirat itu amat utama.
Saudara, kalau kita tidak mencari dan mempelajari serta memahami serta mengamalkan ilmu akhirat kita, maka kita berdosa setiap saat, kerana Islam mewajibkan kita yg Islam dan beriman supaya mencari ilmu, memelajarinya, memahaminya dan seterusnya mengamalkan ilmu kita sekuat mampu kita. Majoriti umat Islam remehkan ilmu akhirat ini, kerana disebokkan oleh urusan dunia mereka atau kerana mereka tidak beriman, kerana orang beriman itu yakin dia bahawa matinya datang tanpa diketahui bila, dan sesudah matinya ada siksaan dalam kubur dan ada pengadilan di akhirat apabila ditimbang dosa dan pahala, dan kemudian bergntung kpd kesudahan timbangan = hisaban tersebut, mendapat syurga atau neraka. Itulah saja ilihan bagi manusia - nak neraka ke atau nak syurga ke? Kesmuanya itu bergantung kpd ilmu - faham mereka tuntuan Islam dan dikerjakannya tuntutan tersebut.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Tolabul ili faridatun 'ala kulli muslimin.' (Yg bermaksud: Mencari (= mempelajari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam). [Hadith ibnu Majah]
Saudara, kerana menuntut ilmu itu adalah fardu a'in tas setiapyg akui dirinya Islam. Kalau tak belajar berdosa, sebagaimana berdosanya kalau tak mengerjakan solat fardu.
Dalam Islam sah ilmu itu kalau dipelajari secara 'manqul' = dipindahkan dari seorang guru kepad kita yg belajar sebagai murid., sebagai ilmu mengenai Islam itu dipindahkan oleh Malaikat jibril (a.s) kepada Rasulallah (s.a.w) selama 23 tahun. Iu itu tak sah kalau kita baca, contohnya, kitab tafsir al-Quran kalau nak tahu ketetapan al-Quran atau membaca kitab-kitab atau buku karangan para ulama' ata ilmuwan tentang terjemahan al-Hadith. Ilmu menegnai as-Sunnah atau al-Hadith itu wajib dipelajari melalui sistem yg sama - secara 'manqul' atau berguru, dari guru yg juga mendapat ilmunya melalui sistem dan kaedah yg sama dari gurunya pula. Dalam post yg dimuatan dalam blog ini kita sudahpun tahu bahawa sahnya amalan dan ibadah itu hanya dgn ilmu. kalau tiada ilmu melalui sistem dan kaedah belajar yg disebutkan tadi, maka amalan dan ibadah kita tidak sah (rujuk Ayat 36, Surah al-Isra' dan hadith Nabi (s.a.w): 'Al-ilmu qabla 'amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan)).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun wa-ma siwa zalika fahua fadlun ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun 'adilatun.' (yg bermaksud: Adapun ilmu (i.e. ilmu mengeai akhirat itu) ada tiga; dan apa-apa ilmu selain yg tiga tersebut adalah ilmu tambahan, (yg wajib itu adalah) (pertama) ayat-ayat yg menghukum (iaitu al-Quran), (kedua) sunnah yg tegak (iaitu as-Sunnah atau al-Hadith) dan (ketiga) hukum agihan harta warisan yg adil.) [Hadith Abu Daud]
Saudara, sebagai mansuia kita tidak dihalagi, malah disuruh carikan kepandaian dalam ilmu dunia untuk berjaya dalam dunia, tetapi janganlah dlupakan pula, dan diwajibkan atas orang Islam, itu pandai dalam ilmu akhiratnya, kerana kepandaian ilmu akhirat itu akan memandu dia dalam kehidupan dunianya supaya dia boleh memaksimumkan pahala dan meminimumkan (atau menghakis) dosanya ketika di duna dan pada masa yg sama menyediakan sebanyak mungkin dan sebaik mungkin bekalan untuk akhiratnya. Orang yg sedemikian itulah orang y bijak dan amat disayangi oleh Allah (a.w).
Saudara, mengapakah ditunggu? Apakah saudara sudah anggap diri saudara orang yg telah bersedia untuk mati?

Jazakallahu khairah

Solat Aidil Adha (Raya Kurban)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini 25 Oktober 2012 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1433 adalah hari jema'ah haji sudah berada di Arafah untuk Wukuf. Bagi kita yg tidak mengerjakan haji, kita disunatkan berpuasa sehari 'Puasa Hari Arafah'. Sesiapa diantara kita yang berpuasa menepati ketetapan syariat Islam yang haq (benar) (i.e. berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), kita dianugerahkan oleh Allah (a.w) kurniaan yang besar iaitu dihapuskan dosa-dosa kita setahun sebelumnya (i.e. dari 9 Zulhijjah tahun lalu sehingga hari ini, dan dihakis pula dosa-dosa kita mulai hari ini sampailah 9 Zulhijjah tahun depan pula - iaitu dua tahun mendapat pengampunan dari dosa-dosa kita). Alangkah baiknya kurniaan Allah (a.w). Rugilah orang Islam yg tidak mengerjakannya.
Saudara, esok, hari Jum'at, adalah Aidil Adha = Raya Haji = Raya Kurban. Kita digesa untuk mengerjakan Solat Aidil Adha pada paginya. Kemudian, selepas bersolat maka kita disuruh menyembelih kurban - seekor kambing atau lembu atau unta. Dan, dalam post yang lalu, kita telah tahu betapa besarnya pahala mengerjakan kurban itu. Pahalanya mengalahkan pahala orang yg berjihad fi sabilillah, kecualilah pahala yang diperolehi oleh seseorang yang keluar berperang fi sabilillah dengan membawa bersama2nya kesemua hartanya, maka dalam peperangan tersebut dia terbunuh dan hartanya habis semuanya, maka pahala yang diterima olehnya mengatasi pahala menyembelih urban itu. Bagi orang Islam yang benar-benar beriman akan berusaha untuk menyebelih kurban esok hari. Penyembelihan kurban itu boleh dilakukan, kalau tak sempat pada 10 Zulhijjah, dibuat pada 11 dan 12 Zulhijjah sebelum masuknya waktu Solat Asar pada 1 Zulhijjah.
Saudara, sebelum kita ke tempat solat, kita disunatkan berpagi mandi hadath besar = mandi junub, kemudian kita ke tempat solat, dan di sana kita disuruh bertakbir sehinggalah Solat Aidil Adha dimulakan.
Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan pemberian Allah (a.w) dengan berpuasa Puasa Arafah, mengerjakan Solat Aidil Adha dan menyembelih kurban.
Saudara, Solat Aidil Adha itu dua rakaat disudahi dengan 'salam'. Pada rakaat pertama kita mengangkat tangan untuk takbir sebanyak 7 kali (termasuk takbir pertama adalah Takbiratul Ihram, kemudian ketika bangun dari Sujud ke-2 pada akhir rakaat pertama, kita bangun dengan mengangkat kedua tangan bertakbir (takbir pertama) bagi rakaat kedua dan ditambah 4 takbir lagi, menjadikan takbir pada rakaat ke-2 itu sebanyak 5 kali. Syariat Islam mengenai Solat Aidil Adha ini (sebagaimana Solat Aidil Fitri), sebagaimana yang didemokan = ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - kita tidak disuruh membaca tasbih antara takbir tersebut. (Nota: Lazimnya dalam masyarakat Melayu, mereka disuruh membaca tasbihnya, seumpama 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha illallah, wallahu akbar'. Tidak ada tuntutan sedemikian dalam syariat Solat Aid, tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Maka tergolong perbuatan sedemikian menambah kpd syariatnya, maka tergolong sebagai suatu bid'ah, yang akibatnya pembatalkan solat tersebut. Oleh itu berwaspadalah!)
Saudara, dalam perkara agama, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati. Kerana segala tuntutan agama dalam konteks amalan dan ibadah - bentuk, amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakannya hendaklah berdasarkan keteta[an al-Quran dan as-Sunnah atau sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah al-Israk: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yg bermaksud: Janganlah kamu buat atau kerajakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa kamu terlebih dahulu tau ilmu mengenai amalan dan ibadah itu.' Dan Rasulallah (s.a.w) mengulangi ketetapan itu dalam as-Sunnah dengan sabdanya: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan (atau ibadah)).
Sehubungan dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith: 'Neraka wel bagi seseorang yg beramal tanpa ilmu, dan neraka wel bagi seseorang yg berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.' Maka itulah ilmu amat utama dan penting dalam Islam dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Insya Allah dalam post-post yg akan dtang kita akan teliti tajuk 'ilmu' ini untuk panduan kita dalam belajar ilmu dan menyampaikan ilmu dan menyemak semula amalan dan ibadah dan mempastikan amalan dan ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).
Selamat menyambut Aidil Adha dan semoga Allah (a.w) mengampuni dosa-dosa merka yang mengerjaka Puasa Hari Arafh itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah