Assalamualakum,
Saudara dalam Bahagian 16 ini kita lihat satu dimensi lagi panduan haji dan umrah atau panduan ketika berada di tanah suci Madinah dan Mekah - iaitu setiap kali kita berada di Madinah hendaklah kita menziarahi makam Rasulallah (s.a.w) sebagai menghrmati beliau, Di akhirat kelak kita disaksikan oleh Rulallah (s.a.w) sebagai umat beliau.
Apabila berada di Mekah pula pertama yang harus kita lakukan adalah mengerjakan Tawaf Kudum (= Selamat Datang) kepada Ka'abah sebagai menghormati Ka'abah. Kemudian apabila kita hendak meninggalkan Mekaha, maka kita di suruh buat Tawah Wada' (= Tawaf Selamat Tinggal atau perpisahan) pula

Tawaf Qudum - Menghormati Ka’abah
Seseorang Islam yang berkesempatan sampai ke Mekah, adalah diwajibkan dia membuat Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang) sebagai menghormati Ka’abah. Tawaf – sama ada Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji), Tawaf Umrah, Tawaf Qudum, Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal), dan Tawaf Sunat - adalah diwajibkan ada Wudu’, mengelilingi Ka’abah 7 pusingan – berjalan dari Rukun/Sudut Hajar Aswad ke Sudut/Rukun Yamani, dan seterusya dari Rukun Yamani sampai semula ke Rukun/Sudut Hajar Aswad. Itu dikira satu pusingan.
Bagi kes Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang), ketika pertama kali sampai ke Mekah, tidak diwajibkan berikhram, memadai ada wudu’ sahaja. Begitu jugalah untuk Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal) ketika hendak balik ke Malaysia, menghormati dan hendak meninggalkan Mekah/Ka’abah dengan mengerjakan Tawaf Wada’. Bagi Tawaf Umrah diwajibkan berwudu’ dan memakai Ikhram dan berniat Ikhram dan umrah di Miqat. Cara dan kaedah mengelilingi Ka’abah itu untuk semua jenis Tawaf adalah sama, diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud.
Perhatian: Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama (i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani. Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4 seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai semula ke Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke Rukun (Sudut) Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan kita.
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain pula. Bacaan-bacaan tasbh itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah. Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan kanan.
Peringatan: Bagi Jema’ah Haji yang sudah memakai ikhram di Malaysia/Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, berniat dalam kapalterbang ketika sampai ke Ya Lam Lam/Qarnul Manazil – Miqat jema’ah Haji dari Malaysia - kalau mengerjakan Haji Ifrad atau ketika berniat untuk Umrah bagi Haji Tamattuk. Apabila mengerjakan Tawaf Umrah maka tak perlulah buat Tawaf Qudum. Kalau berikhram untuk Haji Ifrad, di dalam pesawat di Ya Lam Lam/Qarnul Manazil, maka ketika sampai ke melah wajib membuat Tawaf Qudum yang khusus.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment