Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi Bahagian ke-3 kuliyah Haji dan Umrah menyentuh prinsip-prinsip opokok menegnai ibadah ini. Dalam Islam kita wajib faham bahawa agama Islam itu - aqidah dan syariatnya adalah apa yang Allah (a.w) tetapkan dan manusia diperinahkan untuk mengambil aqidah dan syariat tersebut tanpa mengubahnya atau menokok tambah terhadapnya. Dan, kita tahu bahawa apa yang ditetapkan oleh Allah (a.w) kesemuanya telahpun disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) - melalui as-Sunnah. Justeru itu, kita wajib berwaspada bahawa sesuatu yang tiada sandaran as-Sunnah adalh batil dan membatalkan amalan, tidak diterima Allah (a.w).
(-) Amalkan bida’ah membahayakan keIslaman
Bida’ah
itu membahayakan keIslaman seseorang, menyesatkan dan mengeluarkan mereka dari
Islam menjadi kafir tanpa disedari.
Rasulallah (s.a.w): ‘Syarrul umuri mukhdatha tuha, kullu
mukdathin bid’atun, kullu bid’atu dolalatun, kullu dolalatun fin-nari.’ (Yang
bermaksud: Seburuk-buruk perkara yang urusan perkara agama adalah
pembaharuan dalam perkara atau urusan agama, setiap pembaharuan dalam urusan
agama adalah bida’ah dan setiap bida’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan
tempat (yang beramal dan berpegang kepadanya) adalah neraka.) – Hadith Ibnu
Majah
Rasulallah (s.a.w) memberitau: ‘Man amila ‘amalan laisa fihi amruna, fahua
raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan
atau ibadah yang amalan atau ibadah tersebut tidak didatangkan dari aku (Nabi),
maka dia (i.e. amalan atau ibadah tersebut) ditolak.) – Hadith Bukhari dan
Muslim.
(-) Terkeluar
Islam tanpa disedari kerana bida’ah
Diriwayatkan
hadith dari Ibrahim b Abi ‘Ablata hadith dari Abdillah b Dailamii hadith dari
Khuzaifah berkata: ‘La yaqbalullahu
lisohibi bid’atin sauman wa-la solatan wa-la sodaqatan wa-la hajjan wa-la
‘umratan wa-la jihadan wa-la sorfan wa-la ‘adlan yakhruju minal-Islami kama
takhrujus-sya’aratu minal-‘ajin.’ (Yang bermaksud: Tidak diterima
Allah (a.w) pada ahli bida’ah (i.e. yang mengajar atau mempromosikan atau
mengamalkan bida’ah) puasanya dan tidak (diterima) solatnya dan tidak
(diterima) sodakahnya dan tidak (diterima) umrahnya dan tidak (diterima)
jihadnya dan tidak (diterima) amalan fardunya yang lain dan tidak (juga
diterima) amalan sunatnya yang lain, (malah) terkeluar dia dari agama Islam
sebagaimana (atau seperti mana) keluarnya (sehelai) rambut (yang ditarik
keluar) dari tepung (yang telah diuli) - Hadith ibnu Majah
Nota
dan peringatan: Mengamalkan bida’ah membatalkan keIslaman seseorang yang
Islam itu walaupun dia benar-benar istiqamah beramal dan beribadah. Semua
amalan dan ibadah itu benar dan diterima Allah (a.w) hanya jika menepati apa
yang diajarkan dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana Rasulallah
(s.a.w), sebagai orang yang ditus Allah (a.w) untuk menyampaikan syariat agama
Allah (a.w) dan mengajarkan manusia, sahaja yang sempurna ilmunya tentang
Islam.
Dapatlah kita rumuskan bahawa elemen atau unsrur terperinci aqidah dan syariat Islam itu benar selagi ianya adalah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dan pasti batil jika berdasarkan ketetapan selain dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apabila batil, maka setiap amalan tersebut adalah sia-sia kerana tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat kelak, apabila diserahkan Buku Catatan Amalan kita - ianya diserahkan dari arah kiri, dan terdapat di dalamnya hanyalah amalan yang buruk semata-mata kerana amalan yang baik tidak tercatit kerana tidak diterima Allah (a.w).
Demikian jugalah ibadah haji dan umrah yang batil kerana berpandukan panduan ang batil dan bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment