Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita diberitahu bahawa betapa besarnya pahala yang kita dapati jikalah haji kita itu haji yang mabrur. Kerana tiadan ganjaran terbaik bagi haji mabrur kecuali mendapat balasa syurga.
Dalam pada itu boleh dikatakan majoriti umat Islam jahil tentang suatu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepada mereka yang menunaikan haji dengan cara berjalan kaki - maksudnya berjalan kaki pada 8 Zulhijjah untuk tiba ke Arafah untuk Wukuf pada 9 Zulhijjah, kemudian singgah sebentar di Muzdalifah dan kemudian ke Mina untuk bermalam di sana 3 malam, dan kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf Ifadah dan Sai Haji pula. Kita diberitahu dalam hadith berikut sesiapa yang menunaikan ibadah haji secara 'masian' i.e. berjalan kaki diberikan ganjadaan pahala yang amay hebat.
Justeru itu, dalam Bah. ke-9 post kita ini kita ihat betapa hebatnya ganjaran pahala Haji Masian itu.
Kefadhalan Haji Masian (Berjalan Kaki)
(-) Gandaan pahala langkah-langkah 700 x
100,000
Diriwayatkan hadith dari Ismail bin
Abi Khalid hadith dari Zadan (r.a) berkata: ‘Jatuh sakit Ibnu Abbas (r.a) suatu
sakit yang teramat sangat, maka memanggil (dia akan) anak-anaknya maka
mengumpulkan mereka, maka berkata dia (berwasiat kepada anak-anaknya): ‘Aku
mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja min Makkata masyian hatta
yarji’a ila makkata kataballahu lahu bikulli hatwatin san’a miati hasanatin
kullu hasanatin mithlu hasanatil harami.’ (Yang bermaksud:
Barangsiapa mengerjakan haji dari Mekah (i.e. Masjidil Haram) berjalan sehingga
kembali ke Mekah (i.e. tawaf mengelilingi Ka’abah, Tawaf Ifadah) menulis Allah
(a.w) baginya dengan setiap langkahnya 700 kebaikan (dan) setiap kebaikan
seumpama kebaikan di tanah haram.’ Dikatakan (oleh para sahabat): ‘Apakah
kebaikan tanah haram itu?’ Bersabda Rasulallah (sa.w): ‘Bikulli hasanatin
miatu alfi hasanatin’ (Yang bermaksud: ‘Dengan setiap
kebaikan (bersamaan) 100,000 kebaikan.) - Hadith al-Hakim dalam al-Mustadrak,
Kitab Peraturan Haji.
Pahala haji penjalan kaki
(maksudnya, mengerjakan haji dengan berjalan kaki dari Mekah ke Arafah (untuk
Wukuf) – sejauh 53 kM, kemudian ke Muzdalifah untuk Mabit – jauhnya 13 kM,
kemudian ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah – sejauh 7 kM, dan kemudian
kembali ke Mekah untuk Tawaf Ifadah dan Sa’ii Haji – sejauh 16 kM, mendapat
ganjaran pahala setiap langkah 700 gandaan dikali pula dengan 100,000 gandaaan
Masjidil haram. Demikian jugalah belanja yang dibelajakan kerana berhaji
digandakan sedemikian pula.
(-) Pahala Haji Masian (berjalan kaki) = 70x
haji berkenderaan
Diriwayatkan hadith dari Abu
Hurairah (r.a): ‘Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Bagi orang yang berjalan kaki
mengerjakan haji pahalanya 70 kali haji dan bagi orang yang mengerjakan haji
menaiki kenderaan pahalanya satu haji.’ - Hadith riwayat ad-Dalami dalam Kanzil
Umal.
Selain, pahala yang disebutkan di
dalam hadith di atas itu, diberikan ganjaran pahala haji sebanyak 70 gandaan
haji, maksudnya berhaji dengan berjalan kaki mendapat pahala 70 haji orang yang
berhaji dengan kenderaan.
Kanak-kanak Berhaji?
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas
(r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) berada di Rawha (satu tempat
kira-kira 40 batu dari Madinah), lalu bertemu dengan satu rombongan. Setelah
memberi ‘salam’ kepada mereka bertanya: ‘Siapakah kaum ini?’ mereka bertanya
balik kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Di
jawab: ‘Rasulallah (s.a.w)’. Maka terperanjatlah seorang wanita, lalu dia
memegang lengan seorang kanak-kanak, dikeluarkannya dari dakapannya, seraya
bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sahkah (yakni, bergunakah) haji bagi anak
ini?’ beliau menjawab: ‘Na’am, walaki ajrun.’ (Yang bermaksud:
Ya, dan bagi kamu pahalanya.) - Hadith Abu Daud, juga Muslim, an-Nasa’i dan
Imam Ahmad.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment