Monday, August 24, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung lagi posting kita mengenai ibdah haji dan umrah itu, dalam Bahagian 11 kita lihat ketetapan Islam bahawa kita boleh mengerjakan ibadah haji dan umrah untuk orang lain. Yang paling dituntut dalam Islam adalah anak itu wajib menghajikan orang tuanya kalaulah semasa hayat mreka, mereka tidak menghajikan diri mereka.
Seorang anak itu boleh menghajikan ibubapanya, asalkan dia telah terdahulu mengerjakan haji untuk dirinya sendiri. Malah mana-mana orang Islam yang sudah menghajikan dirinya boleh mengambil upah haji untuk menghajikan orang lain. Tapi, hendaklah dia kerjakan haji atau umrah untuk seorang sahaja, bukanlah dia mengambil upah untuk menghajikan dalam satu haji itu lebih dari seorang!

Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain 

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyuruh seorang anak supaya menghajikan bapanya yang tidak mampu menunaikan haji untuk dirinya sendiri. Maka boleh seorang anak itu kerjakan haji untuk ibu bapanya.
Diriwayatkan hadith dari al-Fadzli (r.a) berkata: ‘Bahawasanya seorang wanita berkata (yakni, bertanya) kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Bapa aku telah tua benar, belum juga menunaikan haji, sedangkan dia tidak boleh duduk tegap di atas untanya (yakni, kenderaan untuk mengerjakan haji).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Fa-hajji ‘anhu.’ (Yang bermaksud: Kerjakanlah olehmu haji untuknya.) - Hadith Muslim. 
Jika mendapat peluang, kita bolehkan kerjakan ibadah haji bagi pihak seorang lain – spt ibu bapa atau siapa saja yang belum menunaikan haji, maksudnya menghajikan untuk orang lain. Ini hanya boleh kita lakukan jika kita telah terlebih dahulu menunaikan haji untuk diri kita sendiri. Jika kita tidak mampu, kita boleh menyuruh orang lain menghajikan orang lain dan kita sponsor perbelanjaan tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita menghajikan ibu/bapa atau saudara mara kita, kita mendapat pahala haji dan orang yang kita hajikan mendapat pahala haji juga. Atau, kita yang mengadakan sumber menyuruh orang lain kerjakan haji untuk orang yang kita sponsor, ketiga-tiga dalam pahala seumpama pahala haji, masya Allah.
Jelaslah, betapa untung dan menguntungkan kerana selain orang yang meminta kita kerjakan haji untuknya mendapat pahala, kita juga mendapat pahala sama dengan pahala yang didapati oleh orang yang kita hajikan untuknya.
Soalnya, berapa orang anak yang melakukan sedemikian untuk kedua ibubapanya? Mudah-mudahan melalui post ini mana-mana anak yang masih mempunyai kedua orang tuanya yang masih hidup tetapi tidak lagi mampu ntuk mengerjakan ibadah haji bagi dirinya sendiri, bolehlah menghajikan kedua-dua ibu bapanya. Atau, mungkin kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan semasa hidup mereka tak berkesempatan mengerjakan haji maka, hajikanlah untuk mereka.
Kita diberitahu bahawa sesiapa yang mengerjakan haji atau umrah untuk seseorang, dia mendapat pahala haji/umrah dan orang yang dihajikan/diumrahkannya juga mendapat pahala haji/umrah, tanpa mengurangkan pahala yang didapatinya. 

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment