Friday, August 28, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam Bahagian ke-16 ini kita teliti ketetapan Islam dalam perkara Haji Qiran. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad dan para sahabat kebanyakannya mengerjakan Haji Tammatuk.
Dalam zaman ini tak mungkin kita boleh mengerjakan Haji Qiran kerana tak mungkin kita boleh Tawaf mengelilingi Ka'abah dengan menaiki unta atau lembu, yang selepas Tawaf dikurbankan.

Kefadhalan Haji Qiran

(-)        Haji Qiran adalah mengerjakan haji dan umarh pada satu masa/satu ikhram 

Diriwayatkan hadith dari ‘Asim hadith dari Syaqiq hadith dari Abdillah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabi’u bainal-hajji wal-umrati, fainnahahuma yanfiyanil-faqra waz-zunuba kama yanfil-kiru khabathal-hadidi waz-zahabi wal-fiddati wa-laisa lilhajjil-mabruri thawabun dunal-jannati.’ (Yang bermaksud: Ikutilah antara haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya boleh menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana pandi (i.e. ubupan (furnace)) menghapuskan kekotoran (i.e. karat-karat) besi, dan emas dan perak; dan tiada (balasan) bagi haji mabrur pahala kecuali syurga.’) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan Haji). 
Hari qiran’ mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan satu ikhram dan Tawaf di atas kenderaan yang dibawa atau ditunggang. Rasulallah (s.a.w) Tawaf Ifadah/Haji mengelilingi Ka’abah dengan menaiki untanya, yang kemudiannya dijadikan haiwan qurban. Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad iaitu dia berikhram mengerjakan haji kemudian dalam ikhram yang sama mengerjakan umrah. Para sahabat lain kebanyakkannya mengerjakan Haji Tamattuk iaitu mengasingkan kedua-dua ibdah tersebut – mengerjakan Umrah dahulu kemudian baru mengerjakan Haji dalam dua ikhram yang berasingan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment