Sunday, August 23, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam bahagian ke-7 posting ini, kita teligi pulabeberapa ketetapan Islam mengenai ibadah haji dan umrah.
Saudara, jema'ah haji dan umrah itu memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Allah (a.w), kerana keduaduanya adalah tetamu Allah (a.w). Maka sebagai tetamu Zat Yang Maha Agung, pastilah diberikan layanan yang istimewa pula. Dalam konteks haji dan umrah diberi ganjaran pahala yang terbaik.
Namun, harus diingati bahawa setiap amalan dan ibadah fadhu dan sunat itu bergantung kepada ibadah utama Islam iaitu Solat. Sesiapa yang tak sempurna solatnya maka pastilah nilaian haji dan umrahnya kurang sempurna pula di sisi Allah (a.w). Sesiapa yang mencemari ibadah haji dan umrahnya, maka pastilah Allah (a.w) tidak memberi ganjaran pahala terhadap ibadahnya. Disinilah pentingnya kita fahami bahawa bida'ah mencemarkan setiap dan semua amalan dan ibadah. Oleh itu ilmukan diri dan fahami Islam berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya tidaklah kita mengerjakan amalan dan ibadah yang sia-sia semata-mata.

Kefadhalan serta pahala Haji

(-)        Tetamu Allah (a.w) 

Saudara, dalam Islam ada 3 kategori teteamu Allah (a.w), dua adalah orang yang ke Mekah hendak menunaikan ibadah haji dan umrah.
Diriwayatkan hadith dari Mahramah hadith dari bapanya berkata: ‘Mendengar aku Suhail bin Abi Soleh berkata: ‘Mendengar aku bapaku berkata: ‘Aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tetamu Allah (a.w) itu ada tiga golongan: (Golongan pertama) ‘al-ghazi (orang yang berperang pada jalan Allah (a.w), yakni membela agama Islam), (Golongan kedua) wal-hajji (dan orang yang mengerjakan atau menunaikan haji) dan (Golongan ketiga) wal-muktamiru (dan orang yang mengerjakan umrah).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.

(-)        Haji dan umrah menghapus kefakiran dan dosa 

Saudara, hadith di bawah ini memberitahu kita bahawa walaupun kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk haji dan umrah, namun kemanfaatnannya amat besar. Pertama, kita berpeluang menghakis segala dosa kita. Kedua, Allah (a.w) berjanji menggantikan segala perbelanjaan yang kita belanjakan dan tidak akan jatuh papa atau kesusahan kerana mengerjakan haji.
Diriwayatkan hadith dari Syaqiq hadith dari Abdullah bin Masud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabi’una bainal hajji wal-‘umrati fainnahuma yanfiyanil faqra waz-zunuba kama yanfil kiru khabathal-hadidi walz-zahabi wal-fiddati walaisa lilhajjatil mabrurati illal jannah.’ (Yang bermaksud: Aku menyuruh kamu mengerjakan haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya menghapus dari kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana penyembur api (furnace) (yang digunakan oleh tukang besi dsbnya) melebur atau membersihkan besi dan emas dan perak dari karat-karatnya dan tidaklah (mendapat ganjaran) haji mabrur (yang baik) kecuali mendapat syurga.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji. 
Ganjaran Haji Mabrur adalah syurga. Segala perbelanjaan yang dibelanjakan untuk ibadah haji akan diganti oleh Allah (a.w) semula, maka tidak akan menjadi miskin dan fakir orang yang berbelanja kerana menunaikan ibadah haji.

(-)        Haji mabrur 

Saudara, hadith ini menyebutkan jikalah kita mampu - sekuat mampu - beruaha menjaga dua perkara yang disebutkan dalam hadith ini, kita Berjaya mendapat haji mabrur yang mengembalikan kita dalam keadaan fitrah sebagimana kita dilahirkan dahulu tanpa dosa. Syaratnya kita mengerjakan haji penuh ikhlas - maksudnya kerana ketaqwaan kita (rasa cinta kepada Allah (a.w), rasa takutkan siksaanNya dan mengharapkan balasan syurga dari setiap amalan dan ibadah kita), dan tidak 'yarfuth' dan tidak 'yamsuq', maka haji mabrur itu dalam tangan kita, insya Allah.
Abi Hazim berkata mendengar dia Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja lillahi falam yarfuth wala yamsuq raja’a kayaumi waladathu ummuhu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan haji (dengan murni dan ikhlas semata-mata) kerana Allah (a.w) dan tidak menyetubuhi isterinya (ketika berikhram) dan melakukan pelanggaran (yakni, dalam pantang larang berikhram) maka kembali dia pada hari qiamat seumpama anak kecil yang dilahirkan oleh ibunya (i.e. dalam keadaan fitrah, yakni tanpa dosa).) - Hadith Bukhari & Muslim, Kitab Haji. 
Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa Haji Mabrur itu didapati dengan menepati dua syarat yang disebutkan Ayat 197, Surah al-Baqarah , iaitu ‘la yarfuth dan ‘wala yamsuq’ ‘la-jidal’. Nota ‘ar-rafasa’ = kesemua kelakuan yang mempersungguh untuk menjimak isteri; ‘al-Fusuka’ = Menentang kesemua pantang larangnya; ‘al-Jidal’ = membantah atau bantah membantah atau bertengkar atau bergaduh (yakni, bergaduh lelaki dengan rakannya). 
Diriwayatkan hadith dari Fadil bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang menjaga mulutnya (i.e. kata-katanya) dan pendengarannya (i.e. telinganya) dan pemandangannya (i.e. matanya) pada hari Arafah diampuni baginya (dosanya) dari Arafah hingga ke Arafah (yang akan datang).’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda (kepadanya): ‘Wahai anakku (Ali) dan saudaraku (Abbas) ini hari (hari Arafah) adalah hari yang memiliki dalamnya dengan mata kecuali dari yang haq, dan pendengaran kecuali yang haq dan perkataan atau kata-kata kecuali yang haq, diampuni bagi orang itu’ yakni, hari Arafah.’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal. 
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) (b Abdullah) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang telah menyelesaikan pada ibadah haji dan selamat orang Islam dari mulutnya dan tangannya diampunkan baginya apa-apa yang telah mendahulukan mereka dari dosa-dosanya.’ - Hadith riwayat Abdul Hamid dalam Kanzil Umal.

(-)        Tanda-tanda haji mabrur

Saudara, tanda-tanda orang yang mendapat taraf haji mabrur itu adalah dia sentiasalah suka menjamu dan memberi makan kepada orang lain - i.e. dermawan dia, dan dia sentiasalah tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati orang lain.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad al-Munkadiri hadith dari Jabir (r.a) berkata: ‘Ditanya seseorang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah haji yang baik?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘It’amut-to’am wa-toibul kalam.’ (Yang bermaksud: Memberi makan akan makanan (yakni, bersedekah), berkata-kata (i.e. ketika bercakap, maka bercakap) dengan kata-kata yang baik-baik.) - Hadith Hakim di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik.

(-)        Hijrah orang tua dan wanita 

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa bagi kita yang kurang mamou brjihad fi sabilillah (membela agama Allah (a.w)) - jihad bagi kita yang tua, yang uzur, yang perempuan dan kanak-kanak, adalah menunaikan ibadah haji.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jihadul kabiri was-soghiri wad-do’ifi wal-marati al-hajju wal-‘umratu.’ (Yang bermaksud: Jihad bagi orang tua dan kanak-kanak dan yang daif (yakni, orang dewasa yang lemah dari berjihad dengan diri dan hartanya dalam jalan Allah (a.w) kerana sakit dan sebagainya) dan jihad bagi wanita adalah (mengerjakan) haji dan umrah.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.

(-)        Gandaan pahala perbelanjaan untuk haji dan umrah 

Saudara, mungkin ada diantara kita yang beranggapan bahawa mengadakan secukup sumber untuk menunaikan haji itu banayk, dan menghabiskan sumber kita.Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa segala perbelanjaan yang kita keluarkan untuk tujuan menunaikan haji adalah dikira membelanjkan sumber untuk berjuang pada jalan agama Allah (a.w). Maka jelaslah begitu besarnya pahala berbelanja kerana mengerjakan haji dan umrah.
Menceritakan hadith oleh ‘Atak bin Sai’ hadith dari Abi Zuhair hadith dari Abdullah bin Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘An-nafaqatu fil-hajji kal-nafaqati fi sabilillahi bisab’i miati di’fin.’ (Yang bermaksud: Adapun nafkah (atau perbelanjaan atau biayaan) di dalam haji (yakni, kerana mengerjakan) (adalah) seumpama perbelanjaan dalam fi sabilillah (yakni, perbelanjaan membela agama Allah) (dan mendapat pahala) dengan gandaan 700 gandaan.) - Hadith Ahmad, di dalam Musnad.
Bukan sahaja pahala berbelanja itu seumpama pahala berbelanja kerana fi sabilillah, digandakan pula oleh Allah (a.w) menjadi 700 kali gandaan berbelanja fi sabilillah pula.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment