Assalamualaikum,
insya Allah hari ini adalah hari akhir bulan Syawal dan masuklahbulan Zukaedah, dan kemudian Zulhijjah. Amalan dan ibdah yang terutama dalam bulan Zulhijjah adalah ibadah haj yang diwajibkan atas setiap orang Islam yang beriman dan yang mapu mengadakan peruntukan untuk ke Mekah mengerjakan haji dan meninggalkan secukuo bekalan untuk ahli keluarganya yang ditinggalkan di tanah air sepanjang mengerjakan ibadah Haji tersebut.
Kita diberitahu 'Bulan Haji' itu bermula pada 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Sesiapa yang mengerjakan umarah dalam bulan haji ini dikenakan membayar dam seekor kibas bagi SETIAP umrah yang dikerjakannya. Malangnya, ramai umat Islam yang terkeliru dan dikelirukan oleh psrs guru dn ustaz yang membimbingnya dalam urusan haji dan umrah, yang mengatakan bahawa mengerjakan umrah dalam bulan haji dikenakan dam seekor kibas walau sekerap manapun mereka kerjakan umrah! Ini adalah suatu kesilapan.
Saudara, insya Allah mengambil hakikat bulan haji ini dan kita difahamkan batch pertama rombongan haji adalah pada 18 Ogos ini - dua hari dari sekarang. Mereka sudahpun menjalani kuluyah atau kursus haji yang diberikan oleh Tabung haji atau syarikat swsta yang mendapat permit dari Tabung Haji untuk mengadakan latihak tersebut.
Insya Allah damulai post ini dan beberapa post yang akan datang kita akan bincangkan segala sesuatu yang penting jema'ah haji ketahui dan fahami berdaarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - as-Sunnah - bagaimana mengenrjakan ibadah haji yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Harus diingati bahawa mengerjakan haji - segala rukun-rukunnya yang berlainan dari atau bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) membatalkan haji tersebut. Kerana wajib diingatkan segala amalan dan ibadah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diajarkan oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu atau mengutuskan malaikat Jibril (a.s) turun ke langit dunia menemui Rasulallah (s.a.w) dan memberitahunya dan mengajarnya serta memberi contoh bagaimana mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah itu sekiranya perlu di perjelaskan, supaya Rasulallah (s.a.w) faham dan boleh menyampaikannya kepada umat manusia. Segala amalan dan ibadha yang menepati as-Sunnah diterima Allah (a.w), amalan selainnya ditolah oleh Allah (a.w). Inilah ketetapan Ayat 7: al-Haysr dan Ayat 80: an-Nisa' dan ketetapan induk Ayat 13: an-Nisa'.
Insya Allah kita akan teliti sejelas-jelasnya bagaimanakah hendak mengerjakan iadah haji dan umrah yang menepati ketetapan as-Sunnah, i.e.sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Ambillah daripadaku cara dan kaedah kalian mengerjakan ibadah (haji dan umrah) . Mudah-mudahan Allah (a.w) memberi kesempatan kepada saudara/saudari yang ingin menunaikan haji tahun ini menyemak ilmunya dan memperbetulkan segala-galannya supaya amalan hai kita diterima dan mendapat haji mabrur. Tidak ada Haji Mabrur kalau ibadah haji kita tidak menepati as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment