Saturday, August 1, 2015

Puasa Enam Hari Syawal

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Apakah amalan yang Islam gesa umatnya untuk amalkan dalan bulan ini demi mencari pahala sebagai simpanan akhirat? 
Dalam post yang lalu kita telahpun maklum bahawa seseorang Islam berkemungkinan mendapat syurga setelah dibersihkan dari dosanya dan dia kembali ke dalam keadaan fitrah seumpama dilahirkan oleh ibunya dahuu - bersih tanpa dosa, jikalah dia berjaya berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadhan yang sebaik mungkin. Apakah kita termasuk dalam golongan tersebut? Kita dan Allah (a.w) tahu.
Ramai ulama' yang faham ilmu mengenai Islam merassa begitu sedih dan terharu apabila berlalunya Ramadhan kerana, walaupun sudah dibersihkan, namun dia masih diberi nyawa oleh Allah (a.w), maka berkemungkinan dia menjadi kotor semula selepas Ramadhan, maka jika tidak menemui Ramadhan yang akan datang, tidak berkemungkinanlah dia dapat menghakos dosa-dosa yang didapati sepanjang tahun mulai Syawal 1636 akan datang.
Saudara, mudah-mudahan kita dapat bertahan untuk mengekalkan hidup yang tidak menimbulkan dosa kepad kita dan membuat segala sesuatu untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala demi kesejahteraan akhirat kita. Semasa hiduplah kita melabur untu kebajikan akhirat kita - ketika sihat, ketika waras, ketika berkelapangan, dan ketika mampu fisikal kita melakukannya.
Kita diberitahu dalam Islam bahawa satu amalan dalam bulan Syawal ini jika kita kerjakan setelah kita mengerjakan puaa Ramadhan sebulan, itu kita diberi ganjaran pahala seolah-olah berpuasa setahun. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) para sahabat ada yang begitu bermotivasi menyebut kepad Rasulallah (s.a.w) keinginan mereka untuk berpuasa sepanjang tahun dan beribadah sepanjang masa. Rsulallah (s.a.w) menegah mereka berbuat sedemikian kerana tubuh badan manusia itu perlukan haknya untuk rihat dan untuk makan dan minum dan keluarga seseorang itu perlukan haknya iaitu supaya bergaul dengan bail dengan meeeka. Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) menyuruh para sahabat supaya mengerjakan puasa enam hari dalam bulan Syawal - Puasa Enam. Sesiapa yang penuh puasa Ramadhannya dan kemudian ditambah dengan Puasa Enam ini dia diberi gajanran pahala seumpama berpuasa setahun/sepanjang tahun. 
Menceritakan hadith daripada Said ibni Qais hadith daripada Umara bin Thabit bin Harith al-Hazraji, hadith daripada Abu Ayub al-Ansari (r.a) yang berkata bahawasanya hadith ini daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian mengikuti puasa itu dengan (puasa) enam hari dalam bulan Syawal, ada (dia) seperti berpuasa setahun.’ - Hadith Muslim, Kitab Siam. 
Hadith di atas itu memberikan ketetapan as-Sunnah, sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan dan kemudian enam hari pula dalam bulan Syawal mendapat ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun. 
Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban, hamba merdeka kepada Rasulallah (s.a.w) berkata hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa enam hari sesudah Raya Fitri, ada sempurna (puasanya) setahun.’ [Merujuk kepada firman Allah (a.w) di dalam al-Quran (ayat): ‘Man jaa-a bilhasanati falahu ‘asrun amthaliha.’[Ayat 160, Surah al-An’am][Maksud ayat: Barangsiapa mendatangkan kebaikan (yakni, berbuat amalan baik) maka baginya (ganjaran pahala) sepuluh seumpamanya (yakni digandakan sepuluh kali ganda)] - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Dari segi logiknya, mudah difahami mengapa berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan kemudian menyambung Puasa Enam, kita seumpama brpuasa setahun? Kita diberitahu dalam Islam setiap amalan kebaikan yang kita kerjakan, kita mendapat gandaan pahala sekurang-kurangnya 10 ganjaran - rujuk Ayat 160: al-An'am di atas itu. Jika begitu, sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan 30 hari x 10 = 300 hari - seolah-olah berpuasa 300 hari. Ditambah dengan Puasa Enam pula - 6 x 10 = 60 hari. Justeru itu, 300 + 60 = 360 hari. Dalam bulan Islam - Kalender Qamariah, setahun adalah 360 hari. Jadi, setelah sempurna Puasa Ramadhan dan ditambah dengan Puasa Enam hari dalam bulan Syawal kita mendapat ganjaran pahala paling minma seumpama berpuasa 360 hari atau setahun.
Begitu juga dengan Puasa Tiga Hari sebulan. Sebulan 3 hari jadi 11 bulan x 3 = 33 hari x 10 gandaan pahala sehari = 330 hari, juga merupakan seumpama berpuasa sepanjang tahun. Bila dimasukkan puasa Ramadhan, maka lebih dari setahun hakikatnya.
Selain itu, umat Islam disuruh berpuasa setiap dua hari seminggu pada hari Isnin-Khamis setiap minggu. Ada 52 minggu setahun, maka 52 - 4 minggu dalam bulan Ramadhan, tinggal 48 minggu x 2 = 96 hari x 10 gandaan = 960 hari lebih banyak lagi ... ganjaran pahala yang kita dapati!
Saudara, ambillah peluang keemasan ini. Kita hanya boleh menyediakan untuk akhirat kita selama mana kita masih diberi nyawa oleh Allah (a.w) dan diberi kekuatan untuk mengerjakan amalan dan ibadah.
Saudara, mungkin ada yang ingin tahu bagaimana pula wanita yang semestinya setiap bulan akan mengalami haid sekurang-kurangnya 7 hari? Maka kerana itu puasa Ramadhannya tidak cukup. Bolehkan mereka juga mendapat ganjaran yang disebutkan dalam hadith tersebut?
Jawapannya: Boleh dengan syarat dia hendaklah mengqadakan puasa Ramadhan yang dia tertinggal itu dalam bulan Syawal, walaupun Islam, berdasarkan hadith, memberi kelonggaran yang dia boleh mengganti puasa Ramadhanya yang tertinggal pada bila-bila masa, seblum masuknya Ramadhan yang akan datang. Maka dengan itu, wanita sedemikian itu boleh mempercepatkan penggantian puasa 7 hari yang tertinggal dalam bulan Syawal dahulu, kemudian berpuasa pula 6 hari sebelum berakhir Syawal, maka dia juga mendapat ganjaran puasa setahun tersebut. Jika dibayarnya puasa Ramadhan yang tertinggal pada lain-lain bulan dan dia kerjakan Puasa Enam itu, tidaklah dia dapat ganjaran pahala serahun tersebut.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. masha allah artikel yg bagus, terima kasih sudah sharing insha allah akan menjalankannya..

    ReplyDelete