Saturday, August 22, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam Bahagian ke-5 kuliyah kita teliti apakah niat yang kita perlu lafazkan ketika hendak memulakan proses haji atau umrah setelah memakai Ikhram dan bersolat dua rakaat di Miqat.
Saudara, dalam Islam 'niat' adalah lintasan hati dan tidak dilafazkan kecuali beberapa ibadah yang memerlukan niat dijelamkan melalui ucapan atau kata-kata, satu-satunya adalah ibadah haji dan umrah.

Niat mengerjakan haji dan umrah 

Saudara, kewajipan mengerjakan haji itu turun dengan turunnya firman Allah (a.w) ini.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-atimmu hajja wal-‘umrata lillahi ...’ (Yang bermaksud: Dan kerjakanlah haji dan umrah semata-mata (i.e. murni amalannya, ikhlas) kerana Allah (a.w) ...) - Ayat 196: al-Baqarah. 
[Nota: Nas dan dalil menunjukkan bahawa ibadah haji dan umrah itu diniatkan semata-amata kerana mentaati perintah Allah (a.w). Dan, satu umrah itu diwajibkan. Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) bahawa segala sesuatu amalan/ibadah itu diniat sejajar dengan Ayat 36: al-Isra’Wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu’ (Yang bermaksud: (Segala amalan/ibadah dikerjakan) kerana mengharapkan kerahamatan Allah (a.w) (maksudnya, untuk mendapat syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (maksudnya, siksaan dalam neraka). 
Dalam Islam secara khusus ‘niat’ diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam dua ibadah fardu, iaitu dalam Wudu’ memulakan wudu’ dengan menyebut Bismillah’, dan niat untuk ibadah haji/umrah melafazkan niat:Labbaika, Allahumma hajjan/umratan’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu, ya Allah untuk mengerjakan haji/umrah). Tidak ada lafaz niat seumpama ‘Nawaitu …’ ketika mengambil wudu’ dan ‘Usolli …’ ketika memulakan solat. Solat dimulakan dengan mengangkat kedua tangan dan terus melafazkan Takbir (maksudnya, Takbiratu Ikhram), berdasarkan perintah Rasulallah (s.a.w): Faiza qumta ilas-solati fakabbir’ (Yang bermaksud: Ketika berdiri kalian untuk bersolat maka Takbirlah (yani, baca Allahu Akbar) – al-Hadith.)

(-)        Ibadah haji itu ditetapkan waktu dan masanya 

Firman Allah (a.w): ‘Alhajju asy’urun ma’lumatun ...’ (Yang bermaksud: Bahawasanya haji itu syiar Allah (a.w) (yakni, syiar atau syariat Islam, yang diketahui semua ...) - Ayat 197: al-Baqarah. 
[Nota: ‘Musim haji itu’ telah ditentukan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)] semasa beliau mengerjakan Haji Wada’ – iaitu mulai 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Ibadah haji itu bermula ketika jema'ah haji bertolak ke Arafah iaitu mulanya Waktu Wukuf di Arafah setelah tergelincir matahari (i.e. masuknya waktu Zohor).]

Manasik/peraturan – Cara dan kaedah mengerjakan haji dan umrah 

Dalam Islam terdapat dua ibadah yang mewajibkan kita melafazkan niat secara formal, tidak setakat mangqasadkan dalm hati: iaitu pertama, ketika berwudu’; dan kedua, ketika melaksanakan haji/umrah. Ibadah dan amalan yang lain memadai lintasan hatu sahaja, seperti solat, puasa. Dan zakat. 
Dalam urusan haji kesemua cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji (termasuk ibadah umrah) telah ditetapkan dan didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Peraturan mengerjakan haji dan umrah – rukun qalbi (niat), rukun fe’li (perlakuan/perbuatan) dan rukun qaulinya (bacaan/ucapan) telah didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).Wajib akur dengan ketetapan tersebut kerana kesemua ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah mutlak, wajib diikuti dan dipatuhi, untuk mempastikan ibadah haji dan umrah kita itu sah dan diterima Allah (a.w) – Ayat 7: al-Haysr, Ayat 80: an-Nisa’, Ayat 31: ali-Imran dll dan as-Sunnah. 

(-)  Panduan haji dan umrah adalah as-Sunnah

Cara dan kaedah terperinci bagaimana mengerjakan ibadah haji dan umrah disebutkan dalam perintah induk Rasulallah (s.a.w) berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi. 
Rasulallah (s.a.w) hanya berhaji sekali – Haji Wada’ – dan tak lama kemudian beliaupun wafat. Ketika di Arafahlah beliau berkhutbah yang antara isi khutbahnya beliau menyebutkan bahawa syariat Islam itu sudah disempurnakan (dengan turunnya Ayat 3: al-Maidah). Nabi (s.a.w.) mengerjakan Haji Qiran – mengerjakan haji dan umrah dalam satu ikhram (i.e. berikhram sekali) – haji dahulu kemudian baru buat umrah. Haji Qiran kerana beliau Tawaf di atas tunggangannya (unta), dan unta itu dikurbankan pada 10 Zulhijjah. Banyak hadith menyebutkan praktikal haji itu, yang dijadikan perintah dalam hadith di atas dan menjadi ketetapan haji dan umrah yang benar.

(-) Niat haji/umrah itu telah ditetapkan

Saudara, umat Islam diajarkan niat haji membaca: 'Nawaitu hajjan wa-ikhramtu biha ... ' dan seterusnya. Satu bacaan niat yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah tetapi hanya ciptaan para ulama' semata-mata. Justeru itu, niat tersebut adalah pembaharuan dalam perkara agama dan terbatal ibadah haji menggunakan kalimah-kalimah sedemikian. Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita umatnya bahawa lafaz niat haji/umrah itu adalah spt yang disebutkan di atas tadi.

Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalam-O-Alikum

    Hajj is an annual religious pilgrimage to Mecca undertaken each year by 2-3 million people. The approximate dates for the 2017 Hajj are August 30 to September 4..
    If You are From Muslim Community of United Kingdom and wants to perform Hajj or Umrah then you can choose our
    Cheap Hajj & Umrah Packages 2017

    ReplyDelete
  3. Haramayn Group is the biggest system encouraging worldwide Umrah & Hajj Tour Operators in various ways.Hajj Travel Agents can search and book top and 5 star accommodations for their guests through our provided system. We have established a mechanism of white label which will let you improve you efficiency of dealing with the customers.

    ReplyDelete