Friday, August 28, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam Bahagian ke-14 post kita dalam siri ini kita teruskan meneliti keistimewaan beberapa lagilandmark Islam, iaitu Masjid Quba. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina oleh Rasulallah (s.a.w) setlah berhijrah ke Madinah. Dan, kerana kelebihan tersebut, sesiapa yang bersolat solat sunat dua rakaat di dalamnya diberikan ganjaran pahala selain pahala solat sunat, ganjaran seumpama mengerjakan satu umrah. Alangkan pemurahnya Allah (a.w) keoada hambaNya!

Kefadhalan Masjid Quba

Saudara, apabila saudara berkesempatan ke Mekah atau Madinah, terutama ketika di Madinah, berusahalah untuk mengerjakan solat sunat di Masjid Quba.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) datang ke masjid Quba untuk solat di sana, kadang-kadang berkenderaan dan ada kalanya berjalan kaki.’ (Nota: Pada riwayat lain: ‘tiap-tiap hari Sabtu’) - Hadith Muslim.
Di dalam hadith di bawah ini disebutkan bahawa bersolat satu solat sunat (2 rakaat) di Masjid Quba mendapat ganjaran pahala seumpama satu umrah.
Ketetapan yang serupa juga disebutkan dalam hadith berikut dari riawayat Shahli.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad bin Sulaiman al-Karmani berkata: ‘Aku mendengar Aba Umamah bin Sahli bin Hunaifin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man haraja hatta yakti hazal masjida masjida Quba fasolla fihi kana lahu ‘adla umratin.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa keluar sehingga sampai ke masjid Quba maka (kemudian) bersolat di dalamnya (dua rakaat solat sunat) adalah baginya pahala seumpama mengerjakan satu umrah.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Masjid.
Maka dengan itu sesiapa yang berkesempatan ke Madinah, mereka diajak menziarahi Masjid Qubah ini - masjid yang terawal dibangunkan oleh Rasulallah (s.a.w). Bersolat sunat dua rakaat di dalamnya diberi ganjaran seumpama paha satu umrah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment