Friday, August 28, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan lagi penelitian kita tentang beberapa lagi keistimewaan yang seharusnya - bila kita berkesempatan - dalam Bahagian 15 ini, kita diperingatkan suoaya tidak mengabaikannya, di sebutkan dalam hadith berikut. Tapi, malangnya majoriti umat Islam yang datang ke Mekah dan Madinah, sering menghabiskan masa membuat pelbagai perkara yang tidakpun mendatangkan sebarang manfaat, spt membeli belah. Sepatutnya, bagi orang iman yang sedar bahawa dia perlu membuat banyak persiapan untuk akhiratnya - satu kehidupan yang kekal yang pasti dilalui, adalah menyediakan banyak bekalan untuk kebajikan akhirat. Antaranya memaksimumkan manfaat yang mngkin ketika berada di kedua-dua tanah suchi itu - Madinah dan Mekah.

Memanfaatkan masa di dalam Masjidil Haram/Kaabah

(-)        Menghabiskan masa di dalam Masjidil Haram 

Diriwayatkan hadith dari Auza’i dari ‘Atak dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallah ta’ala yunzilu fi kulli yaumin wa-lailatin ‘isrina wamiata rahmatin yanzilu ‘ala hazal baiti sittuna lit-toifina wa-arba’una lil musollina wa-‘isruna lin-nazirina.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang maha Agung menjadikan (i.e. menurunkan) bagi setiap hari dan setiap malam seratus dua puluh (100+20) kerahmatan atas masjid Baitullah ini (i.e Masjid al-Haram), 60 kerahmatan untuk orang-orang yang tawaf, 40 kerahmatan bagi orang yang bersolat dalam Baitullah dan 20 kerhamatan bagi orang yang melihat Baitullah (atau Ka’bah) (i.e. memandang ke arahnya sambil berdo’a).) - Hadith Tobrani. 
[Nota: Sesiapa yang berpeluang berada di Masjidil Haram, eloklah dia memperbanyakkan amalan di dalam Masjidil Haram kerana: pertama, mengerjkan Tawaf sunat mendapat 60 kerahmatan; kedua, mengerjakan solat sunat mendapat 40 kerahmatan; dan ketiga, berdo’a sambil memandang ke arah Ka’abah, mendapat 20 kerahmatan, mejadikan jumlahnya 120 kerahmatan pada siang harinya dan begitu juga pada malam harinya. Kerahmatanlah yang membolehkan seseorang itu mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Selain, segala amalan dalam Masjidil Haram diberi gandaan pahala sebanyak 100,000 kali gandaan pula.]

(-)        Berdo’a di Multazam 

Saudara, antara tempat yang mustajab kita berdoa adalah di Mutazam.
Mencerita Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ - Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik. 
Saudara, Multazam itu di mana? Ianya adalah di tepi Ka'abah duduknya antara Sudut Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah. Hari ini kerana begitu ramainya manusia yang mengambil peluang untuk kekal berpaut di kawasan tersebut kerana ingin mencoum Hajar Aswad tidak mungkin dapat kita berdoa - lebih-lebih lagi berdoa cara Rasulallah (s.a.w) berdoa - di kawasan Multazam itu.
Hadith ini menceritakan perlakuan Rasulallah (s.a.w) berdo’a di Mutazam – dia melekapkan tubuhnya dengan tangan kanannya di angkat ke atas sementara tangan kirinya diletakkan di bawah, sementara pipi kanannya diletakkan di dinding Ka’abah, sambil berdo’a. Kerana ramainya manusia berada di sekeliling Ka’abah tidak mungkin perlakuan ini dilakukan sekarag ini.

(-)        Cara berdo’a selepas mengusap Hajar Aswad 

Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Safuan berkata: ‘Nescaya apa-apa sesudah penaklukan kota Mekah oleh Rasulallah (s.aw) berkata aku: ‘Nescaya ketika memakai aku pakaianku dan adapun aku di rumahku yang letaknya di atas salah satu jalan (ke Mekah), maka melihat aku bagaimana berbuat Rasulallah (s.a.w). Maka berangkat aku, maka melihat aku akan Nabi (s.a.w) sungguh-sungguh sudah keluar dari Ka’bah dan dia dan para sahabat sungguh-sungguh mengusap Baitullah dari pintu al-Hatim dan sunggh-sungguh meletakkan pipinya atas (dinding) dan Rasulallah (s.a.w) di tengah-tengah mereka.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik 
Sila rujuk nota di atas. Hadith yang serupa dari perawi yang lain adalah seperti hadith di bawah ini. 
Menceritakan Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ - Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik

(-)        Minum air zamzam sedang berdiri 

Diriwayatkan hadith dari ‘Asim dari Sya’biyi bahawasanya Ibnu Abbas (r.a) menceritakan hadith berkata: ‘Berhenti sebentar Rasulallah (s.a.w) dari zam-zam dan minum dia (air zam-zam) sedangkan dia sedang berdiri (yakni, keadaannya berdiri).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Hadith ini menyebutkan cara minum air zam zam, iaitu minumnya dalam keadaan berdiri, membaca ‘Bismillah’ kemudian membaca do’a khususnya dan disudahi dengan menyebut ‘Alhamdulillah’.
Peringatan: Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu kebaikan hendaklah dimulakan dengan menyebut ‘Bismillah’ dan setiap kali kita mendapat manfaat atau cubaan atau musibah sebutlah ‘Alhamdulillah’.

(-)        Adab Ketika minum air zamzam dan ketika selesai minum 

Diriwayatkan hadith dari Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Bakrin berkata: ‘Adapun aku di sisi Ibnu Abbas (r.a) sedang duduk, maka datang seorang lelaki maka berkata dia (i.e. bertanya): ‘Dari mana kamu datang?’ Berkata (lelaki): ‘Dari Zamzam’, berkata Ibnu Abbas: ‘Maka meminum engkau darinya sebagaimana yang kami buat?’, berkata dia: ‘Bagaimana?’, berkata Ibnu Abbas: ‘Ketika minum darinya maka menghadaplah ke Kaabah dan bacalah ‘Bismillah’ dan bernafaslah (yakni, minum tegukan) tiga kali dan ketika selesai minum maka ucaplah ‘Alhamdulillah’ kepada Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung’, sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya tanda-tanda (yang membezakan) apa-apa antara kami (orang Islam dan beriman) dan orang-orang munafiq, (adalah, orang munafiq) tidak minum mereka air zam-zam.’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik.

(-)        Do’a ketika minum air zamzam 

Diriwayatkan hadith dari Mujahid hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Air zam-zam itu nescaya sesiapa meminumnya mengenyangkan.’ Berkata (Mujahid): ‘Dan adapun Ibnu Abbas ketika meminum air zamzam berkata (berdo’a): ‘Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’an, wa-rizqan wasingan, wa-syifaan min kulli dain.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku meminta padaMu ilmu yang bermanfaat (yakni, berguna untuk dunia dan akhiratku) dan rezki yang luas (yakni, banyak serta berterusan tidak putus-putus) dan disembohkan dari setiap penyakit, supaya tidak terganggu beribadah kepadaMu.) - Hadith Imam Hakim dalam Mustadrak, Kitab Manasik. 
Do’a ketika minum air zam zam dengan dimulakan dengan menyebut 'Bismillah' dan air zam zam diminum dalam tiga tegukkan, sambil memandang arah Ka'abah, dan selepas minum sebutlah 'Alhamdulillah' dan baca do'a tersebut. Do'a itu boleh dibaca setelah menyebut 'Bismillah'.

(-)        Bersolat di dalam Hijir Ismail 

Saudara, Hijir Ismail adalah kawasan semi-circle di sebelah Ka'abah, yang seringkali dipenuhi oleh manusia. Kalau nak bersolat terpaksalah kita bersempit dan berhimpit. Di sana juga mustajam berdo'a.
Diriwayatkan hadith dari ‘Alqamah Ibni Abi Alqamah hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun aku suka apabila memasuki Baitullah maka bersolat di dalamnya, maka memegang akan aku oleh Rasulallah (s.a.w) dengan tangannya, maka memasukkan aku ke dalam Hijir (Ismail), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Solla fil hijri in aradti duhulul bait fainnama hua qit’atun minal baiti walakin qaumakis taqsaruhu hina bauwulka’bata fa-akhrajuhu minal baiti’ (Yang bermaksud: Bersolat di dalam Hijir (Ismail) sungguh-sungguh mengkehendaki engkau masuk ke dalam Ka’abah, maka sesungguhnya Hijir itu sepotongan /sebahagian dari Ka’bah, akan tetapi kaum kamu memendekkan mereka (Ka’bah) ketika membangunkan (yakni, membina) Ka’bah, maka mengeluarkannya dari Ka’bah’.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji. 
Kawasan Hijir Ismail adalah sebahagian daripada binaan Ka’abah. Maka ketika Tawaf tidak dibolehkan lalu mengelilingi Ka’bah dengan masuk kawasannya. Hijir Ismail ini merupakan sebahagian daripada Ka'bah tetapi semasa membinanya umat Islam tidak memiliki cukup sumber, maka hanya kawasan empat segi tepat (square) sahaja dibina dengan sempurna. Maka tidaklah Ka'bah itu terbina sebagaimana dicadangkan awalnya sebagai empat segi lonjong (rectangle). Diberikan ganjaran pahala yang besar bila bersolat sunat di dalam kawasan Hijir Ismail.

(-)        Asal usul Hajar Aswad 

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diturunkan (oleh Allah (a.w)) Hajar Aswad (batu hitam) (dari syurga) dan batu itu (asalnya) terlebih sangat putih warnanya dari (warna putih) susu, maka menghitamkannya oleh beberapa kesalahan (yakni, dosa) anak-anak Adam.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.

(-)        Hajar Aswad mempersaksikan mereka yang Tawaf 

Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin berkata: ‘Aku mendengar Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Nescaya sungguh akan datang ini Hajar (Aswad) pada hari Kiamat dan padanya ada dua mata yang melihat kedua-duanya dan (padanya ada) mulut yang akan bercakap (berkata-kata) dan menyaksikan atas orang yang mengusapnya dengan benar (yakni, kerana Allah (a.w)).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (=Tatacara) Haji.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment