Wednesday, August 26, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi post kita tentang ketetapan dasar mengenai ibadah haji dan umrah. Dalam Bahagian ke-12 ini kta teliti pakah yang istimewa ketika berada di Mekah, terutama dalam Masjidil Haram, keistimewaan berpuasa Ramadhan di Mekah, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan, dll. Kesemua ini adalah bertujuan supaya kita tahu pelaburan akhirat apakah yang banyak dividen akhiratnya, insya Allah.

Keistimewaan Masjidil Haram 

Diriwayatkan hadith dari Jubairin b Mut’im bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ya Bani Abdi Manaf, la tamna’unna ahadan tofa bihazal-bait wa-solla aiya satin sya-a min laili au nahari.’ (Yang bermaksud: Wahai Bani Abdil Manaf! Jangan mencegah (atau melarang) kamu seseorangpun Tawaf dengan ini Baitullah dan (jangan melarang seseorang) bersolat dia dalam waktu mana (atau mana-mana ketika) yang mengkehendaki dia dari waktu malam ataupun waktu siang.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan Haji) 
Bani Abdul Manaf adalah keluarga yang diberikuasa oleh Rasulallah (s.a.w) mentadbir-uruskan Masjidil Haram. Hadith ini adalah nas dan dalil bahawa tiada batasan waktu bagi solat di Mekah. Di tempat-tempat lain ada 3 waktu haram; iaitu ketika matahari terbit, ketika matahari tegak, dan ketika terbenam matahari. Umat Islam ditegah mengerjakan sebarang solat dalam tiga waktu ini. Justeru itu, jika terlena atau terlupa, maka kita terjaga/tersedar dari lupa ketika 3 masa haram ini, maka tunggu dahulu kira-kira 20 min sebelum bersolat.

Mengerjakan Umrah bulan Ramadhan 

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘’Umratun fi Ramadhana ta’dilu hajjatan.’ (Yang bermaksud: ‘Satu umrah dalam bulan Ramadhan membandingi (yakni, sama pahalanya dengan) satu haji.) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji). 
Inilah nas dan dalil as-Sunnah bahawa sekali mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan sama pahalanya dengan satu haji, atau dalam hadith yang lain seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).

Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah 

Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela agama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik. 
Gandaan pahala beramal di Masjidil Haram adalah gandaan 100,000 kali ganda – sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun tidak. Tetapi, berpuasa Ramadhan di Mekah mendapat gandaan pahala 100,000 hari puasa bagi setiap hari berpuasa. Dengan syarat setiap ketetapan al-Quran dan as-Sunnah hendaklah ditepati – seumpama berjema’ah, tidak mencemarkan ibadah dengan bida’ah, niatnya tepat sebagaimana ditetapkan oleh Allah (a.w) – Ayat 56: al-Isra’, dll.

Keutamaan Mekah dan Masjid al-Haram

(-)        Job Specs Rasulallah (s.a.w) 

Firman Allah (a.w): ‘Innama umirtu ‘an ‘abuda rabba hazihil baldatil lazi harramaha walahu kullu syai-in wa-umirtu an akuna minal muslimina.’ (Yang bermaksud: (Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Allah (a.w) Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari kalangan orang-orang Islam (yakni, yang menyerah diri atau pasrah kepadaNya)’) - Ayat 97: an-Namli.

(-)        Mekah akan tetap aman (janji Allah (a.w) 

Firman Allah (a.w): ‘Awalam numakkin lahum haraman aminan yujba ilahi thamaratu kulli syai-in rizkan min ladunna wa-lakinna aktharahum la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Bukankah Kami (Allah (a.w)) telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Mekah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian (yakni, kurniaan) dari sisi Kami (Allah (a.w))? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti (i.e. tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (yakni, tidak bersyukur).) - Ayat 57: al-Qasas.

(-)        Larangan kepada pengunjung Mekah 

Diriwayatkan hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata pada hari pembukaan Mekah (penaklukan Mekah): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna haza balada harramahullahu la yu’dadu syaukuhu wala yunaffaru soiduhu wala Naltaqit luqatotahu illa man harafaha.’ (Yang bermaksud Sesungguhnya ini negeri (yakni, Mekah) ini dimuliakan (i.e. diharamkan oleh) Allah (a.w), (maka) tidak boleh atau jangan (dipotong atau dirosakkan) pohon-pohonya (i.e. kayu kayannya), dan jangan diburu binatang buruannya dan jangan mengambil barang-barang yang dijumpai di Mekah kecuali (apabila diambilnya, maka) orang yang sanggup menyiarkannya (selama satu tahun).) - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Jema’ah haji/umrah ditegah mengambil apa saja barang berharaga yang dijumpainya dalam tanah haram (di Mekah), kerana jika diambilnya maka dia diwajibkan memberitahu semua yang ada di Mekah siapa yang memunyai barangan tersebut – disiarkan selama setahun – maka wajib dia menetap di sana sehingga tamat tempoh menyiarkannya.

Kefadhalan Mati di Tanah Haram

(-)        Yang mati di Mekah ketika menunaikan haji/umrah 

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Manis-tota’a minkum an yamutu bil-Madinati falyaf’al fainni asyhadu liman mata biha.’ (Yang bermaksud: Barangsapa di kalangan kamu bahawasanya yang mampu (yakni, ditakdirkan) mati di Madinah, maka berbuatlah (yakni, silakanlah) bahawasanya aku (Nabi) sungguh-sungguh menyaksikan (yakni, menyaksikan keIslaman) bagi orang yang mati di sana.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji).

(-)        Mati di dua tanah haram (i.e. Mekah dan Madinah) 

Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Muaammal-Makiyi hadith dari Zubeir hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man mata fi ahadil-haramaini bu’itha amina yaumal-qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mati di dalam dua tanah haram (yakni, Mekah dan Madinah) dibangkitkan aman di hari kiamat (i.e. masuk syurga selamat dari neraka).) - Hadith at-Tobrani.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment