Saturday, August 22, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalil al-Quran mengenai ibadah haji dan umrah. Dalam Bahagian ke-6 Kuliyah Haji dan Umrah kita ini kita teliti pula dalil as-Sunnah mengenainya.

Haji dan Umrah: Nas dan Dalil as-Sunnah

(-)        Allah (a.w) mewajibkan haji 

Diriwayakan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Berkhutbah kepada kami Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aiyuhan nasu qad faradallahu ‘alaikumul hajja fahajju.’ [Yang bermaksud: ‘Wahai sekelian manusia! Sungguh-sungguh telah difardhukan oleh Allah (a.w) atas kamu sekelian ibadah haji, maka kerjakanlah haji’. Maka bertanya seorang lelaki (Aqra’ bin Habis): ‘Adakah tiap-tiap tahun, wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga pertanyaan itu diulangi (oleh yang bertanya) tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lau kultu ‘na’am’ lawajabat walau wajabat ma qumtum biha.’ (Yang bermaksud: Jika aku katakan ‘ya’ nescaya wajiblah bagi kamu, dan jika aku wajibkan atas kamu (setiap tahun) tidak berdiri.) ‘Zaruni ma taraktukum fainnama halaka man kana qablakum bi kathrati sualihim ‘ala anbiyaihim, faiza amartukum bisyai’in faktu minhu mastota’tim waiza nahaitukum ‘an sysi-in fada’uhu.’ (Yang bermaksud: Biarkanlah apa-apa yang aku tinggalkan (yakni, tidak lakukan atau kerjakan atau suruh). Bahawa sesungguhnya telah celaka (atau rosak) umat-umat sebelum kamu (yakni, umat-umat zaman para nabi dan rasul yang terdahulu) kerana banyak pertanyaan mereka dan juga perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Apabila aku perintahkan dengan sesuatu, kerjakanlah sekuat mampu kamu, dan apabila aku larang tentang sesuatu, maka tingalkanlah!) - Hadith Muslim & Hadith Nasa’i, dalam Manasik Haji. 
Nota: Dalam Islam apakala telah diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kepada seseorang itu adaalah wajib dia dengar dan akur (maksudnya, taat), jangan persoalkan atau jangan banyak soal/bertanya. Dan, jangan memanda-mandai menokok tambah dan mengubahnya. Rasulallah (s.a.w) tidak menyampaikan apa yang tidak diperintahkan oleh Allah (a.w). Dia tidak akan menyuruh kerjakan atau lakukan sesuatu yang tidak dimandatkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu. Setiap sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah kebenaran.

(-)        Manasik/Peraturan mengerjakan haji & umrah 

Peraturan mengerjakan haji dan umrah – rukun qalbi (niat), rukun fe’li (perlakuan/perbuatan) dan rukun qaulinya (bacaan/ucapan) telah didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa beliau mengerjakan haji wada’ dengan sabdanya: 
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi. 
Rasulallah (s.a.w) hanya berhaji sekali – Haji Wada’ – dan tak lama kemudian beliaupun wafat. Ketika di Arafahlah beiau berkhutbah yang antara isi khutbahnya beliau menyebutkan bahawa syariat Islam itu sudah disempurnakan oleh Allah (a.w) (dengan turunnya Ayat 3: al-Maidah). Nabi (s.a.w.) mengerjakan Haji Qiran – mengerjakan haji dan umrah dalam satu ikhram (i.e. berikhram sekali) – haji dahulu kemudian baru buat umrah. Haji Qiran kerana beliau Tawaf di atas tunggangannya (unta), dan unta itu dijadikan haiwan kurban pada 10 Zulhijjah. Banyak hadith menyebutkan praktikal haji itu, yang dijadikan perintah dalam hadith di atas dan menjadi ketetapan haji dan umrah yang benar. Sesiapa yang mengerjakan haji dan umrah yang berlainan dari apa yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah dengan sengaja atau tanpa disedari membatalkan ibadah haji dan umrahnya. 
Dalam perkara solat Rasulallah (s.a.w) menyuruh: ‘Sollu kama ra-aitumuni usolli’ (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) – Hadith Bukhari. Demikian juga dalam urusan haji dan umrah. Dalam urusan ibadah haji dan umrah panduannya adalah apa-apa yang ditetepakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, sejajar dengan sabda Rasulallah (s.a.w): 
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi. 
Justeru itu, bentuk-bentuk amalan dan jenis-jenis haji serta cara dan kaedah mengerjakan haji/umrah itu telah ditetapkan secara terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Allah (a.w) perintahkan manusia (khususnya yang Islam dan beriman) supaya jadikan Rasulallah (s.a.w) itu contoh ikutan kerana beliau adalah model terbaik ‘uswatun hasanah’. Oleh itu, melakukan sesuatu rukun, cara dan kaedah tertentu yang menyelisihi/berbeza dari perlakuan Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat, adalah bercorak ‘bida’ah’ dalam ibadah haji dan umrah. Maka melanggar ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7: al-Haysr dan Ayat 80: an-Nisa’
Justeru itu, segala perbuatan dan perlakuan dan bacaan yang yag dibaca ketika mengerjakan rukun-rukun haji dan umrah, seumpama Tawaf dan Sa’i, yang berlainan dari yang ditetapkan oleh as-Sunnah adalah bersifat pencemaran dalam amalan atau menghapuskan kemurniannya (i.e. bida’ah), kecuali do’a yang dibolehkan dibaca sebanyak—banyaknya. Oleh kerana seahagian penting ibadah haji dan umrah adalah amalan-amalan/ibadah lain seumpama Solat – fardu dan sunat, maka wajib akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) ‘Sollu kama ra-aitmuni usolli …’ (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) – Hadith Bukhari, dan ketika memulakan solat, akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w): ‘Faiza qumta ilas-solati, fakabbir …’ (Yang bermaksud: Ketika kalian berdiri untuk bersolat (memulaka solat) maka takbirlah (i.e. sebut ‘Allahu Akbar’ dan baca Do’a Iftitah) – Hadith an-Nasa’i. 
Nota: Cara berTakbir itu diperincikan dalam as-Sunnah. Antaranya bagaimana mengangkat kedua-dua tangan ketika membaca Takbir/berTakbir. Kemudian, setelah Takbir, dimana diletak kedua-dua tangan kita. Satu cara: Angkat kedua-dua tangan sehingga hujung jari selari dengn cuping kedua-dua telinga, sambal menyebut Allahu Akbar’; atau cara kedua, angkat kedua-dua tangan sehingga hujung jari kedua-dua belah tangan selari dengan kedua-dua bahu, sambil menyebut Allahu Akbar’, kemudian diletakkan di atas perut, di atas bahagian pusat, tangan kanan memegang yang kiri di pergelangan yang kiri, dan diletakkan di tengah-tengah bahagian perut, di atas bahagian pusat.

(-)        Kenapa Tawaf, Sa’i dan Melontar? 

Syariat agama Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kepaa manusia oleh Rasulallah (s.a.w), yang juga mendemokan bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah mengerjakannya atas dasar wahyu dan diajar/didemokan oleh malaikat Jibril (a.s). Inilah ketetapan hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya apa-apa dijadikan Tawaf di (yakni, mengelilingi) Baitullah dan Tawaf (yakni, Sa’i) di antara Bukit Sofa dan Marwah dan melempar (atau, melontar) jamrah nescaya ditegakkan (kesemuanya) kerana mengingatkan Allah (a.w).’ - Hadith Abu Daud dalam Kitab Kanzil Umal. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mewajibkan atas kamu sekelian Sa’i maka bersa’ilah.’ - Hadith at-Tobrani dalam Kanzil Umal.

(-)        Mampu Kemudian Mati Tidak Mengerjakan Haji, Kafir 

Saudara, hadith ini amat utama kita beri perhatian kerana akibatnya amat membahaakan akhirat kita. Malangnya, ramai umat Islam yag meremehkannya, ketika mampu belumpun mendaftar diri untuk haji.
Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru Ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith dari Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘Walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa diberi kekuasaan (yakni, kesempatan dan bekalan) dan kenderaan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 97: ali-Imran di atas yang dirujuk).) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji. 
[Nota: Peringatan Allah (a.w) ini amat penting diberi perhatian. Sesiapa yang sudah sampai kemampuan untuk mengerjakan haji, tidak mengerjakannya jika ditakdirkan sampai ajalnya, mati dia, maka mati dalam keadaan tidak Islam, disebutkan mati sebagaimana seorang Yahudi atau Nesrani mati, maksudnya kafir.]

(-)        Hendaklah Disegerakan Berhaji 

Saudara, oleh kerana beratnya akibat tidak mengutamakan ibadah haji ketika sudah mampu itu, maka Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya bersegeralah menunaikan haji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja fal-yata’ajjal.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya (mengerjakan haji) - Hadith Abu Daud. 
[Nota: ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu. ditakuti mati belum sempat mengerjakan haji. Kalu mati tidak mengerjakan haji dan kita sudah mampu menyediakan perbelanjaan yang diperlukan untuk mengerjakannya, kita dihukum tergolong orang Yahudi atau Nesrani, maksudnya tidak diakui kita Islam.]
Saudara, jelaslah bahawa ibadah haji itu adalah Ruku ke-5 Rukun Islam. Wajib bagi kita yang Islam itu menunaikan haji ketika sudah mampu. 'Sudah mampu' bermaksud kira cukup sumber untuk mengeadkana perjalanan pergu dan balik ke Mekah dan ada cukup sumber pula untuk menampung sara hidup tanggungan kita yang kita tinggalkan spenjang ketiadaan kita kelak.
Dan, wajib diiangatkan bahawa apabila sudah mampu kita tangguhnya berhajai atau kita tidak berhaji, maka jika ditakdirkan sampai ajal kita, mat tak sempat haji, maka mati kita dikia mati dalam keadaan mati jahiliah, i.e. bukan matinya seorang Islam, wal iya zubillahi min zalik. Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Performing Umrah during Ramadan not only guarantees a Muslim spiritual and mental relief but also promises great rewards.
    If Muslims community of UK wants Perform Hajj or Umrah then they can Choose our
    Cheap Hajj & Umrah Packages 2017.

    ReplyDelete