Sunday, August 23, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang Islam yang menunggu setelah tua baru ingin mengerjakan haji kerana banyak sebab. Ada yang beranggapan bahawa seseorang yang menunaikan haji itu akan terhapus dosanya yang terdahulu maka dia kembali dalam keadaan fitrah sebagaiman dia di langirkan oleh ibunya dahulu! Benar. Jika haji itu diterima Allah (a.w) dan kita mendapat haji mabrur.
Tapi, kalaulah hai kita itu tercemar oleh sesuatu yang tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebagai contoh, setiap rukunnya atau salah satu rukunnya, kita lakukan sesuatu yang meyalahi as-Sunnah, maka haji kita itu tercemar. Maka setiap amalan yang tercemar, berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah ditolak oleh Allah (a.w).
Lazimnya, ramailah umat Islam menunggu ketika tua baru ingin menunaikan haji. Kerana anggapan sedemikian itu. Ada juga orang Islam yang hidpnya sentiasa mengutamakan duna, maka dia ingin puaskan kemahuan dunianya dahulu barulah dia ingin menunaikan haji. Kerana setelah 'naik haji' dia taklah mahu mencemarkan hidupnya dengan kemaksiatan. Ini adalah kerana mereka tidak faham tuntuan Islam bahawa ibadah haji itu wajib dipercepatkan setelah wujud kemampuan. Tambahan pula kita diancam jikalah sudah mampu, kita tanggunhkan ibadah haji itu, dan kebetulan sampau ajal kita, maka bahawa akhirat kita kerana dikiran mati dalam keadaan jahiliyah - yakni tidak Islam, wal iya zubillah.
Saudara, dalam Bahagian ke-8 post kita mengenai tajuk/topik ini, kita teliti ketetapan Islam bagi mereka yang qadarnya sampai meninggal dunia semasa berada di Mekah atau Madinah tak sempat mengerjakan haji atau umrah. Bagaimana kedudukannya?

Mati Semasa Mengerjakan Haji 

Saudara, bagaimanakah keduduk seseorang yang tidak berkesempatan menunaikan haji ketika sudahpun beriat dan berada di tanah haram Mekah? Katalah sebelum tiba hari Wukuf - 9 Zulhijjah, dia jatuh sakit meninggal atau dia mendapat stroke dan meninggal? Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man haraja hajjan famata kataballahu lahu ajral-hajji ila yaumil qiamati wa-man haraja mu’tamiran famata kataba lahu ajran al-mu’tamiri ila yaumil qiamati wa-man haraja ghaziyan famata kataba lahu ajral-ghazi ila yaumil qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa keluar hendak mengerjakan haji maka mati dia (sebelum sempat menunaikannya) ditulis (oleh Allah (a.w) pahala seumpama) pahala haji (yang sempurna) sehingga qiamat, dan barangsiapa keluar menunaikan umrah maka mati ditulis (oleh Allah (a.w) baginya) pahala seumpama mengerjakan umrah (yang sempurna) sehingga hari qiamat, dan barangsiapa keluar untuk berperang (fi sabilillah, i.e. demi membela agama Islam) maka mati (sebelum sempat terlibat dengan peperangan tersebut) ditulis (oleh Allah (a.w)) pahala seumpama orang berperang fi sabilillah sehingga hari qiamat.) - Hadith at-Tobrani.
Saudara, kerana itulah mereka yang tahu dan faham perkara ini seringkali berusaha berhabis-habisan untuk berada di tanah suci Mekah dan Madinah menunaikan haji berkali-kali atau mengerjakan umrah berulang-ulang kali dengan harapan Allah (a.w) matikan dia di tanah suci. Kerana,sesiapa yang sampai ajalnya ketika sudah berada di Mekah atau Madinah dan belumsempat menunaikan ibadah haji atau umrah dikira seumpama telah mengerjakannya dengan semourna. Inilah mesej hadith di atas itu.


Jazakallahu khairah

            

No comments:

Post a Comment