Monday, August 17, 2015

Ibadah Haji dan Umrah - Samb.

Assalamualaikum, saudara secara keseluruhanya dalam post mengenai tajuk ini, kita akan bahagikan kepada dua  bahagian atau segment: iaitu, bahagian pertama ketetapan asas yang hakiki mengenai ibadah haji dan umrah dan segala sesuatu yang terkait dengannya; dan kedua, cara dan kaedah bagamana mengerjakan haji dan umrah dari mula sehingga tamat, kesemuanya berdasarkan kepada ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.
Sehubungan itu, bagi sesiapa yang ingin tahu cara dan proses lihat dahulu bahagian atau segmen kedua. Bagi yang ingin tahu pelbagai keistimewaan yang Allah (a.w) sediakan untuk mereka yang mengerjakan haji serta berada di dua tanah suci tersebut, lihatnya bahagian atau segmen pertama.

Mukaddimah 
Insya Allah dalam kuliyah ini kita tengok beberapa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara yang terkait dengan ibadah haji dan umrah, seperti gandaan pahala yang boleh kita dapati mengenai amal dan ibadah yang dilakukan di dua tanah haram – Mekah dan Madinah, dan lain-lain. Kesemua ini menjadi panduan hakiki betapa hebatnya manfaat yang boleh didapati dari tempat-tempat dan amalan tertentu dalam urusan haji dan umrah. 
Dalam bahagian keduanya kita muatkan nas dan dalil as-Sunnah tentang kaedah serta cara dan rukun-rukun haji dan umrah secara jelas supaya kita pasti haji dan umrah kita itu menepati ketentuan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Khuzu ‘anni manasikakum’ (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara kalian mengerjakan ibadah haji (dan umrah)’ itu. Panduan yang pasti menghindarkan kita mencemarkan amalan dan ibadah kita. Justeru itu ibadah haji dan umrah kita murni dan tepat dan diterima Allah (a.w) dengan pasti.

Panduan Asas dan Hakiki

(-)        Panduan pokok 
Panduan pokok atau universal Allah (a.w) bagi semua manusia, tak kira bangsa apa dan hidup zaman manapun, adalah firman Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya’budni.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan (makhluk) jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu (maksudnya, sembah, beramal dan beribadah – buat segala yang diperintahkan/disuruh sekuat mampu dan tinggalkan segala yang ditegah/dilarang tanpa kecuali)) - Ayat 56: az-Zariat   
Sekuat mampu’ bermaksud usahakan sedaya perintah dan suruhan yang boleh dengan segala sumber yang ada untuk laksanakan, dan jika sampai batas tidak mampu nak capai 100% maka itulah had sekuat mampunya.

(-)        Islam adalah agama Allah (a.w) untuk manusia 
Agama dan carahidup mukmin yang diridhai Allah (a.w)/agama yang diterima Allah (a.w) adalah agama Islam – Ayat 19: ali-Imran dan Ayat 3: al-Maidah
Firman Allah (a.w): ‘Innad-dina ‘indallahi (-il) Islamu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama di sisi Allah (a.w) (maksudnya, agama yang diterima dan diridhai Allah (a.w)) itu adalah Islam) – Ayat 19: ali-Imran 
Firman Allah (a.w): ‘… wa-radhitu lakum (-ul) Islama dinnan.’ (Yang bermaksud: dan Aku (Allah (a.w) ridha bagi kalian Islam sebagai agama kalian) – Ayat 3: al-Maidah

(-)        Agama Allah (a.w) itu disampaikan oleh Utusan Allah (a.w) (Rasulallah (s.a.w)) 
Allah (a.w) yang maha agung dan mulia itu tidak berkomunikasi dengan manusia secara terus kecualilah zaman Musa (a.s) bilamana Musa (a.s) berkata-kata dengan Allah (a.w). 
Selain itu, Allah (a.w) melantik seorang yang dipilihNya dari sesuatu kaum sebagai Utusan (Rasul) yang Allah (a.w) wahyukan perintahNya untuk disampaikan kepada masyarakatnya. Atau, Allah (a.w) utuskan malaikat Jibril (a.s) menyampaikan wahyu Allah (a.w) kepadanya atau untuk mendemokan secara praktikal bagaimana ssuatu perintah dan suruhan itu hendak dilaksanakan oleh Rasul dan umat mereka. 
Rasul/Utusanlah yang memperincikan perinah dan ketetapan Allah (a.w) supaya difahami oleh kaum mereka. Dan, supaya boleh mereka kerjakan atau laksanakan menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah (a.w).

(-)        Untuk memahami Islam wajib berilmu 
Sehubungan itulah, pengabdian (maksudnya, mengerjakan amalan dan ibadah) berdasarkan agama selain Islam tidak diterima Allah (a.w). Dan, wajib fahami bahawa mengabdikan diri kepada Allah (a.w) hendaklah berdasarkan ilmu yang benar/haq – Ayat 36: al-Isra’ dan as-Sunnah. 
Firman Allah (a.w): ‘wala taqfu ma laisa laka bihi ilmun.’ (Yang bermaksud: dan janganlah kalian mengerjakan sesuatu/apa-apa (maksudnya, sebarang amalan dan ibadah atau apa juga bentuk pengabdian dan cara serta kaedah mengabdikan diri) yang kalian tiada ilmu mengenainya) – Ayat 36: al-Isra’. 
Dan, Rasulallah (s.a.w) menjelaskan tentang ilmu itu dalam sabda beliau: ‘Al-ilmu thalatahun wa-ma siwa zalika fahua fadlun: ayatun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun ‘adilatun’ (Yang bermaksud: Adapun ilmu (yang wajib dipelajari itu) ada tiga, ilmu selainnya baik (untuk dunia kalian): (ilmu yang diwajibkan itu adalah) ayat-ayat yang menghukum (maksudnya, al-Quran) dan Sunnah yang tegak/kokoh (maksudnya, as-Sunnah atau al-hadith) dan hukum faraid (ketetapan mengenai pembahagian harta warisan) yang adil) – Hadith at-Termidzi/ibnu Majah.

(-)        Semua amalan dan ibadah didasari dengan niat yang murni 
Setiap amalan/ibadah dalam Islam itu wajib didasari dengan niat yang murni, tidak dicamuri dengan nat-niat ampingan. Allah (a.w) beritahu niat yang murni itu adalah: 
Firman Allah (a.w): ‘wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna azabahu.’ (Yang bermaksud: dan (kerana) mencari dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (maksudnya, mendapat syurgaNya) dan takutkan/diselamatkan dari siksaan Allah (a.w) (maksudnya, nerakaNya) – Ayat 56: al-Isra’. 
Dan diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabda beliau: ‘Innamal ‘amalu bin-niati, … al-hadith ‘ (Yang bermaksud: Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat …) – Hadith. Dan, Rasulallah (s.a.w) disuruh Allah (a.w) murnikan niat dan tujuan beramal/beribadah dalam Ayat 162: al-An’am berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Qul inna solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati lillahi rabbil ‘alamin.’ (Yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad! Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku kesemuanya semata-mata kerana Allah (a.w) Tuhan semesta ‘alam) – Ayat 162: al-An’am

(-)        Panduan hidup mukmin 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu panduan haq agama Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima kitaballaha wa-sunnatu nabiyi’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan untuk kalian dua perkara (maksudnya, panduan hidup orang iman), yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. al-Hadith)) – Hadith at-Termidzi.

(-)        Matlamat hidup 
Adalah menjadi matlamat hidup manusia yang Islam dan beriman itu berjaya di dunia dan, lebih-lebih lagi, berjaya di akhirat. Manusia boleh gagal beberapa kali dalam dunia, namun dia boleh berusaha memperbaiki kedudukan dunianya, selagi hayatnya masih ada, maksudnya, selagi ajalnya belum sampai. Tapi, gagal di akhirat adalah kegagalan yang kekal, tidak boleh diubah atau diperbaiki, kerana kejayaan/kegagalan akhirat itu semuanya bergantung kepada tindak-tanduk semasa hidup di dunia, dan menyediakan diri ketika masih bernyawa. 
Orang iman, malahan setiap manusia itu, sewajibnya berpandukan kepada pesanan Ali b Abi Thalib (r.a), yang memberi panduan bahawa orang yang bijak itu menepati hakikat yang dirumuskannya. Ali (r.a) berkata: ‘Man aradadad-dunya fahua bil-ilmi, wa-man aradal-akhirati fahua bil-ilmi, wa-man aradahuma fahua bil-ilmi.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang ingin/berkehendakan (kejayaan) dunia, maka hendaklah dia berilmu (memiliki ilmu mengenai dunianya), dan sesiapa yang inginkan/berkehendakan (kejayaan) akhirat, maka hendaklah dia berilmu (maksudnya, memiliki ilmu mengenai akhiratnya), dan sesiapa yang ingiinkan/berkehendakan (kejayaan dalam kedua-duanya, yakni dunia dan akhirat) hendaklah dia memiliki ilmu mengenai kedua-duanya) - Hadith. 
Tiada kejayaan dengan kejahilan. Dalam perkara dunia manusia itu – semua bangsa dan semua agama – faham, maka mereka berusaha sebaik mungkin mecari ilmu dunia sampai ke kemuncak ilmu – seumpama sampai memperolehi Ph D dalam bidang-bidang ilmu dunia yang membolehkannya terpilih untuk menguruskan sesuatu perkara dunia. Malah, kini ramai orang Islam yang belajar dan mengkaji ilmu mengenai Islam sampai memperolehi Ph D dalam bidang keagamaan, sehinggakan dinobatkan sebagai ilmuwan terulung, diberi kedudukan tinggi dalam dunia dan menjadi pakar rujukan dalam perkara yang dia ‘pakar’ dalam ilmu mengenainya, contohnya ilmu mengenai tasawuf, aqidah dan syariat serta hukum hakam dalam Islam. Kejayaan akhirat itu bergantung kepada ilmu yang benar, dan kefahaman mengenai agama yang betul, berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan dalam masa yang sama beramal atau mengerjakan ibadah menetapi ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan menepati bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan beribadah mengikut as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) adalah ‘uswatun hasanah’– model ikiitan terbaik dalam perkara agama. Namun, kejayaan akhirat belum pasti diperolehi orang yang berjaya di dunia, yang mempunyai Ph D dan kepakaran dalam bidang duniawi, atau berpegang kepada pendapat dan pandangan manusia yang pendapat dan pandangannya tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah atau displin ilmu agama, terutama mereka yang menolak ketetapan as-Sunnah, semua atau sebahagian. Mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah kewajipan yang mutlak. 
Walaupun, matlamat hidup manusia itu adalah ingin berjaya di dunia, tapi itu adalah matlamat sementara sahaja (terminal goal), kerana apabila mati tiada lagi keperluannya. Bagi orang iman matlamat hidup di dunia itu adalah untuk menggunakan atau memanfaatkan kejayaan dunianya untuk mendapatkan atau mencari dan menyediakan segala sesuatu yang boleh menjayakannya untuk akhiratnya. Itu yang paling utama (ultimate goal). Kejayaan akhirat bererti dia dapat syurga dan selamat dari neraka. Dalam syurgalah dia mendapat pelbagai kesenangan dan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya dengan kejayaan dunia. Allah (a.w) memberitahu bahawa syurga itu mudah diperolehi, jikalah orang Islam/Iman itu faham agaamanya. Kefahaman aga hanya dengan ilmu – ilmu al-Qran dan as-Sunnah. 
Sehubungan itu, gagal di dunia boleh diperbaiki, tapi gagal di akhirat itu suatu kerugian yang tidak dapat diubah, kecuali masih hidup. Sesiapa yang beranggapan dirinya Islam tetapi kerana berpandukan panduan-panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, dan mengerjakan amalan/ibadah tidak menepati apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau yang diperincikan oleh as-Sunnah dan dia Islam tetapi tidak berbentuk berjema’ah, dan apatah lagi dia mencemarkan amalan dan ibadahnya dengan sesuatu yang syirik, kurafat dan tahayul dan amalan dicemar oleh bida’ah, dll maka semua amalan/ibadahnya ditolak Allah (a.w). Kalau segala amalan dan ibadah seseorang itu tidak diterima Allah (a.w) maka pastilah dia belum benar-benar Islam. Amalan tidak diterima Allah (a.w) kalau dia tidak berjema’ah atau dia mencemarkan amalan dan ibadahnya dengan bida’ah atau dia meniatkan amalan dan ibadahnya bukan kerana Allah (a.w) semata-mata atau kerana Allah (a.w) tetapi juga kerana tujuan sampingan atau mereka beramal dan beribadah tetapi bentuk ibaahnya, cara dan kaedah mengibadaahkannya, berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan kalau dia menomborsatukan pertimbangan dunia dan menombor-duakan kepentingan akhiratnya.

(-)        Bahawa Rasulallah (s.a.w) diutus kepada semua manusia dan zaman 
Firman Allah (a.w): ‘Wama arsalnaka illa kaffatan lin-nasi basiran wa-naziran walakin aktharan-nasi la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Kami (Allah (a.w)) utuskan kamu (Muhammad (s.a.w)) kecuali kepada umat manusia kesemuanya (atau seluruhnya) sebagai pembawa berita gembira (yakni, taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mendapat syurga) dan sebagai pemberi peringatan (yakni, jika engkar akan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) diazab dalam neraka), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (yakni, tidak mahu mengetahui).) - Ayat 28: Saba. 
Jelaslah, firman Allah (a.w) menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) di utus Allah (a.w) untuk semua manusia dan semua zaman. Walaupun Rasulallah (s.a.w) diwafatkan, as-Sunnah kekal menjadi panduan amalan dan ibadah serta panduan cara hidup orang Islam yang beriman yang diridhai Allah (a.w) sepanjang masa sehinggalah terjadinya kiamat. Wwalaupun Rasulallah (s.a.w) sebagai manusia pasti mati, namun ketetapan as-Sunnah kekal menjadi panduan manusia yang sehingga terjadinya kiamat yang tidak berubah dan boleh diubah.

(-)        Allah (a.w) menegaskan tugas Rasulallah (s.a.w) 
Firman Allah (a.w): ‘Inna arsalnaka bilhaqqi basirau wa naziran.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mengutuskan engkau (Muhammad (s.a.w)) dengan haq (i.e. kebenaran) untuk menyampaikan berita gembira (kepada mereka) (yakni, manusia) (siapa taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dibalas dengan syurga) dan untuk menyampaikan peringatan berupa ancaman (kepada mereka) (yakni, sesiapa yang tidak taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) atau membantah atau menolak ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) akan disiksa dalam neraka)) - Ayat 119: al-Baqarah. 
Umat Islam itu wajib ikuti as-Sunnah – Ayat 7: al-Haysr, dan contohi amalan dan ibadah serta akhlak Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) adalah ‘uswatun hasanah’, contoh ikutan terbaik sebagai seorang yang benar-benar beriman – Ayat 21: al-Ahzab.

(-)        Wajib mentaati Rasulallah (s.a.w) 
Firman Allah (a.w): ‘Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum ‘anhu fantahu.’ (Yang bermaksud:  ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ikuti/ambil (yakni, amal dan ibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (mengikut as-Sunnah) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.) - Ayat 7: al-Haysr. 
Yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) atas perintah Allah (a.w) – sama ada melalui wahyu langsung atau melalui malaikat Jibril (a.s) secara berdepan adalah al-Quran danal-Hikmah atau as-Sunnah. 
Kemudian perintah wajib ini diperkuatkan oleh Allah (a.w) melalui firmanNya berikut pula: 
Allah (a.w) berfirman: ‘Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …) - Ayat 80: an-Nisa’. 
Sebagai Utusan Allah (a.w) begitu besarnya mertabat Rasulallah (s.a.w) kerana itu mentaati suruhan Rasulallah (s.a.w) membuktikan seseorang itu telah mentaati perintah Allah (a.w). Justeru itu, dalam al-Quran apabila Allah (a.w) menyebut namanya, maka Allah (a.w) menyebut nama Rasulallah (s.a.w) seiring. Dan, diperkuatkan lagi dalam firman berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …’ (Yang bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) - Ayat 31: ali-Imran. 
Seorang iman yang ikuti Rasulallah (s.a.w) – sekarang akur sepenuhnya dengan ketetapan as-Sunnah – diampun Allah (a.w) segala dosa-dosanya. Semestinya, sesiapa yang akur sepenuhnya dengan as-Sunnah dia berada atas ‘siratul mustaqim’ kerana ‘siratul mustakim’ itu adalah jalan Allah (a.w) iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

(-)        Al-Quran adalah panduan agama dan panduan hidup bagi semua manusia dan semua zaman 
Ayat 155: al-An’am – al-Quran itu wajib diikuti ketetapannya supaya mendapat kerahmatan Allah (a.w). Hanya dengan kerahmatan Allah (a.w) seseorang yang Islam dan beriman itu mendapat syurga. 
Ayat 157: al-An’am – al-Quran itu diturunkan sebagai panduan semua bangsa dan zaman, menunjukkan bahawa ianya panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup yang menepati perintah Allah (a.w) serta diridhai Allah (a.w) sejajar dengan Ayat 56: az-Zariat itu. 
Nas dan dalil al-Quran menunjukkan bahawa al-Quran itu adalah kitab agama semua bangsa dan semua zaman. Jelaslah Kitab al-Quran itu untuk semua manusia. Maka dengan itu sesiapa yang menolak al-Quran, maka dia menolak perintah Allah (a.w), maka syirik dia/kafir dia/ terkeluar dari Islam, menjadi kafir kalaupun dia megakui dan menganggap dirinya Islam. Malah, meragui sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah atau satu ayat/ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, membatalkan aqidah, jatuh kafir secara otomatis.

(-)        Bersedia awal untuk menghadapi mati/kematian 
Allah (a.w) memberitahu dunia ini tidak kekal – manusia akan menemui ajalnya dan kiamat akan berlaku memusnahkan dunia suatu masa apakala telah ditetapkan oleh Allah (a.w). 
Dunia ini adalah kesenangan yang menipu – kerana tidak kekal ada expiry periodnya. Maka Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita – manusia, Islam dan tak Islam – jadikanlah diri kta ketika di dunia seumpama dalam perjalanan bermusafir, dan dunia ini seumpama tempat persinggahan, berhenti rehat, seketika sahaja, sebelum memulakan perjalan kita sampai ke matlamatnya, iaitu akhirat. Matlamat akhir (destinasi kita) yang kekal adalah akhirat. Maka, Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita: 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada seorang lelaki, dan Nabi menasihatinya: ‘Ya’izuhu ightanim khamsan qabla khamsin, syababaka qabla haramika, wa-sihhatika qabla saqatika, wa-ghinaka qabla faqrika, wa-faraghaka qabla sughlika, wa-hayataka qabla mautika) (Yang bermaksud: Meraihlah (yakni, berusahalah atau bersedialah) (beramal dan beribadahlah untuk menyediakan diri untuk akhirat) lima perkara sebelum datangnya lima perkara: (pertama) ketika usia muda sebelum usia tua, (kedua) ketika sihat kamu sebelum sakit (atau, uzur) kamu, (ketiga) ketika kaya kamu sebelum faqir (yakni, tidak berada); (keempat) ketika longgar (yakni, lapang) kamu sebelum sibuk kamu, dan (kelima) ketika (masih) hidup kamu sebelum mati kamu.) - Hadith al-Hakim dalam Mustadrak. 
Dalam hadith yang lain  Rasulallah (s.a.w) memebritahu jadikanlah kehidupan dunia ini seumpama kita bermusafir - pergi ke suatu tempat atau destinasi yang tetap, dan kita hanya dalam perjalanan, singga sementara seumpama singgah di R&R di highway, kemudia bertolak semua,meneruskan perjalanan kita. R&R bukanlah matlamat kita. Matlamat kita adalah tempat yang ingin ditujui iaitu akhirat, alam yang kekal.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment