Wednesday, September 2, 2015

Cara Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti sepenuhnya ketetapan serta prinsip dan panduan menyelubungi ibadah haji dan umrah serta kefadhalan tempat-tempat serta perlakuan ketika berada di Mekah dan Madinah. Sekarang kita teliti praktikalnya - bagaimana mengerjakan ibadah haji dan umrah yang benar dan pasti diterima Allah (a.w) berdasarkan panduan Rasulallah (s.a.w): Khuzu 'anni manasikakum' itu.

Bahagian 2
Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah 

Mukaddimah

Dalam bahagian ke-2 kuliyah ini kita teliti sandaran dalil as-Sunnah tentang bagaimana proses ibadah haji itu dilakukan dari mula kita berniat, memakai ikhram, wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina, melontar jamrah, tawaf dan sai dan bertahlul. Wajib diingat jika rukun haji dan umrah itu tercemar dan dicemari – maksudnya tidak murni, i.e. berlainan dari ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka terbatallah ibadah haji dan umrah kita. Kita mengharapkan kebebasan dari neraka dan dibalas syurga kerana haji yang ‘mabrur’ itu penghakisan dosa, kembali ke dalam fitrah, kerana tercemar kita pula tidak mendapatnya. 
Sehubungan itulah, Jibril (a.s) dalam suatu episode, memberitahu Rasulallah (s.a.w), ketika itu berada di atas mimbar berkhutbah (i.e. memberi nasihat), menyebut bahawa celakalah (dalam istilah Indonesia, keroposanlah atau romponglah hidung seorang iman) yang ketika menemui dia akan bulan Ramadhan, berlalu bulan itu, berakhir puasa yang dipuasakannya, tidak dapat pengampunan Allah (a.w) dari segala dosa-dosanya yang lalu. 
Seseorang iman yang berpuasa dengan penuh kualiti – dalam menahan makan dan minum, nafsu dan meninggalkan segala kejahatan, dan menahan keburukan dirinya dalam berkata-kata dan bergaul dengan manusia – akan dibersihkan oleh Allah (a.w) dari dosa-dosanya yang lampau dan kembali dalam keadaan fitrah. Demikian juga mereka yang berjaya mengerjakan ibadah haji yang terbaik – terjaga segala keharamannya ketika berikhram dan terjaga perangai dan mulutnya – maka mendapat ganjaran haji mabrur. Kembali ke tanah airnya dalam keadaan fitrah.

(-)        Tiga kategori Haji 

Ibadah haji itu bermula dengan memasang niat haji di Miqat. Ada 3 kategori haji, iaitu: Haji Qiran – mengerjakan haji bersekali dengan satu ikhram itu mengerjakan umrah, ketika Tawaf berTawaf dengan menaiki kenderaan; Haji Ifrad - megerjakan haji dan setelah selesai haji baru mengerjakan umrah; dan Haji Tamattuk – mengerjakan umrah dahulu dan kemudian berehat dan bersenang-senang dan mengerjakan haji pula. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, manakala Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad dan majority para sahabat mengerjakan Haji Tamattuk, dalam zaman Nabi. 
Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, manakala Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad dan para sahabat mengerjakan Haji Tamattuk.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment