Sunday, September 6, 2015

Cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji dan umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah lihat apa yang wajib jema'ah haji lakukan semasa berada di Mina (i.e. bermalam di Mina) - melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah waktu dhuha, untuk Tahlul Awal, dan kemudian melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah (atau Jamrah Akbar) - pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, untuk keluar dari Mina kembali ke Mekah untuk menyelesaikan proses ibadah haji iaitu mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Sa'i Haji di Baitullah dan akhirnya bertahlul, Tahlul Thani.

Cara dan kaedah mengerjakan Ibdah Haji
(Sambungan)

6.   Tawaf Ifadhah/Haji

(-)        Cara memakai kain ikhram ketika Tawaf

Saudara, bagi Jema'ah haji setelah Tahlul Awal - iaitu selepas selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, mereka boleh menanggalkan kain ikhram dan memakai kain biasa sahaja (spt baju Melayu). Maka dengan itu, ketika melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, cukup memakai pakaian biasa saja. Maka ketika ke Mekah untuk Tawaf Ifadhah (atau Tawaf Haji) dan Sa'i Haji, tak perlu memakai kain ikhram. Yang wajib ada wudu' sahaja ketika bertawaf.

(-)        Bagaimana Tawaf

Saudara, Jema'ah haji tidak diperlukan memakai ikhram ketika melakukan Tawaf Ifadhah dan Sa'i haji, kerana telah Tahlul Awal. Yang perlu pakaian biasa sahaja.
Tetapi, bagi membuat umrah - sebelum haji dan sesudah haji - mereka wajib memakai kain ikhra.
Wajib diingatkan bahawa kita memulakan Tawaf itu di Sudut/Rukun Hajar Aswad, dan dimulakan dengan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama – yakni pusingan 1, 2 dan 3 - dari Sudut Hajar Aswad ke Sudut Yamani. Dan berjalan biasa tanpa berlari di antara Sudut Yamani sampai ke Sudut Hajar Aswad semula. Kelakuan sedemikian meliputis kesemua jenis tawaf – Tawaf Umrah dan tawaf sunat. Dengan membaca tasbihnya.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (ketiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w).’ - Hadith Abu Daud.
Nota: Jema’ah Haji yang telah selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah semasa di Mina, telah Tahlul Awal, maka boleh mananggalkan ikhram dan memakai pakaian biasa selepas itu. Setelah melontar ketiga-tiga jamrah – Ula, Wusta dan Aqabah - dua hari Tasyrik – pada 11 dan 12 Zulhijjah – pada waktu dhuha, boleh meninggalkan Mina untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) pada petang hari tersebut atau keesokan harinya, tanpa memakai Ikhram, dengan memakai pakaian biasa sahaja. Yang diwajibkan hanyalah ada Wudu’ yang sah.  Perbuatan ini disebut Nafar Awal dengan syarat dia meninggalkan daerah Mina sebelum masuk waktu ‘Asar
Jema’ah Haji yang ingin megerjakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) selepas dua hari melontar, diwajibkan keluar dari Mina pergi menghala ke Mekah sebelum masuk waktu ‘Asar - membuat Nafar Awal. Jika tidak sempat keluar Mina sebelum masuk waktu ‘Asar. Jika terlewat, maksudnya sudah masuk waktu ‘Asar, maka dia wajib tinggal di mina sehari lagi untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah, baru dibolehkan meninggakan Mina. Ini disebutkan membuat Nafar Thani. Mereka bolehlah mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dan Sa’i Haji selepas melontar.  Justeru itu, dalam musim haji jema’ah haji tidak diwajibkan memakai ikhram ketika mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) kerana telah dibolehkan menaggalkan kain Ikhram setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah itu. Tahlul Awal itu berlaku ketika jema’ah haji selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Maka mengerjjakan Tawaf Haji dengan pakaian biasa sahaja. Jema'ah haji membaca Talbiah dalam perjalaanan ke Mekah dari Mina, dan berhenti membaca Talbiah ketika telah kelihatan Ka’abah.  Ketika masuk Masjidil Haram (dan masjid Nabawi, Masjid Quba) bacalah Do’a masuk Masjid sebagaimana Rasulallah (s.a.w) contohkan.

(-)        Do’a masuk/keluar Masjid

Saudara, apabila sampai ke Masjidil Haram, kita hendaklah masuk mendahulukan kaki kanan dan membaca do'a masuk masjid. Masih membaca Talbiah. Ketika ternampak bekas air zam zam maka ambillah dan minumlah dan bacalah taniat dan do'a minum zam zam. Kemudian berjalan terus sehinggan sampai ke Ka'abah barulah kita berhenti membaca Talbiah.
Diriwayatkan hadith dari Fatimah bte Rasulallah (s.a.w) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika masuk masjid bersabda (maksudnya, membaca do’a): ‘Bismillah, wa-salamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfirli zunubi waftahli abwaba rahmatika.’(Yang bermaksud: Dengan nama Allah (a.w); Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, dan semoga membuka Engkau beberapa pintu kekerahmatanMu (maksudnya, semoga Allah (a.w) melimpahkan kerahmatanNya sebaik-baiknya) dan, ketika dia (Nabi (s.a.w) keluar masjid bersadba (maksudnya, membaca do’a):  ‘Bismillah, was-salamu ‘ala Rasulillahi; Allahammuaghfirli dunubi, waftahli abwaba fadlika.’ (Yang bermaksud: Dengan nam Allah (a.w), Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, dan semoga membuka Engkau beberapa pintu kefadhalanMu) - Haditth ibnu Majah, Kitab Masjid dan Jema’ah.

(-)        Do’a ketika melihat Ka’abah

Dan, ketika kelihatan Ka’abah bacalah do’a berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibni Juraijin (berkata): ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika melihat Baitullah mengangkat kedua-dua tangannya (seumpa berdo’a) dan bersabda (maksudnya, berdoa): ‘Allahumma zed haza baita tasrifan wa-ta’ziman wa-takriman wa-mahabatan wa-zid man syarafahu wa-karamahu mimman hajahu awi’tamarahu tasrifan wa-takriman wa-ta’ziman wa-birran.’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau muliakanlah ini rumah kemashorannya dan keagungannya dan kemuliaannya, kewibawaannya, dan semoga Engkau menambah kemuliaan orang-orang yang memakmurkannya dan (orang-orang yang) memuliakannya dari kalangan jema’ah haji dan umrah akan kemasyhurannya kemuliaannya, keagungannya dan ekbaikannya) – Hadith al-Baihaqi
Dan, kemudian mulakanlah Tawaf (Ifadah atau Tawaf Umrah/Tawaf Sunat) dengan berniat untuk tawaf, bermula di Sudut/Rukun Hajar Aswad dengan mengangkat kedua tangan dan beristilamBismillah, Allahu Akbar, mulakan pusingan pertama. Jangan lupa berlari-lari anak untuk pusingan 1,2 dan 3, dari Sudut Hajar Aswad hingga sampai Sudut/Rukun Yamani, meneruskannya sampai Sujud Hajar Aswad, menyempurnakan pusingan pertama, berjalan biasa. Dan, seterusnya.
Perhatian: Bagi jema’ah haji yang selesai Nafar Awal atau Nafar Thani ketika di Mina, mereka telah menanggalkan ikhram dan kesemua pantang larang berikhram gugur, kecuali 3 pantang larang yang berat-berat, iaitu hubungan suami isteri. Jema’ah haji dibolehkan memakai pakaian biasa (maksudnya, tanpa ikhram). Maka pergilah ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) dan kemudiaan Sa’i Haji, selepas itu bertahlul (yakni, bercukur/menggondolkan kepala), maka selesailah ibadah haji.

(-)        Bila berhenti membaca ‘Talbiah’?

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yulabbi mu’tamiru hatta yastalima hajaru’ (Yang bermaksud: Membaca ‘Talbiah’ bagi orang yang umrah sampai menjamah (yakni, mengusap) Hajar Aswad.) - Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi (sebagai hadith hasan).
Nota: Jika tidak dapat menjamah atau mengusap Hajar Aswad, hendaklah  ‘Istilam’ (yakni, melambai tangan kanan yang diangkat tinggi ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian mengucup telapak tangan selepas itu.

(-)        Perlakuan semasa Tawaf

Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap (yakni, menyapu dengan tangan kanan) dari (dinding) Baitullah kecuali dua rukun (iaitu) Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud.

Perhatian:
Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama (i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani. Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4 seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun Hajar Aswad sampai semula ke Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke Rukun Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan kita.
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain pula. Bacaan-bacaan tasbh itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah. Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan kanan.]

(-)        Mengusap/Beristilam Dua Sudut Ka’abah

Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap Baitullah kecuali dua rukun (iaitu) Rukun Yamani (dan Rukun Hajar Aswad).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.

(-)        Ucapan ketika mengusap/melambai dua sudut

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain beristilam (yakni, melambai kepada Hajar Aswad) sambil membaca: ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun Hajar Aswad. - Hadith Muslim, Kitab Haji. 
Diriwayatkan hadith dari Ikrimah hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Tawaf Nabi (s.a.w) di Baitullah ... ketika datang kepada rukun (maksudnya, Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yamani) memberi isyarat (maksudnya, beristilam) kepadanya dengan sesuatu ada disisinya (maksudnya, tongkatnya) dan menyebut ‘Bismillah) Allahu Akbar’.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain beristilam (yakni, melambai kepada Hajar Aswad sambil menyebut: ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun (Hajar Aswad) dengan hajinya. - Hadith Muslim, Kitab Haji.

(-)        Berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 sampai Sudut/Rukun Yamani

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat beliau melakukan Umrah dari (Miqat) Ja’ranah, mereka berlari-lari kecil (yakni, berlari-lari anak) mengelilingi Baitullah (semasa Tawaf) tiga kali (pusingan yang mula-mula –pusingan 1 hingga pusingan ke-3) dan berjalan biasa empat kali (pusingan) selebihnya. - Hadith Abu Daud dan juga Ibnu Majah.

(-)        Bacaan Tasbih/Do’a ketika Tawaf 

Tawaf itu mengililingi Ka’abah sebanyak tujuh (7) kali bermula dari sudut Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai kembali ke Rukun Hajar Aswad, iaitu dikira satu pusingan. Ketika hendak memulakan Tawaf, pusingan pertama, beristilam ke arah Hajar Aswad, dengan kalimah ‘Bismillahi, Allahu Akbar’. Bagi keliling yang pertama hingga ketiga, hendaklah berlari-lari anak, sambil membaca sebanyak mungkin Tasbih (i.e. Do’anya) ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’ kemudian baca ‘wala haula wala quata illa billahi) apabila dari Rukun Yamani (i.e. Sudut ketiga), sampai ke Rukun Hajar Aswad berjalan kaki seperti biasa, sambil membaca do’a ‘Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal-afiata fid dunya wal-akhirati. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina ‘azabannar’ sebanyak mungkin pula. Kelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali. Dan, ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad maka usaplah Rukun itu (atau, beristilam, yakni melambaikan tangan kanan ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’. Lihat nas dan dalil hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Humaid b Abi Sawiyah berkata: ‘ Aku mendengar ibna Hisyam bertanya kepadaa ‘Ata’ b Abi Rabah mengenai Rukun Yamani, dan dia sedang Tawaf di Baitullah, maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan hadith oleh Abu Hurairah sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Disertai oleh 70 malaikat bagi sesiapa yang membaca: ‘Allahumma inni asalukal-‘afwa wal-afiata fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan kesihatan di dunia dan di akhirat kebaikan dan semoga Engkau jauhi daku dari siksaan neraka) mereka para malaikat) menjawab: ‘Amin’ (Semoga Allah (a.w) mengqabulkan)). Maka ketika sampai di Rukun Hajar Aswad berkata ibnu Hisyam: ‘Wahai Aba Mhammad! Apakah yang engkau baca ketika sampai engkau di ini Rukun (Hajar Aswad)?’ Maka berkata ‘Ata’:  ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang melebihinya (Rukun itu) sesungguhnya dia mncium tangan Tuhan ar-Rahman.’ Berkata kepadanya ibnu Hisyam (bertanya): ‘Wahai Aba Muhammad! Maka Tawaf?’ Berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man tofa bil-baiti sab’an wa-la yatakallamu illa bi-‘subhanallahi wal-hamdulillahi wa-la-ilaha illallahu akbar, wal haula wa-la quata illa billahi’, muhiyat ‘anhu ‘asru saiyiatin wa-kutibat lahu ‘asru hasanatin wa-rufi’alahu ‘asyarata darajatin, waman tofa fatakallama wa-hua fi tilkal-hali khadha fi rahmatin bi-rijlaihi ka-khoidhil-ma-i bi-rijlaihi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa Tawaf di Baitullah 7 pusingan dan tidak berkata-kata/bercakap-cakap dia kecuali dengan (membaca) ‘Subhanallah … illa billahi’) dihapuskan baginya 10 keburukannya dan ditulis baginya 10 kebaikan dan diangkat darjatnya 10 tingkat; dan barangsiapa Tawaf dan bercakap-cakap/berkata-kata dia sedangkan dia begitu keadaannya (i.e. sedang Tawaf) masuk dia kerahmatan Allah (a.w) dengan dua kakinya seperti masuk dia ke dalam air dengan dua kakinya. ) – Hadith Ibnu Majah dalam Kitab Manasik Haji (Peraturan Haji).
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Saib berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. membaca) antara dua rukun/sudut (Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) ‘Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa-fil akhiratu hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ – Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik

Nota dan Perhatian:
Dua hadith di atas itu menjelaskan apa yang harus dibuat dan baca ketika Tawaf – berjalan antara Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani dan dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad semula (satu pusingan). Dan, tidak dibolehkan bercakap-cakap atau membaca selain bacaan. Kerana bercakap-cakap mengurangkan pahalanya. Ketika hendaklah menyedikitkan berkata-kata/bercak-cakap. Ini ketetapan Nabi (s.a.w) sejajar dengan perintah beliau Khuzu ‘anni manasikakum …’ (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji (atau umrah).

(-)        Bacaan antara Sudut Yamani hingga Rukun Hajar Aswad

Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Abi Saib (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) berkata (yakni, berdo’a) antara dua rukun (yakni, Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) (kalimah do’a): ‘Rabbana atina fid-dunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina ‘azabannar’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, Engkau datangkanlah kepadaku kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat). - Hadith Abu Daud dan an-Nasa’i.

(-)        Solat sunat dua rakaat selepas selesai Tawaf

Di belakang Makam Ibrahim, kita hendaklah bersolat solat sunat dua rakaat dan setelah selesai solat kita membaca sekurang-kurangnya dua do'a, iaitu Do'a Nabi Adam (a.s) dan Do'a Nabi Ibrahim (a.s) - do'a yang amat mustajab.
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) nescaya apa-apa berjalan dia (selepas Tawaf) menuju ke Makam Ibrahim membaca dia: ‘Wat-takhizu mim maqamii ibrahima musalla ...’ (Yang bermaksud: Jadikanlah dari (yakni, pada) Makam Ibrahim tempat bersolat ...) - Ayat 125: al-Baqarah, maka bersolat dia dua rakaat maka membaca dia al-Fatihah dari Kitab (al-Quran), dan ‘Qul ya aiyuhalla kafirun’ dan ‘Qula huallahu ahad’ kemudian berjalan ke rukun Hajar Aswad ... kemudian keluar menuju Bukit Safa (untuk mengerjakan Sai) - Hadith an-Nasa’i.

(-)        Do’a selepas solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim 

Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imanan yubahi qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat li wa-raddini biqada-ika.’) (Yang bermaksud: Ketika apa-apa menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah) tujuh pusingan  dan solat dia lurus dekat Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdo’a): Ya Allah ya Tuhanku! Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian (kefahaman tentang agamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu) kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (jawapanNya): ’Ya Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan, wain kana la yuriduha.’ (Yang bermaksud: Wahai Adam! Sesungguhnya engkau telah berdo’a padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni, do’a engkau), dan tidak akan berdo’a kepadaKu dengan ini do’a seseorang dari kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka dunia untuk manusia) (dunianya tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada (walaupun) tidak siapa berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya dan tidak mengira siapa yang diberikanNya) - Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita wabnis Asakar. 
Nota: Selain Do’a Nabi Adam (a.s) dibacalah Do’a Nabi Ibrahim (a.s). Do’ Nabi Ibrahim (a.s) adalah: ‘Allahumma haza baladuka wal-masjidul haramu … fa’firli war-hamni innaka ‘ala kulli syai-in qadirun.’ Sila rujuk buku kecil ‘Do’a dalam ibadah haji dan umrah’. Dan ditambah dengan do’a lain apa-apa do’a yang dihasratkan dibaca, termasuklah do’a yang dikirimkan oleh orang untuk dibaca bagi pihaknya.

(-)        Mustajabnya do’a selepas solat di belakang Makam Ibrahim 

Apabila kita berdo’a dengan kalimah-kalimah do’a tersebut, Allah (a.w) perkenankan banyak perkara yang dipinta melalui do’a tersebut: 

(i)         Mengampuni dosa-dosa kita; 
(ii)        Dibebaskan dari sebarang kesusahan dan kesulitan yang dihadapi; 
(iii)       Dihapuskan musibah yang terkena kepada diri kita;
(iv)       Ditingkatkan ilmu jualbeli dan diberinya kejayaan dalam perniagaan; 
(v)        Jika diminta kejayaan dunia diberikan oleh Allah (a.w). 

Setelah selesai solat di belakang Makam Ibrahim, mengadap Baitullah/Ka’abah beristilam sekali dengan membaca ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian berjalan ke arah Bukit Safa untuk mengerjakan Sa’i Haji, sambil membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir rahamnir Rahim.  Innas safa wal-umrata min syaa’irillahi’ (Ayat 158: al-Baqarah).

(-)        Jika Haid belum Tawaf Ifadah

Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qasim hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya berkata: ‘Datang aku ke Mekah dan aku haid, dan tidak Tawaf aku mengelilingi Baitullah dan tidak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Maka melapurkan aku demikian keadaan kepada Rasulallah (s.a.w), bersabda dia (Nabi): ‘Berbuatlah engkau seperti berbuat orang-orang yang mengerjakan haji selain bahawasanya tidak Tawaf engkau mengelilingi Baitullah sehingga suci engkau.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Nota dan peringatan: Kalau sudah berikhram untuk Haji, tiba-tiba datang haid, maka jema’ah haji perempuan dibolehkan Wukuf, Mabit di Muzdalifah, kemudian bermalam di Mina dan melontar jamrah, dan mengerjakan Sa’i Haji/Umrah, tetapi tidak boleh mengerjakan Tawaf Ifadah, maka menunggulah sehinggai bersih, barulah kerjakan Tawaf Ifadah (i.e Tawaf Haji) dan berTahlul.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment