Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi pembicaraan kita mengenai cara dan kaedah terperinci bagaimana mengerjakan haji.
Cara dan kaedah mengerjakan haji
(Sambungan)
Dalam dua post yang lalu kita telah teliti dua dimensi iaitu:persediaan ketika hendak memakai kain ikhram, sebelum ke Miqat untuk solat sunat ikhram dan lafaz niat haji dan umrah. Proses pertama dalam ibadah haji (dan umrah) adalah mandi hadath besar, sebelum mengenakan pakaian ikhram. Kemudian ke Miqat untuk berniat dengan melafazkannya, jika hendak umrah, dan melafazkan niat haji ketika di hotel atau rumah tumpangan pada 9 Zulhijjah. Niat yang diajarkan oleh LUTH adalah tidak disandari oleh as-Sunnah, malah menyimpang dari ketetapan as-Sunnah. Kerana lafaz niat haji dan umrah itu sudahpun ditetapkan dalam as-Sunnah. Jika kita amalkan pastilah ibadah haji (dan umrah) kita tercemar - kerana lakukan apa-apa yang tidak Rasulallah (s.a.w) lakukan sejajar dengan sabda beliau: 'Khuzu 'anni manasikakum...' itu!
Saudara, kita sambung lagi proses ibadah haji itu, iaitu setelah mengenakan niat dan melafazkannya di hotel (atau, bagi yang terus berikhram di Malaysia, melafazkan niat ketika melalui Ya Lam Lam dalam kapalterbang), kita bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah - waktu pagi - supaya sampai ke Arafah untuk Wukuf sebelum matahari tergelincir. Waktu Wukuf itu bermula apabila matahari tergelincir - maksudnya masuk waktu Zohor. Sepanjang perjalanan kita ke Arafah itu kita membaca Talbiah.
1. Memakai Ihram dan berniat
2. Membaca Talbiah Setelah Berikhram dan Berniat Haji
Setelah mengenakan Ikhram untuk Haji, bersolat sunat dua rakaat - Solat Sunat Ikhram, selepas berdo’a, melafazkan niat Haji. Setelah melafazkan niat makan berjalanlah tempoh larangan atau pantang larang Ikhram, sehinggalah Tahlul Awal, iaitu selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, maka gugur kesemua pantang larang (atau, keharaman) berikhram, kecuali 3 larangan yang berat, dan selepas Tahlul Thani, iaitu menyempurnakan Sa'ii Haji, barulah gugur kesemua pantang larang berikhram dan pantang larang haji dan umrah.

(-) Kalimah Talbiah
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a): bahawasanya Talbiah Rasulallah (s.a.w): ‘Labbaika Allahumma labaika. Laibaika la syarika laka labbaik, innal hamda, wa-ni’mata, laka wal-mulku, la syarika laka.’(Yang bermaksud: Aku penuhi panggilan Engkau Ya Allah (a.w), sesungguhnya segala pujia-pujian hanya kepadaMu, dan segala nikmat adalah milikMu, dan segala kerajaan adalah milikMu, tidak sekutu bagiMu (yakni, tidak syirik aku).) Berkata Nafi’ (r.a): ‘Abdullah bin Omar (r.a) biasa menambah dalam Talbiahnya: ‘Labbaika, labbaika, wa-sa’daika, wal-khairu biyadika, war-rughbau ilakika wal-amalu.’ (Yang bermaksud: Aku penuhi panggilan Engkau ya Allah (a.w) dengan penuh kebahagiaan. Segala kebaikan di tangan kekuasaan Engkau, dan segala permohonan dan amal pekerjaan kembali kepada Engkau.) - Hadith Abu Daud dan juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Talbiah Rasulallah (s.a.w) adalah: ‘Labaika Allahumma labaik (3x), labaikala syarika laka labaik, innal hamda wan-ni’mata lakawal-mulk la syarika lak.’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu, Ya Allah (a.w)! Aku datang kepadaMu (3x) Tiada sekutu bagiMu, segala puji, nikmat dan kuasa itu milikMu sendiri, dan Engkaulah Raja tiada sekutu bagiMu.) - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meninggikan suaranya ketika menaiki untanya (yakni, kenderaannya) berdiri dari masjid Zulkhulaifah semasa membaca Talbiah.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) sebelum berangkat dari Zulkhulaifah bersolat dua rakaat, kemudian beliau berjalan mengenderai untanya sambil mengucapkan Talbiah.’ – Hadith Muslim.

(-) Akhir membaca Talbiah
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yulabbi mu’tamiru hatta yastalima hajaru’ (Yang bermaksud: Membaca ‘Talbiah’ bagi orang yang umrah sampai menjamah (yakni, mengusap) Hajar Aswad.) - Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi (sebagai hadith hasan).
Nota: Jika tidak dapat menjamah atau mengusap Hajar Aswad, hendaklah ‘Istilam’ (yakni, melambai tangan kanan yang diangkat tinggi ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian mengucup telapak tangan selepas itu.

3. Wukuf di Arafah
(-) Bertolak ke Arafah untuk Wukuf
Ketika keluar hotel bacalah Do’a keluar rumah. Bacalah do’a menaiki kenderan. Sepanjang perjalan ke Arafah bacalah Talbiah dengan menguatkan suara sampailah ke khemah di Arafah. Di Arafah ketika masuk waktu Zohor, maka bermulalah Wukuf. Dimulakan dengan mengerjakan Solat Zohor di jamakkan dengan Solat ‘Asar dengan mengqasarkan kedua-dua solat tersebut – jama’ takdim, di buat dua-dua rakaat (bukan jamak tamam – i.e. Zohor 4 rakaat dan ‘Asar 4 rakaat.
Waktu Wukuf itu adalah bermula ketika tergelincir matahari, maksudnya, apabila masuk waktu solat Zohor, dan berakhir ketika terbenam matahari atau masuknya waktu solat Maghrib.
Semasa di Arafah menjama’kan Solat Zohor dan Solat ‘Asar – jama’ takdim qasar (i.e. dua-dua rakaat). Ketika masuk waktu Solat Maghrib maka bertolak ke Muzdalifah untuk Mabit di sana. Maka di Muzdalifah menjamakkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ – jama’ takhir (3 rakaat Maghrib dan 2 raka’at Isya’). Sebelum masuk waktu Solat Subuh keluar dari Muzdalifah dan mensolatkan Solat Subuh di luar Muzdalifah atau di Mina.
Ketika keluar hotel bacalah Do’a keluar rumah. Bacalah do’a menaiki kenderan. Sepanjang perjalan bacalah Talbiah dengan menguatkan suara sampailah ke khemah di Arafah. Di Arafah ketika masuk waktu Zohor, maka bermulalah Wukuf. Dimulakan dengan mengerjakan Solat Zohor di jamakkan dengan Solat ‘Asar dengan mengqasarkan kedua-dua solat tersebut – jama’ takdim, di buat dua-dua rakaat (bukan jamak tamam – i.e. Zohor 4 rakaat dan ‘Asar 4 rakaat.

(-) Kegiatan/Amalan ketika Wukuf?
Jemaah haji berangkat dari Mekah ke Arafah ketika pagi supaya sampai ke Arafah sebelum masuk waktu Zohor. Setelah masuk waktu solat Zohor, solatlah Zohor dan ‘Asar secara jama’ takdim dengan mengqasarkan kedua-dua solat. Ketika masuk waktu Zohor itu bermulalah waktu Wukuf. Semasa Wukuf di Arafah jema’ah haji memperbanyakkan do’a kerana do’a-do’a di Arafah dikabulkan oleh Allah (a.w). Tidak digalakkan membaca al-Quran atau berzikir atau berwirid, kerana di Arafah dikhususkan membaca pelbagai do’a (ketika dalam khemah) memohon segala sesuatu yang dihasratkan oleh hati, sebanyak-banyaknya.
Gunakan sepenuh masa Wukuf berdo’a dan jangan tidur – sama seperti kita Iktikaf di masjid malam 10 terakhir Ramadhan menunggu Lailatul Qadr dengan memperbanyakkan do’a.
Diriwayatkan hadith dari Ibni Ishak menceritakan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar (r.a) yang berkata: ‘Berpagian (yakni, pada waktu pagi) Rasulallah (s.a.w) (keluar dari) Mina ketika telah Solat Subuh di pagian keluar dia pada hari Arafah sehingga Nabi ke Arafah maka bertempat di (masjid) Namirah, dan Namirah itu tempatnya beberapa imam yang bertempat dengannya di Arafah sehingga ketika ada hendak Solat Zohor dan ‘Asar keluar (yakni, berangkat) Rasulallah (s.a.w) pada waktu awal maka mengumpulkan (yakni, menjama’kan) antara Solat Zohor dan Solat ‘Asar (yakni, jama’ takdim dan qasar), kemudian berkhutbah pada manusia (i.e. para sahabat), kemudian berangkat maka wukuf atas tempat di Arafah.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Hadith ini menyebutkan Rasulallah (s.a.w) menjama’kan Solat Zohor dan ‘Asar pada waktu Zohor mengqasarkan kedua-dua solat tersebut. Rasulallah (s.a.w) kemudian berkhutbah. Semasa khutbah inilah beliau berpesan, antara lain (dalam khutbah Haji Wada’nya): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasktum bihima, Kitabbalha wa-sunnatau Nabiyi.’(Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-dua, kalian pasti tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya (mencari ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Seperti hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Said b Hassan hadith Ibni Omar (r.a) berkata: ‘Ketika apa-apa apabila membunuh al-Hajjaj ibna Zubeir, mengutus (Ibna Zubeir) kepada Ibni Omar (r.a): ‘Manakah saat ada Rasulallah (s.a.w) berangkat pada hari ini?’ Berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Ketika ada demikian, berangkat kami maka apa-apa menghendaki Ibnu Omar (r.a) apabila berangkat dia. Berkata (Ibnu Omar): ‘Adakah sudah condong matahari?’ Berkata mereka (sahabat): ‘Belum condong’ atau ‘Belum gelincir matahari.’ Berkata (sahabat): ‘Maka ketika apa-apa (yakni, sudah condong).’ Berkata (sahabat): ‘Sungguh-sungguh telah condong’, maka berangkat dia (ibnu Omar).’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Hadith ini menceritakan bilakah masanya jema'ah haji itu bergerak untuk ke Arafah untuk Wukuf dalam zaman Rasulallah (s.a.w).Jemaah haji berangkat dari Mekah ke Arafah ketika pagi supaya sampai ke Arafah sebelum masuk waktu Zohor. Setelah masuk waktu solat Zohor, solatlah Zohor dan ‘Asar secara jama’ takdim dengan mengqasarkan kedua-dua solat. Ketika masuk waktu Zohor itu bermulalah waktu Wukuf. Semasa Wukuf di Arafah jema’ah haji memperbanyakkan do’a kerana do’a-do’a di Arafah dikabulkan oleh Allah (a.w). Tidak digalakkan membaca al-Quran atau berzikir atau berwirid, kerana di Arafah dikhususkan membaca pelbagai do’a (ketika dalam khemah) memohon segala sesuatu yang dihasratkan oleh hati, sebanyak-banyaknya.
Gunakan sepenuh masa Wukuf berdo’a dan jangan tidur – sama seperti kita Iktikaf di masjid malam 10 terakhir Ramadhan menunggu Lailatul Qadr dengan memperbanyakkan do’a.
Diriwayatkan hadith dari Ibni Ishak menceritakan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar (r.a) yang berkata: ‘Berpagian (yakni, pada waktu pagi) Rasulallah (s.a.w) (keluar dari) Mina ketika telah Solat Subuh di pagian keluar dia pada hari Arafah sehingga Nabi ke Arafah maka bertempat di (masjid) Namirah, dan Namirah itu tempatnya beberapa imam yang bertempat dengannya di Arafah sehingga ketika ada hendak Solat Zohor dan ‘Asar keluar (yakni, berangkat) Rasulallah (s.a.w) pada waktu awal maka mengumpulkan (yakni, menjama’kan) antara Solat Zohor dan Solat ‘Asar (yakni, jama’ takdim dan qasar), kemudian berkhutbah pada manusia (i.e. para sahabat), kemudian berangkat maka wukuf atas tempat di Arafah.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Hadith ini menyebutkan Rasulallah (s.a.w) menjama’kan Solat Zohor dan ‘Asar pada waktu Zohor mengqasarkan kedua-dua solat tersebut. Rasulallah (s.a.w) kemudian berkhutbah. Semasa khutbah inilah beliau berpesan, antara lain (dalam khutbah Haji Wada’nya): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasktum bihima, Kitabbalha wa-sunnatau Nabiyi.’(Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-dua, kalian pasti tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya (mencari ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Seperti hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Said b Hassan hadith Ibni Omar (r.a) berkata: ‘Ketika apa-apa apabila membunuh al-Hajjaj ibna Zubeir, mengutus (Ibna Zubeir) kepada Ibni Omar (r.a): ‘Manakah saat ada Rasulallah (s.a.w) berangkat pada hari ini?’ Berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Ketika ada demikian, berangkat kami maka apa-apa menghendaki Ibnu Omar (r.a) apabila berangkat dia. Berkata (Ibnu Omar): ‘Adakah sudah condong matahari?’ Berkata mereka (sahabat): ‘Belum condong’ atau ‘Belum gelincir matahari.’ Berkata (sahabat): ‘Maka ketika apa-apa (yakni, sudah condong).’ Berkata (sahabat): ‘Sungguh-sungguh telah condong’, maka berangkat dia (ibnu Omar).’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment