Assalamualaikum,
Saudara, dalam post hari ini kita engok bagaimanakanh mengerjakan Sa'i Haji setelah kita selesai mengerjakan Tawaf Ifadhah (i.e. Tawaf Haji) dan kemudian kita bertahlul - dengan menggndolkan kepala atau memendekkan rambut sebagai menandakan selesainya proses ibadah haji kita. Sa'i Haji dan berTahlul adalah proses terakhir ibadah haji.
Dalam post-ost yang lalu kita telahpun jelaskan proses-proses terdahulu merangkumi:
1. Bersedia untuk memakai ikhram dengan mengenakan pakaian ikhram bagi Jema'ah lelaki (dan telekong biasa bagi Jema'ah perempuan), kemudian menunaikan solat Ikhram dua rakaat, dan kemudian melfazkan niat haji: 'Labbaika, Allahumma Hajjan';
2. Berlepas pagi 9 Zulhijjah ke Arafah untuk Wukuf di Arafah - waktu Wukuf itu adalah setelah tergelincir matahari (i.e. masukwaktu Solat Zohor) dan tamat ketika terbenam matahari (i.e. masuk waktu Solat Maghrib);
3. Ketika sudah masuk waktu Solat Maghrib, yakni petang 9 Zulhijjah, kita bertolak ke Muzdalifah untuk berhenti sekejap dan mengambil batu-batu kecil untuk tujuan lontaran jamrah kelak;
4. Sebelum masuk Waktu Subuh, pagi 10 Zulhijjah, keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina untuk bermalam di Mina selama 3 malam 4 hari untuk melontar jamrah - mula-mula pada 10 Zulhijjah melontar melontar Jamrah Aqabah, kemudian pada hari-hari Tasyrik melontar ketiga-tiga jamrah;
5. Meninggalkan Mina sama ada setelah Nafar Awal (12 Zulhijjah) atau Nafar Thani (13 Zulhijjah) pergi ke Mekah, ke Ka'abah untuk mengerjakan Tawaf Ifadhah (i.e. Tawaf Haji);
6. Dalam post ini mengerjakan Sa'i Hai dan kemudian berTahlul (Tahlul Thani) - dengan Tahlul Thani itu kesemua larangan atau keharaman ikhram gugr semuanya dan kita dalam keadaan sediakala.
Saudara, kalau kita lakukan kesemua proses haji ini menepati apa yang Rasulallah (s.a.w) demo atau tunjukkan atau ajarkan dan kita menjaga pantang larang berikhram (atau, keharaman dalam berikhram) dan mulut kita serta tangan kita terjaga darisebarag kemaksiatan, maka dapatlah kita Haji Mabrur itu. Pahala haji mabrur itu tak lain dan tak bukan adalah menjadikan kita dalam keadaan fitrah semua sebagaimana di lahirkan oleh ibu kiita dahulu, masya Allah.
Cara dan Kaedah mengerjakan ibadah haji
(Sambungan)
7. Sa’i Haji/umrah - dari Bukit Safa ke Bukit
Marwah
(Tujuh pusingan)
(-) Ketika berjalan menuju Bukit Safa
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam
bn Urwat hadith daripada bapanya bahawasanya (bapanya) berkata: ‘Berkata aku
kepada Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w): Dan aku pada hari ini mendengar
hadith ... firman Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung ‘Innas sofa
wal-marwata min sya’airillaha in yatauwafa bihima’ (Yang bermaksud:
Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada syiar (tanda-tanda
kebesaran) Allah (a.w)) - Hadith Bukhari, Kitab Tafsir.
Sesiapa yang hendak mengerjakan haji
dan umrah, mereka diwajibkan Tawaf (i.e. mengelilingi Ka’abah) tujuh pusingan, kemudian
hendaklah dia mengerjakan Sa’i Haji berjalan dari Bukit Safa ke Bukit
Marwah dan kembali semula ke Bukit Safa tujuh kali. Proses Sa'i itu berakhir di Bukit Marwah. Satu Sa’i adalah berjalan
dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan kembali ke Bukit Safa, maka dibuat 7 kali
dan Sa’i selesai selepas tujuh kali di Bukit Marwah, di nana jma’ah haji
bertahlul dengan menggondolkan kepala/bercukur/memotong beberapa helai rambut.
(-) Do’a ketika berada di atas Bukit Safa
(dan juga Bukit Marwah)
Sa’i itu adalah berjalan kaki dari Bukit Safa ke Bukit
Marwah, dan kembali dari Bukit marwah ke Bukit Safa, dan seterusya diulangi 7
kali jalanan. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah satu Sa’i, dari Buit Marwah ke
Bukit Safa satu Sa’i. Jalanan yang ke-7, terakhir, dari Bukit Safa ke Bukit
Marwah, kemudian bertahlul, i.e. Tahlul Thani dengan mencukur rambut atau
membotakkan kepala. Setelah bertahlul selesailah Ibadah Haji/Umrah dan gugurlah
pantang larang terakhir.
Apabila sampai ke kaki Bukit Safa (dan kemudian
Bulit Marwah) mengadaplah ke arah Kaabah dengan membaca do’a: ‘Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul
muku wa-lahul hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha
illallah wahdahu lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal
ahzaba wahdahu.’(3x)
Dan seterusnya berdo’a dengan do’a (bebas). Contoh
do’a adalah do’a yang dibacakan oleh Ibnu Omar (r.a) semasa dia berada di atas
Bukit Safa dan Marwah: ‘Allahumma innaka qultu … (hingga) … waj’alna
a-immatil muttaqina.’
(-) Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
Di antara Bukit Safa dan ukit Marwah ada bahagian yang
ditanda dengan lapu Hijau menandakan Jurang Nauisir bilaman Jema’ah Haji/Umrah
dkehendaki berlari-lari anak. Ini melambangkan perbuataan isteri Nabi Ibrahim
(Siti Hajar) yang terpaksa berlari-lari dari dua bukit tersebut untuk mencari
air untuk diminumoeh anaknya Nabi Ismail (a.s). Maka, semasa mengerjakan Sa’i
itu, setiap kali berjalan dan sampai ke kawasan yang ditandakan sekarang dengan
lampu hijau, jema’ah Haji/Umrah dikehendaki berelari-lari anak, i.e. dari
tempat lampu hijau sehingga sampai ke lampu hijau kedua-dua belah jalanan Sa’i
itu.
(-) Do’a-do’a yang dibaca semasa Sa’i
Semasa turun dari Bukit Safa (atau
Bukit Marwah) memulakan perjalanan, berjalan bacalah ‘‘Subhanallah,
wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’, kemudian membaca ‘wala
haula wala quata illa billahi’ dan ketika sampai ke bahagian lampu hijau
(di atas) berlari-lari anak (bagi lelaki) sambil membaca do’a: ‘Rabbir fir
warham wa-anta (atau) ‘wa-annaka a’azzul akramu.’ sehingga sampai ke
bahagian lampu hijau yang satu lagi. Kemudian membaca lagi ‘Subhanallah,
wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’… sehingga sampai ke
kaki Bukit Marwah membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir
rahamnir Rahim. Innas safa wal-umrata
min syaa’irillahi’. Dan, setelah sampai ke atas Bukit Marwah, berdiri
mengadap ke arah Ka’abah, berdoa, yakni membaca: Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul muku wa-lahul
hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha illallah wahdahu
lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal ahzaba wahdahu.’(3x).
Demikianlah diperbuat setiap perjalanan tujuh kali berSai tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar
(r.a) bahawasanya Ibnu Omar (r.a) ada berdoa atas Bukit Safa (dan Marwah) (dengan
doa ini): ‘Allahumma’-simana bidinika wa-tawa’itiatika, tawa’iyati rasulika
wa-jannibna hududaka. Allahumma-aj’alna nuhibbuka wa-nujiba malaikatika,
wa-abiyatika wa-rasulika, wa-nuhibbu ‘ibadakas solihina. Allahumma habibana
ilaika wa-ila malaikatika wa-inni anbiyaika wa-rasulika wa-ila ‘ibadis
solihina. Allahumma yasirna lilyusra wa-janibnal-‘usra wa’sarlana fil-akhirati
wa-ula waj’alna min aimmatil-muttaqina) [Maksud kalimah doa: Ya Allah (a.w)
semoga Engkau menjaga aku dengan agamaMu dan menjaga ketaatanku terhadapMu dan
menjaga ketaatan kepada Rasul Engkau dan semoga menjauhkan aku beberapa hukum
hudud Engkau. Ya Allah (a.w) semoga menjadikan Engkau aku suka kepadaMu dan
suka aku kepada para malaikatmu dan para nabiMu dan para RasulMu dan suka akan
hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga menyenangkanku kepada Engkau (Allah
(a.w)) dan kepadapara malaikatMu dan kepada para nabiMu dan kepada para RasulMu
dan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga memudahkan pada yang
memudahkan kepadaku dan semoga Engkau (Allah (a.w)) menjauhkan padaku (apa-apa)
yang menyulitkan (atau merumitkan) aku dan semoga mengampuni akadaku di dalam
urusan akhiratku dan urusan yang awal (yakni, dunia) dan semoga menjadikan
Engkau (Allah (a.w) aku pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa.] [Hadith
al-Baihaqi, Kitab Haji]
(-) Lari-lari Anak di Wadi (jurang) antara
Bukit Safa dan Bukit Marwah
Diriwayatkan hadith dari Safiah bt Syaibah hadith
dari seorang perempuan yang berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) lari-lari
anak di dalam tengah-tengah tempat banjir, dan bersabda: ‘Tidak boleh dilalui
wadi (jurang) kecuali berat (yakni, berjalan dengan cepat).’ - Hadith
an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.
Nota: Hadith di atas menyebutkan perlakuan Rasulallah
(s.a.w) ketika Sa’i tatkala sampai satu kawasan lembah dia berlari-lari anak.
Kawasan ‘lembah’ inilah sekarang ini ditandakan dengan lampu hijau untuk
mengingati peristiwa Siti hajar (a.s), isteri Nabi Ibrahim (a.s), yang berlari-lari
anak dari Bukit safa ke Bukit Marwah mencari danau atau air. Ketika sampai di kawasan lembah tersebut Siti
Hajar (a.s) berlari-lari anak, kerana takutkan banjir kilat (falsh flood).
Anaknya, Ismail (a.s) ditinggalkan di suatu tempat sebelah Ka’abah, maka
keluarlah anak air yang mengalirkan air, iaitu air zam-zam.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amru b Dinar hadith dari
Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya apa-apa berlari-lari
anak Rasulallah (s.a.w) di Baitullah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah supaya
dilihat oleh orang-orang musyrik kekuatan Nabi (s.a.w). Berkata Ibnu Abbas
(r.a): ‘Dalam ini bab hadith dari Aisyah (r.ah) dan Ibnu Omar (r.a) dan Jabir
(r.a). Berkata Abu Isa (i.e. at-Termidzi) bahawa hadith Ibnu Abbas (r.a) adalah
hadith yang baik lagi sahih dan dia orang-orang ahli ilmu suka pada hadith ini
apabila lari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, maka jika tidak
berbuat sedemikian berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah pada pendapatnya
tidak dibolehkan. - Hadith at-Termidzi.
Nota: Hadith di atas menyebutkan bahawa adalah afdhal
bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah, ketika Sa’i berlari-lari anak di
kawasan yang disebutkan itu. Dalam hadith berikut pula, disebutkan bahawa
ketika Rasulallah (s.a.w) sudah uzur, beliau tidak berlari-lari anak, tetapi
berjalan seperti biasa sahaja. Jelaslah, yang terbaik berlari-lari anak, tetapi
jika tidak mampu kerana keuzuran dan sebagainya, boleh terus berjalan seperti
biasa.
Diriwayatkan hadith dari ‘Atak b Saib hadith dari Kathir
b Jumhan berkata: ‘Melihat aku Ibnu Omar (r.a) berjalan di dalam tempat
berlari-lari anak, maka berkata aku kepadanya (Ibnu Omar (r.a)): ‘Adakah
berjalan engkau di dalam tempat berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit
Marwah?’ Maka berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Nescaya jika berlari-lari anak aku maka
sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berlari-lari anak. Dan nescaya
berjalan aku maka sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berjalan. Dan
adapun aku orang tua dan tersangat tua.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Nota: Dalam hadith di atas, Ibnu Omar (r.a) menyatakan
bahawa Rasulallah (s.a.w) ada berjalan sahaja dan tidak berlari anak ketika
memasuki kawasan lembah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, yakni kawasan yang
bertanda lampu hijau sekarang ini.
Menceritakan hadith dari Zuhair menceritakan hadith
dari Abu Ishak berkata: ‘Mendengar aku Ibnu Omar (r.a) berkata (yakni, membaca)
antara Bukit safa dan Bukit Marwah (yakni, kawasan wadi, i.e. lari-lari anak) ‘Rabbighfirli
warham wa-anta’ atau ‘annakal a’azzul akram’ (Yang bermaksud:
Semoga mengampuni dan semoga menyayangi dan Engkau (Allah (a.w))’ atau ‘dan
sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) zat yang Maha Mulia (i.e. tidak dikalahkan
oleh sesiapa) lagi Maha Mulia (i.e. mengalahkan kurniaanNya atas seluruh
alam).) - Hadith al-Baihaqi, Kitab haji
8. Bertahalul (Tahlul Thani - Bercukur atau memendekkan rambut)
Diriwayatkan hadith dari Muawiyah bin Abi Sufyan
(r.a) berkata: ‘Aku potong rambut Nabi (s.a.w) dengan (mata) sebatang anak
panah bermata lebar di (bukit) Marwah. Atau, aku melihat beliau dipotong
rambutnya dengan sebatang anak panah yang lebar matanya di atas (bukit)
Marwah.’- Hadith Abu Daud dan juga Bukhari, Muslim dan an-Nasa’i.
Diriwayatkan hadith dari Umarah b
Ka’ka’ hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda (yakni, berdoa)
Rasulallah (s.a.w): ‘Allahummaghfir lil-muhaliqina.’ (Yang bermaksud:
Ya Allah (a.w), semoga Engkau (Allah) mengampuni orang-orang yang bercukur
gondol kepalanya). Dikatakan oleh seorang sahabat: ‘Wa-lil muqassirina?’
(Yang bermaksud: Dan orang-orang yang memendekkan rambut?’). Bersabda
Nabi (s.a.w): ‘Allahummaghfir
lil-muhaliqina’. Berkata sahabat: ‘Wa-lil muqassirina?’ Dan, berdoa
Nabi (s.a.w), yakni menyebut tiga (3) kali (kalimah ‘al-muhaliqina’) (kemudian)
Nabi (s.a.w) bersabda (yakni, berdoa): ‘Wa-lilmuqassirna’ (Yang
bermaksud: Ornag yang memendekkan rambutnya.) - Hadith Bukhari.
9. Selesai Haji segera pulang
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika telah
menyelesaikan salah seorang kamu akan (ibadah) haji maka mempercepatkanlah
kembali kepada keluarga kamu sekelian, maka sesungguhnya (berbuat demikian) itu
lebih besar pahalanya.’ - Hadith riwayat Hakim dan al-Baihaqi dalam Kanzil Umal.
Nota: Sebelum pulang ke
Malaysia hendaklah buat Tawaf Wada’ (Tawaf selamat tinggal) tanpa
memakai ikhram – Tawaf 7 keliling, kemudian solat dua rakaat di belakang Makam
Ibrahim dan berdo’a (maksudnya, baca Do’a Nabi Adam, dan Do’a Nabi Ibrahim),
dan ditambah dengan do’a semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan diberi
kesihatan tubuh badan dan mental, dan diberi peluang oleh Allah (a.w) kembali
untuk haji dan umrah lagi.
Akhir kalam/kata
Alhamdulillah selesai sudah ilmu mengenai cara dan kaedah mengerjakan haji (dan umrah) berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' itu. Sama ada sah atau batalnya haji seseorang itu bergantung kepada sama ada dia Berjaya mengerjakan haji menepati cara dan kaedah ini. Kerana Allah (a.w) mewajibkan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman supaya mengambil Rasulallah (s.a.w) sebagai 'uswatun hasanah' - contoh atau model ikutan - terbaik dalam Islam dan mengambil kesemua perkara yang dibawakan oleh Rasulallah (i.e. al-Quran dan al-hikman (yakni, as-Sunnah) itu adalah perintah wajb. Jika diabaikan atau diubahsuai maka kita melakukan 'pembaharuan dalam urusan agama' atau 'bida'ah'. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kuta dalam sepotong hadith sesiapa yang menjadi ahli bida'ah atau mengamalkan bida'ah batal segala amalan dan ibadahnya dan terkeluar dia dari Islam, wal ya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment