Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitin kita mengenai tajuk/perkara/topik di atas itu. Dalam post sebelum ini kita telah sebutkan beberapa dimensi perkara yang perlu dilakukan sebelum Wukuf, khususnya mandi wajib untuk memakai ikhram, bersolat Solat Sunat Ikhram dan selepas itu berniat dengan melafazkan niat Haji, kemudian bertolak ke Arafah untuk Wukuf sebelum masuk waktu Zohor sudah berada di Arafah.
Cara dan kaedah mengerjakan Haji
(Sambungan)
3. Wukuf di Arafah
(-) Tempat Orang Yang Wukuf di Arafah
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Syaiban berkata: ‘Datang pada kami Ibnu Mirba’ al-Ansari dan adapun kami di Arafah di suatu tempat menganggap jauh pada tempat ‘Amar dari keimaman, maka berkata Mirba’: ‘Ingatlah sesungguhnya aku adalah utusan Rasulallah (s.a.w) atas kamu sekelian, telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Untuk kamu Wukuf atas beberapa khemah kamu sekelian, maka sesungguhnya kamu atas sunnah (i.e. bekas) dari sunnah bapa kamu (Nabi Ibrahim (a.s).’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Hadith ini menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim (a.s) wukuf di Arafah zamannya. Syariat tentang Wukuf itu dilanjutkan sehingga zaman Rasulallah (s.a.w) sampai akhir zaman.

(-) Kesemua Kawasan Arafah adalah Tempat
Wukuf
Diriwayatkan hadith dari Jaafar menceritakan hadith dari bapanya hadith dari Jabir (b Abdullah) (r.a) di dalam demikian hadithnya sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Menyembelih aku di sini dan adapun di Mina kesemuanya tempat menyembelih (kurban), maka menyembelihlah di tempat kamu sekelian (yakni, dimana sahaja kamu berada); dan berhenti (Wukuf) aku di sini. Adapun seluruh tempat di Arafah adalah tempat Wukuf (yakni, tempat berhenti), dan berhenti aku di sini tanah tempat berkumpul, kesemuanya tempat berhenti (yakni, bermalam di Muzdalifah).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.

(-) Khutbah di Arafah Sebelum Solat
Diriwayatkan hadith dari Sufyan hadith dari Salamah b Nubaitin hadith dari bapanya (i.e. Nubaitin) berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas untanya yang berwarna merah di Arafah sebelum solat (yakni, Solat Zohor dan ‘Asar yang dijama’kan).’ - Hadith an-Nasa’i.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran iaitu Tawaf dan Sa'ii menaiki unta (i.e. kenderaan). Rasulallah (s.a.w) hanya mengerjakan satu haji yang disebut Haji Wada’ dan Rasulallah (s.a.w) menyampaikan khutbah terpenting beliau ketika beliau berada di Arafah. Antara isi khutbah itu adalah: 'Taraktu fikum amraini lan tadllu ma tamasaktum bihima, kitabballahi wa-sunnati nabiyi' (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara (i.e. panduan agama) yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya, kalian tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan Sunnah NabiNya (maksudnya, as-Sunnah atau al-Hadith). Dan sabda beliau bahawa beliau tinggalkan agama Islam - yang aqidahnya dan syariatnya dan segala perincian mengenainya adalah jelas - maksudnya, segala sesuatu mengenainya seumpama barang yang putih malamnya sebagaumana putih ia siangnya, tidak sekali-kali mengeirukan umat Islam yang berpegang kepadanya.Dan, beliau mengngatkan para sahabat (maksudnya, umatnya) supaya takuti bida'ah kerana bida'ah menghakis agama.]

(-) Menjama’kan Antara Dua Solat ketika
Wukuf di Arafah
Dan adapun Ibnu Omar (r.a) ketika menterlambatkan dia solat bersama-sama imam, mengumpulkan (menjama’kan) antara kedua-dua solat.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab berkata: ‘Menceritakan kepadaku Salim sesungguhnya Hajjaj b Yusof pada tahun bertempat dengan Ibnu Zubeir (r.a), bertanya Hijjaj pada Abdullah (b. Omar) (r.a): ‘Bagaimana berbuat engkau dalam berwukuf pada hari Arafah?’ Maka berkata Salim: ‘Jika ada engkau menghendaki pada sunnah, maka mempercepatkanlah engkau pada solat hari Arafah.’ Maka berkata Abdullah b Omar (r.a): ‘Benar engkau. Sesungguhnya mereka ada sama menjama’kan Solat Zohor dan Solat ‘Asar dalam sunnah’. Maka berkata aku (Ibnu Syihab) kepada Salim: ‘Apakah berbuat sedemikian oleh Rasulallah (s.a.w)?’ Maka berkata Salim: ‘Adakah mengikuti kamu demikian kecuali sunnah (Nabi)?’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Hadith ini menyebutkan bahawa ketika di Arafah itu sunnahnya adalah menjama’kan dan mengqasarkan Solat Zohor dan Solat ‘Asar. – jamak dan qasar. Inilah perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika wukuf di Arafah.]

(-) Do’a Ketika Wukuf di Arafah
Diriwayatkan hadith dari ‘Amru b Syuaib hadith dari bapanya hadith dari datuknya sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang berkata (yakni, berdo’a) aku dan para nabi dari sebelumku (adalah): ‘Lailaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku, wa-lahul hamdu, wa-hua ‘ala kullil syai-in qadir’ (Yang bermaksud: Tiada tuhan kecuali Allah (a.w), tiada yang menyamaiNya oleh sesuatu, bagiNya kerajaan, dan bagiNya segala puji, dan Dia atas segala sesuatu maha berkuasa.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Do’a.
Ketika Wukuf hendaklah membaca sebanyak-banyak do’a yang termungkin. Hendaklah dibaca do’a ini kemudian ditambah dengan lain-lain do’a. Do’a di Arafah dikabulkan oleh Allah (a.w).

(-) Memperbanyakkan Do’a ketika Bertempat di
Arafah
Arafah adalah tempat yang paling afdhal berdo’a, kerana do’a di Arafah dikabulkan oleh Allah (a.w). Maka jema’ah haji ketika Wukuf di Arafah memperbanyakkan do’a.
Menceritakan hadith dari Makhramah b Bukairin, hadith dari bapanya berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada dari sesuatu hari yang lebih banyak dari apabila memerdekakan Allah (a.w) di dalamnya hamba-hambaNya dari neraka dari hari Arafah, dan sesungguhnya Dia (Allah (a.w)) nescaya melihat pada hamba-hambaNya kemudian menunjukkan mereka pada para malaikat, maka berfirman Allah (a.w): ‘Apa-apa yang menghendaki mereka (ketika di Arafah).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Hadith di atas itu menceritakan betapa bangganya Allah (a.w) ketika melihat hamba-hambaNya berkumpul ketika Wukuf di Arafah, sehinggakan Allah (a.w) menunjukkan kepada malaikat supaya melihat jema’ah haji yang berada di Arafah. Kemudian, disebutkan bahawa Allah (a.w) kabulkan setiap permintaan mereka yang berdo’a ketika Wukuf itu.

(-) Aisyah (r.ah) Memperbanyakkan Do’a
ketika Wukuf di Arafah
Menceritakan hadith dari Khalifah b Hussein hadith dari Ali b Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Lebih banyka do’anya dengan apa-apa beroa Rasulallah (s.a.w) di petang hari Arafah ketika Wukuf (adalah): ‘Allahumma lakal hamdu kallazi taqulu wa-khairn mimma naqulu. Allahumma laka solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati, wa-ilaika maabi, wa-laka rabbi tuathi. Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-waswasatiis-sodri wa-syatatil amri. Allahumma inni a’uzubika min syarrima tahiu bihi rihi.’ (Yang bermaksud Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Baki Engkau segala puji sebagaimana memuji Engkau dengan firmanMu, dan lebih banyaknya dibandingkan aku berkata-kata (memuji terhadapMu). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! UntukMu beberapa solatku dan (untukMu) hajiku dan (untukMu) kehidupanku dan (untukMu) kematianku, dan kepada Engkau (Allah) kembali aku, dan untukMu tuhan pada ArasyMu. Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari siksaan kubur dan keraguan kalbuku (i.e. hatiku) dan porak puranda (i.e. bercelaru atau berkecamuknya) urusanku (i.e. urusan agamaku). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon perlindungan denganMu dari buruknya apa-apa yang datang dengan keburukan itu dari (yakni, yang dibawa oleh) angin.’) - Hadith at-Termidzi.
Antara do’a yang paling banyak dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika Wukuf di Arafah adalah do’a yang disebutkan dalam hadith di atas itu.

(-) Mengangkat Kedua Tangan Ketika Berdo’a
Ketika berdo’a di Arafah, hendaklah kita mengangkat kedua-dua tangan kita. Demikianlah apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika Wukuf di Arafah, beliau berdo’a mengangkat kedua tangannya.
Menceritakan hadith dari Abdul Malik hadith dari Ato’ berkata: ‘Berkata usmah b Zaid: ‘Ada aku (Usamah) orang yang membonceng Nabi (s.a.w) di Arafah, maka mengangkat Nabi (s.a.w) kedua-dua tangannya (ketika) berdo’a, maka condong kerananya untanya, maka jatuh kendali untanya, maka mengambil kendalinya dengan satu tangan yang lain, dan adapun dia orang yang mengangkat tangannya yang satu lagi.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik.
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika berdo’a, condong unta yang dinaikkinya, maka terjatuh tali kendali untanya. Maka dia mengereng untuk mengambil tali yang jatuh itu dengan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi kekal diangkatnya terus berdo’a.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment