Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita mengenai cara dan kaedah mengerjakan haji dan umrah yang benar berdasarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, khususnya pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (Nabi) cara kalian mengerjakan ibadah haji (dan umrah) - al-Hadith. Hadith ini adalah panduan mutlak yang kita sering peringatkan dalam post kita mengenai tajuk/topik ini.
Cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji
(Sambungan)
Saudara, kita telahpun lihat proses berikut setakat ini: (a) persediaan sebelum mengenakan kain ikhram atau memakai ikhram, khususnya mandi hadtah besar/junub, mengerjakan Solat Sunat Ikhram, dan berniat sambil melafazkan niat untuk Haji; (b) membaca Talbiah sepanjang perjalanan ke Arafah untuk Wukuf di sana, (c) bertolak ke Arafah untuk Wukuf dan Wukuf; (d) keluar dari Arafah pergi ke tanah Ja'miyah di Muzdalifah untuk mabit (i.e. berhenti sekejap atau sebahagian malam) untuk Mabit dan mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah semasa di Mina nanti; (d) keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina untuk bermalam di Mina 3 hari 3 malam; dan (e) apa yang dibuat di Mina - melontar jamrah. Itulah setakad ini. Kita sambung lagi dengan menjelaskan apa yang jema'ah haji wajib buat apabila berada di Mina.
5A. Bermalam di Mina - Melontar 3 Jamrah
(-) Waktu melontar jamrah Aqabah - 10
Zulkhijjah
Saudara, setelah sampai ke Mina dari Tanah Jami', Muzdalifah, pada pagi 10 Zulhijjah, Jema’ah Haji keluar melontar Jamrah Aqabah (pada waktu Duha – antara jam 8
hingga 11 pagi) dan selepas melontar itu Jema'ah haji boleh Tahlul Awal, yakni
menanggalkan kain ikhram dan boleh memakai kain/pakaian biasa. Gugur kesemua
pantang larang atau keharaman berikhram i.e. larangan dalam ikhram ketika berikhram,
kecuali 3 pantang larang kekal: iaitu bersabit dengan hubungan suami isteri,
kekal diharamkan.
Pada 10 Zulhijjah, jema’ah haji
melontar Jamrah Aqabah pada waktu Dhuha (antara jam 8.330 hinggalah jam 11.30
pagi). Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, bolehlah Tahlul Awal –
menanggalkan kain ikhram (bagi lelaki) dan memakai pakaian biasa, maka gugurlah
kesemua pntang larang haji/ikhram kecuali 3 perkara yang melibatkan hubungan
suami isteri ( menikah, meikahkan orang dan mengadakan hubungan kelamin).
Perhatian: Diperingatkan waktu melontar itu pendek sahaja –
ketika waktu Dhuha (antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi).
(-) Melontar 3 Jamrah hari Tasyrik
Saudara, sepanjang masa berada di Mina itu, Jema'ah haji hendaklah menjamakkan serta mengqasarkan solat Zohor dengan 'Asar dan Solat Maghrib dengan Solat Isya' - dua-dua rakaat, kecuali Maghrib 3 rakaat, tidak diqasarkan.
Setelah Tahlul Awal, i.e. melontar Jamrah Aqabah, pada 10 Zulhijjah, Jema'ah telah Tahlul Awal. Pada, hari-hari berikutnya jema'ah haji hendaklah, pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, Jemaah haji melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah. keluar melontar ketiga-tiga jamrah - Ula, Wusta dan Aqabah - apabila sudah tergelincir matahari, i.e. masuk waktu Zohor. Waktu melontar itu berakhir ketika masuk waktu Solat Asar - suatu tempoh yang pendek. Kemudian setelah selesai melontar pada hari Tasyrik ke-2 – pada 12 Zulhijjah – jema’ah haji boleh membuat Nafar Awal - meninggalkan Mina pergi ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji), dengan syarat mereka meninggalkan Mina sebelum masuk waktu Solat ‘Asar. Jika mereka tidak sempat keluar dari Mina meninggalkan Mina sebelum masuknya waktu Solat ‘Asar, mereka wajib kekal berada di Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyrik ke-3 – pada 13 Zulhijjah – melontar dalam waktu yang sama, iaitu selepas tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) dan habis waktunya ketika masuk waktu Solat ‘Asar. Tanpa bergegas eloklah dilakukan Tahlu Thani, i.e. melontar pada hari ketiga - 13 Zulhijjah - baru keluar Mina ke Mekah. Tidak ada tambahan manafaat mempercepatkan Tawaf Ifadha itu.
Meninggalkan Mina setelah melontar jamrah pada hari Tasyrik ke-3 adalah melakukan Nafar Thani.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) berkata: ‘Pada hari Raya Aidil Adha (yakni, 10 Zulhijjah) Rasulallah (s.a.w) melontar Jumrah (Aqabah) pada waktu Dukha, sedangkan pada hari-hari selanjutnya (yakni, melontar ketiga-ketiga Jumrah – Ula, Wusta dan Aqabah – tiga hari berturut-turut, 11, 12 dan 13 Zulhijjah) beliau melontar setelah tergelincir matahari (yakni, masuk waktu Zohor)) - Hadith Muslim, Kitab Manasik.
Hadith berikut menunjukkan bagaimana kelakuan melontar jamrah itu sebagaimana di buat oleh Rasulallah (s.a.w). Apabila kita melontar Jamrah hendaklah kita pastikan kita berdiri mengadap jamrah dengan memerhatikan bahawa Ka'abah berada di arah kiri kita dan Mina di arah kanan kita, spt dijelaskan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Yazid
bahawasanya mengerjakan haji bersama-sama ibnu Masud (r.a), maka melihat dia
(yakni, Abdul Rahman) (Abdulah Masud) melontar Jamrah Kubra (i.e. Aqabah)
dengan 7 beberapa batu kecil, maka menjadikan Baitullah dari sebelah kirinya
dan Mina dari sebelah kanannya, kemudian berkata (ibnu Masud) kepada Abdul
Rahman: ‘Di sisilah tempat orang (yakni, merujuk kepada Rasulallah (s.a.w))
yang diturunkan kepadanya Surah al-Baqarah.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Peringatan: Bagaimana kedudukan ketika berdiri depan Jamrah
sebelum melontar 7 lontaran batu. Bagi setiap lontaran kita menyebut 'Allahu akbar' dengan memastikan batu tersebut terkena jamrah dan jatuh dalam kawahnya. Oleh itu jangan leontar terlalu kuat dikhuatiri terlepas atau melantun keluar kawah jamrah! Batal lonaran kita.
Setelah selesai melontar jamrah pada 3 hari Tasyrik
– 11, 12 dan 13 Zulhijjah – jema’ah haji meninggalkan Mina pergi ke Mekah untuk
mengerjakan Tawaf Haji (i.e. Tawaf Ifadah) dan diikuti dengan Sa’i Haji. Apabila
selesai Tawaf Haji dan Sa’i Haji, maka jema’ah haji bertahlul (Tahlul
Thani) – bercukur membotakkan kepala atau memotong beberapa helai rambut.
Dengan itu selesailah ibadah haji mereka.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment