Assalamualaikum, dalam Bahagian pertama ini kita akan terus teliti perswdiaan untuk memulakan ibadah haji itu - itu apa yang wajib kita lakukan ketika hendak berikhram dan memasang niat haji.
Kaedah dan Cara
Mengerjakan Haji dan Umrah (Samb.)
Persediaan sebelum memakai kain Ikhram
(-) Mandi Hadath Besar (Junub) Sebelum Berikhram
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abi
Zinad hadith dari bapanya hadith dari Kharijah bin Zaid bin Thabit, hadith dari
bapanya, sesungguhnya dia (bapanya) melihat Nabi (s.a.w) melepaskan ikhramnya
untuk bersenang (i.e. bertahlul) dan mandi. - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
[Nota: Harus diingatkan
semula mandi wajib itu mengandungi dua segmen/bahagian – iaitu berwudu’ dan
kemudian meratakan air le seluruh badan. Wudu’ tidak sah tanpa menyebut kalimah
‘Bismillah’ ketika memulakannya. Dan, kepala hendaklah disapu seluruhnya
dengan melalukan telapak tangan dan jari-jari tangan yang basah mulai dari
bahagian dahi diusap ke belakang sampai bahagian tengkuk, kemudian ditarik kedua-dua
tangan ke depan dan kemudian menyapu kedua telinga. Tidak sah wudu’ hanya
dengan mengenakan air sedikit pada rambut atau bahagian kepala. Ingatlah jika
wudu’ tidak sah, mandi sunat ikhram tidak sah, semua solat tidak sah dan ibadah
haji dan umrah tidak sah.
Dalam situasi wanita haid berpakaian Ikhram bagi yang
nifas dan demikian disenanginya: Mandi dia (mandi wajib) untuk Berikhram dan
demikian itu kerana haid, dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdul
Rahman b Qasim, hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Nifas
Asmak bt ‘Umaisin dengan (yakni, melahirkan) Muhammad b Abi Bakar di bawah
pokok, maka memerintahkan Rasulallah (s.a.w) dia (Asmak) supaya mandi dan
memakai ikhram. - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Saudara, Asmak ini adalah isteri Abu Bakar (r.a), bapa Aisyah (r.ah), maka dia di bolehkan memakai ikhram untuk meneruskan proses ibadah hajinya. Yang tidak dibolehkan , sebagaimna lazimnya, bersolat dan Tawaf mengelilingi Ka'abah. Dia boleh meniatkan haji dan mengerjakan kesemua rukun haji kecualilah Tawaf Haji, yang terpaksa ditunggunya sehingga selesai iddahnya.
(-) Bagaimana, jika sanggul rambut kerana mandi
hadath besar?
Saudara, dalam Islam itu mandi hadath besar/junub itu mudah sahaja seperti yang dijelaskan dalam hadith berikut. Yang penting mengambil wudu' kemudian mertakan air ke seluruh bahagian badan.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Rafi’, hamba merdeka kepada Ummu Salamah, hadith dari Ummu Salamah berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku seorang perempuan mengikat pada rambutku (i.e. sanggul), maka melepaskan aku sanggulku untuk mandi junub?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak perlu! Sesungguhnya mencukupi bahawa (apabila) atas kamu secauk (cedukan) air atas kepala engkau tiga kali caukan (i.e. cedukan), kemudian meratakan air atas tubuh engkau, maka bersucilah engkau.’ - Hadith Muslim, Kitab Haid.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Rafi’, hamba merdeka kepada Ummu Salamah, hadith dari Ummu Salamah berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku seorang perempuan mengikat pada rambutku (i.e. sanggul), maka melepaskan aku sanggulku untuk mandi junub?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak perlu! Sesungguhnya mencukupi bahawa (apabila) atas kamu secauk (cedukan) air atas kepala engkau tiga kali caukan (i.e. cedukan), kemudian meratakan air atas tubuh engkau, maka bersucilah engkau.’ - Hadith Muslim, Kitab Haid.
[Nota: Bagi wanita yang lebat
rambutnya, spt bersanggul tak perlu merongkai sanggulnya, memadai menyiram air
ke atas rambut sekali di sebelah kanan, sekali di sebelah kiri dan sekali di
tengah rambut, kemudian meratakan air ke tubuh. Ketika wudu’ biasa wanita
hendaklah menselah-selahkan pangkal rambutnya dengan jari-jari tanganya yang
dibasahai air.]
(-) Memakai Pakaian Ikhram
Saudara, dalam urusan umrah miqat kita boleh di Zulkhulaifah atau Tan'im. Miqat bagi haji bagi jema'ah haji yang berada di Mekah adalah di hotelnya atau rumah tumpangannya, kecuali jika membuat Haji Ifrad mengenakan pakaian ikhras di Malaysia (Kompleks Tabung Haji), kemudia dalam penerbangan ketika sampai ke Ya Lam Lam, melafazkan niat Haji.
Diriwayatkan hadith dari Salim bin Abdullah hadith dari bapanya bahawa berkata (bapanya): ‘Baida’ kamu inilah yang membuat kamu mendustakan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) hanya berikhram dari dekat masjid ini, (maksudnya masjid Zulkhulaifah (yakni, miqat Rasulallah (s.a.w) memulakan haji)) - Hadith Abu Daud, juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah.
Diriwayatkan hadith dari Salim bin Abdullah hadith dari bapanya bahawa berkata (bapanya): ‘Baida’ kamu inilah yang membuat kamu mendustakan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) hanya berikhram dari dekat masjid ini, (maksudnya masjid Zulkhulaifah (yakni, miqat Rasulallah (s.a.w) memulakan haji)) - Hadith Abu Daud, juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah.
Peringatan: Pantang larang Ikhram termasuk tidak boleh memakai
bau-bauan atau wangi-wangian, menutup muka dan telapak kanan, paakain yang
berjahit (bagi lelaki), menutup kepala (bagi lelaki), memotong kuku,
menggugurkan rambut, berburu, membunuh haiwan (termasuk berburu), mematahkan
kayu dan tumbuhan, dan menguruskan ha ehwal pernikahan, dan mengadakan hubungan
kelamin – selepas berniat. Sebelum berniat dibolehkan.
(-) Tidak mengapa pakaian orang yang ikhram
dari beberapa pakaian
Saudara, Ikhram bagi lelaki itu hanyalah dua helai kain berwrna putih yang dipakai lelaki Islam yang menutup bahagian atas dan bawah tubuhnya - supaya tertutup aurat lelaki. Harus di ingat walaupun leaurat lelaki itu adalah antara bahagian pusat dan di bawah lutunya, namun tidak dbolehkan tidak menutup dada dan bahunya.
Ikhram bagi perempuan sama dengan memakai telekong sebagaimana hendak bersolat.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b
Omar (r.a) bahawa seorang lelaki berkata (i.e. bertanya) (kepada Rasulallah
(s.a.w)): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah (boleh) pakaian untuk orang
berikhram dari beberapa pakaian?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak boleh
berpakaian baju kurung dan tidak boleh (memakai) serban dan tidak boleh (memakai) seluar
panjang dan (tidak boleh memakai) seluar pendek dan tidak boleh (memakai) baju menutup
kepala dan tidak boleh memakai (pakaian) yang menutup buku lali (atau, mata
kaki); kecuali (jika) seseorang tidak menjumpai dua selipar maka hendaklah
memakai dua kasut huf (i.e. kasut kulit lembut yang menutup buku lali dan
sebahagian betis, tetapi terbuka jaru-jari kakinya) supaya memotongnya (i.e.
memotong huf tersebut) supaya tidak menutupi dua buku lali (atau, mata kaki)
(yakni, dipotong supaya menjadi seumpa selipar atau capal), dan tidak boleh
berpakaian dari beberapa pakaian sesuatu yang terkena minyak wangi za’fran
(i.e. satu jenis wangian) atau wirsun (i.e. satu jenis wangian).’ - Hadith
Bukhari, Kitab Haji.
Apa-apa yang dilarang dari wangi-wangian bagi lelaki
berikhram dan perempuan berikhram:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b
Omar (r.a) berkata: ‘Berdiri seorang lelaki maka berkata (i.e. bertanya) dia:
‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah memerintah engkau atasku bahawasanya
berpakaian dari beberapa pakaian di dalam (yakni, kerana) berikhram?’ Maka
bersabda Nabi (s.a.w): ‘Jangan pakai baju kurung dan jangan pakai seluar dan jangan
pakai serban dan jangan pakai baju bertutup kepala; kecuali bahawasanya ada
salah seorang kamu tiada baginya dua selipar maka pakailah huf supaya
memotongnya di bawah dari dua buku lali (i.e. mata kaki), dan jangan berpakaian
kamu sesuatu yang terkena zafran (i.e. sejenis wangian) dan tidak warsun (i.e.
sejenis wangian), dan tidak boleh menutup muka bagi perempuan yang berikhram
dan tidak boleh (perempuan) memakai dua sarung tangan.’ - Hadith Bukhari.
(-) Memakai Tali Pinggang Ketika Berikhram
Ketika berikhram/memakai kain ikhram dibolehkan memakai talipinggang jika khuatir terlondeh kain.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b
Omar (r.a) benci (yakni, tidak suka) memakai tali pinggang ketika berikhram -
Hadith Imam Malik dalam Kitab Muato’.
Diriwayatkan hadith dari Yahya b
Said bahawasanya dia mendengar Said b Musaiyab berkata di dalam urusan tali pinggang
yang digunakan oleh orang yang memakai ikhram (dipakai) di bawah pakaian ikhram
sungguh-sungguh tidak berdosa dengan demikian keadaan ketika menjadikan dua
hujungnya (i.e. hujung tali pinggang) berkumpul/mengikat pada hujungnya
sebahagian atas sebahagian yang lain. Berkata Malik: ‘Ini lebih disukai apa-apa
mendengar aku atas di dalam demikian itu (perkara).’- Hadith Imam Malik dalam
kitab Muato’.
(-) Bila Berikhram dan Di mana Berikhram?
Saudara, kain Ikhram itu boleh dipakai dimana-mana - termasukketika dihotel sebelum ke Miqat jika untuk Umrah dan di otel/rumah tumpangan ketika hendak bertolak ke Arafah.Jika di Miqat mulanya keharaman dalam Ikhram ketika sudah melafazkan niat.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas
(r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) berniat ikhram di belakang (i.e. selepas) solat
(dua rakaat). - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Hadith di atas menyebutkan ketika memakai Ikhram, disunatkan bersolat sunat dua rakaat (Solat Sunat Ikhram), kemudian setelah selesai berdo'a, maka melafazkan niat Haji/Umrah. Nota: Rujuk pos yang terdahulu tentang lafaz niat Haji dan Umrah.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b
Urwat hadith dari bapanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada bersolat di masjid
Zulkhulaifah dua rakaat maka ketika telah tetap dengannya di atas kenderaannya
(yakni, duduk di atas tunggangannya) membaca niat berikhram. - Hadith Imam
Malik dalam Muato’.
Diriwayatkan hadith dari Said bin
Jubairin (r.a) berkata: ‘Berkata aku kepada Abdullah bin Abbas (r.a): ‘Wahai
Ibnu Abbas! Saya hairan terhadap pelbagai ragamnya para sahabat Rasulallah
(s.a.w) di dalam urusan (menerangkan perkara) ikhram Rasulallah (s.a.w) ketika
beliau mewajibkannya.’ Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Sesungguhnya aku nescaya
lebih tahu dari kalangan manusia tentang (perkara) itu (yakni, urusan memakai
ikhram). Sesungguhnya haji Rasulallah (s.a.w) itu hanya sekali. Kerana itu
mereka berselisih faham. Rasulallah (s.a.w) keluar haji. Setelah mengerjakan
solat dua rakaat di masjid Zulkhulaifah diwajibkan ikhram di tempat duduknya,
lalu beliau memulakan ikhram hajinya setelah selesai solat dua rakaat itu.
Terdengar beberapa kaum tentang hal itu dari beliau. Aku ingat benar dari
beliau, kemudian beliau menaiki kenderaan. Setelah beliau menaiki kenderaan
beliau berikhram. Hal itu diketahui oleh beberapa kaum pula. Itu terjadi,
kerana orang datang berduyun-duyun tidak sekaligus (atau serentak). Mereka ada
yang mendengar beliau ketika di atas unta lalu berikhram, maka mereka berkata:
‘Rasulallah (s.a.w) berikhram ketika beliau berada di atas unta (yakni,
kenderaan). Kemudian Rasulallah (s.a.w) melanjutkan perjalanannya. Setelah
sampai ke atas bukit Baida’ beliau berikhram. Yang demikian itu diketahui oleh
beberapa kaum, kerana itu mereka berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) hanyalah
berikhram ketika berada di bukit Baida’. Demi Allah (a.w)! Beliau
benar-benar telah mewajibkan berikhram di tempat solatnya, beliau
telah memakai ikhram ketika menaiki unta dan telah berikhram ketika berada di
bukit Baida’. Berkata Abi Said (r.a): ‘Barangsiapa berpegang kepada kata-kata
Ibnu Abbas (r.a), dia menyatakan Rasulallah (s.a.w) berikhram di tempat
solatnya (di miqat Zulkhulaifah) setelah selesai mengerjakan solat (sunat) dua
rakaat.’ - Hadith Abu Daud.
(-) Cara memakai kain ikhram ketika Tawaf
Umrah
(-) Bagaimana Tawaf
Saudara, bagi mereka yang berikhram kerana Umrah, maka selepas melafazkan niat, membaca Talbiyah sepanjang perjalanan dari Miqat ke Masjidil Haram, maka mengerjakan Tawaf Umrah kemudian Sa'ie dan berTahlul, selesai Umrahnya.
Bagi, yang berikhram kerana Haji, Haji Ifrad, berniat ketika sampai ke Ya Lam Lam, maka mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) ketika sampai ke Mekah, dan hanya boleh mengerjakan Tawaf Haji (atau, Tawaf Ifadhah) setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, ketika di Mina.
Bagi, yang berikhram kerana Haji, Haji Ifrad, berniat ketika sampai ke Ya Lam Lam, maka mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) ketika sampai ke Mekah, dan hanya boleh mengerjakan Tawaf Haji (atau, Tawaf Ifadhah) setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, ketika di Mina.
Cara memakai kain ikhram ketika Tawaf itu
diperjelaskan dalam as-Sunnah. Jema’ah Haji mengerjakan Tawaf Ifadhah selepas
melontar ketiga-tiga jamrah semasa di Mina pada 11, dan 12 Zulhijjah, bagi yang membuat Nafar Awal, dan ditambah sehari lagi pada 13 Zulhijjah, membuat Nafar Thani. Selepas itu boleh berTahlul (Tahlul Awal). Kerana mereka telah bertahlul –
Tahlul Awal, maka mereka dibolehkan menanggalkan kain ikhram, maka mengerjakan
Tawaf Ifadhah dalam pakaian biasa. Bagi yang Umrah mereka wajib memakai Ikhram.
Hanyalah mereka yang melakukan Tawaf Sunat tidak diwajibkan memakai Ikhram.
Bagi Jema’ah Haji kerana mereka mengerjakan Tawaf
Ifadhah (i.e. Tawaf Haji), mereka juga memakai pakaian biasa kerana sudah melakukan Tahlul Awal selepas melontar Jamrah Aqabah semasa di Mina.
Jika memakai Ikhram ketika bertawaf, hendaklah
menyelempangkan kain ikhram di bahagian ketiak dibawah bahu kanan (maksudnya,
mendedahkan bahu kanan), dan menutup bahu kiri sambil Tawaf.
Saudara, proses ibadah haji itu dimulakan dengan mandi hadath besar sebelum memakai kainikhram, kemudian ke Miqat (bagi Umrah), solat sunat ikhrm 2 rakaat, melafazkan niat aji/umrah, kemudian membaca Talbiah. Jika uat Umrah, berniat di Miqat kemudian ke Masjidil Haram. Dalam perjalanan membaca Talbiyah sebanyak mungkin, hingga kelihatan Hajar Aswad ketika hendak Tawaf.
Kalau mengerjakan Haji, mandi hadath besar di kediaman (hotel/rumah tumpangan), memakai Ikhram, bersolat sunat ikhram, keudian bertolak ke Arafah sambil membaca Taliah sehingga sampai ke khemah di Arafah untuk Wukuf. Wukuf di Arafah adalah rukun kedua selepas berniat ikhram.
Saudara, proses ibadah haji itu dimulakan dengan mandi hadath besar sebelum memakai kainikhram, kemudian ke Miqat (bagi Umrah), solat sunat ikhrm 2 rakaat, melafazkan niat aji/umrah, kemudian membaca Talbiah. Jika uat Umrah, berniat di Miqat kemudian ke Masjidil Haram. Dalam perjalanan membaca Talbiyah sebanyak mungkin, hingga kelihatan Hajar Aswad ketika hendak Tawaf.
Kalau mengerjakan Haji, mandi hadath besar di kediaman (hotel/rumah tumpangan), memakai Ikhram, bersolat sunat ikhram, keudian bertolak ke Arafah sambil membaca Taliah sehingga sampai ke khemah di Arafah untuk Wukuf. Wukuf di Arafah adalah rukun kedua selepas berniat ikhram.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment