Assalamualaikum,
dalam post yang lalu kita telahpun mengetahui secara terperinci cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji dan umrah yang benar sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. mengikut as-Sunnah. Kita juga telah lihat dua amalan sunat yang mendatangkan pahala yang besar dalam bulan Zulhijjah, iaitu amalan menyembelih qurban dan berpuasa pada 9 Zulhijjah (Puasa Arafah).
Kali ini kita lihat pula apakah amalan sunat yang mendatangkan ganjaran pahala yang banyak pula dalam bulan Muharram. 1 Muharram tahun hijriah 1436 akan datang tak lama lagi.
Puasa Hari ‘Asyura
Saudara, hari
Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya berpuasa pada hari tersebut. Ada
hadith menyebutkan juga bahawa Rasulallah (s.a.w) ingin berpuasa sehari lagi pada 9 Muharram, tapi beliau tidak berkesempatan, telah wafat.
Sunnahnya, adalah kita disuruh berpuasa dua hari, iaitu pada 9 dan juga 10 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu)’ [Hadith sahih at-Termidzi]

Hadith
di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa
sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan berpuasa Ramadhan),
Rasulallah (s.a.w) mengamalkan berpuasa Asyura, seakan-akan wajib baginya.
Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi sunat sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari
yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah
Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah
berpuasa dia akandia dan menyuruh orang dengan puasa itu, maka tatkala
difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya
(puasa) ‘Asyura. Maka
barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa
meninggalkannya tinggalkanlah.’
[Hadith sahih at-Termidzi].
Nota: Daripada hadith ini dapatlah kita tahu bahawa syariat puasa fardu Ramadhan itu diturunkan (yakni, diperintahkan oleh Allah (a.w)) selepas Rasulallah (s.a.w) berhijrah ke Madinah.
Hadith
di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja.
Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Hadith
di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith
berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Kebanyak hadith menyebutkan pada
10 Muharram:
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada
Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika
berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada
hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika
engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu
daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’
Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’
Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
Puasa sunat Asyura itu, mengikut hadith di atas
adalah pada 9 haribulan Muharram. Harinya dihitung bermula terbitya anak bulan
Muharram. Manakala hadith berikut pula mengatakan pada 10 haribulan Muharram.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan
oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh
(Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Fadhilat Puasa Asyura
itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai
Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di
atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa
puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun
begitu, seharipun tidak mengapa. Sekali lagi, terbukti betapa hebatnya sifat kerahmatan Allah (a.w) itu, hanya dengan berpuasa sehari terhakis segala dosa tahun lalu. Jelaslah, jikalah kita merupakan orang Islam yang mengikuti 100% syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan panduan kita secara hakikinya adalah hanya al-Quran dan as-Sunnah, dan kita 100% mentaati perintah Rasulallah (s.a.w), dengan mengerjakan amalan yang nampak mudah, mendapat pahala yang amat hebat. Fikirkanlah seseorang yang melapangkan masanya untuk mengaji (i.e. belajar al-Quran dan al-Hadith) secara formal berguru, dia mendapat ganjara pahala seumpama pahala berjihad fi sabilillah malah diberikan ganjaran kebaikan yang melebihi nilai dunia dan apa-apa yang terdapat di dalamnya dan tambahan pula kesemua makhluk di bumi dan di langit berdoa untuk kebaikannya dan para malaikat sendiri memayunginya dan memoho keampunan baginya kepada Allah (a.w)!
Demikianlah begitu banyaknya peluang Allah (a.w) memberi bonus kepada kita kerana Allah (a.w) inginkan hambaNya berjaya masuk syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak. Tapi realitinya?
Setiap amalan kita digandakan. Walaupun kita bersolat 5 kali sehari semalam namun kita diberi pahala 10 kali ganda, seumpama bersolat 50 kali sehari semalam. Kesemua amalan kita digandakan pahalanya dari 10 hingga 700 gandaan pula, tetapi setiap keburukan yang kita lakukan kita dikiran melakukan satu keburukan - tanpa digandakan! Maka manakah mungkin kita mempunyai banyak dosa berbanding dengan pahala? Namun reality begitu. Kenapa?

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment