Assalamualaikum,
Saudara, pada 11 Sept. 2015 yang lalu, kita telahpun lihat dalam post hari itu menyebut amalan terbaik dalam bulan itu. Kali ini kita ulangi lagi peringatan tersebut.
Mudah2an tiadalah seseorang yang akui dirinya Islam - yang diberi pelbagai nikmat hidup oleh Allah (a.w) lupa dan lalai mensyukuri Allah (a.w) dengan melakukan beberapa amalan/ibadah sunat. Dalam bulan Muharram tahun 1437 ini, kita disuruh mengerjakan Puasa Asyura sehari pada 10 Muharram, dan sebaik2nya 2 hari pada 9 dan 10 Muharram yang kebetulan jatuh pada hari Khamis (22 Oktober 2015) dan hari Jum'at (23 Oktober 2015).
Dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) beliau berpuasa sehari sahaja pd 10 Muharram, tetapi oleh kerana agama Yahudi memerintahkan mereka berpuasa pada 10 Muharram, maka beliau ingin suoaya umat Islam menyelisihi atau membezakan amalan tersebut supaya dibuat dua hari iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Malangnya, beliau tidak kesempatan, mengerjakannya tahun depannya. Namun syariatnya supaya Puasa Asyura itu dibuat dua hari iaitu pada 9 dan 10 Muharram (yang pada tahun ini jatuh pada 22 dan 23 Oktober 2015. Maka dengan itu Ibu Abbas (r.a) berkata supaya umat Islam berpuasalah dua hari, yang merupakan Sunnah Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith dari Abi Qatadah bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: Puasa pada hari 'Asyura itu mengharapkan aku (Nabi) atas Allah (a.w) bahawa menghakis/mengampuni dosa satu tahun sebelum Puasa 'Asyura (yakni, dosa-dosa tahun lalu) - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum (Sahih)
Diriwayatkan hadith bahawa Ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):' Seandainya berbaki umurku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada tanggal 9 (Muharram). Dan bercerita Ibnu Abbas (r.a) dia berkata: 'Berpuasalah (kalian) pada tanggal 9 dan 10 Muharram dan menyelisihilah amalan orang Yahudi (kerana orang Yahudi berpuasa sehari sahaja pada 10 Muharram) - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum.
Demikianlah, dalil as-Sunnah mengenai amalan Puasa Asyura itu. Mudah-mudahan saudara bersedia menerima dan melaksanakan Sunnah Rasulallah (s.a.w) supaya berpuasa pada 22 dan 23 Oktober 2015 ini- dua hari Puasa Asyura.
Jazakallahu khairah.
mashaallah puasa di bulan muharram memang bermanfaat..
ReplyDelete