Saturday, September 5, 2015

Cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji (Samb.)

Assalamualaikum,
Suadara, kita teruskan penelitian kita tentang cara dan kaedah mengerjakan haji secara terperinci berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): ' Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan ibadah haji (dan umrah) - al-Hadith. tersebut, supaya ibadah haji kita diterima dan insya Allah kerana itu kita mendapat Haji Mabrur.

Cara dan kaedah mengerjakan Haji
(Sambungan)

Saudara, dalam pos-pos sebelum ini kita telahpun teliti beberapa perkara, iaitu: persediaan untuk memakai kain ikhram (termasuklah mandi hadath besar sebelum ke Miqat) dan wajibnya berada di Miqat untuk berniat, dan miqat bagi jema'ah haji yang datang dari Malaysia jika ingin terus buat Haji Ifrad adalah di atas kapalterbang ketika diberitahu untuk berniat apabila melintasai Ya Lam Lam. Apakala sudah mengenakan niat, maka kehraman berikhram itu bermula, sehinggalah Tahlul Awal maka kebanyakan keharaman tersebut gugur tinggal 3 yang berkaitan dengan hubungan suami isteri, apakala telah melontar Jamrah Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah. Semua keharaman berikhram selesai setelah Tahlul Thani setelah selesai menunaikan Sa'ii Haji di Masjidil Haram pada 12 atau 13 Zulhijjah. Kedua, niat serta lafaz niat Haji (dan umrah) dan membaca Talbiah sepanjang perjalanan dari Mekah ke Arafah; ketiga, bertolak ke Arafah untuk Wukuf pada 9 Zulhijjah supaya sampai di Arafah sebelum tergelincir matahari. Ketika di Arafah, kita duduk tanpa tidur sambil berdo'a sebanyak-banyaknya kerana di Arafah tempat yang mustajab (i.e. makbul) berdo'a. Keempat, Mabit - berhenti sekejap di Tanah Jami', ie. Muzdalifah. Di sinilah kita teruskan amalan memperbanyakkan do'a sebagaimana kita berada di Arafah. Ketka sampai ke Muzdalifah kita mennjamakkan dan mengqasarkan Solat Maghrin dan Isya'. Di Muzdalifahlah kita mengutip batu-batu untuk melontar jamrah di Mina kelak.

5. Meninggalkan Tanah Jami’ (Muzdalifah) bertolak ke Mina dan bermalam di Mina

(-)        Meninggalkan Muzdalifah 

Saudara, sebelum masuk waktu Subuh ketika di Muzdalifah, kita bergerak keluar dari Muzdalifah meninggalkan Muzdalifah menuju Mina untuk bermalam di Mina. Ketika sampai di Mina sudah masuk waktu Subuh, maka kita bersolat Solat Subuh di Mina. Jema'ah haji wajib bermalam di Mina selama paling kurang 2 malam (bagi mereka yang membuat Nafar Awal dengan syarat mereka keluar dari Mina menuju Mekah pada 12 Zulhijjah sebelum masuk waktu 'Asar) atau duduk di Mina 3 malam (bagi mereka yang membuat Nafar Thani keluar menuju Mekah pada 13 Zulhijjah), untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dan Sa'i Haji.

(-)    Melontar Jamrah

Semasa berada di Minalah, jema'ah haji pergi melontar Jamrah. Antara rukun haji itu adalah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dengan 7 biji batu, kemudian Tahlul Awal, dan melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan 7 biji batu bagi setiap jamrah. 
Lontaran pertama adalah pada 10 Zulhijjah melontar Jamrah Aqabah dengan batu tujuh kali, dalam waktu Dhuha. Setelah selesai melontar bolehlah jema’ah haji bertahlul - Tahlul Awal, dengan membotakkan kepala mereka atau memendekkan rambut atau menggunting beberapa helai rambut. Setelah Tahlul Awal itu, maka terhapuslah larangan ikhram kecuali hubungan suami isteri, dan bolehlah menanggalkan Ikhram. 
Diriwayatkan hadith dari Ziad b Hussein hadith dari Abi ‘Aliyah hadith dari Ibnu Abbas (r.a): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: ‘Berpagi-pagilah di tanah jami’ (yakni, Muzdalifah): Kemarilah mencarikanlah engkau untukku (batu-batu kecil).’ maka mencari aku untuknya (Nabi) beberapa batu kecil (sebesar batu) lastik, maka ketika meletakkan pada batu ke dalam tangan Nabi (s.a.w) bersabda dia: ‘Ya dengan semisal (i.e seumpama) ini. Takutkanlah kamu memperbesarkan (atau memperdalamkan) dalam urusan agama, maka sesungguhnya telah rosak orang-orang yang ada sebelum kamu dengan memperbesar-besarkan (amalan) dalam agama.’ - Hadith Imam Ahmad di dalam al-Musnad. 
Peringatan dalam bahagian akhir hadith di atas itu merujuk kepada perbuatan umat Islam yang menambah-nambah atau menokok tambah atau mengadakan pelbagai persyaratan atau ucapan atau bacaan atau perbuatan yang tidak disuruh oleh Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (berdasarkan as-Sunnah). Contoh: membaca pelbagai tasbih ketika mengelilingi Ka'abah ketika Tawaf dan ketika mengerjakan Sa'i dan ketika melontar Jamrah. Maka kesemua itu adalah usaha memperdalamkan syariat agama Islam. Kenape?
Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' dalam perkara agama dan menjalani kehidupan dunia sebagai orang iman yang beriman. Tidak ada contoh terbaik. Kalau kita menambah kepada sesuatu perkara dalam urusan agama Islam, maka kita hakikat itu dan menidakkan ketetapan Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu belum sempurna ilmu dan amalannya, maka kita wajar perbaiki!
Sesiapa yang membuat penambahan kepada sesuatu ketetapan dalam mana-mana urusan agama, dia meremehkan atau menjatuhkan mertabat sesuatu yang Allah (a.w) agungkan. Mengikuti ajaran seorng guru yang menambah ata mengubah ajaran Rasulallah (s.a.w) adalah mermehkan Rasulallah (s.a.w) dan mengagungkan guru tersebut. Walhal, Allah (a.w) mengagungkan UtusanNya dan menganggapkan orang lain sebagai remeh pada Allah (a.w). Sesiapa yang mengikuti ajaran yang terdapat dalam buku-buku agama, dan meremehkan al-Quran dan as-Sunnah, adalah mengagungkan yang diremehkan oleh Allah (a.w). Maka dengan itulah pembaharuan dalam perkara agama itu membatalkan amalan dan ibadah - malah membagtalkan keIslaman seseorang dan terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Perintah Allah (a.w) jelas. Allah (a.w) perintah manusia - terutama yang akui dirinya Islam dan beriman - supaya akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) perintahkan manusia (terutama orang Islam) supaya ambil setiap sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam urusan agama - aqidah dan syariah. - Ayat 7: al-Haysr dan Ayat 80: an-Nisa', Ayat 13: ali-Imran, contohnya. Jika ditolak, maka rugilah kita. Bersusah payah dan menghabis wang ringgit dengan penuh harapan untuk dapatkan Haji Mabrur kerana dosa-dosa dihakis oleh Allah (a.w) tidak kesampaian. Kita terpaksa mengulangi haji kita pada tahun-tahun kemudian supaya menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' itu. Justeru itu, wajiblah kita berwaspa dan ilmukan diri kita dengan ilmu yang benar iaitu al-Quran dan as-Sunnah.]

(-)        Bermalam di Mina

Saudara, setelah melontar Jamrah Aqa bah, kekal berada di Mina 3 malam. Semasa berada di Minalah, jema'ah haji pergi melontar pula ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan 7 biji batu bagi setiap.
Lontaran pertama adalah melontar Jamrah Aqabah sebanyak tujuh kali, pada 10 Zulhijjah, dalam waktu Dhuha. Lontaran ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah hendaklah apabila mula tergelincir matahari. Oleh kerana kita telahpun membuat Tahlul Awal apabila selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah itu, kita pergilah melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah itu dengan memakai pakaian biasa sahaja, kerana telah menanggalkan ikhram kerana/selepas bertahlul itu.
Jema'ah haji dibolehkan melontar 2 hari sahaja - pada 11 dan 12 Zulhijjah - jika mereka membuat Nafar Awal - meninggalkan Mina kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (atau Tawaf Haji) dan seterusnya Sa'i Haji pada 13 Zulhijjah. Dengan syarat, mereka diwajibkan meninggalkan Mina atau keluar dari Mina sebelum masuk waktu 'Asar. Bagi mereka yang tidak sempat keluar dari Mina pada 12 Zulhijjah sebelum masuk waktu 'Asar, maka kekallah tingga satu malam lagi di Mina untuk melontar pula 3 jamrah pada 13 Zulhijjah, barulah keluar Mina ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Sa'i Haji.
Saudara, insya Allah dalam post selanjutnya kita teliti apakah yang wajib kita lakukan setelah selesai urusan di Mina - iaitu urusan melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (3 hari Tasyrik) itu.
Khususnya, kita akan lihat bagaimana kita perlu buat Tawaf Ifadhah atau Tawaf Haji dan Sa'i Haji, dan kemudian ktita melakukan Tahlul Thani, maka selesailah urusan ibadah haji kita.

Peringatan:

Sepanjang masa kita mengerjakan ibadah haji itu - bermula dari memakai ikhram, melafazkan niat Haji (atau umrah), dan dalam urusan haji ke Arafah untuk Wukuf (9 Zulhijjah), ke Muzdalifah (malam 9 Zulhijjah), ke Mina 10 Zulhijjah dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, dan kemudian ke Mekah semula untuk Tawaf Haji dan Sa'i Haji, kita wajib menjaga pantang larang ata keharaman berikhram.
Yang paling utama dijaga adalah suaya tidak mengadakan hubungan suami isteri sehinggalah kita Tahlul Thani. Jika kita buat atau berlaku persetubuhan maka terbatallah haji (atau umrah) kita, dan kifarahnya berat, iaitu setelah Manamatkan segala urusan haji (atau umrah) kita kembali ke Tanah air, tidak dibenarkan tingga sebumbung dengan isteri, diwajibkan buat haji tahun depan secara berasingan, mengorbankan di Mekah seekor unta pula.Insya Allah kita akan teliti kifarah ini dalam post kemudian,insya Allah.


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment