Saturday, September 5, 2015

Cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji dan umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita tentang tajuk/perkara di atas selanjutnya - yang wajib dilakukan setelah memakai ikhram dan berniat, dan melafazkan niat haji setelah Solat Sunat dua rakaat di Hotel/rumah tumpangan kita, kita kemudian bertolak ke Arafah untuk Wukuf. Kita telahpun maklum apa yang perlu dilakukan ketika Wukuf itu.
Setelah Wukuf kita dikehendaki pula Mabit (i.e. berhenti sebentar/sekejap) di Muzdalifah pula sebahagian dari malam 10 Zulhijjah itu, sebelum kita bertolak ke Mina untuk bermalam di Mina selama 3 malam. Di Muzdalifah kita teruskan amalan memperbanyakkan do'a sebagaimana kita berada di Arafah, kerana di Muzdalifah juga tempat mustajabnya do'a. Di Muzdalifah adalah satu lagi tempat mustajabnya do’a bagi jema’ah haji. 

Cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji
(Sambungan)

4.     Mabit (berhenti sekejap) di Muzdalifah

(-)        Berdo’a sebagaimana dilakukan semasa di Arafah 

Digalakkan kita menjamakkan secara qasar dua Solat, i.e. Solat Maghrib dan Solat Isya’, jama’ takhir qasar di Muzdalifah ketika berada di Muzdalifah (9 Zukhijjah senja/malam), dan bukannya di Arafah. Sesiapa yang mengikuti kursu haji oleh Tabung Haji dan syarikat yang diberi lllesen untuk mengadakan kursus haji, dan para mutawif di Arafah dan sebagainya menyuruh kita bersolat jama' Maghrib dan Isya' itu secara 'tamam' (i.e. sempurna, 3 rakaat Maghrib dan 4 rakaat Isya') dibuat di Arafah sebelum keluar Arafah ke Muzdalifah. Sebenarnya, sunnahnya sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah mensolatkan secara jamak dan qasar di Muzdalifah atau setelah sampai ke Mizdalifah. Oleh itu janganlah menye,isihi as-unnah akan terbatal haji kita. Sila rujuk hadith di bawah.
Menceritakan dari Ibni Syihab sesungguhnya Ubaidallah b Abdillah b Omar menceritakan kepadanya sesungguhnya bapanya (i.e. Abdullah b Omar) berkata: ‘Mengumpulkan (yakni, menjama’kan) Rasulallah (s.a.w) antara Solat Maghrib dan Solat Isya’ di tanah Jami’ (Muzdalifah) tidak ada antara keduanya sujud (yakni, solat sunat), dan bersolat Solat Maghrib tiga rakaat dan Solat Isya’ dua rakaat.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji. 
Rasulallah (s.a.w) menjama’kan Solat Maghrib dan Solat Isya’ ketika berada di Muzdalifah. Hadith ini juga menjelaskan bahawa apabila menjama’ dan mengqasarkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ itu, Solat Maghrib kekal tiga rakaat dan hanya Solat Isya’ sahaja dikurangkan dari 4 menjadi 2 rakaat sahaja. Jelasnya menjamakkan dan mengqasarkan solat Maghrib dan Isya’ itu di buat di Muzdalifah. 
Hadith ini juga menjelaskan bahawa apabila menjama’ dan mengqasarkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ itu di Muzdalfah. 

(-)        Mengutip batu 

Kemudian diusahakan mencari batu-batu kecil sebesar batu lastik untuk melontar Jamrah ketika bermalam 3 hari di Mina kelak: 7 (pada 10 Zulhijjah) + 7 (biji batu) x 3 jamrah) x 3 (hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah) = 70 biji batu.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mencarilah kamu dari tengah-tengah jurang Muhaisir (batu-batu kecil) dan menetapilah dengan seumpama batu-batu lastik.’ [Hadith Imam Ahmad dan Baihaqi dalam Kanzil Umal] 
Peringatan: Batu-batu disediakan untuk lontaran pada 10 Zulhijjah melontar Jamrah Aqabah (shaja) – 7 batu. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (3 hari Tasyrik) melontar ketiga-tiga jamrah – Ula, Wusta dan Aqabah – dengan 7 batu setiap jamrah, yakni 21 batu setiap hari.]

(-)        Bila keluar dari Muzdalifah 

Setelah mabit (yakni, berhenti sekejap) di Muzdalifah, untuk mencari batu-batu kecil untuk melontar jamrah, jema’ah haji akan keluar meninggalkan Muzdalifah dan pergi ke Mina, sebelum masuk waktu Sunuh. Solat Subuh di buat di luar Muzdalifah atau di Mina
Menceritakan hadith dari Syu’bah hadith dari abi Ishak mendengar ‘Amar b Maimun berkata: ‘Datang aku pada Omar (r.a) solat di tanah Jami’ Solat Subuh, kemudian Wukuf. Maka berkata Omar (r.a): ‘Sesungguhnya orang-orang musyrik ada mereka bersurai mereka sehingga terbit matahari, dan berkata mereka ‘Bersiar-siarlah ke gunung’, dan sesungguhnya Nabi (s.a.w) menyelisihi pada mereka (yakni, mengubah perlakuan supaya tidak sama dengan perbuatan/amalan orang musyrik, dengan) bersurai (keluar dari Muzdalifah) sebelum apabila terbit matahari.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Hadith ini menyebutkan bahawa jema’ah haji meninggalkan Muzdalifah menuju Mina selepas waktu Subuh, sebelum terbit matahari. Hadith ini menyebutkan bahawa orang Islam mengamalkan perbuatan yang berlainan (yakni, tidak meniru) amalan kafir Quraisy, yang bersurai (maksudnya, meninggalkan Muazdalifah) hanya setelah terbit matahari. Maksudnya, umat Islam keluar Muzdalifah sebelum terbit matahari, sebelum masuk waktu Subuh. 
Mendahulukan orang-orang Dhaif tua atau uzur atau yang membawa anak-anak kecil keluar dahulu dari Muzdalifah ke Mina, tengah malam, sebelum masuk waktu Subuh. 
Menceritakan Abi Buraidah mendengar ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Adapun aku dari orang-orang yang mendahulukan Nabi (s.a.w) di waktu malam di Muzdalifah di dalam (i.e. dikalangan) orang-orang yang lemah keluarga Nabi (s.a.w).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Rasulallah (s.a.w) mengizinkan orang-orang yang dhaif – maksudnya wanita dan kanak-kanak. Adapun Ibnu Abbas (r.a) ditugaskan menyediakan makan kepada kabilah Nabi (s.a.w), maka dia keluar bersama-sama orang yang dhaif. 

5.  Bertolak ke Mina untuk bermalam di Mina

Saudara, setelah tiba waktu pagi di Muzdalifah, sebelum masuk waktu Subuh, keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina di mana Jema'ah haji bermalam di Mina 3 malam untuk melontar Jamrah - bermula dengan melontar Jamrah Aqabah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah. Kemudian, melontar pula 3 jamrah - Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah - pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah - 3 hari Tasyrik. Waktu melontar itu adalah bermula tergelincir matahari - yakni masuk waktu Zohor - dan berakhir ketika terbenam matahari, yakni sebelum habis waktu 'Asar.
Menceritakan hadith oleh Abdullah, hamba merdeka Asmak, hadith dari Asmak sesungguhnya dia bertempat waktu malam di tanah jami’ di sisi Muzdalifah, maka berdiri bersolat satu solat yang ringkas (atau pendek), kemudian berkata (i.e. bertanya): ‘Wahai anakku! Sudahkah hilang (i.e. terbenam) bulan?’ Berkata aku: ‘Belum.’ Maka bersolat dia satu solat yang ringkas (i.e. pendek), kemudian berkata (i.e. bertanya): ‘Sudahkah terbenam bulan?’ Berkata aku: ‘Ya! Sudah.’ Berkata dia: ‘Berangkatlah kamu.’ Maka berangkatlah kami terus berjalan sehingga melontar jamrah (Aqabah), kemudian kembali (ke Muzdalifah) maka bersolat Subuh di tempatnya. Maka berkata aku kepadanya: ‘Wahai puanku! Tidak diperlihatkan kepadaku kecuali kami sama-samar (yakni, malam masih gelap)?’ Berkata (Asmak): ‘Wahai anakku! Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah memberi izin kepada rombongan wanita yang menunggang unta.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Peringatan: Hadith di atas itu menyebutkan bahawa dalam zaman Nabi (s.a.w) mengerjakan haji, Rasulallah (s.a.w) telah memberikan izin yang khusus kepada wanita-wanita yang sudah tua yang menaiki kenderaan, untuk melontar Jamrah Aqabah lebih awal, yakni sebelum Subuh. Perlakuan ini tidak dibolehkan kepada jema’ah haji yang lain. Sehubungan itu, kanak-kanak atau budak-budak kecil (termasuk ibnu Abbas) tidak dibolehkan melontar jamrah bersama-sama wanita tua tersebut, walaupun mereka menaiki kenderaan yang sama. Inilah ketetapan hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Hasan al-‘Urani hadith dari ibnu Abbas berkata: ‘Mendahului kami akan Rasulallah (s.a.w) pada malam Muzdalifah (sekumpulan) anak-anak kecil dari keluarga Abdul Mutalib atas beberapa himar (i.e. kaldai), maka berbuat memukul (kalimah: yaltokhu) (yakni, menepuk) beberapa peha kami, dan bersabda Nabi (s.a.w): ‘Wahai anak-anak kecil! Jangan kamu melontar jamrah (Aqabah) sehinggalah muncul/terbit matahari.’ Berkata Abu Daud: ‘Lafaz kalimah 'al-latkhu’ bererti memukul secara lembut.’ - Hadith Abu Daud.
Saudara, hadith di atas menjelaskan bahawa ketika sampai di Mina rombongan wanita-wanita yang dhaif (lemah) serta kanak-kanak, diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa mereka hanya dibolehkan melontar Jamrah Aqabah ketika sudah terbit matahari. Bagi para sahabat lainnya - termasuklah kita dewasa ini - hanya dibenarkan melontar Jamrah Aqabah itu dalam waktu Dhuha pada hari Nahar (i.e. menyebelih - i.e 10 Zulhijjah).
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b  Yazid bahawasanya dia menunaikan haji bersama Ibni Masud (r.a) maka melihat (Abdul Rahman) dia (ibni Masud) melontar Jamrah Qubra (i.e. Aqabah) dengan 7 biji batu (dan ketika melontar itu) menjadikan Baitullah arah kirinya dan Mina arah kanannya, kemudian dia (ibni Masud) berkata: 'Ini Aqabah tempat orang diturunkan atasnya 'Surah al-Baqarah'. - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Apabila selesai melontar Jamrah Aqabah kita boleh lakukan Tahlul Awal - mencukur rmbut atau membotakkan kepala. Yang paling afdhal adalah membotakkan kepala, kerana Rasulallah (s.a.w) mendoakan kebajikan kepada jema'ah haji yang membotakkan kepalanya ketika bertahlul. Setelah bertahlul kita boleh menanggalkan kain ikhram dan mengenakan pakaian biasa, dan kesemua pantang larang atau keharaman berikhram itu gugur kecuali 3 perkara yang melibatkan hubungan suami isteri - menikahkan orang, mengadakan hubungan cumbu-cumbuan dan bersetubuh dengan isteri.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment