Thursday, February 28, 2013

Utamanya kedua ibubapa ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dua hadith yg menyebutkan bahawa sianak itu wajib akur dengan perintah kedua ibubapanya. Bagimana pula kalau sianak itu bukan sahaja tak akur ata tidak mentaat kedua ibubapa? Kita lihat hadith di bawah yg wajib setiap kita sebagai anak faham dan jadikan panduan hidup yg kekal demi kesejahteraan akhirat kita. 
Menceritakan hadith dari ‘Amru hadith dari Jaafar b Rabi’ah hadith dari ‘Irak b Malik bahawasanya dia mendengar Aba Hurairah berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La targhabu ‘an abaikum, faman raghiba ‘an abihi fahua kufrun.’ (Yang bermaksud: Janganlah kamu membenci pada bapamu (dan lebih-lebih lagi ibumu), maka barangsiapa (atau sesiapa) yang membenci pada bapanya (dan/atau ibunya), maka dia kafir (yakni, keluar dari Islam).) [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: hadith ini menghukum seorang anak yang membenci ibubapanya sama ada kedua-duanya atau salah satu mereka jatuh kafir secara otomatis.]
Saudara, 
ketetapan hadith ini tidak berbeza dengan ketetapan hadith yg menyebutkan bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan ibubapa kpd anak. Dalam hadith ini sianak itu membenci ibubapanya. Kalau Allah (a.w) tak ridha, maka pastilah orang itu hakikat seorang yg kafir kerana menentang perintah dan ketetapan Allah (a.w). Kita telah lihat beberapa nas dan dalil al-Quran yg menyebutkan perintah Allah (a.w) supaya setiap anak itu hendaklah berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapanya. Membenci mereka adalah perbuatan counter factual kpd ketetapan Allah (a.w) tersebut.
Saudara, 
mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg menaruh rasa kebencian walaupun sebesar zarrah atau sekecil biji sawi atau sekecil semut hitampun dalam hati kita terhadap ibubapa kita. Malah dalam Islam setiap yg Islam itu adalah saudara kita, maka kita diwajibkan berbuat baik kpd mereka. Inilah ketetapan firman Allah (a.w): 
Firman Allah (a.w): 'Innamal mukminuna ikhwatun fa-aslihu baina akhawaikum...' (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang iman (atau Mukmin) itu bersaudara, maka damaikanlah kedua saudaramu (yang berselisihan faham) ...) [Ayat 10, Surah al-Hujurat] 
Maka, kalau sesama Islam yg bukan ada pertalian kekeluargaan nasabpun kita wajib berbuat baik, apatah lagi kalau ibubapa kita sendiri yg bersusah payah menjaga dan mendidik dan menyekolahkan kita selama ini.

Jazakallahu khairah

Utamanya kedua ibubapa ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk betapa penting dan utamanya kedua ibubapa kpd anak demi kesejahteraan akhirat mereka. Kita lihat beberapa lagi nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini.
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti sambil lalu bagaimanakah ketaatan dua anak iaitu satu Nabi Ismail (a.s) terhadap bapanya, Nabi Ibrahim (a.s) dan Abdullah b Omar (r.a), iaitu anak kpd Omar b Khattab (r.a) yg kedua-duanya diperintah oleh bapanya supaya ceraikan isteri kesyangan mereka. Kita lihat hadith beikut yg menceritakan peristiwa Ibnu Omar (r.a) itu.
Saudara, dalam hadith berikut ibnu Omar (r.a) atau Abdullah b Omar (r.a) diperintahkan oleh bapanya, Omar b Khattab (r.a) supaya menceraikan isteri kesyangannya. Apabila dia memberitahu Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) menasihatkan dia supaya dia akur dengan perintah bapanya.
Telah diriwayatkan hadith dari seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) (yang juga ipar Nabi (s.a.w), seorang ulama’ yang hebat zamannya) Abdullah bin Omar bin al-Khatab (r.a) katanya: ‘Adalah bagiku seorang perempuan yang dibawah perintahku (yakni, isterinya) ialah perempuan yang kasih aku akandia dan adalah bapaku, Omar bin Al-Khatab (r.a), benci ia akan isteriku yang aku kasih akandia itu, maka disuruhnya oleh bapaku akandaku bahawa aku ceraikan dia. [Maka kata Abdullah]: ‘Maka enggan aku menceraikan isteriku itu (yakni tidak mahu menurut suruhan bapanya, hingga menjadikan hal yang demikian itu susah hatinya), maka pergi aku kepada Nabi (s.a.w) dan aku sebutkan demikian itu bagi Nabi (s.a.w), kataku: ‘Ya Rasullah (s.a.w)! Adalah bapa hamba menyuruh hamba ceraikan isteri yang hamba kasih akandia.’ Maka Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Abdullah bin Omar (r.a), ceraikan olehmu akan isterimu kerana taatkan bapamu.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan betapa mutlaknya perintah kedua ibubapa itu terhadap anaknya dalam Islam, selagi perintah kedua ibubapa itu tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalu diingkari bererti sianak itu mendapat kebahagian dunia yg tak kekal tetapi menghapuskan kesejahteraan akhiratnya, yg kekal.]
Saudara,
dalam hadith berikut pula, Abdullah b Mas'ud, seorang sahabat Rasulallah (s.a.w), bertanyakan panduan bersabit dengan bentuk-bentuk amalan yg lebih utama dalam Islam. Beliau diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa mengasihi kedua ibubapa dan berbuat baik dengan kedua ibubapanya lebih utama dari solat-solat sunat, bersedekah, puasa dan mengerjakan umrah.
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’. [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ Berbakti kepada dua ibubapa itu lebih utama daripada solat-solat sunnat dan sedekah dan puasa (Ramadhan) dan haji dan umrah dan perang sabilillah. ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’ [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa amalan yg utama kepada orang iman adalah pertama, solat pada awal waktunya – ketika sudah diazankan solat, maka segeralah solat; kedua, berbakti kepada kedua ibu bapa; dan ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w). jelaslah, berbakti kepada kedua ibubapa itu lebih utama daripada berjihad. Dalam suatu hadith di sebutkan seorang sahabat yg menemui Rasulallah (s.a.w) untuk sama-sama berjihad, tetapi dia melapurkan bahawa dia ada ibubapa yg sudah tua memerlukan bantuannya, maka Rasulallah (s.a.w) mengecualikannya dari berjihad dan menyuruh dia tinggal bersama mereka dan menjaga mereka.]
Saudara,
dalam hadith berikut Abdullah b Amru b 'Ass yg juga seorang sahabat Nabi (s.a.w) diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak di atas keridhaan kedua ibubapa seseorang anak itu. kalau kedua ibubapa itu tidak ridha terhadap anaknya kerana sesuatu sebab, maka Allah (a.w) tidak akan ridha terhadapnya. Jika begitu fikirkanlah apakah kesudahan akhirat bagi seorang anak yg menganianya keduabapanya atau membiarkan keduaibupanyamelara walhal dia senang lenang dan mewah.
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) (yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w) Abdullah bin ‘Amru bin ‘As (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Tuhan (a.w), maka reda Tuhan (a.w) itu memasukkan [anak-anak] ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya). Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w), yakni yang tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) nescaya murka Allah Taala, maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka. ‘Barangsiapa berpagi ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia anak yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika dia anak yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu zalim sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali ungkapan zalim itu] terhadap mereka, ‘Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka. [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: hadith ini menyebutkan ketetapan Allah (a.w) bahawa keridhaanNya terletak di atas keridhaan kedua ibubapa kepada anak.]

Jazakallahu khairah

Wednesday, February 27, 2013

Utamanya kedua ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post sebelum ini kita telah teliti apakah perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) kpd kita yg Islam dan beriman tentang kedudukan kedua ibu bapa kita kpd kita - khususnya tanggungjawab yg diletakkan oleh Allah (s.a.w) kpd setiap anak terhadap kedua ibubapa mereka. Dalam beberapa nas dan dalil al-Quran yg telah kita teliti itu jelas bahawa perintah utama atau tanggungjawab utama manusia adalah supaya sembah hanya Allah (a.w) atau jadikan Allah (a.w) sebagai tuhan yg layak dan berhak disembah oleh manusia. Maka dgn itu sesiapa yg sembah selain Allah (a.w), pastilah mereka dikira syirik dan pastilah mereka ditempatkan di neraka di akhirat kelak (semasa dalam kubur akan disiksa setiap saat oleh malaikat Mungkar dan Nakir sampailah terjadinya kiamat). Justeru itu, sesiapa yg tidak Islam pastilah dia tergolong orang yg syirik, maka dia menggadaikan akhiratnya kerana kejahilan (tanpa ilmuu) atau kesombongan (tak mahu terima Islam dan akui Allah (a.w) sebagai tuhan manusia). Kita perhatikan pula selepas perintah menyembah hanya Allah (a.w) dan jangan syirik, manusia diperintahkan supaya berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibu bapanya. Jelaslah begitu utama dan tingginya kedudukan ibubapa itu kpd manusia amnya, dan kpd umat Islam khususnya.
Kalau saudara mengaji dan faham atau diberi kefahaman tentang Islam, saudara akan dapati bahawa syurga itu didapati oleh orang Islam yg beriman jika mereka lulus ujian berikut:
(a) Dia Islam dan beriman dan dia tidak syirik yakni mempercayai pula ada kuasa ghaib atau sesuatu yg bersifat tahayul, kurafat dan sebagainya;
(b) Dia mengerjakan amalan dan ibadah serta meninggalkan tegahan/larangan yg diwajibkan oleh Allah (a.w) yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), memenuhi ketentuan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa dan tidak tergolong dari kalangan mereka yg tergolong dalam ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa';
(c) Dia berjema'ah dan dia tidak berfirqah atau berpecahbelah, termasuk menubuhkan perkumpulan yg memecahbelahkan Islam - menepati ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran;
(d) Dia mengerjakan segala amalan - fardu dan sunat - berdasarkan dan berpandukan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa';

(e) Dia taatkan Imam/Amir (atau orang yg diangkat menjadi pemimpin jema'ah umat Islam) yakni 'ulil amri' segala perintah, termasuk ijtihad yg tidak maksiat- Ayat 59, Surah an-Nisa';
(f) Dia taatkan dan berbuat baik terhadap kedua ibubapanya (ayat-ayat al-Quran yg telah kita rujuk dahulu itu); dan
(g) Kalau dia seorang perempuan yg bersuami, dia mentaati suaminya atas segala perintah dan suruhan suaminya yg tidak maksiat, i.e. tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, itulah pra-syarat untuk dapatkan syurga.
Kita sambung sedikit lagi penelitian kita tetang perintah berbuat baik kpd kedua ibu bapa itu. Dalam Islam ketaatan terhadap kedua ibu baa itu adalah ketaatan yg mutlak. Maksudnya, kalau kedua ibu bapa itu tidak ridha terhadap anaknya kerana apa jua sebab walaupun bersifat zalim, namun ketaatan itu mutlak terhadap kita sebagai anak mereka. Maka dgn itulah disebutkan dalam sepotong hadith bahawa Ibnu Omar (r.a) pernah diperintah oleh bapanya, Omar b Khattab (r.a), menceraikan isterinya kerana Omar (r.a) tidak berkenan dgn perangai isteriya, walaupun Ibnu Omar (r.a) amat cintakan isterinya. Maka apabila dia mengadu kpd Rasulallah (s.a.w) tentang perintah bapanya itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahunya supaya akur dan taati perintah bapanya, Omar (r.a). Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu mutlak dan menjamin syurga si anak. Mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, juga akan tahu bahawa Nabi Ismail (a.s) akur dgn perintah bapanya Nabi Ibrahim (a.s) ketika Nabi Ibrahim (a.s) berpesan kpd isterinya supaya memberitahu pesanan Nabi Ibrahim (a.s) yg menemuinya di rumahnya ketika itu Nabi Ismail (a.s) tiada di rumah. Pesanan tersebut menyuruh Nabi Ismail (a.s) 'menukar pintunya', yg merupakan kiasan supaya dia menceraikan isterinya, kerana isterinya kufur atau tidak mensyukuri suaminya, Nabi Ismail (a.s), kerana inginkan kebahagian yg lebih yg termampu diberikan oleh suaminya.
Saudara, utamanya kedua ibu bapa itu dapat kita lihat melalui hadith berikut pula. Hakikatnya, begitu ramai anak-anak yg terlepas peluang mendapat syurga ketika kedua ibu bapa mereka masih hidup. Tapi, kerana anak-anak itu tidak bersyukur kpd kedua ibu bapa mereka, malah tidakpun membantu dan mengasihi mereka ketika mereka masih hidup, terutama ketika sudah tua dan dalam keadaan dhaif, maka terlepas peluang mendapat syurga, malah terjerumus anak-anaknya ke dalam neraka.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: 'Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kepadaku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yang mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi: ‘Hina dinalah seorang yang mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibril (a.s) kepadaku: ‘Hina dinalah orang yang selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar. Sedang dia berkhutbah tiba-tiba (i.e. tak kena mengena dgn tajuk khutbah tersebut) dia menyebut kalimah ‘Amin’ secara tiba-tiba dalam khutbah itu pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Hadith ini menyuruh umat Islam ( = Muhammad) supaya menyambut dengan membaca selawat atas nabi setiap kali mendengar kalimah ‘Nabi’ atau 'Rasul’ atau ‘Rasulallah’ atau ‘Muhammad’ disebut oleh seseorang dan dia mendengarnya secara berdepan dengan orang yang menyebutnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang berselawat sekali kepada beliau, maka Allah (a.w) akan berselawat atas orang yang menyebutnya 10 kali. Selawat adalah kalimah mendoakan kesejahteraan kepada Rasulallah (s.a.w), maka menyebutnya seolah-olah mengurniakan kesejahteraan pula kepada kita 10 kali. Begitulah besarnya penghormatan Allah (s.a.w) kepada hambaNya yang menyanjung dan menghormati UtusanNya].
Saudara, jelas, dalam hadith ini satu daripada 3 peluang bagi kita yg Islam dapatkan syurga dgn mudah adalah berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapa kita, sehinggakan ridha mereka terhadap kita sebagai anaknya, dan kerana keridhaan itu kita mendapat syurga. Kalaupun kita seorang yg alim dan taqwa dan merupakan orang Islam yg utamakan amalan - yg fardu dan sunat - demi mencari syurga, tapi kalau kita abaikan atau tak pedulikan kedua ibubapa kita, maka pastillah kita tidak mendapat syurga, kerana keridhaan Allah (a.w) terletak kpd keridhaan kedua ibu bapa kpd anak tersebut. Oleh itu berwaspadalah. Fikirkanlah betapa mudahnya mendapat syurga kalau kita kasihi dan sayangi kedua ibubapa kita.

Jazakallahu kahirah

Monday, February 25, 2013

Peringatan ... (Samb.)


Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang beberapa peringatan Islam kpd kita sebagai umatnya supaya terjaga kebajikan dunia dan akhirat kita - tidak menjerumuskan kita ke dalam neraka setelah bersusah payah mengerjakan pelbagai amal dan ibadah secara istiqamah pula. Sesungguhnya, orang Islam yg akui dirinya beriman dan yakin dia akan wujudnya kehidupan akhirat, dan dia inginkan kesejahteraan akhirat, pastilah dia menjaga dirinya dan hatinya dari beberapa sifat keji manusia - sifat-sifat menjadi batu api, mencanangkan keburukan orang lain (sama ada kita tahu ataupun tak tahu) mengeji dan mengumpat serta mencaci maki, dengki, berperasangka buruk, sombong, dll lagi. Saudara, mungkin saudara pernah mendengar orang berkata bahawa satu sifat keji orang Melayu itu adalah mereka dilahirkan memiliki 'PHD' tak payah belajar di universiti untuk dapat Ph D, kerana mereka dilahirkan dgn budaya PHD - Perasaan Hasad dan Dengki dalam hati. 
Bagi kita yg pernah berada di negara orang putih - di Amerika atau UK atau di Perancis, contohnya, kita dapat bezakan perbezaan sikap antara mereka dgn sikap kita. Mereka lebih mesra, lebih suka membantu dan menolong, tanpa ada medal cogankata di atas baju mereka 'Smile' atau 'What can I do for you' atau 'May I help' atau 'boleh saya bantu'? - cogankata yg tertulis dibadge pelekat tersebut. Kalau kita di pejabat post atau mana-mana perkhidmatan counter, walaupun waktu rehat tegahari hanya seorang bertugas, kalau terdapat barisan pelanggan menunggu panjang, mereka yg berada di belakang yg sedang berehat dan bukan waktu mereka bertugas, mereka akan ke depan membantu supaya pelanggan segera selesai tugas mereka, dilayan secepatnya. Di sini, kita akan dapati sebaliknya. Yg bertugas lambat menjalankan tugasnya dan yg lapang takda buat apa, tak mahu membantu dan menolong, memudahkan pelanggan. Itulah yg diajarkan oleh Bible mereka. Malangnya bagi kita yg Islam kita takpun mengikuti ketetapan al-Quran, wal-hal ajaran al-Quran itu lebih baik dan lebih mulia dari mana-mana kitab agama!

Sifat Sombong
 
Saudara, dalam post ini kita lihat selanjutnya beberapa adab yg sepatutnya menjadi panduan hidup dan budaya kita sebagai umat Islam. Tapi ...lihatlah apakah sikap orang Melayu yg berketuruan darah biru atau darah kuning, berbangga dgn kelahiran dan mertabat keluarganya - dia adalah Tengku atau Tuanku atau Tunku atau Raja atau Syed atau Nik atau Wan atau Daing dan seumpamanya, seolah-olah dari segi keturunan mereka berbeza dari orang biasa yg namanya Ahmad atau Ali atau, kalau Jawa, Sukarto dan seumpamanya. Walhal, Islam atau Allah (a.w) dan RasulNya beritahu kita asalnya dari nenek moyang yg satu, Adam (a.s) dan hawa (a.s)! Apakah mereka yg berbangga dgn nasab atau kelturunan bertitle itu berpendapat bahawa mereka bukan dari keturunan Adam (a.s)? Sehinggakan terjadi suatu amalan yg batil bahawa orang biasa bercakap dgn mereka perlu menyebut diri mereka 'patik' atau 'hamba' dan kalimah merendahkan diri yg seumpamanya? Sehinggakan orang yg tidak berkerununan 'Syed' tidak boleh meminang seorang 'syarifah' anak perempuan keturunan Syed?
Saudara, kita diberitahu tentang kesombongan dan keangkuhan syaitan terhadap Adam (a.s.) Syaitan berpandangan bahawa kejadiannya yg lebih baik dari Adam, kerana Adam dicipta Allah (a.w) dari tanah manakala dia, syaitan, dicipta dari api. Dan, dia, syaitan sudah wujud 50,000 tahun sebelum Adam (a.s) diciptakan. Maka merasa bangga dia dgn asal usul kejadiannya, dan sombong serta bongkak dia, tak mahu mematuhi perintah Allah (a.w), walaupun hanya disuruh tunduk hormat kpd Adam (a.w). Maka Allah (a.w) melaknat syaitan, dan diusir keluar dari syurga dan kerana tak mahu akur dgn ketetapan Allah (a.w) dilaknat dan tidak akan masuk syurga dia dan keturunannya dan manusia yg mengikuti jejak langkah dan sifat-sifat syaitan. Sifat Sombong antara sifat-sifat yang disebutkan oleh para ulama’ dengan istilah sifat-sifat ‘mazmumah’, atau sifat yang tidak baik bagi seseorang yang Islam adalah sombong dan bangga diri. Ini berlaku apakala seseorang itu banggakan keturunan, pangkat dan kedudukan, kebijaksanaan dan lain-lain sifat ketakburan terhadap diri sendiri. Sifat sombong dan angkuh itu bahaya, kerana kalaupun seseorang itu begitu baik dalam semua hal, tetapi kerana sombongnya tidak dapat ganjaran syurga.
Diriwayatkan hadith daripada Alqamah hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘La yadhulul jannata man kana fi qalbihi mithqalu zarratin min kibrin.' [Yg bermaksud: Tidak masuk syurga barangsiapa yang ada dalam hatinya sebesar zarrah (semut hitam atau biji sawi) daripada sifat kesombongan], berkata seorang lelaki: ‘Jika seseorang itu senang (yakni, suka akan) pakaian yang baik-baik dan cantik dan selipar yang baik dan cantik?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Innallaha jamilun yuhibbul-jamala. Al-kibru batarul haqqi wa-ghamtul-nas.' [Yg bermaksud: ‘Sesungghnya Allah (a.w) itu cantik (atau baik), dan Dia (Allah (a.w)) sukakan yang cantik (atau baik)’. Adapun kesombongan itu (atau sifat sombong itu) orang yang menolak (yakni, tidak mahu terima) perkara yang haq (yakni, benar), dan meremehkan (atau merendah-rendahkan) manusia (yakni, melihat bulu dia untuk mendengar nasihat orang).] [Hadith Muslim, Kitab Iman]
Hadith di atas menjelaskan apakah yang dimaksudkan ‘sombong’ dalam Islam, yakni yang dikatakan seseorang yang sombong dalam Islam itu siapa dan bagaimana? Bukan kerana kemewahan atau darjat atau pangkat atau nama atau kedudukan, maka dia sombong. Melainkan, kerana dia kaya, bernama, berdarjat dan berkedudukan, dia rasa sombong diri, itu sememangnya sifat yang tidak baik. Tetapi, ada kesombongan yang lebih halus dari semata-mata kerana perbezaan darjat, pangkat atau kedudukan dan sebaganya.
‘Sifat sombong’ dalam Islam adalah masalah hati atau jiwa. Seseorang itu dianggap sombong apabila dia tidak Islam, yakni dia kafir. Kerana, Allah (a.w) memberitahu bahawa Dialah Tuhan manusia, maka orang kafir tidak menerimanya. Orang Islam pula menerima hakikat bahawa Allah (a.w) itu adalah Tuhan mereka yang Esa. Namun, mereka, walaupun Islam, adalah sombong kalau dia menolak sesuatu yang haq dalam Islam seperti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith. Maka sesiapa yang menolak atau meremehkan yang haq adalah sombong. Umpamanya, orang Islam yang menyatakan sebahagian daripada ketetapan al-Quran itu jumud atau ketingalan zaman adalah sombong. Kerana, jika ketetapan Islam itu diperintahkan oleh Allah (a.w), yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang nyata dan ghaib, yang telah berlaku dan akan berlaku, masakan ketetapanNya itu jumud! Seseorang Islam yang menyebut bahawa ketetapan atau panduan Rasulallah (sa.w) itu tidak wajar zaman kini, adalah sombong. Kerana ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah haq dan benar kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap atas dasar perintah Allah (a.w) melalui wahyu. Masakan perintah Allah (a.w) itu mempunyai kekurangan atau jumud oleh zaman! Jika seseorang Islam itu diberitahu sesuatu yang haq kerana ketetapan itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterimanya, maka mereka ‘sombong’. Malah sesiapa yang tidak percaya akan cerita-cerita al-Quran dan as-Sunnah adalah kafir. Maka dengan itulah sesiapa yang sombong terhadap sesuatu yang haq atau benar dalam Islam tidak masuk syurga.
Apabila seseorang yang Islam itu diberitahu bahawa janganlah berbuat ‘bid’ah’ atau mengamalkan ‘bid’ah’ kerana Rasulallah (s.a.w) melarang berbuat ‘bid’ah’ atau mengamalkan ’bid’ah’, maka tidak diendahkannya, maka dia sombong. Kerana, perbuatan dan amalan yang bersifat ‘bid’ah hasanah’ tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, tetapi kekal berhujjah dan bertegang tentangnya, maka mereka itu adalah sombong dalam Islam. Kerana larangan mengenai ‘bid’ah’ itu adah larangan yang haq, terdapat banyak hadith yang menyebutkan Rasulallah (s.a.w) melarang dan mencegah umatnya berbuat sedemikian. Jika kita membantah dan cuba menegakkan benang basah pula, kita sombong. Dan, jika kita pula berpandangan bahawa orang yang memberi kita tahu tidak sama tarafnya dengan kita dari apa-apa jua segi, walhal dia terpandu dengan ilmu mengenainya, maka kita meremehkan dia atau kedudukannya. Kita juga sombong dalam Islam. Maka, dengan itulah dalam hadith berikut disebutkan dan diperingatkan bahawa orang yang sombong tidak masuk syurga. Tidak ada makna imannya kalau dia sombong. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim hadith daripada ‘Alqamah hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ' La yadhulun-nara ahadun fi qalbihi mithqalu habbatin kharzalin min imanin wa-la yadhulul jannata ahadun fi qalbihi mithqala habbati kharzalin min qibriya-a.' [Yg bermaksud: Tidak masuk neraka seseorang jika di dalam hatinya ada sebesar biji sawi daripada keimanan, dan tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sebesar biji sawi dari rasa atau perasaan sombong.] [Hadith Muslim, Kitab Iman]
Hadith di atas menyebut dua perkara yang kontra: pertama, tentang ‘keimanan’, dan kedua, tentang ‘kesombongan’. Sesiapa yang ada keimanan di dalam hatinya terhadap Allah (a.w) sebagai Tuhannya, adanya para rasul dan nabi, malaikat dan percaya akan ada qiamat, padang makhsyar, Kitab Catitan Amalan, hisab, syurga dan neraka dan sebagainya, sebesar atau seberat semut hitam, akhirnya akan masuk syurga juga setelah disiksa di neraka, yakni dibersihkan. Sesiapa, sebaliknya pula, yang ada perasaan atau sifat sombong dalam hatinya walaupun sebesar semut hitam tidak akan masuk syurga. Apakah orang yang sombong itu tidak beriman? Bagaimana orang itu beriman, tetapi sombong, dapat masuk syurgakah?
Yang jelasnya, siapa ada kesombongan dalam hatinya tidak akan masuk syurga. Maka kemungkinan besar dia dibersihkan di dalam neraka dahulu kerana kesombongannya, dan setelah dibersihkan dosa-dosa kerana kesombongannya itu, dan kemudian kerana keimanannnya, walaupun hanya sebesar semut hitam atau biji sawi, akan diberi peluang masuk syurga.

Sifat sombong itu amat besar dosanya kerana kesombongan hanya ada pada Allah (a.w). Allah (a.w) sahaja berhak memiliki sifat sombong. Kerana, dialah menguasai segala sesuatu. Segala sesuatu bergantung kepada izinNya jua. Manusia tidak layak dan tidak berhak bersifat sombong, walaupun sedikit! Yang selamatnya, bagi sesiapa yang ada sifat sombong itu, hapuskanlah dan kikislah. sebelum terlambat!

Jazakallahu khairah
 

Sunday, February 24, 2013

Peringatan ... (Samb.)


Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah teliti dua perkara yg kalau kita libatkan diri dalamnya memusnahkan kebjaikan akhirat kita. Justeru itu, janganlah kita bersekongkol dgn mereka yg sememang kelaziman mereka melakukannya, iaitu (a) mengadu domba - atau menjadi batu api dgn menyebutkan sesuatu yg menyebabkan timbul atau terjadi permusuhan antara kita sesama Islam; dan (b) mendedahkan rahsia seseorang yg kita tahu atau diberitahu, kemudian kita hebahkan pula kpd orang lain supaya ramai orang tahu keburukan saudara kita yg Islam.
Saudara, sebagai usaha menyelamatkan diri dalam perkara-perkara sedemikian itu, wajiblah kita jadikan amalan kita bahawa: ada mata lihat (kalau terpaksa lihat), ada telinga terpaksa dengar, kita dengar dan ada mulut tutup, insya Allah selamat kita dari dua perkara yg diancam tersebut. Kalau kita mendapat tahu sesutu yg buruk terhadap saudara kita sesama Islam, yg terbaik adalah kita tarbiah mereka dan kita nasihatkan mereka sekurang-kurang-kurangnya kita berdepan dgnnya memberi nasihat, bukan berdiam diri kemudian mencanangkan apa yg kita lihat dan dengar kpd orang lain. Itu lebih baik dari menceritakan keburukan seseorang itu. Kerana kit sering diberitahu bahawa dua perkara yg menjerumuskan kita ke dalam neraka iaitu perbuatan kita dan kata-kata yg kita luahkan tanpa usul periksa. 
Dalam arena politik, terutama dalam usaha mencari dan mengekal pengaruh politik, ahli politik atau orang politik suka mendedahkan keburukan lawan. Sepatutnya yg diutamakan adalah apakah program yg dilakarkan oleh sesebuah parti politik atau organisasi itu untuk menunjukkan betapa hebat dan baiknya nawaitu, program dan perencanaan mereka bagi menolong dan memakmurkan rakyat, bukan mencaci hamun, merongkai keburukan lawan, supaya diburukkan, kerana kalau diburukkan akan dibenci oleh orang.
Saudara, dalam post ini kita sambung lagi melihat beberapa panduan Islam kpd kita supaya, kalau kita akur, kita pasti selamat di akhirat kelak, kalaulah dalam perkara lain kita sudahpun selamat.

Balasan Mengumpat

Hadith berikut menceritakan siapakah atau apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu. Kita orang Melayu seringkali terdengar dan mendengar pelbagai cakap-cakap mengenai perbuatan mengumpat itu. Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu.
Diriwayatkan hadith darpada ‘Ala bin Abdul Rahman hadith daripada bapanya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mal ‘ghibatu’? [Yg bermaksud: Apa itu ‘mengumpat’?], bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ 'Zikruka akhaka bima yakrahu.' [Yg bermaksud: ‘Menceritakan engkau akan perihal buruk saudaramu dengan apa-apa yang benci dia akannya]’, berkata (Abi Hurairah):’ Jika ada di dalamnya (yakni, perkaranya atau perangai atau sifatnya) apa-apa yang berkata aku mengenainya (yakni, apa yang dikatakan benar)?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ In kana fihi ma taqulu faqad ightabtahu wa-in lam yakun fihi ma taqulu faqad bahattahu.' [Yg bermaksud: Jika ada padanya (sifat-sifat) apa yang berkata engkau mengenainya, maka sungguh-sungguh engkau mengumpat akan dia, dan jika tidak ada padanya (sifat-sifat itu) apa yang engkau katakan, maka sungguh-sungguh engkau memfitnah.] [Hadith at-Termidzi]
Mengumpat itu adalah menceritakan suatu cerita tentang sesuatu terhadap seseorang yg lain, sama ada di minta memberitahunya atau tidak diminta memberitahunya. Dan, menjadi mengumpat apakala perkara yang dihebahkan atau diberitahu kepada orang lain itu adalah perkara yang buruk atau tidak disukai atau yang dibenci oleh orang tersebut. Mengumpat itu kerana orang yang menjadi sasaran kita tidak suka dengan perkara yang kita ceritakan itu. Ia menjadi mengumpat apakala perkara yg kita katakan terhadap seseorang itu kita sendiri takpun tahu. Kita tahu melalui khabar dari orang lain sahaja. Mengikut hadith ini, walaupun benar apa yang diceritakan, maka menjadi ‘mengumpat’, kerana kita sendiri tak tahu apa yg kita hebahkan (i.e. kita tak dengar sendiri atau lihat sendiri apa yg berlaku). Dan, jika cerita itu tidak benar lebih buruk lagi, iaitu perkara tersebut termasuk dalam apa yang dikatakan membuat dusta dan memfitnah orang tersebut.
Jelasnya, jikapun kita mengetahui sesuatu perkara yang buruk terhadap seseorang, dan kita tahu dia tidak suka atau benci dengan perkara tersebut jika diketahui orang, maka kita mengetahuinya maka kita beritahu orang lain, maka itu adalah perbuatan mengumpat. Walaupun betul perkara yang kita sebarkan itu, tetap itu adalah mengumpat. Apatah lagi jika tidak betul atau kita silap terima perkara yang disebutkan itu, maka kita hebahkan juga. Maka kita sudah membuat fitnah terhadap orang itu.
Maka dengan itulah di dalam Islam, semua yang Islam itu bersaudara. Jika begitu, hendaklah kita sentiasa menjaga nama baik saudara kita sesama Islam. Kita wajib berbaik sangka. Kita wajib melindungi keburukan saudara kita. Maka tidak wajarlah kita menjatuhkan air muka saudara kita. Yang digalakkan oleh Islam adalah kita menyebut dan menceritakan tentang kebaikan seseorang itu, buka mencari keburukannya.

Sifat Dengki

Satu lagi sifat buruk atau jelik atau keji orang Melayu, atau kelemahan orang Melayu, adalah sifat hasad dengki dan khianat terhadap saudara yang lain. Orang Islam yang beriman disuruh ‘iri hati’ hanya dalam dua perkara iaitu, pertama, iri hati terhadap ketaqwaan seseorang lain berbanding dengan ketaqwaan kita sendiri. Kedua, kita iri hati dengan sifat dermawan seseorang itu dalam perkara agaama atau fi sabilillah. Orang tersebut rajin membantu  orang lain, suka bersedekah dan menginfaqkan sebahagian rezki yg diperolehinya demi membela agama dan umaat Islam, berbanding dengan kita. Jelasnya, kita dibolehkan iri hati terhadap kebaikan seseorang itu, maka dengan itu menjadikan suatu motivasi kepada kita untuk mencontoho orang yg baik dan soleh serta kita jadikan model untuk memperbaiki diri kita supaya baik kelakuan dan perangai.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim ibni Abi Uasaidin hadith daripada datuknya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘ Iyakum wal-hasada fainnal hasada yak-kulul hasanati kama takkulun-narul hataba au qalal ‘usba.'[Yg bermaksud: Takutkanlah kamu akan perasaan hasad, maka sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan (yakni, pahala), sebagaimana memakan api akan kayu’ atau ‘bersabda dengan katanya (mamakan) ‘(api akan) rumput kering’.][Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Kita sering mendengar orang menyebut tentang sifat orang Melayu dan hasad dan dengki terhadap seseorang yang lain. Sifat hasad ini adalah suatu sifat yang membahayakan diri kita dalam konteks keimanan dan dalam konteks memperbaiki diri kita sebagai seorang Islam dengan bersedia demi akhirat kita. Tetapi, jika perasaan hasad dan dengki wujud dengan kita, maka segala pahala amalan baik kita terhakis sama sekali.

Prasangka (Buruk) Terhadap Orang Lain

Antara adab yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya adalah janganlah kita memiliki sifat ‘prasangka yg buruk’ terhadap seseorang. Kesemua umat Islam hendaklah sentiasa akur dengan ajaran Islam bahawa semua yang Islam bersaudara. Maka dengan itu perlu wujud semangat atau rasa keinginan serta perlakuan berbaik-baik terhadap saudaranya sesama Islam. Tidak wajar melakukan sesuatu yang boleh menyakiti perasaan dan menjatuhkan meruah saudara kita yang Islam. Maka dengan itulah, hadith berikut memperingatkan kita supaya berjaga-jaga supaya jangan menaruh syak wasangka serta menyimpan perasaan prasangka (buruk) terhadap saudara kita sesama Islam.
Buruk sangka adalah sifat yang buruk bagi setiap yang Islam. Menaruh prasangka buruk tanpa mengetahui sebenarnya sesuatu adalah suatu sifat yang jelik lagi keji. Semua prasangka itu adalah tidak benar, kerana kita tidak mengetahu sesuatu yang diluar kemampuan kita mengetahuinya. Apakah kita mampu mentakrifkan perasaan atau geraklaku serta rasional geraklaku seseorang lain terhadap kita dan terhadap orang ketiga? Maka dengan itulah, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berwaspada, kerana prasangka itu adalah cerita atau berita dusta, kerana kita tidak tahu kedudukan sebenarnya.
Diriwayatkan hadith daripada al-‘Araj hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘ Iyakum waz-zanna fainna zanna kazabul-hadithi wa-la tahassasu wa-la tajassasu wa-la tanajasyu wa-la tahasadu wa-la tabaghadu wa-la tadabaru wa-kunu ‘ibadallahi ikhwanan.' [Yg bermaksud: Takutilah oleh kamu persangkaan (buruk) (terhadap seseorang), maka sesungguhnya persangkaan itu cerita dusta, jangan suka mengikuti mata (yakni, menjeling atau melihat-melihat meliarkan mata), dan jangan dengan telinga, dan jangan menjatuhkan orang, dan jangan dengki, dan jangan bertengkar, dan jangan berselisih pendapat, dan jadilah hamba Allah (a.w) yg bersaudara (satu sama lain)] [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Hadith di atas itu, memperingatkan kita beberapa perkara yang perlu kita jauhi daripada terjebak ke dalamnya, atau melakukannya, iaitu:

(a) Hendaklah kita takut berprasangka buruk terhadap orang lain, kerana kesemua prasangka itu tidak lebih dari prasangka, yakni tidak benar;

(b) Jangan suka ‘mengikuti pergerakan mata’, yakni mencari-cari sesuatu terhadap seseorang spt kelemahannya, perbuatan atau perlakuannya yg buruk atau keaipan seseorang supaya kita tahu boleh bercerita kpd orang lain kelemahan atau keburukannya;

(c) Janganlah juga kita suka ‘mengikuti telinga’ yakni, memasang telinga untuk mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang terhadap seseorang yang lain dan suka pula bercerita atau bercakap-cakap tentang orang, terutama mengenai keburukan seseorang, i.e. menjaga tepi kain orang lain bukan untuk memperbaiki mereka dgn nasihat tetapi untuk dicanangkan;

(d) Janganlah pula kita suka menjatuhkan air muka atau kewibawaan orang lain sama ada kedudukannya atau meruahnya, yakni membuat sesuatu demi untuk memalukan atau menjatuhkan imegnya, melalui kata-kata dan perbuatan kita;

(e) Jangan kita dengki terhadap orang lain atas apa sebab sekalipun (melainkan, mengikut hadith kita dibolehkan irihati atau dengki terhadap seseorang yang lain kerana kebaikannya atau kerana kelebihan ilmunya dalam Islam ataukedudukannya dalam Islam, kerana ingin menjadikan dia model;

(f) Jangan suka bertengkar atau menegakkan benang basah atau sering bergaduh dengan orang lain atas apa-apa sebab sekalipun;

(g) Jangan suka ‘berselisih pendapat’ atau berdebat atau berhujjah kerana tujuan yang batil, yakni berdebat bertujuan untuk membenarkan hujjah dan pendirian diri sendiri walaupun kita tahu orang yang kita berdebat dengannya adalah benar; dan

(h) Kita digalakkan sentiasalah bergaul sesama orang Islam sebagai saudara dengan bertutur dengan sopan, merendah diri, berbuat baik kepadanya, sentiasa ingin menyenangkan hatinya, sentiasa menaruh anggapan dan niat yang baik terhadapnya, dan tidak menyakiti hatinya.
Di dalam hadith berikut disebutkan dialog pendek antara seorang sahabat di hadapan Abdullah b Omar, i.e. ibnu Omar dengan Rasulallah (s.a.w) mengenai sifat manusia yang ‘baik’ atau afdhal di sisi Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) menyebut dua ciri, satu ciri beliau faham, tetapi satu lagi ciri dia kurang faham. Maka diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kepadanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Manakah manusia yang afdhal (yakni, baik)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Kullu makhmumil-qalbi sadduqiil-lisani.' [Yg bermaksud: (iaitu, pertama, orang yang) Menyembunyikan pada hati, dan (kedua) benar dalam ucapan (atau kata-kata) (yakni, bercakap benar setiap masa)], berkata Abdullah bin Omar: ‘Kebenaran dalam ucapan’ (atau kata-kata) itu kami tahu.Tetapi, apa dia ‘mahmumul-qalbi’ (suci hati) itu?’ bersabda Nabi (s.a.w): ‘ Hual-taqiun-naqau, la ithmi fihi wa-la baghya wa-la ghilla wa-la hasada.' [Yg bermaksud: Orang yang bertaqwa (takutkan Allah (a.w)) tiada dosa di dalam sedemikian itu dan tiada melanggar (membuat maksiat) dan tiada buruk sangka dan tiada dengki hati.] [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Konsep ‘mahmumul-qalbi’ (atau kesucian hati) itu diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) suatu hati yang memiliki sifat-sifat berikut:

(a) Sifat taqwa kepada Allah (a.w) (yakni, takutkan melakukan sesuatu yang memungkinkan kemarahan atau kemurkaan Allah (a.w)) ;

(b) Tiada sifat buruk sangka terhadap sesiapapun; dan

(c) Tiada perasaan atau sifat dengki terhadap sesiapapun.

Kalaulah kita telek ketiga-tiga sifat tersebut, kita dapati kita gagal dalam sekurang-kirangnya satu, melainkan jiwa kita telah diberishkan atau kita sentiasa waspada dan berusaha membersihkan jiwa kita. Kita hanya boleh membersihkan diri kita dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kerana ilmu memperingatkan kita apakah akibat perlakuan dan lisan kita terhadap kesejahteraan akhirat kita.

Jazakallahu khairah

Peringatan kpd orang Islam yg beriman


Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat beberapa nas dan dlil al-Quran dan as-Sunnah tentang keawajipan setiap anak itu terhadap kedua ibu bapa mereka, maka segala-galanya itu menentukan sama ada si anak tu akan bahgian dalam kehidupan ahiratnya atau tidak.
Kali ini kita lihat pula beberapa perkara yg juga memudaratkan akhirat kita. Perkara-perkara yg kita sebutkan ini amat relevan sekarang ini, terutama kpd orang politi - yg memimpin dan yg dipimpin, yg berkuasa dan yg mencari kuasa, kerana sudah lebih setahun berjalannya kempen - secara langsung atau tidak lagsung - menjeang tibanya Pilihanraya ke-13. Apa yg disebutkan dalam post ini amat elevan kpd ahli poitik atau orang politik, krana merekalah yg banyak melakukan apa-apa yg ditegah dalam ketetapan as-Sunnah tersebut.

Sifat Mengadu Domba (Menjadi Batu Api)
 
Cuba kita lihat seterusnya bebarap prinsip dan panduan hidup umat Islam lain yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Hadith berikut amat penting kita hayati kerana jika kita tergolong dalam golongan yang disebutkan di dalam hadith tersebut, pastilah amt rugi kita semasa di dunia dan lebih-lebih lagi di ahirat kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim hadith daripada Hamam hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘ La yahkhulul jannata qattatun.' [Yg bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang menjadi batu api (yakni, mengapi-apikan dikalangan manusia supaya timbul pertengkaran dan perselisihan faham dan perbalahan atau bermusuh-musuhan antara mereka).] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab] Sesiapa yang menjadi ‘batu api’ tidak masuk syurga. Amat bahawa sifat tersebut. Jika kita sentiasalah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu semata-mata untuk menimbulkan kekacauan antara orang, maka kita menjadi batu api. Kita penyebab berlakunya pertengkaran atau pergaduhan atau berbalahan. Maka, tidak ada gunanya pada kita. Malah kita menempah kedudukan yang amat merugikan kita di akhirat kelak.
 
Suka Mededahkan Rahsia Orang

Satu lagi sifat yang sering ada di kalangan kita orang Melayu adalah suka mencari-cari rahsia dan keaipan orang lain. Setelah kita mengetahui sesuatu keburukan atau keaipan seseorang itu, dengan suka rela pula kita hebahkan kepada orang lain. Dan, kita suka menceritakannya kepada orang lain apabila wujud kesempatan untuk berceita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Jubairin hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘ Lamma ‘urija bi mararrtu biqaumin lahum azfarun min nuhasin yakhmisyuna wujuhahum wa-sudurahum’, [Yg bermaksud: Ketika aku dinaikkan (yakni, Isra’ dan Mikraj) aku melalui (yakni, melihat) atas satu kaum bagi mereka (yakni, mempunyai) kuku-kuku mereka daripada besi yang tajam mencakar beberapa wajah mereka dan dada mereka], ‘faqultu man haula-i ya Jibrilu[Yg bermaksud: Bersabda aku (sabda Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Jibrail (a.s)): ‘Siapa mereka itu wahai Jibrail (a.s)?’],(sambung Jibril (a.s): 'haulail-lazina yakkuluna luhumannasi wa-yaqa’una fi ‘aradihim.' [Yg bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang memakan daging manusia dan menyebarkan dalam rahsia-rahsia mereka.] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Rasulallah (s.a.w) semasa menjalani Isra’ dan Mikraj diperlihatkan oleh Allah (a.w) di dalam neraka manusia yang diseksa kerana suka mendedahkan rahsia dan keaipan orang lain semasa hidupnya. Mereka dibekalkan dengan kuku panjang dan tajam, dan dengan kuku itu mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri, tanpa henti-henti. Apabila bertaup balik daging dan kulit muka dan dada mereka, mereka cakar semula. Sudahlah sakitnya tidak dapat dibayangkan, tetapi seksaan tersebut diulangi tanpa kesudahannya! Oleh itu berwaspadalah kita dan buanglah sifat yang suka mencari keburukan seseorang dan menyebarkannya. Kalau kita tahu maka suatu masa akan kita hebahkan juga secara tak senagaja. Yang paling selamat usah dijadikan tabiat mencari-cari keburukan atau rahsia orang lain.
Saudara,
 Hadith di atas ini menceritakan apa yang berlaku kepada manusia yang Islam di akhirat kelak, menerima balasan kerana menganianya saudara mereka sesamasa Islam yang diumpamakan seolah-olah memakan daging saudarnya sendiri. Mereka adalah golongan manusia yang mendedahkan rahsia peribadi saudara sesama Islam. Apa saja rahsia, terutama rahsia keburukan yang diketahuinya dari saudara Islam yang lain dihebah-hebahkannya atau didedahkannya untuk membolehkan orang lain tahu keburukan saudaranya itu.
Saudara, 
hari ini dalam keghairahan orang politik berkempen untuk mendapatkan pengarauh atau untuk mengekalkan pengaruh di kalangan rakyat, setiap saat mereka bercakap pasti mereka akan terlibat dalam dua perkara ini. Tidak sedar mereka bahawa mereka sebenarnya menyipkan diri mereka untuk terlepas dari mendapat ganjaran syurga.  Kita sebagai manusia biasa wajiblah akur dan berwaspada supaya tidak sama-sama diheret dan terheret ke kancah kemusnahan tersebut.

Jazakallahu khairah 

Saturday, February 23, 2013

Utamanya kedua ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum
Saudara kita lihat sedikit lagi ketetapan Islam dalam perkara 'berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapa' itu. Dalam post yg lalu kita diberitahu bahawa amalan yg sangat disukai oleh Allah (a.w) selepas mengerjakan solat di awal waktunya itu adalah berbuat baik kpd dan terhada kedua ibubapa kita. Perbuatan sedemikian itu lebih utama pada Allah (a.w) dari berjihad fi sabilllah. Demikianlah utamanya ibubapa itu kpd anak. Maka disebutkan bahawa syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan kerdhaan Allah (a.w) terletak di atas keridhaan kedua ibubapa terhadap anaknya. Syurga hanya didapati melalu keridhaan Allah (a.w). Jika kita laksanakan tanggungjawab kita dalam perkara amalan dan ibadah - yg wajib dan yg sunat - tetapi kita tidak mendapat keridhaan ibubapa, maka tetap kita tak dapat keridhaan Allah (a.w). Syurga itu didapati oleh kita kalau Allah (a.w) ridha terhadap kita.
Saudara, Islam memperingatkan umatnya supaya sentiasalah syukurkan nikmat. Begitu banyaknya nikmat yg kita trima dari Allah (a.w) setiap saat dan mini dalam hidup kita, banyak yg kita take for granted dan tidak hargai, maka kita tergolong di kalangan orang yg kufur nikmat! Balasanya amat berat dan merugikan kita. Allah (a.w) sering peringatkan manusia supaya syukuri setiap pemberian Allah (a.w) dan kufuri pemberian. Orang yg tak Islam itu tidak mensyukuri nikmat yg diberi dan diterima oleh mereka dari Allah (a.w), maka dgn itu mereka dimasukkan ke dalam neraka di ahirat kelak. Orang Islam, walaupun bersyahdah, tidak mnenunjukkan atau membuktikan kesyukuran terhadap kurniaan Allah (a.w). Maka mereka kufur nikmat. Berat balasan akhiratnya pula, masuk neraka juga. Bezanya, akhirnya kelak orang Islam yg yakini wujudnya Allah (a.w) dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah, ada peluang mendapat syurga setelah di'dibersihkan dalam neraka' terlebih dahulu. Begitu banyaknya kurniaan Allah (a.w) kpd kita, dan pasti tidak terkira oleh kita. Maka wajib kita bersyukur pd Allah (a.w) dgn mengerjakan apa yg disuruh sekuat mampu kita dan menjauhi yg ditegah.
Saudara, kita juga wajib bersyukur kpd kedua ibubapa kita. Malahan Allah (a.w) menyebut bahawa sesiapa yg tidak bersyukur kpd manusia, pasti tidak akan bersyuur kpd Allah (a.w)! Mengapa? Kalaulah seorang manusia itu berbuat baik kpd kita dan memberi kita sesuatu, jelas kita rasai kebaikannya dan jelas dapat dilihat dan dinikmat pemberiannya. Tapi, yg kita nampak dan boleh rasai sesuatu nikmat atau kebaikanpun kita tak berterima kasih, yakni bersyukur, bagaimanakah kita boleh bersyukur pemberian yg kita lupa atau take for granted dan yg memberinya kita tak nampak dan diberipun kita tak sedar? Demikianlah juga halnya dgn kedua ibubapa kita. Begitu banyak anugerah dan pemberian serta pengorbanan kedua ibubapa kita yg kita take for granted dalam hidup kita. Kita tak syukuri? Maka dgn itulah Allah (a.w) tidak ridha kpd seorang anak yg kedua ibunya tak ridha terhadapnya.
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Zaid di bawah ini jelas prinsip Islam dalam perkara mensyukuri atau berterima kasih terhadap seseorang itu kerana kebaikannya atau pertolongannya kepada kita.
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ziad hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) la yasykurun-nasa la yasykurullaha.' [Yg bermaksud: Barangsaipapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah (a.w)] [Hadith at-Termidzi, Kitab Memperbaiki Silaturahim]
Ketetapan yang serupa diriawayatkan pula oleh seorang sahabat yang lain, iaitu Abi Said al-Khudri, yang dalam zaman khalifah adalah memegang jawatan utama dalam pentadiran jemaah Islam.
Diriwayatkan hadith daripada ibni Abi Laila (r.a) hadith daripada ‘Atiyah hadith daripada Abi Said (al-Khudri) (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) lam yasykurun nasa lam yasykurullah.' [Yg bermaksud: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia (dia) tidak bersyukur kepada Allah (a.w).] [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaii Silatruahim]
Dua hadith di tas membertahu kita bahawa seseorang itu hendaklah ada perasaan syukur terhadap kebaikan yang diterimanya dari orang lain, terutamanya kedua ibu bapanya, kerana itu pesanan Allah (a.w) dalam al-Quran. Sesiapa yang tidak menyukuri manusia pastilah dia tidak mensyukuri Allah (a.w). Kalau seseorang itu melihat kebaikan manusia di depan matanya, tidak tidak bersyukur, masakan mungkin dia mensyukuri pemberian Allah (a.w) yang tidak dapat dilihatnya dan yang tidak dapat dilihatnya kebaikan Allah (a.w) terhadapnya!
Saudara, kita lihat perintah Allah (a.w) berikut, supaya kita jadikan panduan dan sentiasa tidak remehkan.
Firman Allah (a.w): ‘Waqada rabbuka ... (hingga) ...qaulan karima.' [Yg bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah (sebagai Tuhanmu) melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar atau kesat dan meninggikan suara) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (yakni, suara yang lembut, merendah diri serta bersopan santun).] [Ayat 23, Surah al-Isyrak] 
[Nota: Islam mewajibkan anak-anak menjaga ibubapa mereka ketika mereka tua sebagai balasan kepada budi baik serta susah payak mereka membesarkan anak-anak tersebut. Di dalam as-Sunnah tugas utama menjaga itu diletakkan kepada anak-anak lelaki lebih dari anak-anak perempuan. Walaupun seorang perempuan itu, setelah berkahwin’ diwajibkan mentaati suami asalkan suruhan dan perintah suami tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), anak perempuan tetap diwajibkan berbuat baik dan berhubungan baik dengan kedua ibubapanya. Jika tidak rida seorang bapa dan ibu terhadap anaknya, walaupun dia mentaati suaminya yang baik, tetapi Allah (a.w) tidak rida atasnya. Allah (a.w) rida terhadap seseorang atas keridaan ibubapanya terhadapnya.]
Jelaslah Allah (a.w) melarang seseorang anak itu berkata-kata kasar terhadap kedua ibu bapanya, terutama ketika mereka sudah tua kemungkinan mereka sampai umur nyanyuk yang menyebabkan banyak perkara yang anak itu kurang sabar terhadap tindak tanduk kedua-duanya. Walaupupun begitu, Allah (a.w) tidak sekali-kali memberi kebenaran kepada anak itu bertindak kasar terhadap kedua ibu bapanya. Maka dengan itu di tetapkan dalam as-Sunnah bahawa Allah (a.w) rida terhadap seorang anak itu sekiranya kedua ibu bapanya rida terhadapnya. Itulah maksud ‘syurga di atas telapak kaki ibu’ itu.
Saudara, kalau kita tidak bersyukur atas pemberian orang - apa saja bentuk pemberian tersebut - maka pastilah kita digam oleh Allah (a.w) orang yg bersyukur kepadaNya. Alangkah kejinya kita! Bagaimanakah mungkin kita dianugerahkan oleh Allah (a.w) syurgaNya kalau kita tak syukur nikmat? Mustahil Justeru itu, kalau sebagai seorang Islam kita tidak akurkan perintah Allah (a.w), apakah Allah (a.w) akan ridha terhadap kita? Allah (a.w) perintahkan kita syukurkan nikmat, termasuklah syukurkan segala sesuatu yg diberikan oleh kedua ibubapa kita - yg jelas dan yg tidak jelas seperti kasih sayang mereka, pembelaan mereka, penat lelah mereka membesarkan kita, makan minum kita, kurang tidur dan penat lelah mereka menjaga dan menghidupkan kita, maka pastilah kita yg rugi, apabila berkata-kata ibu dan bapa kita bahawa kita tidak ambil berat terhadap mereka, terutama ketika tua dan dhaif mereka.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa kita yg Islam itu ada 3 peuang untuk bebas dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Kebanyakan umat Islam remehkan dan lupakan kerana kejahilan dan kerana kurag yakin dgn agamanya.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kepadaku Jibrail (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yang mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi: ‘Hina dinalah seorang yang mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibrail (a.s) kepadaku: ‘Hina dinalah orang yang selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, dalam hadith ini satu daripada 3perkara yg kebanyakan umat Islam terlepas peluang ialah membela dan menjaga serta berbakti kepada kedua ibu mereka sebelum mereka mati, maka mereka dapat membebaskan kita sebagai anaknya darineraka. Namun, berpa ramaikah anak-anak orang Islam yg mengambil peluang mudah ini?
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar. Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ secara tiba-tiba dalam khutbah itu pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Hadith ini menyuruh umat Islam ( = Muhammad) supaya menyambut dengan membaca selawat atas nabi setiap kali mendengar kalimah ‘Nabi’ atau 'Rasul’ atau ‘Rasulallah’ atau ‘Muhammad’ disebut oleh seseorang dan kita mendengarnya secara berdepan dengan orang yangmenyebutnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang berselawat sekali kepada beliau, maka Allah (a.w) akan berselawat atas orang yang menyebutnya 10 kali. Selawat adalah kalimah mendokan kesejahteraan kepada Raslallah (s.a.w), maka menyebutnya seolah-olah mengurniakan kesejahteraan pula kepada kita 10 kali. Begitulah besarnya penghormatan Allah (s.a.w) kepada hambaNya yang menyanjung dan menghormati UtusanNya.]. 

Jazakallah khairah






 

Friday, February 22, 2013

Utamanya kedua ibu bapa

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudra dah jemu atau dah kelabu apabila kita sering bincangkan dua dimensi syariat Islam yg memangpun sukar difahami bagi mereka yg kurang ilmu mengenai Islam, iaitu 'berjema'ah' dan 'bid'ah'. Insya Allah dalam post ini dan beberapa post yg akan kita teliti selepas ini, kita alihkan pula perhatian kita kepada tajuk di atas iaitu 'ibu bapa dan kebajikan akhirat kita'.
Saudara, dalam zaman moden kini, manusia - yg Islam dan tak Islam - sentiasa sibok dan disibukkan oleh dunia. Bagi orang bukan Islam kita tak perlu bincangkan kerana, akhirat itu adalah untuk orang Islam bukan untuk orang yg tak Islam. Kesudahan akhirat orang Islam dan tak Islam itu jelas diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Tapi, janganlah kita berpandangan bahawa kita Islam maka kita akan bahagia di akhirat! Kita akan dapat syurga. Tak semudah itu. Kita tahu bahawa Ayat 13, Surah an-Nisa' jelas memberitahu kita bahawa - kita dapat masuk syurga atau dapat ganjaran syurga kalaulah kita taatkan Allah (a.w) (yakni, kita ikuti dan akur dengan ketetapan al-Quran) dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. kita akur dan ikuti ketetapan as-Sunnah). Kalau kita Islam tapi kita ingkari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti tak dapat syurga, tapi sebaliknya kita terjerumus ke dalam neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'! Islam saja tak cukup untuk mendapatkan syurga! Syurga itu diwariskan, firman Allah (a.w), kpd orang yg beriman dan mengerjakan amalan dan ibadah - aksudnya kita mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) dengan mengerjakan apa yg disuruh kerjakan dan tinggalkan apa-apa yg diperintah supaya jauhi atau jangan lakukan. Seseorang yg Islam dan beriman itu wajib berjema'ah, tak cukup mengerjakan amalan dan ibadah semata-mata, kerana kalau beramal dan beribadah secara rutin, tidak melanggar sebarang tegahan dan larangan, kalau tak berjema'ah tetap tak dapat syurga. Kalau tak taatkan Imam atau Amir, orang yg memimpin jema'ah, tak juga dapat syurga. Hakikat ini tak ramai orang Islam tahu dan faham. 
Saudara, mungkin saudara faham bahawa kalau seorang anak itu tak utamakan kedua ibu bapanya, tak taatkan kedua ibu bapanya, menyebabkan mereka tak ridha terhadap kita sebagai anak-anaknya, maka kita juga tak dapat syurga. Kerana syurga itu bergantung kpd keridhaan kedua ibu bapa terhadap kita, sebagai anaknya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu ridha ibu bapa kita maka Allah (a.w) ridha terhadap kita. Dgn lain perkataan, keridhaan Allah (a.w) terletak kpd keridhaan kedua ibu bapa kita. Justeru itu, rugilah seseorang anak yg tidak membela, tidak membantu dan menjaga kedua ibubapanya, terutama ketika mereka sudah tua. Cuba kita lihat apakah perintah Alah (a.w) dalam perkara ibu bapa ini. Insya Allah  dgn pengetahuan sedemikian itu, kita, sebagai anak, lebih peka dan berhati-hati supaya tidaklah terlepas peluang untuk mendapat syurga, ketika kedua-dua ibubapa kita masih hidup, dan kita sempat berbakti kpd mereka dan ketika mati mereka, mereka ridha kpd kita sebagai anaknya yg dapat menyenangkan hati kedua-duanya semasa hidup mereka.
(a) Ayat pertama yg berbuni:
Firman Allah (a.w): ‘... La ta’budu illaha wa-bilwalidaini ikhsana ...' [Yg bermaksud: ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka ...) [Ayat 83, Surah al-Baqarah]
Dalam firman Allah (a.w) kita diperintah oleh Allah (a.w) supaya sembahlah Dia (Allah (a.w)) sebagai tuhan semata-mata, janganlah kita sembah selain Allah (a.w) atau kita jadikan seseorang atau sesuatu sebagai Allah (a.w). Dalam ayat-ayat lain Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam dan beriman dan yg mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) atau syurga Allah (a.w), jangan syirik. 'Syirik' menduakan Allah (a.w), dgn menyebut atau meyakini wujudnya satu kuasa keTuhanan selain Allah (a.w). Perintah kedua dalam firman tersebut adalah berbuat baik kpd kedua ibubapa kita. Ini adalah perintah wajib - tak boleh tidak. Malangnya hari ini begitu ramai umat Islam yg tak buat baik terhadap kedua ibubapa mereka. Ada anak yg begitu sibuk atau disibukkan oleh dunia, atau tak sanggup membela dan membela kedua ibu bapa mereka, maka diserahkan penjagaan kedua ibu bapa mereka kpd orang lain, khususnya rumah penjagaan wargamas.
(b) Ayat kedua yg berbunyi:  
Firman Allah (a.w): ‘Wa’budullaha wala tusyriku bihi syaian, wa-bilwalidaini ikhsana ...' [Yg bermaksud: Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan kepada kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...] [Ayat 36, Surah an-Nisa’]
Saudara perintah yg serupa diulangi oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat tersebut. Ini menunjukkan betapa utamanya perintah tersebut dan betapa utamanya kita akur dgn perintah Allah (a.w) tersebut. Kalau kita tidak endahkan kedua ibubapa kita pastilah kita melakukan kezaliman yg besar dan melakukan perbuatan dosa yg amat besar pula!
(c) Ayat ketiga yg berbunyi: 
Firman Allah (a.w): ‘Qul ta’alau atlu ma harama rabbukum ‘alaikum, ala tusyriku bihi syaian, wa-bil walidaini ikhsana wala taqtulu auladakum min imlaq ...' [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad kpd umatmu)! Marilah (yakni, dengarlah dan ingatlah) supaya aku bacakan kepada kamu apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu atas kamu sekelian: iaitu (pertama) jangan kamu syirik terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan (kedua) kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik, dan (ketiga) janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan ... ] [Ayat 151, Surah al-An’am]
Saudara, dalam Ayat ini Allah (a.w) berfirman menyuruh Rasulallah (s.a.w) beritahu manusia, terutama manusia yg Islam dan beriman, beritahu manusia suatu wasiat Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) dalam ayat ini sama dgn perintah Allah (a.w) pada dua ayat yg terdahulu. Bezanya hanyalah secara khusus Allah (a.w) peringatkan kita sebagai anak, bahawa haram = berdosa besar kalau anak tidak berbuat baik kpd kedua ibu bapa kita. Malah jika  haram pastilah lakukan sesuatu tak halal, maka pastilah tempat kita dalam neraka!
(d) Ayat keempat yg berbunyi:   
Firman Allah (a.w): 'Wa-wassainal insanu li-ibnihi hamalatu ummuhu wahnan ‘ala wahnin ... (hingga) ... ilaiyal masiru) [Yg bermaksud: Dan Kami (yakni, Allah (a.w)) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan (bersyukurlah) kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).] [Ayat 14, Surah Luqman]
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) perintahkan manusia sebagai perintah wajib supaya berbuat baik kpd dan terhadap kedua ibubapa. Allah (a.w) peringatkan kita sebagai anak mengenangkan betapa siksa dan susahnya ibu kita ketika mengandungkan kita sehingga menggadai nyawa pula melahirkan kita dan kemudian menjaga dan mendidik kita sehingga kita boleh berdikari. Begitu besar dan beratkan pengorbanan mereka kpd dan terhadap kita. Maka dgn itulah dalam sepotong hadith apakala Rasulallah (s.a.w) ditanya siapakah yg dia wajib berbuat baik, disebutkan oleh Rasuallah (s.a.w) ibunya, ditanya kali ke2 dikatakan ibunya, disebutkan kali ketiganya, ibunya dan hanya dalam pertanyaan kali ke-4nya barulah Rasulallah (s.a.w) menyebut bapanya. Maksudnya, ibu itu tiga kali lebih utama diutamakan oleh kita sebagai anak. Namun, jelasnya wajib bagi kita sebagai anak mengasihi, membela dan menjaga kedua ibubapa kita ketika mereka sudah tua dan lemah. 
(e)  Apa kata Rasulallah (s.a.w): 
Saudara, dalam Islam, anak-anak itu diwajibkan bukan sahaja sentiasa menghormati kedua ibubapa mereka, tetapi juga mereka diperintahkan supaya berbuat baik kepada kedua-duanya setiap masa dan menjaga mereka. Malahan, disebutkan di dalam hadith bahawa amalan yang terbaik selepas amalan mengerjakan solat fardu tepat pada waktunya, yakni ketika masuk waktunya, adalah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Perlakuan sedemikian lebih besar dan banyak dan tinggi nilainya pada Allah (a.w) dari berjihad fi sabilillah. Fikirkanlah sesiapa yg berjihad fi sabilillah dan ditakdirkan sampai ajalnya, matinya adalah mati syahid. Berbuat baik kpd kedua ibubapa lebih tinggi nilai pada Allah (a.w) pastilah seorang anak yg menjaga dgn sebaik mungkin kedua ibubapanya, mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. [Nota: Dgn syarat dia mentaati Allah (a.w), mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mentaati imam jema'ahnya.] 
Menceritakan hadith Walid bin ‘Aizari berkata: ‘Aku mendengar Aba ‘Amrin as-Saibani berkata menceritakan hadith oleh pemilik ini rumah dan menginsyarat dia akan rumah tersebut (yakni, menunjuk kepada rumah yang dimaksudkan olehnya), kepada rumah Abdullah (r.a) yg berkata: ‘Aku bertanya kepada Nabi (s.a.w): ‘Apakah amalan yang sangat disukai oleh Allah (a.w)’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘As-solatu ‘ala waqtiha.' [Yg bermaksud: Bersolat ketika masuk waktunya.]. Kemudian bertanya aku lagi: ‘Kemudian apa?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Thumma birru walidaini.' [Yg bermaksud: Kemudian berbuat baik atas kedua ibubapa.] Bertanya aku lagi: ‘Kemudian apa?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Al-Jihadu fi sabilillah’ [Yg bermaksud: Kemudian berjihad pada jalan Allah (a.w)]. Berkata Abdullah (a.w): ‘Menceritakan kepadaku dengan apa-apa kesemuanya; seandainya meminta tambah akan daku apa-apa (akan diberitahu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Waktu Solat]  
Hadith di atas menyebutkan bahawa Abdullah bin Omar (r.a) ketika bertanyakan kepada Rasulallah (s.a.w) tentang amalan terbaik yang sangat disukai oleh Allah (a.w). Dia diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa amalan terbaik itu adalah bersolat ketika masuk waktunya. Maksudnya solat di awal waktu, i.e. diazankan maka segera disolatkan. Kemudian selepas itu amalan yang terbaik di sisi Allah (a.w) adalah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa itu mangalahi ganjaran pahala berjihad pada jalan Allah (a.w). Begitulah tingginya kedudukan kedua ibubapa itu kepada seseorang Mukmin. Malangnya, hari ini kerana dunia dan sebagainya, majoriti anak orang Islam mengabaikan kedua ibu bapanya - anak lelaki lebih mengutamakan ibu dan bapa mertua atau isterinya, anak perempuan walaupun wajib mentaati suaminya, namun wajib terus berbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka, tapi mengabaikannya. Semakin ramai pula anak-anak yg berjaya dalam dunianya meninggalkan kedua ibubapanya dijaga oleh orang lain dgn mengupah mereka. [Nota: Menghantarkan ibubapa ke rumah wargamas tidak menunjukkan perlakuan berbuat baik kpd kedua ibubapa mereka].

Jazakallahu khairah