Friday, August 28, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualakum,
Saudara dalam Bahagian 16 ini kita lihat satu dimensi lagi panduan haji dan umrah atau panduan ketika berada di tanah suci Madinah dan Mekah - iaitu setiap kali kita berada di Madinah hendaklah kita menziarahi makam Rasulallah (s.a.w) sebagai menghrmati beliau, Di akhirat kelak kita disaksikan oleh Rulallah (s.a.w) sebagai umat beliau.
Apabila berada di Mekah pula pertama yang harus kita lakukan adalah mengerjakan Tawaf Kudum (= Selamat Datang) kepada Ka'abah sebagai menghormati Ka'abah. Kemudian apabila kita hendak meninggalkan Mekaha, maka kita di suruh buat Tawah Wada' (= Tawaf Selamat Tinggal atau perpisahan) pula

Tawaf Qudum - Menghormati Ka’abah 

Seseorang Islam yang berkesempatan sampai ke Mekah, adalah diwajibkan dia membuat Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang) sebagai menghormati Ka’abah. Tawaf – sama ada Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji), Tawaf Umrah, Tawaf Qudum, Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal), dan Tawaf Sunat - adalah diwajibkan ada Wudu’, mengelilingi Ka’abah 7 pusingan – berjalan dari Rukun/Sudut Hajar Aswad ke Sudut/Rukun Yamani, dan seterusya dari Rukun Yamani sampai semula ke Rukun/Sudut Hajar Aswad. Itu dikira satu pusingan. 
Bagi kes Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang), ketika pertama kali sampai ke Mekah, tidak diwajibkan berikhram, memadai ada wudu’ sahaja. Begitu jugalah untuk Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal) ketika hendak balik ke Malaysia, menghormati dan hendak meninggalkan Mekah/Ka’abah dengan mengerjakan Tawaf Wada’. Bagi Tawaf Umrah diwajibkan berwudu’ dan memakai Ikhram dan berniat Ikhram dan umrah di Miqat. Cara dan kaedah mengelilingi Ka’abah itu untuk semua jenis Tawaf adalah sama, diperjelaskan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud. 
Perhatian: Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama (i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani. Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4 seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai semula ke Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke Rukun (Sudut) Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar dan kemudian mengucup telapak tangan kita. 
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain pula. Bacaan-bacaan tasbh itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah. Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan kanan. 
Peringatan: Bagi Jema’ah Haji yang sudah memakai ikhram di Malaysia/Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, berniat dalam kapalterbang ketika sampai ke Ya Lam Lam/Qarnul Manazil – Miqat jema’ah Haji dari Malaysia - kalau mengerjakan Haji Ifrad atau ketika berniat untuk Umrah bagi Haji Tamattuk. Apabila mengerjakan Tawaf Umrah maka tak perlulah buat Tawaf Qudum. Kalau berikhram untuk Haji Ifrad, di dalam pesawat di Ya Lam Lam/Qarnul Manazil, maka ketika sampai ke melah wajib membuat Tawaf Qudum yang khusus. 

Jazakallahu khairah


Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam Bahagian ke-16 ini kita teliti ketetapan Islam dalam perkara Haji Qiran. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad dan para sahabat kebanyakannya mengerjakan Haji Tammatuk.
Dalam zaman ini tak mungkin kita boleh mengerjakan Haji Qiran kerana tak mungkin kita boleh Tawaf mengelilingi Ka'abah dengan menaiki unta atau lembu, yang selepas Tawaf dikurbankan.

Kefadhalan Haji Qiran

(-)        Haji Qiran adalah mengerjakan haji dan umarh pada satu masa/satu ikhram 

Diriwayatkan hadith dari ‘Asim hadith dari Syaqiq hadith dari Abdillah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabi’u bainal-hajji wal-umrati, fainnahahuma yanfiyanil-faqra waz-zunuba kama yanfil-kiru khabathal-hadidi waz-zahabi wal-fiddati wa-laisa lilhajjil-mabruri thawabun dunal-jannati.’ (Yang bermaksud: Ikutilah antara haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya boleh menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana pandi (i.e. ubupan (furnace)) menghapuskan kekotoran (i.e. karat-karat) besi, dan emas dan perak; dan tiada (balasan) bagi haji mabrur pahala kecuali syurga.’) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan Haji). 
Hari qiran’ mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan satu ikhram dan Tawaf di atas kenderaan yang dibawa atau ditunggang. Rasulallah (s.a.w) Tawaf Ifadah/Haji mengelilingi Ka’abah dengan menaiki untanya, yang kemudiannya dijadikan haiwan qurban. Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad iaitu dia berikhram mengerjakan haji kemudian dalam ikhram yang sama mengerjakan umrah. Para sahabat lain kebanyakkannya mengerjakan Haji Tamattuk iaitu mengasingkan kedua-dua ibdah tersebut – mengerjakan Umrah dahulu kemudian baru mengerjakan Haji dalam dua ikhram yang berasingan.

Jazakallahu khairah

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan lagi penelitian kita tentang beberapa lagi keistimewaan yang seharusnya - bila kita berkesempatan - dalam Bahagian 15 ini, kita diperingatkan suoaya tidak mengabaikannya, di sebutkan dalam hadith berikut. Tapi, malangnya majoriti umat Islam yang datang ke Mekah dan Madinah, sering menghabiskan masa membuat pelbagai perkara yang tidakpun mendatangkan sebarang manfaat, spt membeli belah. Sepatutnya, bagi orang iman yang sedar bahawa dia perlu membuat banyak persiapan untuk akhiratnya - satu kehidupan yang kekal yang pasti dilalui, adalah menyediakan banyak bekalan untuk kebajikan akhirat. Antaranya memaksimumkan manfaat yang mngkin ketika berada di kedua-dua tanah suchi itu - Madinah dan Mekah.

Memanfaatkan masa di dalam Masjidil Haram/Kaabah

(-)        Menghabiskan masa di dalam Masjidil Haram 

Diriwayatkan hadith dari Auza’i dari ‘Atak dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallah ta’ala yunzilu fi kulli yaumin wa-lailatin ‘isrina wamiata rahmatin yanzilu ‘ala hazal baiti sittuna lit-toifina wa-arba’una lil musollina wa-‘isruna lin-nazirina.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang maha Agung menjadikan (i.e. menurunkan) bagi setiap hari dan setiap malam seratus dua puluh (100+20) kerahmatan atas masjid Baitullah ini (i.e Masjid al-Haram), 60 kerahmatan untuk orang-orang yang tawaf, 40 kerahmatan bagi orang yang bersolat dalam Baitullah dan 20 kerhamatan bagi orang yang melihat Baitullah (atau Ka’bah) (i.e. memandang ke arahnya sambil berdo’a).) - Hadith Tobrani. 
[Nota: Sesiapa yang berpeluang berada di Masjidil Haram, eloklah dia memperbanyakkan amalan di dalam Masjidil Haram kerana: pertama, mengerjkan Tawaf sunat mendapat 60 kerahmatan; kedua, mengerjakan solat sunat mendapat 40 kerahmatan; dan ketiga, berdo’a sambil memandang ke arah Ka’abah, mendapat 20 kerahmatan, mejadikan jumlahnya 120 kerahmatan pada siang harinya dan begitu juga pada malam harinya. Kerahmatanlah yang membolehkan seseorang itu mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Selain, segala amalan dalam Masjidil Haram diberi gandaan pahala sebanyak 100,000 kali gandaan pula.]

(-)        Berdo’a di Multazam 

Saudara, antara tempat yang mustajab kita berdoa adalah di Mutazam.
Mencerita Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ - Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik. 
Saudara, Multazam itu di mana? Ianya adalah di tepi Ka'abah duduknya antara Sudut Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah. Hari ini kerana begitu ramainya manusia yang mengambil peluang untuk kekal berpaut di kawasan tersebut kerana ingin mencoum Hajar Aswad tidak mungkin dapat kita berdoa - lebih-lebih lagi berdoa cara Rasulallah (s.a.w) berdoa - di kawasan Multazam itu.
Hadith ini menceritakan perlakuan Rasulallah (s.a.w) berdo’a di Mutazam – dia melekapkan tubuhnya dengan tangan kanannya di angkat ke atas sementara tangan kirinya diletakkan di bawah, sementara pipi kanannya diletakkan di dinding Ka’abah, sambil berdo’a. Kerana ramainya manusia berada di sekeliling Ka’abah tidak mungkin perlakuan ini dilakukan sekarag ini.

(-)        Cara berdo’a selepas mengusap Hajar Aswad 

Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Safuan berkata: ‘Nescaya apa-apa sesudah penaklukan kota Mekah oleh Rasulallah (s.aw) berkata aku: ‘Nescaya ketika memakai aku pakaianku dan adapun aku di rumahku yang letaknya di atas salah satu jalan (ke Mekah), maka melihat aku bagaimana berbuat Rasulallah (s.a.w). Maka berangkat aku, maka melihat aku akan Nabi (s.a.w) sungguh-sungguh sudah keluar dari Ka’bah dan dia dan para sahabat sungguh-sungguh mengusap Baitullah dari pintu al-Hatim dan sunggh-sungguh meletakkan pipinya atas (dinding) dan Rasulallah (s.a.w) di tengah-tengah mereka.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik 
Sila rujuk nota di atas. Hadith yang serupa dari perawi yang lain adalah seperti hadith di bawah ini. 
Menceritakan Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ - Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik

(-)        Minum air zamzam sedang berdiri 

Diriwayatkan hadith dari ‘Asim dari Sya’biyi bahawasanya Ibnu Abbas (r.a) menceritakan hadith berkata: ‘Berhenti sebentar Rasulallah (s.a.w) dari zam-zam dan minum dia (air zam-zam) sedangkan dia sedang berdiri (yakni, keadaannya berdiri).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Hadith ini menyebutkan cara minum air zam zam, iaitu minumnya dalam keadaan berdiri, membaca ‘Bismillah’ kemudian membaca do’a khususnya dan disudahi dengan menyebut ‘Alhamdulillah’.
Peringatan: Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu kebaikan hendaklah dimulakan dengan menyebut ‘Bismillah’ dan setiap kali kita mendapat manfaat atau cubaan atau musibah sebutlah ‘Alhamdulillah’.

(-)        Adab Ketika minum air zamzam dan ketika selesai minum 

Diriwayatkan hadith dari Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Bakrin berkata: ‘Adapun aku di sisi Ibnu Abbas (r.a) sedang duduk, maka datang seorang lelaki maka berkata dia (i.e. bertanya): ‘Dari mana kamu datang?’ Berkata (lelaki): ‘Dari Zamzam’, berkata Ibnu Abbas: ‘Maka meminum engkau darinya sebagaimana yang kami buat?’, berkata dia: ‘Bagaimana?’, berkata Ibnu Abbas: ‘Ketika minum darinya maka menghadaplah ke Kaabah dan bacalah ‘Bismillah’ dan bernafaslah (yakni, minum tegukan) tiga kali dan ketika selesai minum maka ucaplah ‘Alhamdulillah’ kepada Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung’, sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya tanda-tanda (yang membezakan) apa-apa antara kami (orang Islam dan beriman) dan orang-orang munafiq, (adalah, orang munafiq) tidak minum mereka air zam-zam.’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik.

(-)        Do’a ketika minum air zamzam 

Diriwayatkan hadith dari Mujahid hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Air zam-zam itu nescaya sesiapa meminumnya mengenyangkan.’ Berkata (Mujahid): ‘Dan adapun Ibnu Abbas ketika meminum air zamzam berkata (berdo’a): ‘Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’an, wa-rizqan wasingan, wa-syifaan min kulli dain.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku meminta padaMu ilmu yang bermanfaat (yakni, berguna untuk dunia dan akhiratku) dan rezki yang luas (yakni, banyak serta berterusan tidak putus-putus) dan disembohkan dari setiap penyakit, supaya tidak terganggu beribadah kepadaMu.) - Hadith Imam Hakim dalam Mustadrak, Kitab Manasik. 
Do’a ketika minum air zam zam dengan dimulakan dengan menyebut 'Bismillah' dan air zam zam diminum dalam tiga tegukkan, sambil memandang arah Ka'abah, dan selepas minum sebutlah 'Alhamdulillah' dan baca do'a tersebut. Do'a itu boleh dibaca setelah menyebut 'Bismillah'.

(-)        Bersolat di dalam Hijir Ismail 

Saudara, Hijir Ismail adalah kawasan semi-circle di sebelah Ka'abah, yang seringkali dipenuhi oleh manusia. Kalau nak bersolat terpaksalah kita bersempit dan berhimpit. Di sana juga mustajam berdo'a.
Diriwayatkan hadith dari ‘Alqamah Ibni Abi Alqamah hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun aku suka apabila memasuki Baitullah maka bersolat di dalamnya, maka memegang akan aku oleh Rasulallah (s.a.w) dengan tangannya, maka memasukkan aku ke dalam Hijir (Ismail), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Solla fil hijri in aradti duhulul bait fainnama hua qit’atun minal baiti walakin qaumakis taqsaruhu hina bauwulka’bata fa-akhrajuhu minal baiti’ (Yang bermaksud: Bersolat di dalam Hijir (Ismail) sungguh-sungguh mengkehendaki engkau masuk ke dalam Ka’abah, maka sesungguhnya Hijir itu sepotongan /sebahagian dari Ka’bah, akan tetapi kaum kamu memendekkan mereka (Ka’bah) ketika membangunkan (yakni, membina) Ka’bah, maka mengeluarkannya dari Ka’bah’.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji. 
Kawasan Hijir Ismail adalah sebahagian daripada binaan Ka’abah. Maka ketika Tawaf tidak dibolehkan lalu mengelilingi Ka’bah dengan masuk kawasannya. Hijir Ismail ini merupakan sebahagian daripada Ka'bah tetapi semasa membinanya umat Islam tidak memiliki cukup sumber, maka hanya kawasan empat segi tepat (square) sahaja dibina dengan sempurna. Maka tidaklah Ka'bah itu terbina sebagaimana dicadangkan awalnya sebagai empat segi lonjong (rectangle). Diberikan ganjaran pahala yang besar bila bersolat sunat di dalam kawasan Hijir Ismail.

(-)        Asal usul Hajar Aswad 

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diturunkan (oleh Allah (a.w)) Hajar Aswad (batu hitam) (dari syurga) dan batu itu (asalnya) terlebih sangat putih warnanya dari (warna putih) susu, maka menghitamkannya oleh beberapa kesalahan (yakni, dosa) anak-anak Adam.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.

(-)        Hajar Aswad mempersaksikan mereka yang Tawaf 

Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin berkata: ‘Aku mendengar Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Nescaya sungguh akan datang ini Hajar (Aswad) pada hari Kiamat dan padanya ada dua mata yang melihat kedua-duanya dan (padanya ada) mulut yang akan bercakap (berkata-kata) dan menyaksikan atas orang yang mengusapnya dengan benar (yakni, kerana Allah (a.w)).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (=Tatacara) Haji.

Jazakallahu khairah

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam Bahagian ke-14 post kita dalam siri ini kita teruskan meneliti keistimewaan beberapa lagilandmark Islam, iaitu Masjid Quba. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina oleh Rasulallah (s.a.w) setlah berhijrah ke Madinah. Dan, kerana kelebihan tersebut, sesiapa yang bersolat solat sunat dua rakaat di dalamnya diberikan ganjaran pahala selain pahala solat sunat, ganjaran seumpama mengerjakan satu umrah. Alangkan pemurahnya Allah (a.w) keoada hambaNya!

Kefadhalan Masjid Quba

Saudara, apabila saudara berkesempatan ke Mekah atau Madinah, terutama ketika di Madinah, berusahalah untuk mengerjakan solat sunat di Masjid Quba.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) datang ke masjid Quba untuk solat di sana, kadang-kadang berkenderaan dan ada kalanya berjalan kaki.’ (Nota: Pada riwayat lain: ‘tiap-tiap hari Sabtu’) - Hadith Muslim.
Di dalam hadith di bawah ini disebutkan bahawa bersolat satu solat sunat (2 rakaat) di Masjid Quba mendapat ganjaran pahala seumpama satu umrah.
Ketetapan yang serupa juga disebutkan dalam hadith berikut dari riawayat Shahli.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad bin Sulaiman al-Karmani berkata: ‘Aku mendengar Aba Umamah bin Sahli bin Hunaifin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man haraja hatta yakti hazal masjida masjida Quba fasolla fihi kana lahu ‘adla umratin.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa keluar sehingga sampai ke masjid Quba maka (kemudian) bersolat di dalamnya (dua rakaat solat sunat) adalah baginya pahala seumpama mengerjakan satu umrah.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Masjid.
Maka dengan itu sesiapa yang berkesempatan ke Madinah, mereka diajak menziarahi Masjid Qubah ini - masjid yang terawal dibangunkan oleh Rasulallah (s.a.w). Bersolat sunat dua rakaat di dalamnya diberi ganjaran seumpama paha satu umrah.

Jazakallahu khairah

Wednesday, August 26, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam Bahagian ke- 13 post kita menegnai panduan dasar ibadah haji dan umrah ini, kita lihat apakah kebaikannya kedua-dua tanah haram -Mekah dan Madinah - kepada kita yang sempat menziarahinya.

Kefadhalan Mati di Tanah Haram

(-)        Yang mati di Mekah ketika menunaikan haji/umrah 

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Manis-tota’a minkum an yamutu bil-Madinati falyaf’al fainni asyhadu liman mata biha.’ (Yang bermaksud: Barangsapa di kalangan kamu bahawasanya yang mampu (yakni, ditakdirkan) mati di Madinah, maka berbuatlah (yakni, silakanlah) bahawasanya aku (Nabi) sungguh-sungguh menyaksikan (yakni, menyaksikan keIslaman dan keimanan) bagi orang yang mati di sana.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji).

(-)        Mati di dua tanah haram (i.e. Mekah dan Madinah) 

Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Muaammal-Makiyi hadith dari Zubeir hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man mata fi ahadil-haramaini bu’itha amina yaumal-qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mati di dalam dua tanah haram (yakni, Mekah dan Madinah) dibangkitkan aman di hari kiamat (i.e. masuk syurga selamat dari neraka).) - Hadith at-Tobrani.

Bersolat di Masjidil Haram

(-)        Dua masjid yang disebutkan dalam al-Quran 

Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) manakah di antara dua masjid (yang disebut di dalam al-Quran) ‘yang dibina atas asas taqwa’? Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hua masjidukum haza.’ (Yang bermaksud: Ialah masjid kamu ini (yakni, Masjid Nabawi)) - Hadith Muslim.
Maksudnya: dua masjid disebut dalam al-Quran iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
                                                   
(-)        Tempat terbaik melancong 

Memberitahu Abdul Malik bin ‘Umarin hadith dari Qaza’ah berkata: ‘Aku mendengar Abi Said (r.a) empat kali berkata: ‘Aku mendengar dari Nabi (s.a.w) dan adapun aku mengerjakan umrah bersamanya: ‘Syinta ‘asratan ghazwatan.’ (Yang bermaksud: Sepuluh ribu pahala’) (ha) Diriwayatkan hadith dari Said hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La tusyaddur-rijalu illa ila thalatha masajida: al-Masjidil Haram, wa-masjidil Rasuli wal-masjidil Aqsa.’ (Yang bermaksud: Tidak ada kunjungan (yakni, berkunjung) (dalam) perjalanan jauh seseorang lelaki (yang dituntut Allah (a.w)) kecuali kepada tiga masjid iaitu (berkunjung ke) Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.) - Hadith Bukhari & Muslim, Kitab Solat.

(-)        Pahala setiap amalan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi 

Dirwayatkan hadith dari ‘Atak hadith dari Jabir (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: Solatun fil masjidi afdhali min alfi solatin fima siwahu illa masjidil harama wa-solatu fi masjidil harami afdhalu min miatin alfi solatin fima siwahu) [Yang bermaksud: Solat di dalam masjidku (yakni, Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih afdhal dari seribu (i.e. 1,000) solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, dan solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di lain-lain masjid. - Hadith ibnu Majah.
Saudara, jelaslah apakala kita melancungke tempat-tempat menarik di dunia di mana-mana sahaja, kita sebenarnya membazirkan harta semata-mata, tidak mendapatkan sebarang keuntung. Kalau adapun hanya nimat sementara ketika melawat dan ingatan terhadap apa yang kita lawati sahaja. Tidak kekal. Maka dengan itu Islam menyuruh umatnya melawat atau melancung ke Mekah dan Madinah,untuk mengingati sejarah Islam dan perjuangan Rasulallah (s.a.w), dan sambal melawat/melancong mendapat pahala yang banyak untuk bekalan akhirat. Fikirkanlah, adakah mungkin kita boeh - sepanjang hidup kita, umur kita - kita mampu mengerjakan atau berkesempatan mengerjakan solat fardhu 100,000 solat? Atau, mengerjakan solat sunat 100,000 solat? Ketika berada di Masjidil Haram, setiap solat kita digandakan 100,000 solat, masya Allah. Rugilah mereka yang kaya lana menghabiskan wang kekayaannya melawat Brcelona contohnya!

Jazakallahu khairah

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi post kita tentang ketetapan dasar mengenai ibadah haji dan umrah. Dalam Bahagian ke-12 ini kta teliti pakah yang istimewa ketika berada di Mekah, terutama dalam Masjidil Haram, keistimewaan berpuasa Ramadhan di Mekah, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan, dll. Kesemua ini adalah bertujuan supaya kita tahu pelaburan akhirat apakah yang banyak dividen akhiratnya, insya Allah.

Keistimewaan Masjidil Haram 

Diriwayatkan hadith dari Jubairin b Mut’im bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ya Bani Abdi Manaf, la tamna’unna ahadan tofa bihazal-bait wa-solla aiya satin sya-a min laili au nahari.’ (Yang bermaksud: Wahai Bani Abdil Manaf! Jangan mencegah (atau melarang) kamu seseorangpun Tawaf dengan ini Baitullah dan (jangan melarang seseorang) bersolat dia dalam waktu mana (atau mana-mana ketika) yang mengkehendaki dia dari waktu malam ataupun waktu siang.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan Haji) 
Bani Abdul Manaf adalah keluarga yang diberikuasa oleh Rasulallah (s.a.w) mentadbir-uruskan Masjidil Haram. Hadith ini adalah nas dan dalil bahawa tiada batasan waktu bagi solat di Mekah. Di tempat-tempat lain ada 3 waktu haram; iaitu ketika matahari terbit, ketika matahari tegak, dan ketika terbenam matahari. Umat Islam ditegah mengerjakan sebarang solat dalam tiga waktu ini. Justeru itu, jika terlena atau terlupa, maka kita terjaga/tersedar dari lupa ketika 3 masa haram ini, maka tunggu dahulu kira-kira 20 min sebelum bersolat.

Mengerjakan Umrah bulan Ramadhan 

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘’Umratun fi Ramadhana ta’dilu hajjatan.’ (Yang bermaksud: ‘Satu umrah dalam bulan Ramadhan membandingi (yakni, sama pahalanya dengan) satu haji.) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji). 
Inilah nas dan dalil as-Sunnah bahawa sekali mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan sama pahalanya dengan satu haji, atau dalam hadith yang lain seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).

Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah 

Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela agama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik. 
Gandaan pahala beramal di Masjidil Haram adalah gandaan 100,000 kali ganda – sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun tidak. Tetapi, berpuasa Ramadhan di Mekah mendapat gandaan pahala 100,000 hari puasa bagi setiap hari berpuasa. Dengan syarat setiap ketetapan al-Quran dan as-Sunnah hendaklah ditepati – seumpama berjema’ah, tidak mencemarkan ibadah dengan bida’ah, niatnya tepat sebagaimana ditetapkan oleh Allah (a.w) – Ayat 56: al-Isra’, dll.

Keutamaan Mekah dan Masjid al-Haram

(-)        Job Specs Rasulallah (s.a.w) 

Firman Allah (a.w): ‘Innama umirtu ‘an ‘abuda rabba hazihil baldatil lazi harramaha walahu kullu syai-in wa-umirtu an akuna minal muslimina.’ (Yang bermaksud: (Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Allah (a.w) Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari kalangan orang-orang Islam (yakni, yang menyerah diri atau pasrah kepadaNya)’) - Ayat 97: an-Namli.

(-)        Mekah akan tetap aman (janji Allah (a.w) 

Firman Allah (a.w): ‘Awalam numakkin lahum haraman aminan yujba ilahi thamaratu kulli syai-in rizkan min ladunna wa-lakinna aktharahum la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Bukankah Kami (Allah (a.w)) telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Mekah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian (yakni, kurniaan) dari sisi Kami (Allah (a.w))? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti (i.e. tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (yakni, tidak bersyukur).) - Ayat 57: al-Qasas.

(-)        Larangan kepada pengunjung Mekah 

Diriwayatkan hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata pada hari pembukaan Mekah (penaklukan Mekah): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna haza balada harramahullahu la yu’dadu syaukuhu wala yunaffaru soiduhu wala Naltaqit luqatotahu illa man harafaha.’ (Yang bermaksud Sesungguhnya ini negeri (yakni, Mekah) ini dimuliakan (i.e. diharamkan oleh) Allah (a.w), (maka) tidak boleh atau jangan (dipotong atau dirosakkan) pohon-pohonya (i.e. kayu kayannya), dan jangan diburu binatang buruannya dan jangan mengambil barang-barang yang dijumpai di Mekah kecuali (apabila diambilnya, maka) orang yang sanggup menyiarkannya (selama satu tahun).) - Hadith Bukhari, Kitab Haji. 
Jema’ah haji/umrah ditegah mengambil apa saja barang berharaga yang dijumpainya dalam tanah haram (di Mekah), kerana jika diambilnya maka dia diwajibkan memberitahu semua yang ada di Mekah siapa yang memunyai barangan tersebut – disiarkan selama setahun – maka wajib dia menetap di sana sehingga tamat tempoh menyiarkannya.

Kefadhalan Mati di Tanah Haram

(-)        Yang mati di Mekah ketika menunaikan haji/umrah 

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Manis-tota’a minkum an yamutu bil-Madinati falyaf’al fainni asyhadu liman mata biha.’ (Yang bermaksud: Barangsapa di kalangan kamu bahawasanya yang mampu (yakni, ditakdirkan) mati di Madinah, maka berbuatlah (yakni, silakanlah) bahawasanya aku (Nabi) sungguh-sungguh menyaksikan (yakni, menyaksikan keIslaman) bagi orang yang mati di sana.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji).

(-)        Mati di dua tanah haram (i.e. Mekah dan Madinah) 

Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Muaammal-Makiyi hadith dari Zubeir hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man mata fi ahadil-haramaini bu’itha amina yaumal-qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mati di dalam dua tanah haram (yakni, Mekah dan Madinah) dibangkitkan aman di hari kiamat (i.e. masuk syurga selamat dari neraka).) - Hadith at-Tobrani.

Jazakallahu khairah


Monday, August 24, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung lagi posting kita mengenai ibdah haji dan umrah itu, dalam Bahagian 11 kita lihat ketetapan Islam bahawa kita boleh mengerjakan ibadah haji dan umrah untuk orang lain. Yang paling dituntut dalam Islam adalah anak itu wajib menghajikan orang tuanya kalaulah semasa hayat mreka, mereka tidak menghajikan diri mereka.
Seorang anak itu boleh menghajikan ibubapanya, asalkan dia telah terdahulu mengerjakan haji untuk dirinya sendiri. Malah mana-mana orang Islam yang sudah menghajikan dirinya boleh mengambil upah haji untuk menghajikan orang lain. Tapi, hendaklah dia kerjakan haji atau umrah untuk seorang sahaja, bukanlah dia mengambil upah untuk menghajikan dalam satu haji itu lebih dari seorang!

Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain 

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyuruh seorang anak supaya menghajikan bapanya yang tidak mampu menunaikan haji untuk dirinya sendiri. Maka boleh seorang anak itu kerjakan haji untuk ibu bapanya.
Diriwayatkan hadith dari al-Fadzli (r.a) berkata: ‘Bahawasanya seorang wanita berkata (yakni, bertanya) kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Bapa aku telah tua benar, belum juga menunaikan haji, sedangkan dia tidak boleh duduk tegap di atas untanya (yakni, kenderaan untuk mengerjakan haji).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Fa-hajji ‘anhu.’ (Yang bermaksud: Kerjakanlah olehmu haji untuknya.) - Hadith Muslim. 
Jika mendapat peluang, kita bolehkan kerjakan ibadah haji bagi pihak seorang lain – spt ibu bapa atau siapa saja yang belum menunaikan haji, maksudnya menghajikan untuk orang lain. Ini hanya boleh kita lakukan jika kita telah terlebih dahulu menunaikan haji untuk diri kita sendiri. Jika kita tidak mampu, kita boleh menyuruh orang lain menghajikan orang lain dan kita sponsor perbelanjaan tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita menghajikan ibu/bapa atau saudara mara kita, kita mendapat pahala haji dan orang yang kita hajikan mendapat pahala haji juga. Atau, kita yang mengadakan sumber menyuruh orang lain kerjakan haji untuk orang yang kita sponsor, ketiga-tiga dalam pahala seumpama pahala haji, masya Allah.
Jelaslah, betapa untung dan menguntungkan kerana selain orang yang meminta kita kerjakan haji untuknya mendapat pahala, kita juga mendapat pahala sama dengan pahala yang didapati oleh orang yang kita hajikan untuknya.
Soalnya, berapa orang anak yang melakukan sedemikian untuk kedua ibubapanya? Mudah-mudahan melalui post ini mana-mana anak yang masih mempunyai kedua orang tuanya yang masih hidup tetapi tidak lagi mampu ntuk mengerjakan ibadah haji bagi dirinya sendiri, bolehlah menghajikan kedua-dua ibu bapanya. Atau, mungkin kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan semasa hidup mereka tak berkesempatan mengerjakan haji maka, hajikanlah untuk mereka.
Kita diberitahu bahawa sesiapa yang mengerjakan haji atau umrah untuk seseorang, dia mendapat pahala haji/umrah dan orang yang dihajikan/diumrahkannya juga mendapat pahala haji/umrah, tanpa mengurangkan pahala yang didapatinya. 

Jazakallahu khairah


Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi Bahagian ke-10 post kita mengenai ibadah haji dan umrah, seperti biasa kita lihat ketetapan Islam, berhubung dengan dua ibadah ini, sebelum kita mulakan penelitian kita tentang cara dan kaedah serta peraturan bagaimana mengerjakan ibadah tersebut menepati ketetapan as-Sunnah. Jangan lupa bahawa kesemua amalan dalam Islam - termasuk ibadah haji dan umrah - tidak akan diterima Allah (a.w) sekiranya kita lakukan tidak sejajar dengan ketetapan as-Sunnah.

Kefadhalan Do’a Orang Mengerjakan Haji

(-)        Do’a bakal haji dan umrah - mustajab 

Saudara, tetamu Allah (a.w) itu antaranya adalah jema'ah haji - orang yang akan menunaikan ibdah haji (dan juga umrah). Maka mereka dimuliakan oleh Allah (a.w). Maka doanya dikabulkan atau diperkenankan oleh Allah (a.w). Justeru itu, adalah wajar bagi kita menitipkan atau berpesan dengannya supaya membacakan doa untuk diri kita ditempat-tempat yang mustajab doa di Mekah, terutama di Masjidil Haram, di Arafah, di Muzdalifah dan di Mina, dimana jema'ah haji digalakkan memperbanyakkan doa.
Kita boleh menuis doa supaya dibacakan oleh jema'ah haji yang ke Mekah untuk menunaikan haji supaya dibacanya, selepas dia membaca doa untuk dirinya.
Diriwayatkan hadith dari Mujahid hadith dari Ibnu Omar (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Al-ghazi fi sabilillah wal-hajji wal-mu’tamiru wafdullahi da’ahum fa-ajabuhu wa-salwahu fa’atohum.’ (Yang bermaksud: Orang-orang yang berperang di dalam jalan Allah (a.w) (i.e. fi sabilillah) dan (orang-orang) mengerjakan haji dan (orang-orang) mengerjakan umrah disukai Allah (a.w) maka do’a mereka mustajab dan permintaan mereka diberikan atau dikabulkan (oleh Allah (a.w)) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (i.e. Peraturan Haji).

(-)        Mendo’akan/Membawa kiriman do’a orang lain 

Saudara, sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) mencontohkan bahawa beliau meminta Omar ibn Khattab (r.a) membacakan doanya ketika Omar (r.a) ke Mekah untuk mengerjakan umrah.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar hadith dari Omar (bin Khattab) (r.a) bahawasanya dia (Omar) meminta izin dari Nabi (s.a.w) di dalam urusan umrah, maka diizinkan baginya, dan bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ya uhaiya usyrikna fi syai-in min do’aika wala tan sana.’ (Yang bermaksud: Wahai saudaraku! Do’akanlah bagiku di dalam sesuatu dari do’a engkau dan jangan engkau lupa (berdo’a untuk kami).’) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik. 
Digalakkan supaya dipohonkan agar orang yang berhaji itu mendo’akan untuk kita, kerana do’a mereka mustajab. Do’a-do’a yang diserahkan supaya dibacanya itu dibacakan di tempat-tempat mustajab spt di Arafah, di depan Multazam, di belakang Makam Ibrahim dan juga di Mina.

(-)        Rasulallah (s.a.w) mendo’akan bakal haji 

Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) telah mendoiakan ummatnya yang ke Mekah untuk menunaikan haji (dan umrah).
Diriwayatkan hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Allahum-maghfir lilhajji walimanis taghfara lahu hajju. (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Semoga Engkau (Allah (a.w)) mengampuni dosa-dosa orang-orang yang haji dan bagi orang yang meminta ampun untuknya (oleh) orang yang (mengerjakan) haji.) - Hadith Hakim, di dalam Mustadrak, Kitab Manasik.
Hadith itu juga menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) juga memohin agar Allah (a.w) mengampunkan orang-orang yang mengirimkan doa melalui bakal haji yang membaca doa yang mereka titipkan atau pesankan.

Jazakallahu khairah



Sunday, August 23, 2015

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita diberitahu bahawa betapa besarnya pahala yang kita dapati jikalah haji kita itu haji yang mabrur. Kerana tiadan ganjaran terbaik bagi haji mabrur kecuali mendapat balasa syurga.
Dalam pada itu boleh dikatakan majoriti umat Islam jahil tentang suatu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepada mereka yang menunaikan haji dengan cara berjalan kaki - maksudnya berjalan kaki pada 8 Zulhijjah untuk tiba ke Arafah untuk Wukuf pada 9 Zulhijjah, kemudian singgah sebentar di Muzdalifah dan kemudian ke Mina untuk bermalam di sana 3 malam, dan kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf Ifadah dan Sai Haji pula. Kita diberitahu dalam hadith berikut sesiapa yang menunaikan ibadah haji secara 'masian' i.e. berjalan kaki diberikan ganjadaan pahala yang amay hebat. 
Justeru itu, dalam Bah. ke-9 post kita ini kita ihat betapa hebatnya ganjaran pahala Haji Masian itu.

Kefadhalan Haji Masian (Berjalan Kaki)

(-)        Gandaan pahala langkah-langkah 700 x 100,000 
Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan (r.a) berkata: ‘Jatuh sakit Ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang teramat sangat, maka memanggil (dia akan) anak-anaknya maka mengumpulkan mereka, maka berkata dia (berwasiat kepada anak-anaknya): ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja min Makkata masyian hatta yarji’a ila makkata kataballahu lahu bikulli hatwatin san’a miati hasanatin kullu hasanatin mithlu hasanatil harami.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan haji dari Mekah (i.e. Masjidil Haram) berjalan sehingga kembali ke Mekah (i.e. tawaf mengelilingi Ka’abah, Tawaf Ifadah) menulis Allah (a.w) baginya dengan setiap langkahnya 700 kebaikan (dan) setiap kebaikan seumpama kebaikan di tanah haram.’ Dikatakan (oleh para sahabat): ‘Apakah kebaikan tanah haram itu?’ Bersabda Rasulallah (sa.w): ‘Bikulli hasanatin miatu alfi hasanatin’ (Yang bermaksud:Dengan setiap kebaikan (bersamaan) 100,000 kebaikan.) - Hadith al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab Peraturan Haji. 
Pahala haji penjalan kaki (maksudnya, mengerjakan haji dengan berjalan kaki dari Mekah ke Arafah (untuk Wukuf) – sejauh 53 kM, kemudian ke Muzdalifah untuk Mabit – jauhnya 13 kM, kemudian ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah – sejauh 7 kM, dan kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf Ifadah dan Sa’ii Haji – sejauh 16 kM, mendapat ganjaran pahala setiap langkah 700 gandaan dikali pula dengan 100,000 gandaaan Masjidil haram. Demikian jugalah belanja yang dibelajakan kerana berhaji digandakan sedemikian pula.

(-)        Pahala Haji Masian (berjalan kaki) = 70x haji berkenderaan 
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a): ‘Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Bagi orang yang berjalan kaki mengerjakan haji pahalanya 70 kali haji dan bagi orang yang mengerjakan haji menaiki kenderaan pahalanya satu haji.’ - Hadith riwayat ad-Dalami dalam Kanzil Umal. 
Selain, pahala yang disebutkan di dalam hadith di atas itu, diberikan ganjaran pahala haji sebanyak 70 gandaan haji, maksudnya berhaji dengan berjalan kaki mendapat pahala 70 haji orang yang berhaji dengan kenderaan.

Kanak-kanak Berhaji? 
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) berada di Rawha (satu tempat kira-kira 40 batu dari Madinah), lalu bertemu dengan satu rombongan. Setelah memberi ‘salam’ kepada mereka bertanya: ‘Siapakah kaum ini?’ mereka bertanya balik kepadanya: ‘Siapakah kamu?’  Di jawab: ‘Rasulallah (s.a.w)’. Maka terperanjatlah seorang wanita, lalu dia memegang lengan seorang kanak-kanak, dikeluarkannya dari dakapannya, seraya bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sahkah (yakni, bergunakah) haji bagi anak ini?’ beliau menjawab: ‘Na’am, walaki ajrun.’ (Yang bermaksud: Ya, dan bagi kamu pahalanya.) - Hadith Abu Daud, juga Muslim, an-Nasa’i dan Imam Ahmad.

Jazakallahu khairah


Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang Islam yang menunggu setelah tua baru ingin mengerjakan haji kerana banyak sebab. Ada yang beranggapan bahawa seseorang yang menunaikan haji itu akan terhapus dosanya yang terdahulu maka dia kembali dalam keadaan fitrah sebagaiman dia di langirkan oleh ibunya dahulu! Benar. Jika haji itu diterima Allah (a.w) dan kita mendapat haji mabrur.
Tapi, kalaulah hai kita itu tercemar oleh sesuatu yang tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebagai contoh, setiap rukunnya atau salah satu rukunnya, kita lakukan sesuatu yang meyalahi as-Sunnah, maka haji kita itu tercemar. Maka setiap amalan yang tercemar, berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah ditolak oleh Allah (a.w).
Lazimnya, ramailah umat Islam menunggu ketika tua baru ingin menunaikan haji. Kerana anggapan sedemikian itu. Ada juga orang Islam yang hidpnya sentiasa mengutamakan duna, maka dia ingin puaskan kemahuan dunianya dahulu barulah dia ingin menunaikan haji. Kerana setelah 'naik haji' dia taklah mahu mencemarkan hidupnya dengan kemaksiatan. Ini adalah kerana mereka tidak faham tuntuan Islam bahawa ibadah haji itu wajib dipercepatkan setelah wujud kemampuan. Tambahan pula kita diancam jikalah sudah mampu, kita tanggunhkan ibadah haji itu, dan kebetulan sampau ajal kita, maka bahawa akhirat kita kerana dikiran mati dalam keadaan jahiliyah - yakni tidak Islam, wal iya zubillah.
Saudara, dalam Bahagian ke-8 post kita mengenai tajuk/topik ini, kita teliti ketetapan Islam bagi mereka yang qadarnya sampai meninggal dunia semasa berada di Mekah atau Madinah tak sempat mengerjakan haji atau umrah. Bagaimana kedudukannya?

Mati Semasa Mengerjakan Haji 

Saudara, bagaimanakah keduduk seseorang yang tidak berkesempatan menunaikan haji ketika sudahpun beriat dan berada di tanah haram Mekah? Katalah sebelum tiba hari Wukuf - 9 Zulhijjah, dia jatuh sakit meninggal atau dia mendapat stroke dan meninggal? Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man haraja hajjan famata kataballahu lahu ajral-hajji ila yaumil qiamati wa-man haraja mu’tamiran famata kataba lahu ajran al-mu’tamiri ila yaumil qiamati wa-man haraja ghaziyan famata kataba lahu ajral-ghazi ila yaumil qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa keluar hendak mengerjakan haji maka mati dia (sebelum sempat menunaikannya) ditulis (oleh Allah (a.w) pahala seumpama) pahala haji (yang sempurna) sehingga qiamat, dan barangsiapa keluar menunaikan umrah maka mati ditulis (oleh Allah (a.w) baginya) pahala seumpama mengerjakan umrah (yang sempurna) sehingga hari qiamat, dan barangsiapa keluar untuk berperang (fi sabilillah, i.e. demi membela agama Islam) maka mati (sebelum sempat terlibat dengan peperangan tersebut) ditulis (oleh Allah (a.w)) pahala seumpama orang berperang fi sabilillah sehingga hari qiamat.) - Hadith at-Tobrani.
Saudara, kerana itulah mereka yang tahu dan faham perkara ini seringkali berusaha berhabis-habisan untuk berada di tanah suci Mekah dan Madinah menunaikan haji berkali-kali atau mengerjakan umrah berulang-ulang kali dengan harapan Allah (a.w) matikan dia di tanah suci. Kerana,sesiapa yang sampai ajalnya ketika sudah berada di Mekah atau Madinah dan belumsempat menunaikan ibadah haji atau umrah dikira seumpama telah mengerjakannya dengan semourna. Inilah mesej hadith di atas itu.


Jazakallahu khairah

            

Ibadah Haji dan Umrah (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam bahagian ke-7 posting ini, kita teligi pulabeberapa ketetapan Islam mengenai ibadah haji dan umrah.
Saudara, jema'ah haji dan umrah itu memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Allah (a.w), kerana keduaduanya adalah tetamu Allah (a.w). Maka sebagai tetamu Zat Yang Maha Agung, pastilah diberikan layanan yang istimewa pula. Dalam konteks haji dan umrah diberi ganjaran pahala yang terbaik.
Namun, harus diingati bahawa setiap amalan dan ibadah fadhu dan sunat itu bergantung kepada ibadah utama Islam iaitu Solat. Sesiapa yang tak sempurna solatnya maka pastilah nilaian haji dan umrahnya kurang sempurna pula di sisi Allah (a.w). Sesiapa yang mencemari ibadah haji dan umrahnya, maka pastilah Allah (a.w) tidak memberi ganjaran pahala terhadap ibadahnya. Disinilah pentingnya kita fahami bahawa bida'ah mencemarkan setiap dan semua amalan dan ibadah. Oleh itu ilmukan diri dan fahami Islam berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya tidaklah kita mengerjakan amalan dan ibadah yang sia-sia semata-mata.

Kefadhalan serta pahala Haji

(-)        Tetamu Allah (a.w) 

Saudara, dalam Islam ada 3 kategori teteamu Allah (a.w), dua adalah orang yang ke Mekah hendak menunaikan ibadah haji dan umrah.
Diriwayatkan hadith dari Mahramah hadith dari bapanya berkata: ‘Mendengar aku Suhail bin Abi Soleh berkata: ‘Mendengar aku bapaku berkata: ‘Aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tetamu Allah (a.w) itu ada tiga golongan: (Golongan pertama) ‘al-ghazi (orang yang berperang pada jalan Allah (a.w), yakni membela agama Islam), (Golongan kedua) wal-hajji (dan orang yang mengerjakan atau menunaikan haji) dan (Golongan ketiga) wal-muktamiru (dan orang yang mengerjakan umrah).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.

(-)        Haji dan umrah menghapus kefakiran dan dosa 

Saudara, hadith di bawah ini memberitahu kita bahawa walaupun kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk haji dan umrah, namun kemanfaatnannya amat besar. Pertama, kita berpeluang menghakis segala dosa kita. Kedua, Allah (a.w) berjanji menggantikan segala perbelanjaan yang kita belanjakan dan tidak akan jatuh papa atau kesusahan kerana mengerjakan haji.
Diriwayatkan hadith dari Syaqiq hadith dari Abdullah bin Masud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabi’una bainal hajji wal-‘umrati fainnahuma yanfiyanil faqra waz-zunuba kama yanfil kiru khabathal-hadidi walz-zahabi wal-fiddati walaisa lilhajjatil mabrurati illal jannah.’ (Yang bermaksud: Aku menyuruh kamu mengerjakan haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya menghapus dari kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana penyembur api (furnace) (yang digunakan oleh tukang besi dsbnya) melebur atau membersihkan besi dan emas dan perak dari karat-karatnya dan tidaklah (mendapat ganjaran) haji mabrur (yang baik) kecuali mendapat syurga.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji. 
Ganjaran Haji Mabrur adalah syurga. Segala perbelanjaan yang dibelanjakan untuk ibadah haji akan diganti oleh Allah (a.w) semula, maka tidak akan menjadi miskin dan fakir orang yang berbelanja kerana menunaikan ibadah haji.

(-)        Haji mabrur 

Saudara, hadith ini menyebutkan jikalah kita mampu - sekuat mampu - beruaha menjaga dua perkara yang disebutkan dalam hadith ini, kita Berjaya mendapat haji mabrur yang mengembalikan kita dalam keadaan fitrah sebagimana kita dilahirkan dahulu tanpa dosa. Syaratnya kita mengerjakan haji penuh ikhlas - maksudnya kerana ketaqwaan kita (rasa cinta kepada Allah (a.w), rasa takutkan siksaanNya dan mengharapkan balasan syurga dari setiap amalan dan ibadah kita), dan tidak 'yarfuth' dan tidak 'yamsuq', maka haji mabrur itu dalam tangan kita, insya Allah.
Abi Hazim berkata mendengar dia Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja lillahi falam yarfuth wala yamsuq raja’a kayaumi waladathu ummuhu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan haji (dengan murni dan ikhlas semata-mata) kerana Allah (a.w) dan tidak menyetubuhi isterinya (ketika berikhram) dan melakukan pelanggaran (yakni, dalam pantang larang berikhram) maka kembali dia pada hari qiamat seumpama anak kecil yang dilahirkan oleh ibunya (i.e. dalam keadaan fitrah, yakni tanpa dosa).) - Hadith Bukhari & Muslim, Kitab Haji. 
Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa Haji Mabrur itu didapati dengan menepati dua syarat yang disebutkan Ayat 197, Surah al-Baqarah , iaitu ‘la yarfuth dan ‘wala yamsuq’ ‘la-jidal’. Nota ‘ar-rafasa’ = kesemua kelakuan yang mempersungguh untuk menjimak isteri; ‘al-Fusuka’ = Menentang kesemua pantang larangnya; ‘al-Jidal’ = membantah atau bantah membantah atau bertengkar atau bergaduh (yakni, bergaduh lelaki dengan rakannya). 
Diriwayatkan hadith dari Fadil bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang menjaga mulutnya (i.e. kata-katanya) dan pendengarannya (i.e. telinganya) dan pemandangannya (i.e. matanya) pada hari Arafah diampuni baginya (dosanya) dari Arafah hingga ke Arafah (yang akan datang).’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda (kepadanya): ‘Wahai anakku (Ali) dan saudaraku (Abbas) ini hari (hari Arafah) adalah hari yang memiliki dalamnya dengan mata kecuali dari yang haq, dan pendengaran kecuali yang haq dan perkataan atau kata-kata kecuali yang haq, diampuni bagi orang itu’ yakni, hari Arafah.’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal. 
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) (b Abdullah) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang telah menyelesaikan pada ibadah haji dan selamat orang Islam dari mulutnya dan tangannya diampunkan baginya apa-apa yang telah mendahulukan mereka dari dosa-dosanya.’ - Hadith riwayat Abdul Hamid dalam Kanzil Umal.

(-)        Tanda-tanda haji mabrur

Saudara, tanda-tanda orang yang mendapat taraf haji mabrur itu adalah dia sentiasalah suka menjamu dan memberi makan kepada orang lain - i.e. dermawan dia, dan dia sentiasalah tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati orang lain.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad al-Munkadiri hadith dari Jabir (r.a) berkata: ‘Ditanya seseorang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah haji yang baik?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘It’amut-to’am wa-toibul kalam.’ (Yang bermaksud: Memberi makan akan makanan (yakni, bersedekah), berkata-kata (i.e. ketika bercakap, maka bercakap) dengan kata-kata yang baik-baik.) - Hadith Hakim di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik.

(-)        Hijrah orang tua dan wanita 

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa bagi kita yang kurang mamou brjihad fi sabilillah (membela agama Allah (a.w)) - jihad bagi kita yang tua, yang uzur, yang perempuan dan kanak-kanak, adalah menunaikan ibadah haji.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jihadul kabiri was-soghiri wad-do’ifi wal-marati al-hajju wal-‘umratu.’ (Yang bermaksud: Jihad bagi orang tua dan kanak-kanak dan yang daif (yakni, orang dewasa yang lemah dari berjihad dengan diri dan hartanya dalam jalan Allah (a.w) kerana sakit dan sebagainya) dan jihad bagi wanita adalah (mengerjakan) haji dan umrah.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.

(-)        Gandaan pahala perbelanjaan untuk haji dan umrah 

Saudara, mungkin ada diantara kita yang beranggapan bahawa mengadakan secukup sumber untuk menunaikan haji itu banayk, dan menghabiskan sumber kita.Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa segala perbelanjaan yang kita keluarkan untuk tujuan menunaikan haji adalah dikira membelanjkan sumber untuk berjuang pada jalan agama Allah (a.w). Maka jelaslah begitu besarnya pahala berbelanja kerana mengerjakan haji dan umrah.
Menceritakan hadith oleh ‘Atak bin Sai’ hadith dari Abi Zuhair hadith dari Abdullah bin Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘An-nafaqatu fil-hajji kal-nafaqati fi sabilillahi bisab’i miati di’fin.’ (Yang bermaksud: Adapun nafkah (atau perbelanjaan atau biayaan) di dalam haji (yakni, kerana mengerjakan) (adalah) seumpama perbelanjaan dalam fi sabilillah (yakni, perbelanjaan membela agama Allah) (dan mendapat pahala) dengan gandaan 700 gandaan.) - Hadith Ahmad, di dalam Musnad.
Bukan sahaja pahala berbelanja itu seumpama pahala berbelanja kerana fi sabilillah, digandakan pula oleh Allah (a.w) menjadi 700 kali gandaan berbelanja fi sabilillah pula.

Jazakallahu khairah