Sunday, July 14, 2013

Siapa yang Gila Dalam Islam?

Assalamualaikum,
Saudara dalam post kali ini kita lihat dunia dan akhirat dalam konteks keinginan manusia sehari-harian, dan akan menguji kekentalan iman kita.


Orang yang tidak siuman dalam Islam 


Saudara, ramai orang Islam yang kaya, tetai menempah kecelakaan di dalam akhiratnya. Menagpa? Kita lihat peringatan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yang tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal (yakni, orang yang ‘gila’ dalam pandangan Islam, lupa dia akan matinya dan akibat mengumpul harta dan mementingkan dunia dan melupakan akhiratnya, dan beranggapan bahawa apa yang dimilikinya di dunia itu kekal boleh dibawa ke akhirat atau boleh menolong dia di akhirat untuk menyelamatkan diri dari siksaan neraka dan mendapat syurga).’ [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menyampaikan 4 mesej yang utama; iaitu, pertama, sesiapa yang mengutamakan dunia, dan mengabaikan akhiratnya, dia tiada tempat tinggal di akhirat. Kenapa? Penghuni neraka tiada tempat tinggi sendiri. Mereka berkongsi tempat yang satu yang didiami oleh orang kafir, orang munafiq dan orang fasiq (i.e. berdosa), sama-sama menjalani hukuman kerana dosa mereka dalam neraka. Tempat tinggal yang penuh nikmat dan keseronokan serta kepuasan segala kemahuan dan keinginan adalah di syurga. Bukanlah di neraka. Fikirkanlah bahawa orang yang termiskin dalam syurga itu memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan segala isinya. Rumahnya begitu besar, lebih berganda besarnya dari istana atau mahligai raja yang terbesar dan terindah di dunia. Rumah dan kepelngakapan serta peralatannya dibuat dari intan permata, berlian, emas dan perak. Dia diperuntukan isteri-isteri yang terdiri dari ‘hurul-ain’ seramai 72 orang. Tidak ada wanita dunia yang apat menandingi kehebatan hurul-ain itu dari segala segi, termasuk kejelitaan mereka. Sebaliknya, penghuni neraka dikatakan oleh Allah (a.w) sebagai tidak mati dan tidak pula hidup. Kerana, walaupun disiksa setiap saat dalam neraka,n amun takkan mati-maii. Di dalam neraka tiada yang menyeronokkan. Malah hanya ada siksaan yang berbagai dan berterusan pula, tanpa henti. Di akhirat, segala-galanya termungkin. Jelasnya, hanya penghuni syurga yang memiliki rumah kediaman – yang lebih hebat dari istana manusia di dunia. Ahli syurga yang paling rendah tarafnya memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan isinya, di dalamnya begitu banyak rumah yang lebih hebat dari sehebat-hebat istana dan mahligai di dunia. Maka dunia ini adalah tempat tinggal yang tidak kekal. Akan usnah apabila sampai ajal manusia. Di akhirat itu tempat tingalnya dperbuat dari emas, berlian, perata dan selainnya. Di neraka tiada rumah hanyalah kediaman dalam kawah neraka.
Kedua, sesiapa yang memiliki harta di dunia, jika tidak dimanfaatkan oleh mereka untuk fi sabilillah demi Islam dan membela umat Islam dan orang iman yang lain, ketika dihisab disoal segala hartanya dimana dan bagaimana di dapati dan apakah tujuan memilikkinya dan ditanya bagaimana dihabiskan olehnya hartanya. Justeru itulah dalam hadith disebutkan bahawa orang kaya dan hartawan itu, dikenakan hisaban terperinci, dan kalaupun berjaya mendapat syurga hanya akan merasainya setelah dimasukkan ke dalam syurga setelah orang miskin masuk ke dalam syurga selama 50,000 tahun lebih dahulu. Jelaslah tetap tersiksa sementara menunggu hisabannya selesai dan dibenarkan masuk syurga.
Ketiga, orang yang mencari kemewahan dan kesenangan dunia itu hanyalah orang yang bodoh. Kerana, apapun milik kita didunia akan terpisah dengan kita apabila sampai ajal kita. Mencari dan mengumpulkan harta tanpa menggunakan harta itu untuk menempah tempat di syurga di akhirat, sepatutnya menjadi tujuan paling utama bagi mereka yang dikurniakan Allah (a.w) rezki yang melimpah ruah. Kalaulah mereka yang mengumpul harta itu menyedari yang Allah (a.w) kurniakan harta yang banyak untuknya adalah memberikan dia peluang keemasan untuk berjaya di akhirat. Kalau harta dan kekayaan dikumpulkan dan digunakan bukan untuk tujuan akhirat, lebih-lebih lagi untuk tujuan batil, maka itulah sesuatu suatu perbuatan yang bodoh, kerana setelah mati, harta itu menjadi milik orang lain. Kalau yang diwariskan harta itu gunakan pula scara batil, lebih buruk padanya kepada orang yang mewariskan harta itu. Dalam sepotong hadith qudsi, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) yang berbunyi: ‘Syurga itu syurgaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), dan harta itu hartaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), maka tukarkanlah/belilah syurgaKu dengan hartaKu.’
Keempat, disebutkan bahawa sesiapa yang matlamat hidupnya di dunia semata-mata untuk mengumpul sebanyak mungkin harta kekayaan dan berseronok pula dengan kekayaan dan kemewahan tersebut, adalah orang yang tidak berakal, i.e. seumpama tidak siuman! Mengapa tidak. Tiada suatupun keuntungan dari harta, kecualilah dibelanjakan demi Islam atau fi sabilillah – mengembangkan syiar Islam atau membantu umat Islam yang dhaif yang memerlukan bantuan atau dibelajakan untuk mengembangkan ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, supaya lebih ramai manusia faham Islam dan menerima Islam dan lebih ramai orang Islam faham bahawa hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang, jika dijadikan panduan amalan, ibadah dan kehidupan, yang mengesahkan segala amalan dan ibadah. Kalau berharta, dan silap diarahkan (i.e. digunakan), maka mengundang kecelakaan. Selain, kekayaan dan kemewahan seringkali sebab utama ramainya umat Islam yang terjerumus ke dalam neraka, kerana didapati dan digunakan secara batil, dibazirkan, maka dikenakan hisaban yang terperinci di akhirat. Hisaban terperinci pasti memungkinkan tak dapat syurga. Kalau berjayapun setelah 50,000 tahun orang miskin masuk neraka, maksudnya kekal tersiksa di padang makhsyar, menunggu Kitab Catatan Amalan selama 50,000 tahun. Di sana setiap sehari tersangat panas kerana matahari didekatkan di atas kepalanya. Dan, sehari di akhirat adalah sama dengan 1,000 tahun di dunia. Kalau tidak menepati pula syariat Islam, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka tidak pula diberi peluang minum air Telaga al-Kauthar. Ingatlah, seseorang yang meragui al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dan mengerjakan ibadah mengikut ketetapan as-Sunnah, di akhirat kelak tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai umatnya. Golongan orang yang sedemikian itu dihalang oleh malaikat menghampiri Telaga al-Kauthar, apatah lagi diberi laluan minum airnya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu sekali minum air telaga al-Kauthar itu tidak akan haus selama-lamanya! Memanglah orang yang gila atau tidak berakal sahaja yang mengumpulkan segala sesuatu yang tidak kekal, yang ditinggalkan pula, tanpa mendatangkan keuntungan pula selepas matinya.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment