Assalamualaikum,
Saudara, hari kita hampir menamatkan 2/3 Ramadhan berpuasa. Insya Allah 10 hari lagi - pada 8 Ogos 2013 (bersamaan 1 Syawal 1413H), kita akan meraikan keayaan kta menamatkan Ramdhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan maksimum pahala dari Allah (a.w), maka kita berjaya di dunia dan di akhirat. Tak lama lagi ramai antara kita yang mula balik kampung menemui ibu bapa dan keluarga. Kerana ramainya orang menggunakan jalanraya - lebihraya - pastinya sesak, maka kita tetap wajib bersolat. Maka kita diberi kemudahan oleh Allah (a.w) untuk mengerjakan solat fardu ketika bermusafir. Justeru itu, kita lihat apakah ketetapan Islam bersabit dengan musafir dalam perkara mengerjakan solat.
Saudara, hari kita hampir menamatkan 2/3 Ramadhan berpuasa. Insya Allah 10 hari lagi - pada 8 Ogos 2013 (bersamaan 1 Syawal 1413H), kita akan meraikan keayaan kta menamatkan Ramdhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan maksimum pahala dari Allah (a.w), maka kita berjaya di dunia dan di akhirat. Tak lama lagi ramai antara kita yang mula balik kampung menemui ibu bapa dan keluarga. Kerana ramainya orang menggunakan jalanraya - lebihraya - pastinya sesak, maka kita tetap wajib bersolat. Maka kita diberi kemudahan oleh Allah (a.w) untuk mengerjakan solat fardu ketika bermusafir. Justeru itu, kita lihat apakah ketetapan Islam bersabit dengan musafir dalam perkara mengerjakan solat.
Beberapa Ketetapan Ketika Musafir
Saudara, ramai antara kita yang diberitahu bahawa solat wajib yang 5 itu kita boleh jama' dan qasarkan ketika musafir dan dibolehkan sedemikian tidak lebih dari 3 hari. Insya Allah, dalam post ini kita ilmukan diri kita beberapa ketetapan yang haq, termasuklah bahawa ketika musafir - bermukim sementara di luar rumah (i.e. qariah) kita melebihi 2 marhalah (= melebihi 89 kM ) selama maksimum 19 hari.
(a) Solat Musafir dua-dua rakaat
Diriwayatkan hadith dari Urwah b Zubarin hadith dari Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘Telah diwajibkan solat (sunat) dua-dua rakaat di dalam rumah dan solat musafir, maka ditetapkan solat musafir dan ditambah di dalam solat di di rumah (i.e. ketika bermukim melebihi had hari bermusafir itu, maka hendaklah dicukupkan rakaat yang sempurna – Zohor, Asar, dan Isya’ 4 rakaat) .’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan prinsip amalan mengenai solat-solat sunat. Pertama, solat-solat sunat itu – malam atau siang hari – hendaklah dua-dua rakaat; kedua, solat-solat sunat itu terbaik dan afdhal dibuat di rumah; ketiga, solat musafir itu juga 2 rakaat (kecualilah Solat Maghrib dan Solat Subuh tidak diqasarkan (i.e. dipendekkan). Solat Subuh tidak boleh dijama’kan. Hendaklah dibuat ketika waktunya. Apabila menjamakkan ketika bermusafir – sama ada jama’ taqdim (mendahulukan) atau jama’ atkhir (mengkemudiankan) – hendaklah disolatkan solat yang terdahulu dari segi tertibnya. Kalau dijamakkan Solat Zohor dengan Solat ‘Asar tapi dibuat ketika waktu ‘Asar (i.e. Jama’ takhir), hendaklah Zohor disolatkan dulu, kemudian barulah ‘Asar (walaupun ketika itu waktu Zohor sudah habis). Begitu juga ketika menjamakkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ dibuat pada waktu Isya’ (i.e. ditakhirkan), hendaklah dosilatkan Solat Maghrib dahul walaupun keika itu sudah dalam waktu Isya’.]
(b) Jumlah hari 19 maksimum
Diriwayatkan hadith dari Ikrimah hadith dari Ibn Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bermukim Nabi (s.a.w) 19 hari mengqasarkan maka adapun kami ketika bermusafir kami 19 hari, maka mengqasarkan kami dan jika menambah (bilangan hari) menyempurnakan (solat). [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberitahu bahawa jumlah hari yang solat-solat itu boleh dijama’kan dan diqasarkan ketika bermusafir adalah 19 hari. Jadi tiada had hari kecuali ketetaan dalam hadith ini. Tidak salah kalau hendak disolatkan secara tamam (=sempurna), tetapi oleh kerana mengaqasarkan dan menjamakkan itu adalah kurniaan atau pemberian Allah (a.w), maka hormatilah dan terimalah dan amalakanlah.
Kita boleh mulakan menjama’kan dan mengaqasarkan solat ketika mula musafir di luar qariah kita, tak semestinya dah sampai ke destinasi. Demikian juga kita boleh jama’ dan qasarkan di akhir perjalan, di qariah lain sebelum memasuki qariah kita, kalaulah kita dalam perjalanan balik dari musair, untuk terus mendapat manfaat dari kemudahan menjama’kan dan mengqasarkan solat itu.]
(c) Perempuan tidak boleh bermusafir tanpa makhramnya
Diriwayatkan hadith dari Said al-Magburiyu hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘La yahillu li-imra-atin tukmin billahi wal-yaumal akhiri an tusafira masiratan yauman wa-lailatain laisa ma-aha hurmatun.’ (Yang bermaksud: Tidak halal bagi seorang wanita (i.e. isteri) yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bahawa bermusafir dia pada suatu perjalanan ketika siang atau malam tanpa bersama-samanya makhramnya.) [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan ketetapan Islam bahawa seorang perempuan tidak dibenarkan sama sekali bermuafir tanpa ditemani oleh makhramnya. Kalau isteri atau anak perempuan, suaminya atau bapanya atau abangnya. Demikian jugalah seorang isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya.]
(d) Tidak berdosa mengqasarkan solat
(Sedekah Allah (a.w)
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Babaiyih hadith dari Ya’la b Umaiyah berkata: ‘Berkata aku kepada Omar b Khattab: ‘Tiada atas kamu dosa bahawa mengqasarkan dari solat jika khuatir kamu apabila merosakkan atas kamu orang-orang yang kafir, maka sungguh-sungguh telah aman manusia?’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Merasa ajaib (hairan) aku dengan apa-apa yang mengajaibkan (menghairankan) darinya engkau. Maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w) atas demikian perkara. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sodaqatun. Tasaddaqallahu biha ‘alaikum, faqbalu sodaqatuhu.’ (Yang bermaksud: (Adapun kernganan itu satu) Sedekah, memberi sedekah Allah (a.w) dengannya kepada kamu sekelian, maka terimalah sedekahNya itu.). [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa Ya’la hairan ketika Omar menqasarkan solat ketika musafir ketika itu situasi sudah aman tidak lagi ada ancaman dari musuh (i.e. orang kafir) sebagaimana dulu,oleh mengqasarkan solat dalam musafir. Dia memberitahu Omar (r.a). Maka Omar (r.a) berkata diapun suatu masa dulu merasa hairan, maka dia bertanya kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahunya bahawa mengqasarkan solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat ketika bermusafir itu adalah sedekah atau pemberian Allah (a.w) kepada hambaNya orang iamn. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu terimalah sedekah (yakni, pemberian Allah (a.w) itu). Jelasnya, mengqasarkan solat ketika bermusafir itu harus dijadikan amalan lazim kerana menghormati pemberian Allah (a.w) kepada kita. Janganlah sia-siakan anugerah.]
(e) Solat-solat Sunat dua rakaat
(kecuali Solat Terawih, Solat Tasbih, dan Solat Hifzi)
Diriwyatkan hadith dari Abdil Rahman b Abi Laila hadith dari Omar berkata: ‘Solat Jum’at dua rakaat, Solat Aidil Fitri dua rakaat, Solat Kurban (i.e. Aidil Adha) dua rakaat, dan Solat Musafir dua-dua rakaat sempurna selain diqasarkan (i.e. dipendekkan) atas sabda Nabi (s.a.w).’ [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini menyebutkan beberpa perkara; iaitu: pertama, Solat Jum’at itu dua rakaat; kedua, Solat Aidil Fitri (Raya Puasa) dan Solat Aidil Adha (Raya Haji) itu adalah dua rakaat; ketiga, solat musafir itu dua-dua rakaat (kecuali, ketika bersolat Solat Subuh tetap dua rakaat dan ketika Solat Maghrib tetap 3 rakaat). Solat-solat yang disebutkan itu walaupun dua rakaat adalah sempurna, i.e. atas dasar ketetapan as-Sunnah, termasuklah solat musafir itu sempurna, bukan kerana diubah syariatnya tetapi adalah ketetapan syariat Islam. Solat Tasbih adalah 4 rakaat. Pada setiap pergerakannya dibaca kalimah-kalimah tasbih ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akbar’ – seleas Surah rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat dibaca 15x, kemudian, Rukuk, Iktidal, Sujud, duduk antara dua Sujud 10x dan kemudian selepas Sujud kedua sebalum bangkit untuk rakaat seterusnya baca 10x. Tasbih dibaca selepas dibaca tasbih/bacaan wajib setiap pergerakan. Jumlah setiap rakaat 75x dikali dgn 4 = 300 kali. Solat Hifzi 4 rakaat dan surah-surahnya ditetapkan dan tidak boleh diubah, i.e. dibaca surah-surah lain.]
(f) Solat Maghrib ketika Musafir
Menceritakan hadith oleh Syu’bah hadith dari Salamah b Kuhlin berkata: ‘Aku melihat Said b Jubairin di tanah Jami’ qamat maka mensolatkan Solat Maghrib 3 rakaat, kemudian qamat pula maka mensolatkan Solat Isya’ dua rakaat, kemudian menceritakan/menjelaskan bahawa Ibnu Omar mengerjakan dengan mereka semisal demikian itu di tempat itu, dan menceritakan/menjelaskan ahawa Rasulallah (s.a.w) berbuat demikian di tempat tersebut.’ [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini memberi panduan beberapa perkara: iaitu, pertama, Solat Maghrib itu ketika dalam musafir di solatkan tanpa diqasarkan atau dikurangkan atau dipendekkan bilanagn rakaatnya, i.e. kekal tetap 3 rakaat; kedua, sebelum mensolatkan sesuatu solat dalam bermusafir itu, sama seperti ketka hendak mensolatkan solat biasa ketika bermukim (i.e. tidak dalam musafir), hendaklah diqamatkan dahulu, baru berdiri untuk solat; ketiga, ketika hendak menyambung untuk Solat Isya’ pula (sebagaimana hendak menyambung Solat ‘Asar selepas Solat Zohor, dalam musafir, diqamatkan dulu; dan keempat, Solat Isya’, sebagaimana Solat Zohor dan Solat ‘Asar, ketika bermusafir diqasarkan atau dipendekkan dua rakaat.]
Saudara, alhamdulillah kit sudahpun tahu bahawa ketika musafir - balik kampung untuk Aidil Fitri - kita diberi kemudahan menjama' dan mengqasarkan solat fardu selama kita belum balik ke rumah kita sendiri. Dan, sebaik saja kita keluar rumah dan masuk qariah lain, kita boleh mulakan menjama' dan mengqasarkan solat-solat kita, dan apabila sampai ke destinasi kita, kita boleh jama' dan qasarkan solat-solat kita selama 19 hari maksimum. Kalau kita terus musafir melebih 19 hari, kita tidak lagi dibolehkan menjama'kan dan mengqasarkan solat kita, kecualilah kita bermusafir pla ke tempat/destinasi lain pula.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment